Lafazkanlah kedua-duanya, memohon dan memberi..sebuah kemaafan seikhlasnya.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri para sahabatku ☺
Lafazkanlah kedua-duanya, memohon dan memberi..sebuah kemaafan seikhlasnya.
Rakaman temubual dengan Azwan Ali di KLIA sebelum berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah. Selamat pergi & pulang yer! :)
Buku tulisan Azwan Ali berjudul Selamat Jalan Dunia... (ISBN: 978-967-0184-09-8) terbitan Buku Prima @ Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd juga sudah mula dijual mulai 30 Ogos 2011 dengan harga RM21.90 (Sem. M'sia) & RM24.90 (Sabah & Sarawak) dapatkan di pasaran hokeh! :)
Teks oleh Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 2 OGOS 2011: Setelah melalui pelbagai kontroversi menerusi filem ...Dalam Botol, penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman,50, dikatakan seperti mahu terus mencari publisiti apabila bakal menerbitkan sebuah filem yang bertajuk Anak Ikan.
Mendengar tajuknya sahaja sudah boleh membuatkan orang ramai mentafsirkan bahawa filem ini bakal mengisahkan mengenai seorang lelaki gay yang mana, ianya tidak ubah seperti konsep dalam filem ... Dalam Botol sebelum ini.
Namun sejauh mana persamaanya dengan filem tersebut, portal murai.com sendiri telah menemu ramah penulis skripnya, Ajami Hashim untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai konsep serta jalan cerita Anak Ikan tersebut.
Diadaptasi dari cerpennya yang turut menggunakan judul yang sama, Ajami Hashim memberitah, kisah yang ditulisnya dalam skrip tersebut nyata jauh bezanya daripada filem ...Dalam Botol kerana ia lebih menonjolkan mengenai hati dan perasaan seorang gay.
"Kalau nak ikutkan, istilah 'anak ikan' itu membawa maksud lelaki muda yang menjalinkan hubungan cinta dan seks dengan lelaki yang lebih tua dari mereka.
"Tetapi kisah anak ikan dalam filem saya ini berbeza sama sekali yang mana ia tetap mengisahkan seorang lelaki gay. Tetapi, seorang lelaki yang memendamkan perasan dan hatinyanya sahaja tanpa diketahui oleh rakan baiknya sendiri yang kebetulan memang seorang lelaki yang straight."
"Lelaki gay ini ada hati terhadap rakan baiknya itu tetapi memendamnya. Dalam masa yang sama lelaki gay ini ada membela seekor anak ikan (betul-betul ikan). Namun, apabila meninggal dunia, tinggallah anak ikan belaannya itu bersama rakan baiknya itu tadi," jelas penulis skrip slot cerakarama, Tunjang Sa'adah yang pernah ditayangkan di TV3 sebelum ini.
Tambah Ajami Hashim lagi, dia menyuntik unsur dongeng dan fantasi dalam skripnya kerana mahu memberi kelainan yang dalam masa yang sama dapat merungkai segala persoalan mengenai lelaki homoseksual tersebut di dalam filemnya.
Dalam pada itu Ajami Hashim turut menegaskan bahawa skrip yang ditulis juga bersih daripada sebarang adegan seksual atau yang serupa dengannya demi menjaga sensitiviti orang Melayu dan kredibilitinya sebagai seorang penulis skrip.
"Saya boleh kata skrip saya bersih. Tiada perubahan seksual yang dilakukan oleh lelaki gay seperti yang berlaku di ... Dalam Botol. Ini kerana ia lebih tertumpu kepada mendalami hati dan perasaan seorang lelaki gay.
"Malah, saya cuba lebihkan unsur drama dan saya pasti ianya sesuai untuk terbitan dalam negara kita kerana ia lebih menjaga budaya dan sensiviti orang Malaysia dan bukannya Melayu samata-mata.
"Namun, saya tidak berani cakap lagi kerana setakat ini Raja Azmi hanya menerima bulat-bulat skrip yang saya tulis dan belum memberitahu feedback atau perubahan yang dia mahu saya lakukan dalam skrip ini," katanya yang berbesar hati bila dapat bekerjasama dengan penerbit filem popular tersebut.