Khamis, 24 September 2009

BODY 2 BODY: A Malaysian Queer Anthology - representasi dari dalam almari?

info buku
Sebuah buku antologi 23 karya tulisan fiksyen dan bukan-fiksyen ini mungkin menimbulkan tandatanya apakah agaknya kandungan sebenar buku ini hanya berdasarkan judulnya. Namun setelah saya baca satu-persatu isinya, ia mencetuskan pelbagai reaksi yang lebih kepada cuba memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Buku ini tidak boleh dipukalkan kepada apa-apa rangkuman kesimpulan yang mampu menyamaratakan kesemuanya kepada suatu konklusi sahaja. Setiap karya ada sebab kenapa ia ditulis secara persendirian oleh si penulis. Maksud saya, katalah anda membaca buku antologi kisah-kisah seram misalnya, sudah tentu setiap tema cerpen di dalam buku tersebut akan menjuruskan kepada cerita 'seram'. Tetapi, buku antologi ini seolah-olah setiap tulisan berdikari sendiri melalui genre khusus penulisannya. Mungkin lebih mudah saya katakan bahawa buku ini seperti rojak cerpen ekspresi dalaman eksklusif setiap penulis tentang sekeliling mereka yang melibatkan pilihan seksualiti individu. Naratif setiap karya sangat berlainan satu sama lain! Anda akan membaca tulisan yang benar-benar fiksyen (malahan fiksyen sains) ataupun esei tentang kemanusiaan asas atau bersifat akademik yang keterlaluan. Benar! Sebuah buku antologi yang berkulitkan seksualiti alternatif pastinya mengandungi metafora dan penceritaan teliti mengenainya yang mungkin bukan kebiasaan bagi sesetengah pembaca yang 'normal'. Namun begitu, penceritaan karya-karya yang menyentuh tentang perasaan kasih-sayang di antara dua insan (samada yang mendapat respons atau ditolak) dalam buku ini adalah suatu yang universal dan umum. Kebanyakan penulisan dalam buku ini tidak meminta untuk 'reseptif' atau simpati tetapi lebih kepada 'memberitahu' ia berlaku dalam kehidupan individual yang mereka pilih (atau azali). Ada juga karya yang tiada langsung tentang naratif yang berbaur seksualiti tetapi lebih kepada cerpen biasa tentang hubungan sesama manusia. Dan sesetengah tulisan pula lebih kepada memori rawak lampau yang masih diingati oleh si penulis (atau protagonis) yang kini memberikan makna ke-dua setelah mereka dewasa. Ceritanya juga sangat beraneka pandangan sisi samada dari watak yang memiliki naluri seksualiti alternatif mahupun orang-orang keliling mereka yang rapat untuk melalui bersama-sama kehidupan yang sentiasa hendak dilindungkan (atau diselamatkan) dari pandangan rutin masyarakat. Ringkasnya, bagi saya Body 2 Body: A Malaysian Queer Anthology ialah sebuah garapan penulisan berbahasa Inggeris yang boleh menjinakkan kemalasan saya untuk membaca sebuah buku tentang kehidupan orang lain yang saya kurang tahu! Sebuah representasi dari dalam almari yang berani mati.. barangkali?


iklan di mukasurat belakang sekali buku Body 2 Body
info penyertaan >> ORANG MACAM KITA

Selasa, 15 September 2009

ucapan skema raya ajamihashim!

Salaam..
Kepada semua pembaca blog ini yang aku sayangi muah-muah, aku ucapkan dengan skemanya ucapan: Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin seandainya selama korang membaca entri blog ini atau bertekak sesama kita di kotak komen kot-kot ada terkasar bahasa atau terasa hati kononnya.. haish!.. berhati-hatilah semasa memandu kenderaan pulang ke kampung walaupun aku rasa ramai yang bawak kereta ala-ala pelesit kota macam dalam lagu kumpulan Search itu!.. tak reti-reti sayangkan nyawa lepas raya nanti nak kena kerja balik untuk menyara hidup?.. kepada para blogger yang katanya berlabel sebagai pengkritik filem yang bijak-pandai belaka, teruskanlah menyokong atau menghentam filem-filem yang korang suka atau tidak kerana kalau korang tulis baik-baik atau busuk-busuk pun, sesebuah filem itu TETAP ditayangkan di pawagam yer! tak pernah dalam sejarah ada filem yang akan ditarik balik tayangan kerana dek ada ulasan blogger yang genius-genius itu!.. ahahaha! lagipun aku tau kalau tulisan korang skema macam suratkhabar punya ulasan sure pembaca tak ramai!.. jadi kenalah tulis se-kontroversi bagai-bagai untuk melariskan hits dan populariti! tak gitu kawan-kawan?.. kepada pembikin-pembikin filem tempatan atau luar negara (ada ker filmmaker luar baca ekk?) yang telah, sedang dan akan di-ulas+pulas filemnya, korang jangan ambil hati lelebih ok!.. jadikanlah ulasan-ulasan mereka itu sebagai panduan populariti mahupun pendapat-pendapat nyamuk di malam hari raya!.. tak luaknya beb!.. kaboom!.. ucapan hari raya seterusnya dengan pilihan lagu Raya Yang Sempurna oleh Awie ditujukan kepada semua followers blog ajamihashim dengan ucapan "Jangan serik-serik membaca blog ini yer bro & sis!".. juga kepada tuan tanah blog-blog yang me-link-kan blog ini di side-bar masing-masing dengan ucapan "Kalau makan ketupat dan rendang di hari raya, jangan lupa lepas itu klik blog ini yer cik bedah & incik dolah!".. akhir kata, lepas raya nanti aku akan ajak korang reramai ke Majlis Pelancaran Buku Untuk Filem: ESTET & Videoclip OST ESTET oleh Awie yang gempak ya amat pada 2 Oktober 2009.. tempat & masa akan diumumkan kendian hari okeh!.. muahhh!

p/s: kalau tak dapat tiket bas, jangan jadi macam hitler nih! kesian! ahahaha!

Jumaat, 11 September 2009

PAPADOM ~ filem ala Disney?

poster baru
1. Papadom seperti sangat ke-Disney-an dimana naratifnya begitu kuat dengan tema kasih-sayang kekeluargaan, feel-good movie, klimak yang gumbira-ria, watak-watak antagonis di kolej UiTM pun begitu harmless iaitu Hisham (Farid Kamil) yang penakut dan Shasha (Scha) yang dumb-blonde bitch, Yvonne (Chelsia Ng) side-kick kepada Miasara (Liyana Jasmay) yang sangat setia serta seorang watak good guy Mat (Que Haidar) yang naif+geek! Nasib baik patung mainan bucuk Miasara bukannya Minnie Mouse! ahahaha!

2. Filem ini sangat kiut-miut dan comel-lote macam Liyana Jasmay! Terutamanya babak Miasara 'macam' menggentel tetek Mat yang sebenarnya ialah mengentel gambar kartun di baju Mat! ..ahhh! so sweeet!

3. Afdlin berjaya menjentik manja-manja beberapa perihal industri perfileman di Malaysia secara sambil-lewa dan sambil-lalu iaitu genre lawak seram? dan peraturan wajib tayang! ahahaha!

4. Saya suka ya amat sesi koir ber-pom-pom girls oleh Shasha dan rakan-rakan dia! Tapi boria opening/closing tu macam nak tak nak ajer?

5. Twist dalam storytelling filem ini iaitu kewujudan semula watak arwah Munirah (Noorkhiriah) dalam bentuk imaginary-friend kepada Saadom (Afdlin Shauki) sebenarnya ialah internal-conflict/feminine-side diri Saadom sendiri yang di-jasad-kan dalam beranekaragam bentuk pakaian yang sesuai seperti rama-rama ber-camouflage. Pemecahan watak pros/cons Saadom berlaku pada titik plot dimana Miasara berkata 'tidak' kepadanya buat kali pertama (dalam kereta semasa hujan) sebab itulah watak Munirah tidak pernah wujud sejak dia meninggal dunia kerana sebelum ini Saadom sentiasa mendapat jawapan 'ya' dari Miasara. Dalam ertikata lain, Saadom berkonflik dengan dirinya sendiri atau mungkin juga boleh ditafsirkan sebagai fear & guilt akan kehilangan Miasara bercampur-aduk dengan midlife-crisis. (korang faham tak wei?)

6. Pada pendapat saya filem ini berada di grey area atau garisan sempadan yang sangat nipis dalam jangkamasa yang panjang samada ia akan menjadi cuma 'salah sebuah filem arahan Afdlin Shauki' (forgettable) atau salah satu karya yang sangat sinonim dikaitkan dengan nama Afdlin Shauki (masterpiece)

7. Lakonan Pete Teo dan Harun Salim Bachik sangat natural walaupun watak-watak kecil manakala Vanidah pula biasa-biasa ajer sebab watak dia pegang pun memang biasa-biasa ajer.

8. Ia sebuah filem yang sangat berkesan dari segi cara bercerita yang mudah difahami, terus, lurus, kudus, suci dan murni! atau ayat seertinya ialah Papadom tidak membosankan!

9. Filem ini memang selayak-layaknya sebagai Filem Terbaik FFM22! ..errr! ada bangkangan kah?

10. Promosi oleh blog ini TIDAK ditaja oleh TUSB! serius beb! gua ikhlas ni! pergilah tonton di pawagam mulai 8 Oktober 2009! berbaloi-baloi!

*ulasan blogger lain: jangantegur.com * hazelrose79 * nurul * lensabahrein76 * budiey.com * hilangpunca * anwardi.jamil * thewanonly * cartoonrama * zosaw * tontonfilem * adiluqman * megateusofe * wenkt * ikhares * vovin * sinaganaga (must read! wohoho!) * saloranseni (non-review) * sultanmuzaffar * coffeeholic * enciktonton * dewimimpi *
poster asal (lama)

poster versi ajami

FACEBOOK
SINEMAMALAYSIA


DI BALIK TABIR PAPADOM


di balik tabir PAPADOM







REVIEWS >> PAPADOM ~ filem ala Disney?

Khamis, 10 September 2009

ajamihashim followers?

Pernah tak korang terfikir kenapa blog korang ada followers? Mungkin sebab diaorang suka baca blog korang yang best giler ya amat kan? Sebenarnya setiap kali ada followers baru, saya pasti akan klik blog diaorang untuk tahu serba-sedikit latar siapakah empunya blog itu? Tidak saya nafikan bahawa sebahagian daripada followers blog ini sememangnya kawan-kawan blogger a.k.a. kroni ajami yang memang dah kenal rapat dan pernah berjumpa di luar dunia internet. Namun ada juga yang tidak pernah saya bersua-muka tapi sudi juga nak follow.. hahaha! Selain followers, blog ini juga di-link-kan oleh banyak blog lain dari berbagai peringkat umur dan minat. Hey! Hari ini saya terfikir untuk buat 'sesuatu' sebagai tanda terima kasih saya kepada semua followers blog ini yang berjumlah 166 blogger (10 Sept 2009) setakat ini. Saya akan buat posting khas untuk 10 buah blog secara rawak untuk setiap bulan pada setiap 10hb dan korang pembaca blog ini boleh layari dan komen apa saja tentang blog itu! Saya juga dah buat 1 blog khas untuk link-kan semua blog followers ajamihashim kat sini >> ajamifollowers.blogspot.com (sedang dikemaskini). Akhirkata, terima kasih sekali lagi kepada korang semua yang rajin betul following blog ajamihashim yang tak seberapanya ini!.. muahhh!

Berikut ialah 10 buah blog yang hebat-hebat belaka isinya untuk edisi Sept sebagai sesi pengenalan dan upacara perasmian kataaanya!



Isnin, 7 September 2009

Azwan Ali @ KLIA 070909

Azwan Ali @ KLIA




Jumaat, 4 September 2009

KARAOKE (akan datang)


Karaoke juxtaposes a young man's idealism with the reality of a changing Malaysia through karaoke videos.



Selasa, 1 September 2009

SEPULUH @ Astro Citra

Siri mini tv setiap Rabu & Khamis, 9 malam, Astro Citra (sepanjang bulan September)
*info lanjut: istandintime.blogspot.com

trailer


opening montage