TANDA ~ dunia empatsegi yang sangat best!
*NOTA: teater ini diharamkan oleh pihak ASWARA pada hari ke-4 pementasannya, 5 Feb 2010..ia akan dipindahkan ke lokasi baru:
PJ Live Arts Sdn Bhd, 2A-3, Block K, Jaya One, Section 13, No.72A, Jalan Universiti
Tarikh pementasan:
25-27 Feb 2010 (8.30pm)
27 & 28 Feb 2010 (3pm)
sila rujuk FB-group: TANDA
Salaam..PJ Live Arts Sdn Bhd, 2A-3, Block K, Jaya One, Section 13, No.72A, Jalan Universiti
Tarikh pementasan:
25-27 Feb 2010 (8.30pm)
27 & 28 Feb 2010 (3pm)
sila rujuk FB-group: TANDA
Ia empatsegi! Melihat kali pertama poster teater TANDA di laman blog RAT saya seakan menjangka bahawa ia mungkin kusam? Betul! Tiada rupa komersialisme yang dipertandakan? Betul! Namun setelah menghabiskan penontonan persembahan devised theatre tersebut saya mengerti bahawa kekusaman dan kurang glamour seluruh persembahannya itulah menjadi keunikan dan kehebatan teater ini. Betul! Maksud saya ia benar-benar bagus! Agaknya juga kerana saya terlalu kekenyangan dengan hiburan yang terlebih bergula-gula di tv dan wayang. Maka sesekali menonton suatu persembahan yang sebegini memberikan impak sangat terkesan dan mendalam sebagai jamuan untuk kelaparan minda saya. Benar juga ia adalah hiburan dalam bentuk yang lain.
Secara mudah untuk diterangkan, ia merupakan kombinasi aksi sekumpulan pelakon dengan latar muzik langsung macam band rock, bunyi-bunyian, tayangan visual dan pentas empatsegi menceritakan kisah yang berkecamuk tetapi berstruktur. Setiap watak yang beraksi atau berdialog atau bermonolog atau mendeklamasikan sajak akan sentiasa dibauri oleh para pelakon lain yang bergerak di sudut atau kawasan pentas lain. Semua pelakon akan sentiasa ada gerakan tubuh; berlari, berjalan, melompat, merangkak dan sebagainya malah sekecil-kecil pergerakan jari mengetuk lantai pentas! Non-stop! Mungkin ada sesekali mereka kejung kaku tetapi sangat-sangat sekejap. Naratifnya yang bersegmen-segmen tanpa sempadan yang jelas walaupun sebenarnya ada 6 buah sekuen cerita berjaya dijalinkan menjadi satu persembahan besar tanpa henti. Kalau saya sendiri sebagai khalayak seakan merasa kepenatan, apatah lagi semua pelakon yang berharmoni sama-rata untuk menjayakan persembahan ini. Dan mereka ada 6 kali persembahan!
Pembukaan dan penutup teater melalui gerakan para pelakon yang sangat-sangat perlahan dan tenang dalam 2 latar yang berbeza - mula yang cukup, akhir yang musnah. Ia dimulakan dengan asas sebuah keluarga dengan naratif melodrama berloghat utara yang tipikal tetapi dalam gerakan aksi yang janggal dan berkeliaran. Visual kabur interpretasi 'ikan paus' menjadi subjek tumpuan semua pelakon di 2 bahagian depan dan belakang. Itu baru segmen pertama!..hahaha!
..BERSAMBUNG!
DATANGLAH MERAMAI-RAMAI MENYAKSIKAN TEATER 'TANDA'..MAKLUMAT LANJUT, SILA KLIK LAMAN WEB rumahanakteater.blogspot.com ..TIKET BERHARGA RM30 & RM15 (PELAJAR) MEMANG BERBALOI! :)
bro bila kau buat filem israel?? tengok sini http://oscar.go.com/
ReplyDeleteKamal!!!
ReplyDeleteAku tau lambat-laun org akan tahu ini pilem! Hahaha!
tq bro...rely apreciate ur commnt.dtg la lgi...setiap hari akn ada kelainannya...
ReplyDeletejom lepak di http://ohpolitik.blogspot.com
ReplyDeletebila penonton terasa kepenatan pada luarannya, maka ada yang tak kena pada isinya.
ReplyDeleteanon (di atas)
ReplyDeletekau salah tafsir maksud 'kepenatan' aku menonton BUKAN kerana sarcasm ia 'tak bagus' TETAPI aku maksudkan bahawa cara mempersembahkan teater ini sangat memenatkan secara fizikal untuk semua pelakon kerana ia perlukan aksi lakonan yang amat mencabar kekuatan fizikal dan mental diaorang!
kau ni macam nak putarbelit maksud tulis entri aku ni? hahaha!
frust x sempat tgk... pada malam ianya dibatalkan... =(
ReplyDeletemujur ada ulasan yg boleh dibaca... thanks bro...
Dan akupun tak maksudkan kau yang 'kepenatan' tu, melainkan memang kau sorang je yang menonton TANDA ni.
ReplyDeleteKaupun try nak putar belitkan maksud komen aku? haha