Khamis, 11 November 2010

...DALAM BOTOL (2011) ~ dot dot dot itu ialah anu

*mungkin ada spoiler!

pengarah & lakonlayar: Khir Rahman
penerbit & skrip asal: Raja Azmi
genre: drama
http://dalambotol.my/


"buka pintu buka pintu wey! ada anjing lalala.." ialah antara bait-bait lirik lagu di credit-roll filem ...Dalam Botol yang masih lekat dalam minda saya apabila keluar dari Studio Digital Mix Stage, FINAS selepas tamat pratontonnya pada 10 Nov 2010 yang lalu. Ya! Lagu dan muzik yang melatari filem ini begitu sesuai dan kena dengan setiap babaknya.

Naratif yang menyentuh soal seksualiti sudah pasti sulit untuk dipersembahkan kepada khalayak apatah lagi melibatkan homoseksualiti. Perihal filem ini secara luarannya dari poster, trailer serta gembar-gemburnya sebelum ini, cuma tentang pertukaran jantina. Benar-benarkah ia sebuah karya yang terlalu taboo untuk diceritakan?

*Ohhh! blablabla dotdotdot semasa menulis ulasan ini setakat ini, BlackBerry ku berkelip-kelip lampu merah tanda ada pengguna twitter yang men-tag namaku yakni ulasan yang hampir-hampir sama aku nak tulis SUDAH ditulis oleh Cik Abby di blog ini: http://www.thecosmicabyss.com/ ok so baca dulu ulasannya yang 'kembar' dengan kepala hotak aku! hahaha! damn! internet dia sangat laju dan otak aku nak perah idea semakin tua! hahaha!

Seperti kata Abby, saya juga setuju dengan plot point paling penting di babak awal filem ini yang menjadi segala-bagai punca berlakunya kronologi cerita dalam filem ini ialah dialog dari Ghaus (Wan Raja) semasa berkelah di pesta unggun api romantis iaitu "Kalaulah you ni perempuan.." kepada Rubidin/Robert (Arja Lee). Ia disalahtafsirkan oleh Rubidin! Maka dengan nekadnya Rubidin telah melakukan pembedahan jantina untuk 'memenuhi' imaginasi terlampau oleh Ghaus yang sebenarnya membawa bala bencana kemudiannya. Dalam ertikata lain, Rubidin bertukar rupa fizikal dari seorang lelaki sasa kepada lelaki sasa tanpa alat kelamin lelaki @ transeksual. Ghaus yang lebih selesa untuk bercinta dengan seorang lelaki secara zahirnya terpaksa 'beristerikan' seorang 'wanita yang terperangkap dalam tubuh lelaki'. Itulah bahagian-bahagian awal yang agak satira humor juga bila difikirkan tetapi saya terima juga kerana filem ini berdasarkan kisah benar.

Ok! Kena serius Ajami! Filem ini dilabelkan sebagai salah satu dalam kelompok 'queer cinema' oleh sahabat saya. Maka persoalan berat dalam filem ini mestilah lebih diulas dengan gigih dan serius. Malahan mungkin juga nama Ruby itu sempena B.Ruby Rich pelopor 'new queer cinema'. Jadi apakah benar filem ini satu ejekan kepada kelompok filem-filem sebegitu? Entahlah kerana bagi saya perfileman di Malaysia ini lebih kepada caca-marba serpihan dari apa sahaja label simbolisme tekapan filem-filem luar yang mampu dikategorikan di dunia ini. Klasifikasi pengelompokan genre etc etc oleh para pengkritik filem kadangkala betul dan barangkali sebaliknya tidak disengajakan langsung oleh nawaitu si pembikinnya pun.

Bagi saya, penontonan filem ...Dalam Botol cuma sekadar satu lagi anekaragam cerita dan penceritaan yang cuba berlatarkan masyarakat sosial setempat. Ia cuma cerapan atau cedukan sebahagian dari kisah terpencil yang boleh diangkat ke filem. Yang timbulnya agak ketara dalam filem ini ialah kesungguhan untuk menyentuh soal hubungan dalaman dan luaran di antara heteroseksual vs. homoseksual. Tetapi bukan terlalu menjuruskan kepada perlakuan seksualnya. Maksud saya hubungan antara dua orang manusia yang bercinta berkasih-sayang (Ruby-Ghaus atau Rubidin-Dina) serta konflik hubungan darah keluarga dan keperluan normal azali manusia iaitu perkahwinan.

Setiap hubungan mempunyai permasalahan yang berlegar di sekeliling Rubidin. Ibubapa Rubidin tidak digambarkan menghalalkan atau menghukum. Rubidin tetap seorang anak derhaka kepada bapa (Jalil Hamid) dan ibu (Normah Damanhuri). Tetapi mereka tidak sekejam yang saya sangkakan. Saya terbayang andai ibubapanya akan menerajang Rubidin semasa balik kampung sebagai Ruby atau mungkin ditelan bumi atau dipanah petir? Tidak! Filem ini masih bersangka baik kepada institusi kekeluargaan walaupun di kampung yang sangat ortodoks. Ya! Ibubapanya sudah tentu memaki-hamun Rubidin sehingga menyamakannya dengan 'setan'. Itu adalah hak dan bersebab sebagai penjaga. Sumpahan ibubapa itu ditimbal-balas dengan lelehan airmata ibunya semasa memarahi malahan bapanya pula masih mewasiatkan supaya Rubidin yang mesti memandikan mayatnya bila meninggal dunia. Babak-babak itulah yang menjadikan perwatakan dari lakonan yang meyakinkan oleh Jalil dan Normah sangat-sangat 'me-manusia-kan' secara waras dan 'believable'. Adakah penolakan-penerimaan penjaga seperti dalam filem ini boleh dikecam sebagai anti-gay? Bagi saya ia mencadangkan tindakan penjaga yang lebih rasional 'what if' anak memilih jalan hidup sebegitu?

Dalam waktu yang sama filem ini juga tidak keterlaluan meraikan hubungan heteroseksual itu sentiasa yang terbaik. Keruntuhan rumahtangga dalam keluarga Sherry (Fauziah Ahmad Daud) dan anaknya Dina (Diana Danielle) yang ditinggalkan suami/bapa juga berlaku. Mereka adalah mangsa dari konflik hubungan kekeluargaan yang selari dengan kroniknya kehidupan Rubidin-Ghaus. Semua bentuk hubungan samada heteroseksual atau sebaliknya mempunyai susah-senang pahit-manis turun-naik yang sama. Pasangan hidup yang disangkakan sehidup-semati boleh meninggalkan samada kerana kematian atau mereka pergi begitu sahaja (rujuk dialog-dialog semasa Dina menerangkan kepada Rubidin kisah masalah keluarganya) Ia perbandingan dan persamaan yang setara dan ketara.

Percantuman hubungan di antara Rubidin-Dina adalah harapan mustahil yang diangan-angankan oleh filem ini untuk membetulkan keadaan. Ia menyindir penyudah up-ending kebanyakan cerita cinta yang tipikal fairy-tale "and they lived happily ever after". Kedua-dua watak ialah wakil insan-insan yang mengganggap situasi diri mereka hasil dari tindakan orang lain. Mereka seolah-olah tiada pilihan. Mereka mesti bersatu untuk menyambung keperluan penambahan generasi akan datang. Kenduri-kendara itu satu perlambangan majlis meraikannya secara zahirnya, sepatutnya itulah sebuah kebahagiaan. Sewajarnya yang klise. Namun dek realiti sebenar mereka maka ia tidak mampu menjadikannya kenyataan. Filem ini jujur untuk mengkonklusikan bahawa Rubidin sudah terlambat, manakala Dina terselamat. Walaupun kehadiran Ghaus seolah-olah kacau-daun membongkar 'anu dalam botol' kepada ibu Rubidin, yang mungkin dianggap sebagai balas dendam atau terlalu sayang, tindakan Ghaus adalah yang sebenar-benarnya 'betul', sungguhpun khalayak boleh terbayang off-screen selepas filem ini tamat adalah kerosakan yang tidak mampu dibaiki lagi atau berpanjangan.

Setelah berjela-jela ulasanku di atas adakah menjamin bahawa pembikinan filem ini bagus? Jawapanku mudah, filem ini ada benda yang boleh diulaskan kalau mahu. Contohnya, saya sukakan satu babak di antara Sherry dan Dina di bilik pengantin. Dalam sekejapan babak dalam satu tangkapan kamera sahaja ia mampu menceritakan sebuah situasi yang sangat dramatik bercampur-baur hasil lakonan pelakon profesional Fauziah Ahmad Daud dan lakonan meyakinkan oleh Diana Danielle. Arahan oleh Khir Rahman untuk filem ini seumpama kereta sewa yang membawa watak Rubidin di awal-akhir filem ini, dia hanya menyediakan kenderaan untuk bersiar-siar mengikut kehendak penonton tanpa bertanya?

...Dalam Botol ialah kisah peluang ke-2 yang palsu sekarang setelah memusnahkan sendiri satu-satunya peluang yang asli di masa silam. You choose!

*ulasan dari sudut 'queer cinema' >> tontonfilem

15 ulasan:

fadz berkata...

untuk makluman, kerana "motivasi" permintaan Ghouse kepada Ruby lah, projektori filem ini bergerak kepada "silly".. ini yg "menghampakan" wartawan BBC itu semalam.. fasal itu aku letak "samar2" atau "celaru" kerana aku percaya Ruby mempunyai "misteri" yg jauh lebih serius dari itu (dia mmg mahu jadi perempuan, dan mengambil kata2 bf nya sebagai katalis).. jika kita tulis "kerana ikut cakap bf".. org luar akan "laugh out loud".

fadz berkata...

filem ini tetap anti-gay jika kita lihat Queer Cinema secara besar. Queer Cinema terjadi untuk melawan cetusan dan garapan Hollywood yg memperlekehkan watak Gay dalam filem Hollywood (rujuk ROPE sebagai contoh) , utk makluman "gay" sudah wujud dalam dunia Hollywood sedari 30-an, lantas di"cela" zaman keemasan Hollywood sehingga 70-an.. Filem2 indie dan kemudian Victor-Victoria, Boys In The Band, walaupun masih "negatif" cuba memberi "suara" dan "hak" terhadpa watak2 ini..

aku rasa, kerana kita tidak ada "queer cinema" filem ini "benar" dalam kedudukannya dalam arena perdana tempatan, kerana semua "sinema" yg hendak bermula melempiaskan yg kontreversi dan "negatif", dan Khir dan Raja memulakannya (yg sebenarnya Amir Muhammad dan Osman Ali dahulu memulakannya). Satu hal yg amat2 disedari, jika seorang konservatif menonton filem ini, tetap akan "menghukum" watak Arja sebagai "negatif" dan tidak akan memberinya "simpati" walaupun TUJUAN filem ini ialah "memanusiakan" wajah Arja.. ini sesuatu yg jelas dalam filem itu.

Qarl berkata...

uncle

suke suke suke!

sy pun dh review tp publish kul 9 mlm kang! hahahaha

saje nk publish mlm2

fadz berkata...

ko silap baca ulasan aku.. filem ini ANTI GAY bukan khusus terhadap pertimbangan ibu bapa Ruby terhadapnya (mana2 filem gay wujud penjaga yg prasangka) tetapi KETIDAKMAHUAN Ruby untuk menerima dirinya (we want his answer, we dont care wat other ppl thing about him).. atau hipokrit, atau MENIPU terhadap dirinya, baik sewaktu dia GAY juga sewaktu dia cuba jadi HETERO. Inilah PUNCA sebenar.. sila lihat kenyataan terakhir: aku MENYESAL.. WTF??? Inilah poin paling kurang ajar dalam filem "gay" (opss, i just cut my cock for u, atau, opsss, mom, i want a man).. ini "memperlekehkan" segala perjuangan dan hak yg cuba disignifikasi oleh golongan ini.. kerana itu ini bukan "queer cinema" atau "anti gay" malah sangat sesuai untuk pro hetero.. mungkin, ini filem "fantasi" buat pro hetero tentang golongan gay: "see, they all just make fun of our instituition"... itulah ILUSI (DECEPTION) sebenar filem ini... there, ive said it!

Ajami Hashim berkata...

fadz setelah kau komen blablabla..what if kau salah? huhu!

lutfi berkata...

Kalaulah tak ada adegan ala drama filem Melayu di Bukit bintang - aku rasa filem ini akan lebih baik. Gambaran masyarakat kampung juga palsu, tak betul langsung.
Aku ada sedikit pandangan amatur di blog aku.

sinaganaga berkata...

Aku nak buat filem pasal perempuan yang nak jadi lelaki. Mana2 dia pergi, dia cari barang yang seakan2 penis dan dia cuba lekatkan di vigina dia - kemudian, dia rasa seronok.

La la la la la...

fadz berkata...

ada ke salah-betul dalam dialog?

tapi aku gerenti, kau letak lah filem ni di luar, dan tgk makluman dari mereka.

yg paling mereka tak suka ialah, mereka takkan tahu, apa yg ada dalam beg yg dibawa oleh Wan Raja dalam kilmaks filem tu.

naga, itulah erotik. Macma filem Laguna je..

Ajami Hashim berkata...

"tapi aku gerenti, kau letak lah filem ni di luar, dan tgk makluman dari mereka.' <<-- prasangka

"yg paling mereka tak suka ialah, mereka takkan tahu, apa yg ada dalam beg yg dibawa oleh Wan Raja dalam kilmaks filem tu." <<-- prejudis

*bro, takkan dgn berckp dgn seorg wartawan BBC ko boleh 'meramalkan' bahawa itulah indikasi respons dr penonton luar eh? siapa diaorg yg ko maksudkan? para ilmuan filem? penonton biasa? huhu!

Boni & Klaid berkata...

Lagu dan muzik yang melatari filem ini begitu sesuai dan kena dengan setiap babaknya - benarkah?

||| PöJìé PööH ||| berkata...

Ohh thanks for the review Ajami. Agak² filem nih worth tak untuk ditonton? Dan yang pasti garapan dia tidak smooth mana kann?

Love,
PojiePooh Abdullah

mawardi berkata...

resensi film yang menarikter

..hizamirahim.. berkata...

hehe.
XD
pening baca ayat2 tu.
cantik bahasa dia.

btw, i saw u that day !
cuma segan kan nak tegur2.
XD

AdiE berkata...

i saw u guys too dat day...nice ulasan..padat...

dis is my review:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/11/review-filem.html

fadz berkata...

org luar ialah org luar d malaysia..

apa2pun filem ini akan diminta ulas oleh editor dewan budaya yg mana aku akan tulis dalam gaya dan pendekatan yg berbeza, iaitu mengikut konsensus budaya DAsar Kebangsaan, hahaha..

aku suka poin Ryan berkenaan idea filem ni (antitrans) dalam queertd.. aku rasa dia Iran.