Ahad, 31 Mei 2009

Warkah Terakhir Rosli Dhoby ~ MARATHON @ Astro Citra

WAKTU SIARAN:
episod: 1, 2, 3, 4
AHAD, 30 Ogos, 12pm
episod: 5, 6, 7, 8
ISNIN, 31 Ogos, 12pm

pengarah: wanhaslizawanzainuddin.blogspot.com

facebook: kl motion picture

*****

AJAMI HASHIM vs. BETO KUSYAIRY (sebagai Rosli Dhoby)



AJAMI HASHIM vs. WAN HASLIZA (penulis skrip, pengarah, penerbit)



kredit: kl motion picture (sila klik utk gambar di lokasi)




kredit: syirfan.wordpress.com

dokumentari: Suatu Ketika..Rosli Dhoby: Pembunuh atau Pejuang


Sabtu, 30 Mei 2009

Anak Wayang @ Kecuali Cintamu

*sila baca kat sini >> murai.com.my dan budiey.com

kredit gambar: Chee Yeong

saluran: astro prima (105)
waktu: isnin-jumaat 8.30 mlm

sinopsis:
Ruby Sujak (Haleeda) telah berkahwin dengan Effendi (Aman Shah), seorang ahli perniagaan yang berjaya. Perkahwinan yang semakin hambar membuatkan Ruby memberi sepenuh perhatian kepada syarikat penerbitan ANEKA NOVA-nya. Tanpa pengetahuan Ruby, Vivian Phang (Janet) yang berpura-pura menjadi kawan baiknya menjalinkan hubungan sulit dengan Effendi. Vivian bercita-cita untuk merampas Effendi dari Ruby.

Ruby dan Effendi mempunyai dua orang anak, Jaslina (Siti Saleha) dan Badrul (Zain). Masa tidak dapat mengubah cinta sebenar Ruby dengan Alias Baharuddin (Mustapha). Walaupun saling mencintai, Ruby telah memutuskan hubungan dengan Alias untuk berkahwin dengan Effendi yang merupakan seorang lelaki berada.

Alias sedar yang kemiskinannya mengakibatkan Ruby meninggalkannya. Walaupun begitu, cintanya pada Ruby tetap utuh hingga ke hari ini. Rahsia yang disimpan Ruby ialah, bapa sebenar Badrul ialah Alias.

Zalikha Ali (Nanu) telah berkahwin dengan cinta sejatinya, Alias Baharuddin. Walaupun Alias datang dari keluarga yang tidak berada, Zalikha telah jatuh cinta dengan kejujuran serta kebaikan Alias yang bekerja dengan bapanya. Namun dengan kebijasanaan Alias, dia telah berjaya membina empayar GATRA, milik keluarga Zalikha. Alias kini dikenali sebagai Kamarul (Mustapha), seorang pemilik syarikat penerbitan yang terkenal.

Zalikha dan Kamarul mempunyai dua orang anak bernama Zack (Ashraf) dan Suria (Sabrina). Setelah lama berkahwin, perkahwinan mereka semakin hambar. Pada waktu yang sama, Zalikha telah mengambil Badrul bekerja di GATRA MODA sebagai jurugambar. Mereka mula rapat dan ini membuatkan Badrul bertambah sukar untuk menyorok identiti sebenarnya sebagai anak Ruby.

Azran (Riz Ainuddin) pula ialah seorang mekanik yang bekerja untuk kedua-dua keluarga Ruby dan Zalikha. Dia mula mengenali Jaslina dan Suria. Walaupun Jaslina sombong, Azran mula jatuh cinta padanya. Suria pula menaruh hati pada Azran. Jaslina mengulangi kesilapan ibunya Ruby dengan menolak cinta Azran kerana kedudukan Azran. Suria pula mengikut jejak langkah Zalikha dengan memberi cintanya pada Azran walaupun mereka dari status yang berbeza.

pautan:
istandintime.blogspot.com
murai.com.my
budiey.com
mStarOnline

Kosmo!
BintangPopular

nota Ajami Hashim:
Kecuali Cintamu ialah siri tv 50 episod yang akan menjadi medan perebutan 25 orang peserta Anak Wayang untuk 5 buah watak iaitu jururawat, mekanik, pengelola majlis, gangster dan setiausaha (pehhh! watak-watak yang sangat 'mencabar' nampaknya! lalala..) yang akan mengisi perwatakan dalam naratif drama bersiri ini. Sebenarnya saya masih mencerap dan mencerna format rancangan tv realiti terbaru di astro ria dan prima itu!.. ahahaha!

ANAK WAYANG

astro prima (105)
Kecuali Cintamu (Isn-Jum, 9:00 mlm)

astro ria (104)
Sesi Anak Wayang (Isn-Rab, 10:00 mlm)
Pentas Anak Wayang (Jum, 10:00 mlm)




Jumaat, 22 Mei 2009

Pakej Astro Mustika (promo)

Channel 131 ~ Astro Citra is the new favorite movie destination for Malaysians! The channel is targetting at 18 to 45 years old / Malay urban & sub-urban male & female.

Key Contents:
•Monthly Malay premier
•Monthly Malay ‘epic’ mini series
•Malay blockbuster movies
•All time favorite Malay movies
•Movies / film (Asian titles)
•Action packed European movies
Channel 132 ~ Astro Warna is targeted to viewers of the 15 to 35 age group. It is the channel where you can loosen up and de-stress yourself after your long day with its fantastic TV shows line-up! It will definitely put a smile on your face..

Key Contents:
•Local sitcoms, dramadies & sketches and stand-ups
•All-time favorite Malay comedies
•Acquired English language comedy titles
•Locally produced, humorous short fillers iterating the brand personality & imagery

Channel 133 ~ B4U is the channel that offers you a complete Bollywood experience like no other! With fantastic new box-office Bollywood movies twice a month and other top 10 Bollywood movies scheduled for your viewing pleasure, B4U is the only channel that will bring not only the superstars but also, great Hindi songs, awesome dance routines and captivating storylines straight into your home!
Website: http://www.b4utv.com/

hubungi:
1-300-82-7777

link:
astromustika





Ahad, 17 Mei 2009

Konsert Akhir AF7


siaran ulangan @ ASTRO RIA
17 May ~ 12pm, 11.30pm
18 May ~ 2.30pm
19 May ~ 3.30am, 12pm
20 May ~ 7.30am, 11.30pm
22 May ~ 2.30pm
23 May ~ 12.30am, 3.30pm
24 May ~ 6.30am










kredit youtube: tarzankota2a


kredit youtube: klubbkidd.com





Jumaat, 15 Mei 2009

isetan sale! diskaun 70% okeh!

sila klik >> senarai sale!
Penatlah kecoh-kecoh pasal AF7 atau politik kat Perak! Jadi, pagi tadi macam biasa bila cuti, saya bawa Abang dan Adik untuk mandi di kolam KLCC tapi kali ni saya terlupa nak bawa tuala dan baju mandi dia orang. Jadi, memandangkan saya ni bapa mithali maka pergilah ke Isetan nak beli barang-barang tu.. boleh? Rupanya pintu Isetan buka kat concourse level dan tingkat 3 ajer sebab hari ni members day katanya! Maka semata-mata untuk tidak menghampakan anak-anak yang tercinta, saya 'terpaksa' menjadi ahli untuk 2 tahun dengan bayaran RM20. Dan hasilnya.. saya menghabiskan masa hampir 1 jam lebih untuk ber-shopping sakan di tingkat Men Dept, on the way menuju ke tingkat atas bahagian Kids Dept! Saya akui tidak berjaya untuk menahan nafsu serakah melihatkan pakaian yang berjenama dengan diskaun sampai 70%!!! Hei! Dengan hanya kurang RM100 saya berjaya dengan cemerlang untuk membeli sehelai kemeja, sehelai t-shirt dan seluar baggy (yang last kata jurujual wanita berbangsa Cina yang comel itu!). Tapi yang kelakarnya bila dah beli seluar pendek dan tuala lalu kami bergegas ke kawasan kolam KLCC dan mendapati bahawa.. ia ditutup sehingga Julai 2009 untuk kerja-kerja pengubahsuaian!.. tuu diaaa! ahahaha!

p/s: petang ni nak bawa isteri lepas kerja untuk 'berjuang' sakan di Isetan lagi! tungguuu!

Sabtu, 9 Mei 2009

Sell Out! ~ paradoks terlampau?

senarai pawagam

Inilah sebuah filem Malaysia yang setakat ini saya tonton dan gagal untuk diteka ke mana hala-tuju penceritaannya? Maksud saya, ia disangkakan klise tetapi berjaya menyangkal telahan bahawa ia mungkin sebuah lagi filem amatur yang murah? Hei! Ini barulah profesional dan menempelak habis-habisan 360 darjah makan keliling menjadi sindiran paling kejam kepada mana-mana pihak yang terpalit serta industri perfileman itu sendiri! Malahan ia terbabas jauh dari landasan normal sebuah filem yang kebanyakannya berlambak di pasaran tanahair.

Pergi tonton filem ini di pawagam sekarang!




Khamis, 7 Mei 2009

teater: rona patung kertas 2 mahsuri (kemaskini)

Character is the most interesting phenomenon anywhere. Every character represents a world of his own, and the more you know of this person, the more interested you become. ~ Lajos Egri (page 93 & 94)

Setiap apa juga seni persembahan mesti ada cerita. Si pencerita itu sudah pasti ialah watak (atau watak-watak) yang perlu bercerita dalam ruangnya dengan cara yang setiap satunya khusus dimana ia wajib sampai kepada yang menonton, mendengar serta merasainya. Yang mempersembahkan adalah pemberi kepada khalayak yang mahu menerima. Saya adalah salah seorang penerima itu untuk 3 buah persembahan teater berjudul Rona, Patung Kertas 2 dan Teater Mahsuri. Berikut ialah pendapat-pendapat peribadi saya yang meminta kamu pula sebagai pembaca dan penerima serta mungkin sudi berkongsi respons.

Ketiga-tiga persembahan teater mempunyai saiz kekuatan dan kelemahan masing-masing. Teater Mahsuri beraksi di ruang pentas paling canggih berteknologi tinggi yang mampu merealisasikan setiap babak yang megah dan mega. Patung Kertas 2 di atas pentas yang berlapis-lapis dan berwarna-warni serta meriah mutlak. Manakala Rona pula sesuai dengan sebuah pentas sederhana kecil yang minimum dan setempat sahaja. Semuanya muat untuk dunia cerita masing-masing. Ketiga-tiganya tidak akan boleh diacuankan dengan sempurna seandainya ia bertukar pentas satu sama lain.

Hanya satu perihal sahaja yang menjadi keperluan paling penting dititikberatkan untuk menjayakan setiap cerita supaya sampai dengan kepuasan kepada saya iaitu kualiti bunyi audio dari mikrofon setiap watak. Keperluan ini paling ketara untuk Teater Mahsuri yang paling besar dewan dan pendengarnya. Untuk Patung Kertas 2 dan Rona tiada masalah kerana vokal terus dari setiap watak tanpa bergantung kepada sistem pembesar suara, masih mampu didengari kerana jarak pentas dengan penonton masih dalam jangkauan yang jelas. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa muzik secara langsung oleh orkestra Teater Mahsuri adalah irama iringan yang paling puas didengar melatari setiap babak yang dramatik berbanding muzik mainan dari cakera padat oleh Patung Kertas 2 dan Rona.

Saya tidak mengatakan bahawa ia satu kemestian bagi setiap teater selain di Istana Budaya untuk turut sama menyediakan pemuzik secara langsung. Maksud saya, kualiti adunan muzik latar dari cakera padat perlu juga dibikin khas dirakam untuk sesebuah pementasan tanpa hanya memainkan lagu-lagu yang sudah sedia ada oleh penyanyi atau dari lagu popular. Bajet pementasan mesti juga diberikan kepada jawatankuasa bunyi untuk menghasilkan muzik latar dan lagu yang sesuai. Saya teringat pementasan Cinta Julia dahulu yang hanya menggunakan dua orang penyanyi dan petikan gitar tong sahaja dimana ia lebih merangsangkan! Saya dapat kesan bahawa Patung Kertas 2 ada ketikanya watak menyanyi secara langsung dan adakalanya hanya miming sahaja. Manakala muzik latar dari cakera padat Rona begitu menjengkelkan kerana lagu-lagu yang dipilih terlalu mendesak oleh liriknya yang benar-benar kena dengan ceritanya.

Busana ketiga-tiga teater saya rasakan sesuai molek walaupun terikat dengan dunia apa ceritanya. Bagi Teater Mahsuri asasnya ialah tradisional sungguhpun mungkin tidak sepenuhnya jujur dengan zaman dan latar penduduk di Langkawi yang asal. Janji nampak lama dan lawa! Rona pula paling jimat dan mudah tanpa perlu menukar pakaian lain kerana ia hanya teater sebabak dalam waktu yang terlimit di sebuah bar. Manakala Patung Kertas 2 ialah gedung pameran pelbagai aneka kostum yang ekstravaganza! Sesuailah dengan nafsu berpakaian tahap diva untuk watak-watak kombinasi jejaka dan wanita dalam Patung Kertas 2!.. Hebat!

Namun begitu, asas paling dasar setiap teater samada ia berhasil sebagai sebuah pementasan yang bagus atau sekadar satu lagi persembahan yang mudah larut dari ingatan saya ialah apa naratifnya? kisahnya? ceritanya?..

Teater Mahsuri merupakan adaptasi lagenda yang sememangnya paling beracuan kasar dalam ingatan semua orang yang pernah membaca atau mendengarnya. Kerana itulah cabaran paling getir bagi Teater Mahsuri ialah untuk mengangkat kemasyurannya sekali lagi dalam versi teater yang pastinya akan dibandingkan samada ia di landasan cerita yang sama atau dikreatifkan? Kreatif itu maksud saya, bukan mengubah tapi menyarankan what if untuk kisah Mahsuri kali ini? Untuk memuaskan kehendak khalayak yang masing-masing sudah tahu cerita asas Mahsuri bukannya mudah! Penonton Teater Mahsuri sentiasa selangkah di depan sebelum sesuatu babak hendak dipersembahkan. Apa yang dinantikan ialah bagaimana agaknya cara diceritakan setiap rentetan lagenda Mahsuri itu sehingga dia dihukum bunuh? Bagaimanakah Teater Mahsuri hendak mencipta plot twist bagi sebuah kisah yang klise?

Rona cuba untuk mengangkat sekali lagi pengulangan isu sosial yang sudah basi dipaparkan berkali-kali di media cetak dan elektronik. Cuma kali ini dalam bentuk pembukaan pekung yang berantaian dari satu watak ke satu watak yang lain. Asasnya ialah bagaimana kulit hipokrasi dan prejudis sahabat dikoyakrabakkan oleh kawan yang lain untuk menyerlahkan nanah-nanah sosial cerita dalam kelambu masing-masing. Saya melihat perjalanan cerita yang bermula dengan kehebatan putih setiap watak yang akhirnya menunjukkan kehitaman sebenar mereka. (baca: bagi watak Salleh/Sally ia diterbalikkan) Itu sahaja! Barangkali saya terlalu meminta-minta sesuatu yang lain dan baru tapi bila difikirkan semula mungkin Rona ialah sebuah pementasan yang hendak mengingatkan semula dengan teguran yang sama? Ia seperti kursus motivasi untuk restorasi minda, tubuh dan rohani? oh!.. dan tarian sepasang ala ballet sebagai pembukaan dan intermission itu mungkin bermakna? Ia klise. Ia biasa. Titik.

Patung Kertas 2 ialah sebuah persembahan dalam suatu persembahan di dalam sebuah persembahan! Tunjang ceritanya ringkas dari poin A (kampung) ke poin B (KL/bandar). Ia seperti road movie ala kisah Alice's Adventures in Wonderland melalui lubang arnab comel gedik yang girang riang ceria lalala!.. Di samping itu ia juga iklan kempen kemasyarakatan berjenama IJN yang wajar dipuji dan dihormati. Saya salut nawaitu penyedaran keperluan sosial sebegitu walaupun sebagai product placement dalam naratifnya sahaja yang menjadi motif persembahan paper dolls di kemuncak teater ini! Punca dan aksi. Teater ini seronok untuk diikuti kerana jalan ceritanya diselangi satu-persatu watak yang ke depan dengan kisah masing-masing. Ia macam menyeluk ke dalam karung berisi coklat, kamu tidak tahu apa perisa atau warnanya bila dikeluarkan? Teater ini yang berdurasi lebih dari 2 jam tidak membenarkan langsung bagi khalayak berehat untuk meneka what happens next? kerana ia bergerak pantas serta bertukar rupa dan warna dalam sekelip mata! Kata kuncinya ialah gumbira ria lalala!..

*akan bersambung pasal WATAK yang paling saya suka dari setiap teater!.. ahahaha!

pautan:
RONA
PATUNG KERTAS 2
TEATER MAHSURI
AJAMIHASHIM

Jumaat, 1 Mei 2009

tahukah anda?


kredit gambar: vovin

blog pertama sekali yang saya daftar ialah:
bicaraskrip.blogspot.com
dulu asalnya blog itu cuma tempat meroyan sesuka hatiku mengenai penulisan skrip filem?

p/s: SELAMAT HARI BURUH KASAR!