Selasa, 25 Mei 2010

LAGENDA BUDAK SETAN ~ cerita yang masih seronok?




Salaam..

Filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel yang sangat popular di tahun 80an. Jadi..adakah ceritanya masih seronok pada hari ini? Secara peribadi, saya katakan bahawa plot asasnya sangat klise dek kerana pengulangan plot konflik cinta bersegi-segi di antara Kasyah, Ayu dan Azmi (dan Katerina) sudah diulang berkali-kali di sepanjang lebih 20 tahun yang lalu sehingga kini samada di televisyen atau filem. Namun begitu, seandainya filem ini dibikin di tahun-tahun terdekat semasa penerbitan bukunya dahulu, ia pasti sangat-sangat 'akan' popular dan laku. Itulah perjudian nasib filem ini yang bakal ditayangkan mulai 3 Jun 2010 nanti samada pembaca tegarnya dahulu akan berduyun-duyun ke pawagam berserta penonton yang tidak pernah langsung membaca novelnya seperti saya? Tidak dinafikan bahawa sesebuah kisah cinta akan kekal evergreen sampai bila-bila pun kerana keperluan azali seksualiti adam-hawa itu adalah sama cuma acuan dan latar zaman kisahnya yang mungkin berbeza.

Cerita Lagenda Budak Setan telah menekap dan memimik pola sosial dan budaya semasa novel ini ditulis dimana teknologi internet dan telefon bimbit belum ada. Ok..betul tiada komunikasi pantas dan ringkas seperti sms, e-mail, twitter, facebook atau BlackBerry Messenger waktu itu yang memudahkan lagi penceritaan bagi 'merumitkan' lagi konflik di antara Kasyah-Ayu. Maksud saya, pemutusan hubungan semasa Kasyah berkelana menyiapkan kajian bagi menamatkan pengajiannya ialah elemen penceritaan yang sangat-sangat berkesan untuk mengiyakan bahawa berita perkahwinan Ayu-Azmi tidak diketahui oleh Kasyah..selama setahun beb!

Penceritaan filem ini meletakkan khalayak seolah-olah 'membaca' novelnya mengikut bab..agaknyalah? Saya akui kesukaran utama sebuah adaptasi dari novelnya ialah pemilihan blok-blok cerita terpilih dari kronologi kejadian yang berlaku di sekeliling kehidupan Kasyah yang sangat panjang (tebal). Di sinilah kompromi di antara kehendak penceritaan Ahadiat Akashah sebagai penulis novel dan Armantono penulis lakonlayar untuk memilih yang terbaik dan terpenting untuk dipadatkan dalam ruang durasi sebuah filem. Kemudian perlu ditangani oleh Sharad Sharan sebagai pengarah dengan kerja berkumpulan para pekerja filemnya. Ok..pemilihan inilah yang perlu berhati-hati supaya penceritaannya tidak melompat-lompat, tertinggal atau perlu ditokok-tambah untuk menjalin kronologi yang sesuai sebagai sebuah filem secara berdikari.

Secara peribadi, saya melihat filem ini pada awalnya begitu khusus kepada kisah konflik percintaan Kasyah-Ayu sebagai jalan cerita utama dan kemunculan Azmi sebagai orang ke-3, konflik Azmi-Ayu-Leha (ibu Ayu) sebagai subplot. Namun begitu apabila masuk ke pertengahan cerita, filem ini disumbat plot-plot baru yang bertimbun-timbun, bertimpa-timpa, silih-berganti! Waktu itulah saya terfikir bahawa kembali kepada tajuknya Lagenda Budak Setan ialah kisah di sekeliling Kasyah iaitu melibatkan Ayu, Emilia, Suzana, Azmi, Leha dan paling mengejutkan tambahan watak Katerina hampir ke penghujung cerita? (hook untuk sekuel mungkin?) Saya tidak menidakkan apa cerita yang ada di dalam novel asalnya. Cuma penceritaan ke penyudahnya terasa seakan terkejar-kejar dan berkecamuk serentak untuk dihabiskan dalam durasi yang terhad kerana sudah hampir ke penamat filem. Penukaran lompatan kronologi (time-frame) sangat pantas dan pendek. Semuanya berlaku dalam 3rd act! Semuanya!

Namun begitu, saya salut kepada kualiti lakonan para pelakon dan sinematografi filem ini. Adakah adaptasi bermaksud benar-benar setia kepada jalan cerita asal? Persoalan samada untuk memenuhi 100% kehendak pembaca novelnya atau mengangkat semula novel ini sebagai sebuah filem cerita baru yang mengandaikan semua khalayak adalah sama (pembaca dan bukan pembaca). Perbezaan di antara 'inspired by' dengan 'based on'?..dan filem Lagenda Budak Setan ada jawapannya sendiri?

*ulasan-ulasn 'setan' yang lain..hehe!
tontonfilem * raydrevil * sinaganaga (peserta imam muda yg tersingkir awal) * megateusofe * faisalmustaffa * adiluqman *

Isnin, 24 Mei 2010

IWAN AF8 ~ V.I.P (mtv)



V.I.P (lirik)
kau tak kan percaya apa yang ku dengar, khabarnya kau dah kecewa, dengan diriku yang tak luangkan masa, masa bercengkerama bersamamu, oh kasih kau perlu tahu.. **tiada yang penting selain cintamu oh sayang (oooh), tiada yang ku sanjung hanya dirimu seorang (oooh), berikan aku peluang, untuk buktikan padamu (oooh..wooh), kau v.i.p di hatiku.. mungkin ku tak arif mempamerkan cinta, ku sangka kau bisa faham, ku sedar caraku tidak cukup mesra, mesra bercengkerama bersamamu, oh kasih kau perlu tahu.. (ulang **) walau tidak bersama, engkau selalu di hatiku, walau tidak bersama, engkau selalu di hatiku, walau tidak bersama, engkau selalu di hatiku..oooh kasih kau perlu tahu.. (ulang **)

*muat turun IWAN V.I.P - caller ringtone (maxis): dail *131*165244# dan tekan 'call'..video: taip sms GET109800635 dan hantar ke 32323

Rabu, 12 Mei 2010

BELUKAR ~ 12 juta?


http://belukarthemovie.com/


Salaam..

Pembukaan filem ini mengingatkan saya seperti babak pembukaan filem M:i:III iaitu saat-saat genting dimana Nik (Bront) menembak Eva (Daphne) yakni babak di pertengahan filem ini untuk memancing penceritaan masuk ke babak permulaan sebenarnya semula secara non-linear. Khalayak sudah tahu bahawa Eva akan mati? Plot dramatik itulah yang ditanam dalam fikiran penonton di awal-awal cerita. Lantas twist demi twist pun bermula!..hahaha!

Saya tidak mahu membebel mengenai jalan cerita asasnya kerana kamu boleh membaca sinopsis dari laman web Belukar atau pergilah menontonnya sendiri di pawagam SEKARANG! Itu pun kalau kamu mahukan sesuatu yang best dari sebuah filem buatan tempatan sepenuhnya. Saya suka! Sangat suka!

Yang menariknya filem ini ialah penceritaanya yang bagus dari lakonlayar yang bagus dengan garapan produksi yang bagus serta lakonan para pelakon yang bagus-bagus! Pendek kata "Truly wow!" bak kata Nik dalam salah satu babak filem ini.

Berbagai sebab kenapa saya rasakan ia bagus. Antaranya perkembangan watak Eva sebagai femme fatale mutlak dan mastermind dalam Belukar yang menggerakkan sepenuhnya penceritaan yang berkongsi point of view dengan Nik. Eva ialah dendam dan kemarahan seorang wanita cantik yang berbahaya, meroyan dan psikotik secara luarannya tetapi masih rapuh dan empuk sebagai seorang gadis yang mahukan belaian seksual dari Nik walaupun dalam ketidakpastian perangai dan kehendak seperti sedang dalam situasi 'datang bulan'? Dia jadi begitu kerana latar yang tertekan dan biasan dari watak TKO (C.K.Wah) sendiri yang membentuknya selepas Nik meninggalkannya 5 tahun yang lalu. Mungkin kerana status 'anak haram' yang menjadinya sukar mempercayai lelaki walaupun Nik? Kariernya sebagai pencetus kemalangan dan penipu besar insuran ialah acuan yang betul untuk watak Eva. Jangan main-main dengan Eva yer!..hahaha!

Nik pula ialah lawan Eva yang paling sesuai sebenarnya seorang pemangsa serta stalker profesional dan international tetapi tertewas dengan personaliti Eva (ada sebabnya). Dia seorang yang licik tetapi digambarkan sebagai puppet atau dummy kepada Eva dan orang lain di awal dan pertengahan cerita. Nik sengaja menjadi punching bag kepada Eva (ada sebabnya). Nik sering menjadi mangsa keadaan tersepit di antara pertelingkahan Eva vs. TKO (ada sebabnya). Dia juga sekadar orang suruhan dan upahan kepada Farid (Tamimi) (ada sebabnya)..dan sebab utamanya ialah kerana Eva!..sebab Nik ialah bodyguard dan pendinding kepada Eva dari dulu, kini dan selamanya..

Belukar ialah sebuah filem dark/black comedy. Kelebihannya ialah struktur non-linear storytelling yang bersandarkan banyak babak flashback di bahagian hujungnya untuk menyambung atau mengisi lubang-lubang plot twist yang sengaja ditinggalkan di bahagian-bahagian awal penceritaan. Maksud saya, kepada watak-watak dalam cerita ini tiada apa-apa yang dirahsiakan sesama mereka dalam grup Eva tetapi exposition itu disorokkan kepada khalayak juga kepada grup TKO. Filem ini sangat-sangat seronok ditonton untuk kali pertama tetapi untuk tontonan ke-2 dan seterusnya ia adalah pengulangan tanpa sebarang twist lagi.

Filem ini wajar disukai dan diiktiraf sekurang-kurangnya sebagai sebuah filem sepenuhnya bikinan tempatan yang bagus dari latar exposition promosi 'Selamat Datang Ke Sabah', muzik latar segar indie yang sesuai, suntingan yang berbagai dan macam suka-hati jer tapi menarik (malah kalau dipotong sebahagian tebuk-tebuk filem ini boleh dijadikan short film!) lakonan sulung Bront Palarae sebagai pelakon utama (ya! bro! ini antara lakonan terbaik kau!) juga lakonan-lakonan mantap yang lain terutamanya Daphne dan C.K.Wah (walaupun pengulangan watak comical dari Setem) serta yang lain-lain, pengarahan yang berpotensi ala Hollywood oleh Jason Chong (more! more!) dan mungkin bajet pembikinan yang tak seberapa tetapi menghasilkan penceritaan yang mahal!

Ya! 12 juta ringgit! Ia bukan nilai kutipan tiket boxoffice yang bakal dikutip oleh tayangan filem ini, tetapi nilai tuntutan insuran yang direbutkan oleh watak-watak dalam filem ini. Bagaimanapun secara peribadi saya merasakan bahawa nilai kualiti penceritaan filem ini tidak dapat saya anggarkan berapa juta sebenarnya? Terima kasih produksi Belukar! :)