BOHSIA ~ jalan hitam yang menghiburkan?
Klasifikasinya 18PL. Itu sudah mencukupi bagi menghalalkan filem ini untuk ditonton? Bagi saya, elok diberikan label 'U' sahaja supaya remaja-remaja bawah umur 18 tahun boleh menontonnya dan belajar (baca: mengajar untuk tidak kurang ajar atau sebaliknya) sambil berhibur! Watak-wataknya memang menjijikkan tapi seronok untuk diperhatikan dari jauh di kedudukan sebagai seorang penonton wayang dalam panggung mahupun dari kacamata masyarakat yang dari golongan baik-baik. Kisahnya sudah tentu klise tetapi dimantapkan dengan penceritaan yang laju tanpa sebarang adegan yang meleret. Khalayak juga tidak perlu untuk memihak kepada mana-mana watak atau menyukai apa-apa babak yang dipaparkan. Penonton tidak kisah siapa yang akan dirogol, disuntik dadah, bermulut lancang, dibelasah sampai mati katak apatah lagi lumba-lumba haram yang bingit. Biarpun kepalsuan realisme dari cara dialog atau pakaian pelakon, juga tidak menjadi hal! Filem ini secara terang-terangan seolah berkata kepada saya "lu apa hal? ini kan filem beb?" Jadi kerana itulah saya menggemari naratif ringkas dan padat filem ini. Kisah asasnya mudah iaitu dunia bahaya di sekitaran 2 orang bohsia, Tasha (Nabila Huda) dan Amy (Salina Saibi) yang menjadi para bohsia kerana backstory institusi keluarga mereka yang celaka!
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ialah sebuah filem mengenai pilihan bebas yang mutlak tanpa sesiapa pun menyuruh atau mengongkong. Ia cuma sebuah filem pengulangan dan cedokan kisah yang dinaik-tarafkan dan diglamourkan dari filem-filem kasar remaja yang terdahulu seperti KL Menjerit, Kami, Budak Kelantan, Anak Halal, Haru Biru, Remp-it, malah bayangan siri Sembilu serta filem seangkatan dengannya. Bezanya cuma kali ini tanpa sebarang watak yang putih bagi meneutralkan majoriti watak yang hitam dalam Bohsia. Tidak! Watak Aisyah (Diana Danielle) juga bukan watak ikon yang bagus ok! Pemaparan secara terus itu tidak mahu berselindung apa-apa lagi kerana filem ini sebenarnya hanya untuk menggerunkan kepada sesiapa yang tidak tahu atau buat-buat tak tahu bahawa gejala-gejala itu sudah dan sedang berlaku kini. Filem ini hanya menvisualkan dan memperdengarkan perihal yang seringkali dicetak di akhbar dan laku dibaca oleh masyarakat. Itulah sebabnya bagi saya ia sesuai untuk disuapkan sebagai 'U' kerana kisahnya sudah biasa kepada umum. Oh! Bagaimana pula seandainya ia dikhuatiri akan menjadi budaya gelap yang dipopularkan lagi oleh filem ini? Maka kamu lihat pula sekeliling dunia hari ini yang sememangnya sudah dicemari dari luar ke dalam siber dan kembali ke luar. Sama bukan?
Kekuatan paling nyata dalam filem ini ialah para pelakon yang hampir kesemuanya saling bantu-membantu penceritaan dengan sungguh meyakinkan. Ironi juga bila melihat kemunculan Nasir Bilal Khan yang mula popular dengan filem Perempuan, Isteri dan... dimana sewaktu itu perkataan 'Jalang' terpaksa di 'dot dot dot' kan kerana faktor penyaringan bahasa kasar yang ketat dalam perfileman Malaysia! Namun hari ini, perkataan-perkataan kasar dan pasar seperti mampus, jalang, dowh malahan 'bohsia' itu sendiri menjadi tajuk filem ini. Tidak keterlaluan seandainya saya katakan bahawa mungkin ada pelakon dari filem ini yang layak untuk menggondol pelakon terbaik di FFM tahun ini! Kita tunggu dan lihat! Adakah saya terlalu keterbukaan menilai filem ini tanpa prejudis dan paranoid kepada impak sosial yang mungkin berhasil dari menonton filem sebegini? Hey! ia soalan yang seakan sama sekiranya kamu pulang dari menonton sebuah filem seram yang sangat ya amat seram dimana kamu akan bermimpi hantu datang mencekik kamu? Maksud saya, harapnya impak sosial yang boleh dijana oleh filem ini ialah - Jangan Pilih Jalan Hitam dowh!.. ahahaha!
p/s: Perempuan, Isteri dan... dot dot dot tu gantian perkataan 'jalang' atau 'sundal' ekkk? sapa tau?

cerita yang terlampau klise tapi tetap menghiburkan sebab bahasa diorang cakap best tambah lawak....
ReplyDeletefilem ini mungkin dimensi baru dalam isu bohsia dan skrip yang menjurus kepada sesetengah golongan...haha
"apa cha, cha ni? tak baik tau!"
ReplyDelete"apa barang dowh?"
hahahaha tapi aku tetap bukan bohsia okay! hahahahhaaha
u know how i feel about this movie. smses tak berenti kan semalam? rasa macam bercinta pulak! hahahahahaha
"panggil awek macam pondan..." kata johan raja lawak kepada syamsul yusof.
ReplyDeleteerm??? sarkastik a.k.a hate it, but i like it?? [actually dahi berkerut 18 bila baca sms tadi]
erm tapi kan,
semalam aku tgk lagik citer ni. serius tiba2 addicted tu ACAI.
dia berlakon memang best.
Bohsia, perkataan slanga awal 90an dan masih digunakan sehingga hari ni....so bila nak buat filem Bohjan pulak? :D
ReplyDeletelakonan acai tu h gempak dengan nabila huda...yg len aku macam kureng jek...
ReplyDeleteaku tengok 3 kali dah filem ini disebabkan menemai rakan-rakan tgk...tapi tetap aku mahukan part ifa raziah dipanjangkan lagi...skit sgt...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletethanks bro for posting this article.you are the best!!!
ReplyDeleteterima kasih sebab sudi singgah di blog saya. Bagi saya cerita ni memang layak diangkat. Pendekatan yang rasanya boleh membuka mata lebih ramai orang yang buta, tapi langsung tak mengaku rabun, hanya kerana dia tak pakai cermin mata. Tapi sebenarnya dia pakai contact lense!
ReplyDelete-sorry, saya merapu...-
cite neyyh mmg best abh r...
ReplyDelete"agk2 r weyh..balak gua dowh.."
dialog from nabila huda..
=]
realisma hanya tertinggal di dalam kata bual. kata bual yang amat 'banal - lazim - klise' jelas sekali menzahirkan tahap fikir si pengarah dan para perannya.
ReplyDeletelihat sahaja tag line yang diguna. Moralis yang sesuai untuk belia-belia berbaju batik.
ikhlas,
Penchinta Ruang Gelap.
ajami, tolak tepi pasal klasifikasi tu dan kehalalan untuk menonton cerita ini...
ReplyDeleteaku berbelah bagi ketika decide untuk tonton filem ini dan setelah menonton pun aku masih berbelah bagi...
dari sudut penceritaan, aku syak strukturnya diambil dari beberapa filem yang seperti kau sebut dan dimodifikasi seperti mekanik moto yang menyiapkan moto untuk ridernya merempit...
dari sudut pengarahan pula, aku syak yang bahasa filem yang digunakan juga seperti mengambil beberapa lauk dan kuah di waring mak eton yang menjual makan tengah hari...
dan keseluruhannya aku syak dan rasa yang tiada suatu atau mungkin sedikit sahaja matlamat dalaman dan luaran cerita ini yang cuba dicapai...
mungkin aku akan tengok untuk kesekian kalinya bagi mendapatkan struktur cerita ini dan dapat aku jadikan sebagai rujukan bila aku hendak buat atau tulis cerita yang menceritakan masalah sosial yang bertanggungjawab dan boleh dijadikan teladan
dan mungkin aku akan blog tentang bohsia ini juga nanti...
jalang.
ReplyDeletekenapa depa buat cerita ni.. byk cerita lain yang boleh buat.. kecuali tujuannya utk mengaut keuntungan semata.. disampingnya pelakon lelaki dan perempuan boleh berpelukan.. meloyakan
ReplyDelete