Senarai Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia 22
Pengarah Harapan
Effendee Mazlan – Kami The Movie
Azizi Adnan – Antoo Fighter
Norliana Shamsudin – Selamat Pagi Cinta
James Lee – Histeria
Wan Azli Wan Jusoh – Budak Kelantan
Top-5 Pengarah Harapan inilah yang saya rasa sebagai punca utama kenapa pahat dan tukul kepunyaan saya akan berbunyi ketuk-ketak ketuk-ketak ketuk-ketak apabila membaca senarai pencalonan akhir FFM ke-22 tahun ini. Bagaimanapun, apa juga yang saya tulis di sini TIDAK AKAN mengubah apa-apa kepada senarai itu cuma sekadar pandangan peribadi sahaja! Kamu sebagai pembaca juga boleh berkongsi dan pinjamkan gergaji atau sesiku L untuk bersama-sama me-repair rumah kongsi saya ini! ahahaha!
Pengarah Terbaik
Pierre Andre – Jangan Tegur
Afdlin Shauki – Papadom
Ahmad Idham – Syurga Cinta
Yasmin Ahmad – Talentime
Bade Hj Azmi – Maut
Pada hemat saya, Effendee, James Lee atau Wan Azli layak selayak-layaknya untuk mengisi salah satu (atau dua atau tiga) calon-calon Pengarah Terbaik tetapi diketepikan hanya kerana mereka tergolong dalam kategori Pengarah Harapan? Dalam ertikata lain, walau sehebat manapun filem arahan dari seorang pengarah yang 'pertama kali' saya ulang 'PERTAMA KALI' sungguhpun jikalau andaikata filem itu menang di Oscar atau Cannes sekalipun, maka di Malaysia hanya layak untuk bertanding dalam kategori 'harapan' dan duduk diam-diam tutup mulut serta kena bikin filem seterusnya (kalau ada bajet dan hayat) untuk dapat bertanding untuk kategori Pengarah Terbaik.. wow!
Pelakon Lelaki Terbaik
Que Haidar – Maut
Afdlin Shauki – Papadom
Rashidi Ishak – Setem
Awal Ashaari – Syurga Cinta
Mahesh J. Kishor – Talentime
Di manakah saudara Mohd Asrulfaizal (Jaha) dari filem Budak Kelantan? oh! saya terlupa Budak Kelantan adalah dari filem arahan calon Pengarah Harapan.. lalala!
Pelakon Wanita Terbaik
Nabila Huda – Bohsia
Nadia Mustafar – Jangan Tegur
Liyana Jasmay – Papadom
Sharifah Amani – Sayang U Can Dance
Heliza Helmi – Syurga Cinta
Liyana Jasmay rasanya layak juga bertanding untuk 2 lagi filem lakonannya iaitu Histeria dan Kami The Movie tetapi sekali lagi saya ingatkan diri saya bahawa kedua-dua filem itu dari arahan Pengarah Harapan dan mungkin Liyana tak patut gila kuasa sampai 3 nama kot?.. ops!
Lakon Layar Terbaik
Afdlin Shauki – Papadom
Ahmad Idham – Syurga Cinta
Bade Hj Azmi – Maut
Syamsul Yusof – Bohsia
Yasmin Ahmad – Talentime
Pergi beli dvd filem Budak Kelantan, Kami The Movie atau Histeria dan beritahu saya bahawa ketiga-tiga filem itu mempunyai lakon layar yang bagus atau tak bagus?.. pergi cepattt!
Cerita Asal Terbaik
Afdlin Shauki – Papadom
Yasmin Ahmad – Talentime
Fariza Azlina Isahak – Kami The Movie
Nor Shuhadatul Ain – Syurga Cinta
Bade Hj Azmi – Maut
Oh! Kami The Movie akhirnya ada dalam senarai!.. eh! tapi di manakah Budak Kelantan?.. winkwinkwink!
Filem Komedi Terbaik
Los dan Faun
Cicakman 2
Senario The Movie : Episod 1
Sifu dan Tongga
Brainscan
Wei! Mana aci! Kalau genre komedi dapat kategori khas, apa bezanya dengan genre seram wei??? ..tak baik tau diskriminasi cegini! sedih brader-brader
fadz &
s k r i n tau!
Filem Animasi Terbaik
My Telatori - The One Academy of Communication Design
Upin & Ipin dan Kawan-Kawan : Kembara ke Pulau Harta Karun
Still Alive - The One Academy of Communication Design
Konpius aku!.. habis filem GENG: Pengembaraan Bermula dalam kategori apa wei???
Filem Pendek Terbaik
Perempuan Itu – Institut Media Integratif Malaysia
Rumah Kecilku Ada Kelambu – UITM
Permata Bonda – Universiti Sains Islam Malaysia
Odoi Odu tak dapek masuk kah???
Filem Digital Terbaik
Vikrant – Super Arts Productions
Tiga Budak Melayu – UITM
Aathma – Demaz Entertainment Sdn. Bhd.
Punggok Rindukan Bulan???.. Sell Out!???.. nan adooo???
Memandangkan FFM sangat suka dengan perkataan 'harapan'.. apakata tahun depan tambah lagi semua kategori dengan extra bertitle 'harapan'.. atau tukar jer jadi kategori
'kalau kau masuk kategori harapan kau jangan harap dicalonkan dalam kategori lain'.. ahahaha!