Rabu, 26 Ogos 2009

tips: jangan jadi raksasa di hari raya!


Salaam..

Keghairahan berhari raya sudah mula terasa walaupun baru 5 hari kita berpuasa! eh! sekejap! entri kali berpunca daripada status di facebook saya hari ini yakni:

"gua cadang by 2010 nak stop blogging pasal filem! nak terai mende lain pulak! misalnya blog parenting..or kisah2 middle-life crisis seorg bapa..ermmm?"

Ya! Saya nak meriahkan blog ini untuk pembaca yang sukakan kelainan selain filem filem filem! Saya cuba menulis mengenai keibubapaan atau parenting.. boleh?.. ahahaha!

Oklah kembali kepada topik.. gambar sekeluarga berbaju hari raya sedondon seperti contoh di atas sememangnya benar-benar berlaku 4 tahun yang lalu di tahun 2005! Rujuk sini Kononnya saya nak se-trendy ikut perkembangan zaman seperti gambar keluarga selebriti dalam majalah bila berhari raya. Silap! Saya memang silap besar! Tahun itu kali pertama kami sekeluarga berempat menggunakan tema yang SAMA! Kain ela dibeli di gedung kain Jln TAR dan hantar kepada tukang jahit iaitu kakak ipar saya sendiri. Tahun itu juga turn beraya di KL rumah sebelah mertua saya.

Al-kisahnya pada pagi raya itu, saya dan Abang (anak sulung) pergilah bersembahyang raya di masjid Putrajaya yang grand itu! Kamu bayangkan bahawa parking di luar masjid yang agak jauh lalu kami dua beranak berjalan dengan bangganya ala-ala model catwalk berfesyen avant-garde dalam siritv project runway menuju ke dalam masjid. Dan waktu itulah baru saya perasan sememangnya boleh dikatakan hampir majoriti umat Islam yang datang pagi tu memandang kami berdua! Hello! Sah-sah warna asas baju itu yang cerah warna cream dengan corak-corak ala batik moden sebegitu menyerlah dari jarak jauh walaupun dari beberapa batu! Mulanya kami buat-buat tak tahu jer lantas duduk bersila control macho dalam masjid dengan gaya selebriti gitu! Dipendekkan cerita, sembahyang dan khutbah hari raya pun selesai. Kami berdua pun berjalan semula menuju ke parking. Dan dalam perjalanan menapak itulah kedengaran suara seseorang kanak-kanak yang agak lancang mulutnya berkata "Wei! Macam raksasa kannn?"

Kami mempercepatkan langkah menuju ke kereta!


Selasa, 18 Ogos 2009

DISTRICT 9 ~ ironi manusia sebagai makhluk asing?

Keluar dari panggung, fikiran saya bertanyakan "macamana diaorang buat ek?" merujuk kepada kecanggihan teknikal produksi dan berbagai fizikal spesis makhluk asing yang terlalu real hidup dalam filem ini! Soalan itu hanya terjawab sendiri bila membayangkan wajah penerbitnya Peter Jackson tersenyum menjelirkan lidah dalam minda saya. Hello! Ini tahun 2009 dimana teknologi cuma berhasil dengan hujung jari menekan papan kekunci komputer ok!

Sepanjang tahun ini hanya Terminator Salvation yang betul-betul memuaskan dahaga hiburan bagi saya dari kebanjiran filem luar. Namun bila habis menonton District 9 teruslah carta kesukaan saya meletakkan filem ini yang teratas dan terbaik sekali setakat ini. Terlalu bagus naratifnya bukan kerana ia dari genre fiksyen sains yang berdentum-dentam dengan CGI sebagai lagaknya kemajuan perfileman. Tetapi lebih kepada jalan cerita drama mimikan konflik masakini di dunia yakni isinya yang sebenar-benar padat dengan kemanusiaan.. apa? kemanusiaan? Bukankah ia kisah makhluk asing bro?

Filem yang ada watak makhluk asing memanglah mengarut! Cerita sebegitu selalunya melogikkan fiksyen yang kononnya disokong dengan fakta saintifik supaya make believe. Penonton pun ternganga! Maksud saya terhibur. Ia seronok ditonton untuk melihat apa bentuk makhluk asing dan kuasanya? Bagi saya, perihal paling suka dicari dalam filem fiksyen sains ialah menunggu apakejadahnya keranjingan manusia yang bakal berdepan dengan makhluk asing itu? Dan watak Wikus van der Merwe dalam filem District 9 ini ialah orgasma watak Fox Mulder dari siritv X-Files!

Ya! Wikus van der Merwe ialah analogi sifat dan sikap manusia angkuh apabila berkuasa dimana akhirnya kuasa itu sendiri yang membaham dirinya selagi tidak dikawal. Kuasa yang saya maksudkan ialah keupayaan di tengah-tengah di antara manusia dan makhluk asing. Kalau dimudahkan pemahaman dia seperti seorang bomoh ilmu hitam perantaraan di antara manusia dan makhluk halus. Sama! Wikus ialah alat paling merbahaya bagi kedua-dua pihak atau sebaliknya pertolongan yang paling berguna bergantung kepada pihak sebelah mana yang dia akan jadi ahli. Namun tanpa disedari, Wikus juga sebenarnya diperalatkan!

Sudah sedia maklum bahawa filem ini mengadaptasikan sejarah dasar anti kulit hitam atau apartheid. Memang itulah acuannya, apa lagi yang hendak saya bebelkan? Jadi tak perlu saya mengulangnya seperti alat pemain cd rosak kerana kamu boleh meng-google-nya sendiri! Tak begitu?.. ahahaha!

Yang menarik tertarik kau memang da bomb pasal filem ini ialah.. hey! aku dah penat lah nak ulas filem ni! Kau pergi ajerlah tonton filem ini selagi ada di pawagam kerana seandainya kau seorang penonton filem yang asyik-asyik mahukan sesuatu dari pembelian tiket wayang, sila tonton! Habis cerita! Dan seandainya kau seorang pengkritik filem, pengulas filem, pembikin filem, pelajar filem mahupun pembeli dvd haram, filem ini aku kata bagus! Belajarlah sesuatu dari filem ini! Titik! Kalau kau tak suka mungkin kau boleh tonton filem SETEM.. ya! filem SETEM filem Melayu yang bersaing dengan filem ini sekarang yang cuma tinggal beberapa kerat ajer panggung nak tayang! Apasal orang tak berapa suka tengok filem Melayu? Manalah aku tahu! Mungkin filem tempatan tak se-best filem luar? dahtu semuanya dah tak boleh.. rempit tak boleh! pondan tak boleh! bohsia tak boleh! hantu tak boleh!.. BOLEH???. boleh blahhh! semua orang nak jadi polis-moral untuk pilih apa yang sesuai dan tak sesuai untuk tontonan masyarakat walhal semua unsur-unsur cegitu berlambak dalam filem-filem luar! tu belum bab komik kartun pun nak paranoid! wadafakkk!!!

Kesimpulannya, filem District 9 telah berjaya mencarutkan industri perfileman Malaysia dimana pada pendapat aku, makhluk asing tu seperti segelintir pembikin dan perlaksana badan filem tempatan yang patut diusir bersama-sama mereka dan keluarga mereka ke planet of the apes! Jahanammm! muahhh!

Selamat bersahur, berpuasa dan berbuka puasa! Tepung pelita ialah kueh kegemaran aku! tata!


Isnin, 17 Ogos 2009

15malaysia



*info lanjut: http://15malaysia.com/

15Malaysia adalah satu projek filem pendek. Ia terdiri daripada 15 filem pendek dihasilkan oleh 15 pembikin filem Malaysia. Filem-filem ini bukan sahaja memaparkan isu-isu sosio-politik di Malaysia, malah turut menampilkan nama-nama terkemuka di Malaysia termasuklah pelakon, ahli muzik dan ahli politik yang dikenali ramai. Anda boleh anggapkan filem-filem ini sebagai filem ringkas funky yang dihasilkan oleh 15 suara hati rakyat Malaysia untuk orang Malaysia.

Sila masuk dan buat macam rumah sendiri.

Tontonilah filem-filem kami. Lihatlah gambar-gambar kami. Tinggalkan komen-komen anda. Paparkan filem-filem anda sendiri. Dapatkanlah cenderamata yang unik. Sertailah pertandingan kami. Bersahabatlah dengan kami. Sebarkanlah berita ini. Muat turunlah apa-apa yang anda mahu…

Kami tidak akan caj satu sen pun.





Isnin, 10 Ogos 2009

temubual & show Soffi Jikan @ MASKARA Ogos 2009

*entri ini dicilok dari sol-jah.blogspot.com

NOTA:
AH ialah Ajami Hashim (tukang intebiu yang dipaksa oleh Sinaganaga) dan SJ ialah Soffi Jikan. Intebiu ini dilakukan secara sesuka hati begitu juga jawapan oleh Soffi. Ajami terlupa membawa voice-recorder atau video-cam dia lalu soalan-soalan ditanya secara lisan dan jawapan adalah secara cakap-cakap mulut secara langsung dari Soffi. Maka penulisan berikut adalah dari ingatan yang masih teringat dan nota cakar-cakar ayam oleh Ajami. Gambar-gambar cun pula adalah tangkapan kamera incik Vovin the great!
AH: Katakanlah lu bukan Soffi Jikan, lu orang lain - soalan gua, lu rasa Soffi Jikan tu macamana orangnya - dari segi karektornya, sikapnya, pemikirannya, ideologinya?
SJ: Gua lain dari yang lain. Suka menggeliat. Manja-manja. Nak peluk orang.

AH: Bila kali terakhir lu berambut pendek macam budak sekolah?
SJ: Masa duduk bersanding. Lagipun nampak baik bila rambut pendek, kalau panjang nampak garang, sesuai dengan ketrampilan muka dan nampak bersedia untuk pergi berperang!

AH: Berapa harga sekilo gula kasar di pasaran?
SJ: Gua tak berapa pasti sebab selalunya isteri gua yang pergi beli.

AH: Pendapat lu pasal bolasepak tempatan?
SJ: Tenat! Macam industri filem tempatan jugak!

AH: Bagaimana lu berkarya?
SJ: Dari perkataan, wajah, rasa, bunyi.

AH: Lu sebagai pelakon popular vs. penggiat seni (penyajak, pemuzik, pelukis)?
SJ: Lakonan sebagai sumber pendapatan. Yang lain ialah kepuasan dalaman diri gua. Macam tulis puisi dan cipta lagu boleh jadi dalam 1 hari. Terapi. Ya! Puisi, muzik dan lukisan ialah terapi minda. Misalnya masa marah, gua luahkan dalam muzik yang ironiknya jadi lagu melankolik tapi liriknya ialah lepas geram.
AH: Cogankata?
SJ: Menipu itu lebih mudah tapi menyakitkan. Cakap benar itu lebih susah tapi menyenangkan!

Kemudian Soffi cerita panjang-lebar pasal mimpi dia selama 3 malam berturut-turut tapi Ajami tak catat sebab cerita tu panjang ya amat! Vovin pun nganga jer! Dipendekkan cerita dari mimpi-mimpi itulah dia berjaya menghasilkan beberapa buah lagu yang akan dipersembahkan di MASKARA pada 8 Ogos 2009!
(KLIK POSTER)

*youtube ini dicilok dari www.youtube.com/gomanarkis (tima kasey tuan!)

*youtube2 ini pula dicilok dari kematz.blogspot.com (thanks bro!)







Jumaat, 7 Ogos 2009

LORONG BLUES ~ psikodrama komuniti gelap

Ia bagaikan terperangkap dalam kemampatan yang ditekan dari segenap penjuru dalam kurungan yang sempit serta melemaskan seumpama disumbat ke dalam keranda semasa masih bernyawa! Menghimpit! Padat! Rimas! Kronik! Claustrophobic!

Teater ini mengulang kembali watak-watak 'mangsa' yang kononnya bersebab dari berbagai punca latar asalnya masing-masing. Sudah lumrah setiap musibah seseorang manusia adakalanya akan dituduhkan kepada orang lain yang ada pernah berhubungan di masa lampau. Secara psikologi untuk meredakan rasa bersalah ialah dengan mengatakan kesilapan kita pada hari ini sekurang-kurangnya bukan sepenuhnya salah diri sendiri. Namun jauh di sudut hati kita tahu bahawa setiap pilihan jalan kehidupan baik atau buruk adalah secara mutlak kita yang punya!

Semuanya, Kudin, Linda, Selamat, Joe, Arfah dan Mak Jah merasakan bahawa mereka bebas (lari dari dikejar polis) dan berlindung dalam lorong yang sama. Sebenarnya pada pendapat saya, mereka terkurung bersama-sama (bukannya bebas) untuk berfikir sejenak tentang diri sendiri kenapa malang sungguh nasib mereka selama ini? Lorong yang tersorok itu adalah perhentian sementara untuk mereka bermesyuarat dan membuat pilihan samada untuk teruskan jalan songsang masing-masing atau berhenti dan berubah atau mati katak? Namun begitu bersoal-jawab sesama mereka telah membongkar bahawa tiada yang lebih atau kurangnya darjat kehinaan siapa sebenarnya diri mereka. Kau pilih! Kau tanggung!

Dari sudut lain saya melihat watak-watak itu memang 'mangsa' kepada seseorang malahan bukan orang asing tapi dari hubungan yang paling dekat sekali iaitu keluarga. Itu yang sangat menakutkan bila mendengar cerita meleret-leret satu-persatu watak bercerita titik mulanya mereka menjadi kotor sebegitu. Rasa kasihan dan kesal itu terasa kepada setiap watak. Lalu rasa marah dan benci pula kepada nama-nama si polan si polan (disebut sahaja dalam backstory) dahulunya dianggap pagar yang diharap sudah memakan padi. Jahanam!

Kesimpulannya, Lorong Blues bertanya kepada khalayak kalaulah kamu menjadi setiap salah satu watak, apa agaknya yang kamu akan lakukan? Ia seperti sesi pertemuan ala rehab session yang bising dan kasar kerana masing-masing hendak meluahkan cerita.. nama saya Kudin, Linda, Selamat, Joe, Arfah, Mak Jah.. saya adalah manusia malang kerana bla bla bla..

Tahniah STEFANI!

*psikodrama = teknik psikoterapi secara berkumpulan yang menghendaki pesakit melakonkan dan meluahkan segala masalah yang sedang dihadapinya. (Kamus Dewan edisi keempat, ms. 1237)





Selasa, 4 Ogos 2009

Badrul Bambi ~ antologi hebat (dan rojak) oleh Raihani Mohd Saaid!

mudajauhari.blogdrive.com

Antologi rojak buku ini mengandungi 11 judul. Banyak dan anekaragam ceritanya. Sarat (kadangkala tak larat) dengan latar yang biasa atau luarbiasa si penulisnya. Mungkin kamu menemui sebahagian kisah diri sendiri dalam seperenggan, sebaris ayat atau sepatah kata. Bagi saya, hanya dengan membaca cerpen Badrul Bambi (1997) diikuti Badrul Bambi II (2009) secara back-to-back mampu menjinakkan kemalasan 'membaca' dalam diri saya yang sememangnya sibuk katanya!.. ahahaha!

Inilah pengalaman santai saya ketika membaca kedua-dua cerpen:

Badrul Bambi (1997)
Cerpen ini bermula dengan sebabak pertemuan yang bersebab dari satu insiden penyelamatan kepada watak protagonis bernama Badrul oleh seorang gadis bernama Bambi (kamu kena baca untuk tahu asalnya nama 'bambi' itu). Begitulah ada ketikanya kehidupan di luar jangkaan sebegitu sebagai permulaan plot genting yang akan berentetan menjadi kronologi-kronologi penting kehidupan Badrul selepas itu. Unpredictable! Malahan titik-temu itu berlaku di tanah asing yang cuma disinggahi sebentar sahaja (Bali). Ia terperap menjadi rahsia peribadi Badrul. Namun detik sekejap itu jugalah yang masih dilawati dalam ingatannya. Bagi saya, cerpen Badrul Bambi itu secara keseluruhannya ialah set-up paling penting dalam pencarian makna kehidupan dalam diri Badrul. Dalam ertikata lain, Bambi itu memang sebenar-benarnya 'penyelamat' kepada Badrul. Saya sukakan perjalanan bercerita oleh Raihani kerana membaca cerpen ini seperti bermula dengan satu titik di tengah gegelung ubat nyamuk yang membesar dan membesar lalu menyempurnakan cerita penuh yang diakhiri dengan cliffhanger (sebab itulah cerpen Badrul Bambi II mesti dibaca bersambungan). Exposition latar lokasi Bali yang mungkin bukan kebiasaan kepada pembaca berjaya digambarkan melalui selitan deskripsi di sana-sini tanpa memaksa untuk diimaginasikan semasa bercerita perihal watak-watak Badrul, Bambi dan Tiger. Cerpen ini mahir memancing pembacaan dengan plot-twist apabila Roro (adik Bambi) tiba-tiba memaki-hamun Badrul di paragraf ke hujung cerita. Watak tambahan Tiger adalah lawan atau kontradiksi kepada watak Badrul yang cynical dan comical. Watak Intan pula adalah konflik realiti sebenar yang nyata kepada watak Badrul. Maksud saya, wujudnya watak antagonis Bambi (dan cerpen itu sendiri) seakan mimpi basah yang enak dan lazat kepada Badrul seumpama sebiji epal dari pohon dalam taman larangan? Bambi itu ialah lust?.. ahahaha!

Badrul Bambi II (2009)
Cerpen ini sudah tentu jauh lebih matang bahasa dan permainan plotnya. Namun kali ini Raihani seakan kekurangan jus berahi dalam bercerita berbanding cerpen Badrul Bambi terdahulu. Naratifnya semakin dewasa seiring dengan perkembangan watak-watak Badrul, Tiger dan Bambi itu sendiri yang kini dalam dunia karier yang lebih besar dan mencabar. Cerpen kali ini lebih berat sindiran kepada dunia sekitaran Badrul sehari-harian walaupun masih santai dan bersahaja. Gaya hidup ber-facebook juga diselitkan untuk kedengaran moden. Latar watak Badrul sebagai ketua editor (penulis) juga digunapakai sehabisnya oleh Raihani untuk menyalurkan pendapatnya terhadap definisi sastera Islam serta red tape dan hipokrasi dunia penulisan di Malaysia. Malahan ia lebih masuk ke dalam keluarga dan keperluan (atau desakan) kelelakiannya yang sebenar. Kalau dulu sekadar sifat remaja jiwang disulamkan dalam cerita, kini ia lebih kepada kenyataan survival generasinya. (jelas bila Badrul meroyan pasal isu no-nonsense fahaman Intan, keluarga Intan dan keluarganya sendiri). Namun begitu, cerpen ini masih bertunjangkan hubungan Badrul-Bambi yang akhirnya.. ops! sila beli dan baca sepenuhnya cerpen ini sebab saya tak mahu bagi spoiler!.. ahahaha!

NOTA:
Tahniah untuk sang penulis Raihani Mohd. Saaid dengan kelahiran putera beliau Umar Firas yang sangat comel pada 30 Julai 2009 yang lalu! (ya! nama Umar Firas itu ada dalam cerpen Badrul Bambi II).. lu hebat sis! :-)

PAUTAN:
Raihani Mohd. Saaid
Fariz Ramlee (gambar kulit depan & belakang)
Sinaganaga (reke bentuk & reka letak)

Isnin, 3 Ogos 2009

FFM22: ajami kataaanya!


Senarai Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia 22

Pengarah Harapan
Effendee Mazlan – Kami The Movie
Azizi Adnan – Antoo Fighter
Norliana Shamsudin – Selamat Pagi Cinta
James Lee – Histeria
Wan Azli Wan Jusoh – Budak Kelantan

Top-5 Pengarah Harapan inilah yang saya rasa sebagai punca utama kenapa pahat dan tukul kepunyaan saya akan berbunyi ketuk-ketak ketuk-ketak ketuk-ketak apabila membaca senarai pencalonan akhir FFM ke-22 tahun ini. Bagaimanapun, apa juga yang saya tulis di sini TIDAK AKAN mengubah apa-apa kepada senarai itu cuma sekadar pandangan peribadi sahaja! Kamu sebagai pembaca juga boleh berkongsi dan pinjamkan gergaji atau sesiku L untuk bersama-sama me-repair rumah kongsi saya ini! ahahaha!

Pengarah Terbaik
Pierre Andre – Jangan Tegur
Afdlin Shauki – Papadom
Ahmad Idham – Syurga Cinta
Yasmin Ahmad – Talentime
Bade Hj Azmi – Maut

Pada hemat saya, Effendee, James Lee atau Wan Azli layak selayak-layaknya untuk mengisi salah satu (atau dua atau tiga) calon-calon Pengarah Terbaik tetapi diketepikan hanya kerana mereka tergolong dalam kategori Pengarah Harapan? Dalam ertikata lain, walau sehebat manapun filem arahan dari seorang pengarah yang 'pertama kali' saya ulang 'PERTAMA KALI' sungguhpun jikalau andaikata filem itu menang di Oscar atau Cannes sekalipun, maka di Malaysia hanya layak untuk bertanding dalam kategori 'harapan' dan duduk diam-diam tutup mulut serta kena bikin filem seterusnya (kalau ada bajet dan hayat) untuk dapat bertanding untuk kategori Pengarah Terbaik.. wow!

Pelakon Lelaki Terbaik
Que Haidar – Maut
Afdlin Shauki – Papadom
Rashidi Ishak – Setem
Awal Ashaari – Syurga Cinta
Mahesh J. Kishor – Talentime

Di manakah saudara Mohd Asrulfaizal (Jaha) dari filem Budak Kelantan? oh! saya terlupa Budak Kelantan adalah dari filem arahan calon Pengarah Harapan.. lalala!

Pelakon Wanita Terbaik
Nabila Huda – Bohsia
Nadia Mustafar – Jangan Tegur
Liyana Jasmay – Papadom
Sharifah Amani – Sayang U Can Dance
Heliza Helmi – Syurga Cinta

Liyana Jasmay rasanya layak juga bertanding untuk 2 lagi filem lakonannya iaitu Histeria dan Kami The Movie tetapi sekali lagi saya ingatkan diri saya bahawa kedua-dua filem itu dari arahan Pengarah Harapan dan mungkin Liyana tak patut gila kuasa sampai 3 nama kot?.. ops!

Lakon Layar Terbaik
Afdlin Shauki – Papadom
Ahmad Idham – Syurga Cinta
Bade Hj Azmi – Maut
Syamsul Yusof – Bohsia
Yasmin Ahmad – Talentime

Pergi beli dvd filem Budak Kelantan, Kami The Movie atau Histeria dan beritahu saya bahawa ketiga-tiga filem itu mempunyai lakon layar yang bagus atau tak bagus?.. pergi cepattt!

Cerita Asal Terbaik
Afdlin Shauki – Papadom
Yasmin Ahmad – Talentime
Fariza Azlina Isahak – Kami The Movie
Nor Shuhadatul Ain – Syurga Cinta
Bade Hj Azmi – Maut

Oh! Kami The Movie akhirnya ada dalam senarai!.. eh! tapi di manakah Budak Kelantan?.. winkwinkwink!

Filem Komedi Terbaik
Los dan Faun
Cicakman 2
Senario The Movie : Episod 1
Sifu dan Tongga
Brainscan

Wei! Mana aci! Kalau genre komedi dapat kategori khas, apa bezanya dengan genre seram wei??? ..tak baik tau diskriminasi cegini! sedih brader-brader fadz & s k r i n tau!

Filem Animasi Terbaik
My Telatori - The One Academy of Communication Design
Upin & Ipin dan Kawan-Kawan : Kembara ke Pulau Harta Karun
Still Alive - The One Academy of Communication Design

Konpius aku!.. habis filem GENG: Pengembaraan Bermula dalam kategori apa wei???

Filem Pendek Terbaik
Perempuan Itu – Institut Media Integratif Malaysia
Rumah Kecilku Ada Kelambu – UITM
Permata Bonda – Universiti Sains Islam Malaysia

Odoi Odu tak dapek masuk kah???

Filem Digital Terbaik
Vikrant – Super Arts Productions
Tiga Budak Melayu – UITM
Aathma – Demaz Entertainment Sdn. Bhd.

Punggok Rindukan Bulan???.. Sell Out!???.. nan adooo???

Memandangkan FFM sangat suka dengan perkataan 'harapan'.. apakata tahun depan tambah lagi semua kategori dengan extra bertitle 'harapan'.. atau tukar jer jadi kategori 'kalau kau masuk kategori harapan kau jangan harap dicalonkan dalam kategori lain'.. ahahaha!

Peace bro! muahhh!

*senarai penuh >> sultanmuzaffar.blogspot.com