Selasa, 29 Januari 2013

JUVANA (2013) ~ The Law of the Jungle?

Umpan dan kekuatan utama Juvana ialah barisan pelakon asalnya dari siri tv bergabung dengan para pelakon yang baru diperkenalkan dalam filem ini. Walaupun pengembangan watak ganas Botak lakonan Johan sudah haus dalam drama siri dahulu, namun dalam filem ini beliau diberikan sisi perwatakan yang melodrama.

*BACA ULASAN SETERUSNYA @ ROTIKAYA .COM

Selasa, 22 Januari 2013

THE LAST STAND (2013) ~ Arnold is backkk meletopkebaboom!

Masih mengekalkan pesona seorang hero yang berani mati, Arnold membawa perwatakan yang kelihatan lebih matang dan cool walaupun nampak ‘kepenatan’ kerana faktor usianya. Bersesuaian dengan jalan cerita, aksi Arnold dibantu oleh beberapa orang sidekicks sebagai helah untuk mengelakkan dia beraksi sendirian di sepanjang filem. Namun begitu, perhitungan terakhir di antara Owens dan Cortez masih memberikan ruang kepada Arnold untuk bertumbuk secara fizikal yang menjadi trademark seorang hero one-man show seperti filem filem terdahulunya.

*BACA ULASAN SETERUSNYA @ ROTIKAYA . COM

Selasa, 15 Januari 2013

THE TOWER (2012) ~ kebakaran dahsyat!!!

Kelebihan utama perfileman Korea ialah kepakaran mereka bermain dengan emosi dramatik dalam babak-babak kemanusiaan yang menyayat hati. Malahan ada juga suntikan babak-babak komedi. Kekuatan lakonan para pelakon yang terkenal ialah pelaburan utama untuk ‘merehatkan’ ketegangan menonton filem bangunan terbakar seperti ini. Sungguhpun bila difikirkan semula dalam situasi genting kebakaran dan runtuhan bangunan, setiap saat terlalu berharga untuk ‘berdrama’ di antara mangsanya, atau anda akan mati. Untuk filem ini, suntikan elemen drama masih boleh dimaafkan.  
*BACA ULASAN SETERUSNYA @ ROTIKAYA  

Rabu, 2 Januari 2013

LES MISERABLES (2012) ~ spektakular filem muzikal!

Kronologi babak muzikal disunting dengan mempersembahkan berbagai bentuk dialog berirama mahupun nyanyian berharmoni yang berkesan. Antara yang paling mantap ialah babak penuh emosi oleh watak Fantine lakonan Anne Hathaway dengan hanya satu tangkapan kemera yang panjang. Sudah pasti ia menjadi taruhan Anne untuk memenangi anugerah. Penonton akan terbuai dengan melodi dan nyanyian semua watak serta pasti sesekali menyanyi bersama sambil menontonnya.

*BACA ULASAN SETERUSNYA >> ROTIKAYA