Sabtu, 31 Oktober 2009

KAKMIN oleh Ajami Hashim @ MASKARA SHORTIES

tajuk: kakmin
durasi: 6 minit 15 saat

sinopsis:
Kadangkala sembang-sembang yang sudah lama berlaku boleh dirasakan baru dan laku untuk didengar semula! Ini perbualan aku dengan arwah Yasmin Ahmad pada Julai 2007. Al-Fatihah untuk kakmin.

tayangan: MASKARA SHORTIES, 31 Oktober 2009, Rumah Pena

nota poster: kesemua imejan dalam gambar itu adalah interpretasi aku mengenai siapakah 'kakmin' yang wujud di sekitar kebiasaan hidupku seharian.

*ulasan KAKMIN:
koishiemerah.blogspot.com
zosaw.blogspot.com
alkisahnyalah.blogspot.com
mohammadikman.blogspot.com
dewimimpi.blogspot.com
tontonfilem.blogspot.com
BERITA HARIAN

Jumaat, 30 Oktober 2009

TUNJANG SA'ADAH ~ Rozita Che Wan @ lokasi [youtube]

Rozita Che Wan ialah Sa'adah

"Kematiannya seolah-olah menguburkan sama hidupku. Tak kusangka, ajalnya juga melahirkan cinta teragungku pada tinggalannya.Namun semuanya tamat dalam bauran ironi, sedih dan gembira." ~ Sa'adah

Rabu, 28 Oktober 2009

Ajami Hashim @ kosmo!

klik & baca kat sini >> KOSMO!



Salaam..

Terima kasih kepada wartawan Aqmar Alladad dan jurugambar Farizwan :-)

Alang-alang kot ada pelayar baru mai melawat blog saya ni, apakata saya iklankan sekali bahawasanya skrip telefilem sulung tulisan saya berjudul Tunjang Sa'adah sedang di-shoot dah masuk hari ke-3.. Insyaallah ia akan ke layarkecik TV3 di slot cerekarama dalam bulan Nov nanti.. tarikh tayangan sebenar akan diwar-warkan segera-gera akan datang! huhu!.. juga kat MASKARA SHORTIES hari Sabtu nanti akan dilancarkan secara rasminya Buku Untuk Filem ESTET (yay! berapa kali mau lancar wey???) oleh Amir Muhammad taukeh Mataharibooks penerbitnya! serentak juga dengan pelancaran Buku Untuk Filem PISAU CUKUR

Yezza! Hidup semakin meriah nampaknya! lalala! huhuhu!

*koleksi youtube ajami vs. org2 lain kat sini
*ulasan2 filem & dll kat sini

*kalau nak play youtube kat blog ni, sila mute-kan/pause-kan mp3 lagu jiwang kat link sebelah kanan tu yer adik2!

TEASER


PART.1


PART.2


PART.3

Khamis, 22 Oktober 2009

CUCI (2008) ~ Ajami Hashim vs. Hans Issac

www.cucithemusical.com
ulasan filem Cuci

Salaam.. sempena teater Cuci The Musical di Istana Budaya, apakata kita flashback balik temuramah Ajami Hashim vs. Hans Issac pada 28 Jan 2008 dulu.. layannn! :-)


Selasa, 20 Oktober 2009

Tahniah! Pak Hassan Muthalib :-)





Salaam.. pagi ini, saya dan abang Mamat Khalid mendapat jemputan dari Pak Hassan untuk menyaksikan detik-detik beliau menerima Anugerah Kehormat UiTM. Berikut ialah teks ucapan balas beliau yang dikirimnya melalui e-mail kepada saya.

UCAPAN BALAS
oleh Hassan Abd Muthalib

Selama hampir satu abad, filem-filem Hollywood sudah membuatkan kita lebih mengenali alam dan negara Amerika daripada alam dan negara sendiri. Seperti kata Allahyarham Dato’ Syed Alwi:

Jika mahu tahu tentang budaya Amerika, tanyalah sesiapa saja.
Jika mahu tahu tentang budaya orang Melayu, carilah seorang pakar.

Dengan teknologi digital, Hollywood kini melahirkan filem-filem yang tidak pernah diimpikan oleh karyawannya sendiri sebelum ini. Maka Hollywood terus menjadi kiblat bagi penggemar filem di seluruh dunia. Firman Allah subhanahu wa taala dalam al-Qur’an dengan ayat yang bermaksud:

Dan tidak aku jadikan sesuatu melainkan dengan sebab.

Filem merupakan satu bidang seni yang begitu luar biasa dalam sejarah tamadun manusia. Maka apakah sebab Tuhan turunkannya kepada manusia? Sebaik saja dijadikan, Nabi Adam bersin, Syot pertama yang diambil melalui kamera adalah visual seorang lelaki yang juga bersin. Sebaik bersin, Nabi Adam mengucapkan Alhamdulillah, bersyukur kepada Tuhan kerana menjadikannya. Orang Nasrani akan mengucapkan Bless You, iaitu, memohon rahmat Tuhan ke atas si pembersin. Pemimpin agung Iran, Ayatollah Khomeini pernah melihat filem sebagai satu manifestasi budaya yang harus digunakan untuk mendidik manusia. Bagi ahli teori filem Perancis, Andre Bazin, layar perak ibarat jendela, di mana kita mengintip gelagat pelbagai manusia yang mencerminkan diri kita sendiri. Maka boleh disimpulkan bahawa filem adalah satu rahmat dari Tuhan dan karyawannya memainkan peranan sebagai penglipur lara di zaman ini untuk membawa manfaat kepada manusia.

Filem datangnya dari Barat, namun proto-cinema sudah lama wujud dalam seni persembahan orang Melayu. Wayang kulit juga menggunakan layar putih; imej yang bergerak; suara, dan musik latar. Bangsawan menampilkan cerita, kostum, set, prop, seni lakon, dan musik. Maka bidang filem yang menjadi simbol permodenan bukan sesuatu yang asing bagi orang Melayu walaupun diiringi pelbagai ilmu baru seperti paradigma lakonlayar serta teori-teori arketaip, mahu pun semiotik. Struktur cerita dalam hikayat-hikayat tetap sama dengan paradigma lakonlayar filem arus perdana masakini. Hikayat-hikayat seperti Merong Mahawangsa dan Hang Tuah membawa watak-watak arketaip. Semiotik tabii pula sudah lama berada pada pantun, syair dan gurindam. Sebagai contoh:

Pisau raut peruncing kalam, Kalam diruncing tepi perigi;
Dalam laut ada kolam, Dalam kolam ada perigi.

Alam Melayu indah dengan serapah, mantera, pantun, gurindam, anyaman, ukiran dan kaligrafi. Profesor Muhammad Haji Salleh melihat orang Melayu begitu genius dengan seni. Kebijaksanaan mereka mengIslamkan segala yang khurafat membuatkan seni mereka terus hidup. Kosmologi Melayu kaya dengan persoalan pandangan dunia dan perihal alam metafizik. Cerita-cerita mereka bukan semata-mata untuk hiburan tetapi sarat dengan teladan sepertimana dinyatakan Tun Sri Lanang dalam Sejarah Melayu:

Supaya diketahui oleh segala anak cucu kita dan boleh di-ingatkannya syahdan beroleh faedah ia daripadanya.

Seni tradisional mudah menjadi bahan dan subjek untuk difilemkan. Filem animasi cereka pertama pada tahun 1926 di negara Jerman bersandarkan kisah dari Hikayat Seribu Satu Malam, dan menggunakan teknik animasi yang diilhamkan oleh wayang kulit. Cerita-cerita rakyat Melayu yang dikompilasi oleh Sir Richard Olaf Windstedt dalam bukunya, Malay Magic, menjadi inspirasi bagi Rudyard Kipling untuk menghasilkan buku, yang kemudian dianimasi sebagai The Jungle Book

Di kalangan negara-negara ASEAN, Malaysia sudah menciptai rekod dalam terbitan siri animasi televisyen dan pawagam. Industri filem animasi kini berada pada fasa yang keempat selepas berjaya menghasilkan karya yang bertaraf dunia. Kini, langkah mesti diatur untuk menghasilkan cerita dan penceritaan yang benar-benar sinematik dan bukan rakaman. Malangnya dalam sepuluh tahun kebelakangan ini, Sinema Malaysia dicemari cerita-cerita yang remeh temeh, tahyul dan komedi picisan. Wajah orang Melayu di layar begitu buruk dan memalukan. Apakah ini mencerminkan masyarakat Melayu pada zaman ini, atau pun ianya cerminan pembikin-pembikinnya yang terlupa diri sebagai khalifah di bumi? Malang juga lagi, para juri festival filem seringkali gagal memilih filem yang benar-benar bermutu. Senario ini membuatkan saya termenung, memikirkan nasib para pelajar dan graduan yang sudah memilih bidang seni sebagai kerjaya mereka.

Tetapi saya fikir UiTM telah pun menyedari perkara ini. Namun, satu visi perlu dirangka untuk melahirkan karyawan filem dan animasi yang berketerampilan. Sebuah Pusat Animasi diperlukan - satu entiti yang tersendiri, agar dapat meneroka potensi animasi melalui rekaan kandungan yang asli, yang menjelajah, meneroka dan melahirkan wajah Melayu. Pelajar dan pensyarah berkerja rapat dengan pakar-pakar animasi yang dari Hollywood, misalnya. Kandungan dari Pusat ini akan meneroka emerging media seperti realiti virtual, hologram, animasi untuk aplikasi dalam bidang bio-tech dan program angkasa lepas. Di Pusat ini kita bawa zaman silam ke zaman moden, alih naratif hikayat kepada naratif animasi, melahirkan epik yang bersumberkan cerita dan kisah dalam hikayat atau al-Qur’an.

Program Profesor Pelawat di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA) memberi peluang untuk para pelajar berinteraksi dengan karyawan bertaraf dunia. Program Karyawan Tamu membolehkan para pelajar menyelami hati dan budi karyawan veteran untuk melahirkan karya yang mempunyai Rasa. Subjek-subjek seperti salasilah penceritaan, tamadun dan kosmologi Melayu perlu diwajibkan. Filem Wayang terbitan UiTM adalah filem tunggal yang mengangkat alam dan tamadun Melayu untuk tatapan berterusan bagi generasi akan datang. Adegan akhir dalam filem Wayang menyatukan kelir dengan layar perak. Yang lama dan yang baru menjadi satu; yang diikrar dengan lisan adalah sama dengan apa yang tertasdiq dalam hati. Inilah cara orang Melayu. Dalam dunia yang arah tujunya semakin hilang, kita mampu mengabadikan khazanah bangsa Melayu sebagaimana diimpikan Tun Sri Lanang:

Supaya diketahui oleh segala anak cucu kita dan boleh di-ingatkannya syahdan beroleh faedah ia daripadanya.

Saya amat berbangga dan berterima kasih kerana dipilih UiTM sebagai Karyawan Tamu di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik. Saya hanya manusia kerdil, yang mempunyai ilmu yang sedikit yang dianugerahkan Tuhan Yang Maha Esa. Saya bersyukur kepadaNya dan berterima kasih kepada UiTM, khususnya Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Profesor Dr Hatta Azad Khan, di atas anugerah Kehormat ini.
dari kiri: mamat khalid, ajami hashim, hassan muthalib, mansur puteh

PAUTAN:
~ pengkritik filem vs. pengulas filem
~ tontonfilem
~ Lecture by Hassan Muthalib
~ Darul Digital
~ criticine.com
~ Ajami & Pak Hassan
~ fariztheroadsofar
~ Mamat Khalid
~ accessmylibrary.com
~ The Fairly Current Show

Isnin, 19 Oktober 2009

Ayah, kenapa tebang pokok pisang? (2008) ~ filem pendek oleh Nam Ron


Ayah, kenapa tebang pokok pisang? (2008) ~ kebisingan realisme yang dipekakkan?

"This short film shoot with panasonic P2. The location is in Klang. It's about NEP, how the poor more poorer and the rich more richer. The objective is to educate the society. The year of making is 2008." ~ Nam Ron (scriptwriter & director)

*filem ini hanya boleh ditonton di facebook Nam Ron
>> "Ayah, Kenapa tebang pokok pisang?"

Struktur (pemaparan)

Penceritaan filem ini seolah-olah ringkas tetapi berat isinya. Struktur naratif hanya memecahkan kepada 2 durasi era sebelum dan selepas sebuah kampung tradisional 'dimajukan' kepada sebuah pekan kecil. Perjalanan hidup Rahmat, seorang lelaki pekak dalam pencarian rezeki untuk keluarganya dijadikan foreground yang seakan tiada respons kepada apa yang berlaku tetapi merasa bahana akibatnya paling teruk. Manakala watak-watak background (yang tidak dipedulikan oleh Rahmat) adalah naratif yang sebenarnya ke depan untuk berinteraksi terus dengan 'perubahan' kepada kampung itu. Adakalanya filem ini seperti road movie dimana khalayak menumpang mata dan 'telinga' Rahmat (sebenarnya dia tuli bukan?) kepada isi perbualan dan paparan visual satu-persatu perkembangan plot dan konflik yang hendak diceritakan. Pergerakan kerja kamera dan rakaman audio berlegar di sekitar Rahmat dimana wujud wataknya bebas keluar-masuk frame menjadikan penceritaan filem ini tidak statik. Exposition dan latar lokasi dipaparkan dengan teliti untuk menunjukkan perbezaan dan perubahan dari era lama ke baru, kononnya mundur kepada maju. Khalayak memahami jalan ceritanya secara dua lapis sekaligus. Saya suka dengan paparan set dan lokasi sebenar yang benar-benar wujud untuk mengangkat rasa realisme dunia filem ini. Walaupun mungkin ia dirakam dari berbagai tempat tetapi penyantuman dan suntingan rentetan visual berjaya menceritakan proses transformasi dari sebuah kampung, bangunan separuh siap dan sebuah pekan baru - sebelum, semasa, selepas.

Kandungan (persoalan)

Adakah filem ini bersifat didaktik? Menunjuk dan memujuk? Apakah Rahmat sekeluarga adalah mangsa? Atau dia hanyalah sisa atau korban untuk membayar harga sebuah kemajuan? Benarkah setiap pembangunan sebuah kampung akan memiskinkan lagi penduduk yang sedia-ada papa kedana? Atau filem ini sekadar menceritakan sebuah kisah yang terpencil? Sejujurnya saya sangat mengidolakan semangat diri Rahmat sebagai seorang manusia yang rajin, gigih, berusaha, berdikari dan kuat semangat walaupun dia kekurangan serba-serbi. Dia tidak pernah mengeluh dengan kemiskinannya. Mungkin saya tidak tahu permasalahan apa yang menghambat dalam fikirannya. Tetapi yang penting Rahmat teruskan juga kais pagi, makan pagi tidak berhenti-henti demi keluarganya. Insan sebegini lebih mulia dari orang-orang yang sentiasa mahu berleter dan mengaduh sahaja, yang hendakkan mudah-mudah, ringan-ringan walaupun mungkin sudah senang-lenang.

"Pokok pisang ni dia buah sekali jer..kalau tak tebang nanti dia busuk..bila dia dah busuk tu pokok lain boleh rosak" jelas Rahmat kepada anaknya, Hasan.

Dialog itu di pembukaan filem ini sarat dengan subtexs yang boleh dianggap sebagai tema keseluruhan filem ini. Pokok pisang itu boleh dianalogikan kepada berbagai tafsiran, takrifan, sindiran dan kiasan! Mungkin kampung itu sememangnya sudah sampai waktu untuk dimajukan. Barangkali pemikir projek (saya tidak gunakan ahli politik ekk? ahahaha!) yang patut ditebas untuk mengelakkan makin banyak lalang ikut sama tumbuh?

Kesimpulan?
Baiklah, saya tidak akan beri sebarang konklusi samada betul atau tidak, benar atau salah, setuju atau bangkang. Kamu saksikan sendiri filem pendek ini dan buatlah kesimpulannya!

Tahniah bro Nam Ron! Lagu "Getaran Jiwa" itu memang kena! :-)

Ajami Hashim vs. Nam Ron [youtube]

Selasa, 13 Oktober 2009

KORBAN 44 @ Astro Citra (Oktober 2009)


Siri mini tv setiap Rabu & Khamis, 9 malam, Astro Citra (saluran 131) sepanjang Oktober!

*info lanjut: KORBAN 44 - facebook

*blog hero: Mohammad Hariry

*di balik tabir KORBAN 44









Isnin, 12 Oktober 2009

Rabu, 7 Oktober 2009

DIALOG: BLOG + BOOK = BLOOK [post-mortem]

gambar cilok dari vovin
gambar2 lain di facebook

Salaam..

Jadi apa impaknya dari Dialog: Blog + Book = Blook di UiTM, Puncak Perdana hari Isnin tempohari kepada saya?

1. Ia mengingatkan saya kepada arwah Yasmin Ahmad. Sebenarnya sehari selepas arwah meninggal dahulu, saya ada hubungi Kekure tentang cadangan usaha untuk mendokumentasikan (blook) kedua-dua blog arwah yasminthestoryteller dan yasminthefilmmaker dengan memilih entri yang berkaitan tentang perfileman sahaja atau mungkin kesemuanya sekali. Namun sehingga hari ini belum menjadi kenyataan atau mungkin sudah ada pihak lain yang sedang mengusahakannya? Entahlah.. Mungkin saya sendiri akan usahakan apabila 'demam' Buku Untuk Filem ESTET sudah reda nanti.

2. Blook saya sendiri? Hey! Tak mustahil kan? Memang dulu pernah terfikir juga hendak menerbitkan sebuah buku asas cara-cara penulisan skrip berasaskan entri dari blog bicaraskrip.blogspot.com yang tidak terlalu berat (bukan akademik) yang berbentuk komersial berdasarkan pengalaman menonton filem-filem tempatan dan luar. Malahan ia bukan blook tetapi sebuah buku betul (book). Nawaitu itu juga masih saya simpan sebagai angan-angan sahaja kerana saya berjanji kepada diri sendiri selagi tiada sebarang skrip pun yang saya tulis menjadi betul-betul sebuah drama di tv atau filem, maka selagi itulah saya TIDAK akan berani mati untuk merealisasikannya! Nanti orang akan kata cakap tak serupa bikin! ..hahaha!

3. Blook ulasan-ulasan filem ajamihashim? Wow! Itu lagi satu yang begitu best bunyinya!

4. Yotook? ..hahaha! ..yang ni saya reka sendiri gelarannya! Saya pernah juga bercadang untuk mentranskripkan kesemua temuramah (sesi bual santai) saya dengan pembikin-pembikin filem/tv yang pernah saya rakam dan muatnaikkan di www.youtube.com/bicaraskrip dalam bentuk buku? Ia lebih berunsurkan biografi agaknya?

5. Atau sebuah blook garapan kesemuanya sekali: bicaraskrip+ajamihashim+youtube dengan judul Ajami Dalam Botol - sebuah blook syok sendiri! - ..pehhh! sure meletups!!! ..wow!

6. Saya dah gian nak jadi panel! Lagi jauh berangan kalau saya ada talkshow sendiri dengan nama rancangan Bila Mengarut Malam Bersama Ajami Hashim - talkshow pasal menda-menda kecik dalam industri perfileman misalnya sesi melaser pembikin filem selepas preview oleh blogger yang hadir (muka akan di-blurkan), filem-filem pendek oleh anonymous (pun muka akan di-blurkan), kegiatan seni macam MASKARA/FRINJAN, teater-teater kecik selain IB atau drama kat sekolah-sekolah masa lepas PMR/SPM atau temuramah dengan blogger-blogger yang pelik ..program ini akan ke udara sebulan sekali jer dengan durasi selama 5 jam! untuk dapatkan title Malaysian Guiness Book of Records! wohoho! mau menangis peminat filem Hindustan! ..amacam? ada beran?

7. Saya dah tak sesat lagi untuk ke UiTM Puncak Perdana!

8. Saya baru tahu Vovin sebenarnya seorang pemidato yang hebat manakala Dr. Zul ialah seorang pemikir yang boleh tahan laser bila bergossip!

9. Air minuman di meja panel ialah air mineral dengan gelas yang cantik! (memang tak pernah dibuat orang ahli panel dihidangkan pisang goreng panas dan air teh tarik misalnya!)

10. Terimakasih kepada AJK, En. Aidi, En. Norman, Pak Agi, Vitaminisme, Jaja, Fadz, Pipiyapong, Ikhares, Azri, maPieCeoFarT dan Binfilem!


PAUTAN:
vovin
dr.zul

tontonfilem
coffeeholic
vitaminisme
sorenmohdnoor
mapieceofart

dan TEASER ini menarikkk!