Puaka Tebing Biru (Malaysia/2007) - Cerita Hantu atau Jiwang?

Sepanjang pemanduan pulang dari prebiu PTB kelmarin, dgn latar muzik nyanyian Awie & Umi dlm pemain cd kereta menghambat persoalan yg berlegar-legar di fikiran saya semenjak keluar dr parking MidValley. Dari sudut apa hendak saya rebiu filem ini? Genre! Ya! genre apa sebenarnya filem PTB? Struktur apa storytellingnya? Siapa protagonistnya? Apa sebenarnya PTB yg sgt mencabar minda saya utk menghuraikannya?
Struktur Cerita
Pd pendpt saya, struktur cerita PTB spt sebuah gambarajah venn! Harapnya anda tidak terkejut dgn rebiu saya utk mengkaitkannya dgn matematik? Bagaimana? PTB ialah sebuah ensemble film cuma para pelakonnya tak ramai yg bergiliran utk bercerita. Osman Ali sudah menyatakan bahawa naratif PTB bukan flashback samada dr Ratna , Ayu atau Mohsin. Maknanya filem ini adalah pecahan2 cerita yg berkaitan satu sama lain spt sebuah jigsaw-puzzle yg akan menghasilkan sebuah cerita yg lengkap. Setiap cerita berdikari dgn cerita masing2 dimana setiap satunya (dimulakan dgn voice-over empunya cerita) akan bergabung menjadi konklusi/klimak di akhir cerita supaya khalayak faham what is the whole picture?
Time-frame yg digunakan seolah-olah flashback dr Ratna tetapi sebenarnya khalayak diundurkan semula 7 tahun yg lalu utk memberikan giliran kpd Ayu, Mohsin, Ika dan Ara utk bercerita. Ya! Memang ada flashback oleh Ratna iaitu apabila dia mengenang kembali beberapa hari sebelum dia meninggalkan emaknya & Atilia utk bekerja di KL. Yg itu benar2 flashback. Makanya, struktur cerita PTB saya boleh anggap sbg linear storytelling yg bergerak ke depan shj kerana Ratna menemui what is going to happen next di rumah2 usang, kelilingnya & tebing laut itu semula satu-persatu in real-time (waktu sebenar). Ya! Sekiranya anda melihat sekali imbas apabila cerita2 Ayu, Mohsin, Ara & Ika diulang2 semula, PTB terasa spt sebuah filem non-linear storytelling tapi TIDAK sebenarnya! Anda keliru? Bagus!
Kembali kpd gambarajah-venn. Saya menganggap cerita trauma Ratna (melihat hantu) sbg bingkai yg melingkungi 3 cerita/bulatan A,B,C yg bersubset sesama sendiri iaitu [Ayu+Mohsin] [Ara+Ika] [Ayu+Ika+Mohsin] juga ceritanya sendiri (subplot) iaitu [Ratna+MakEsah+Atilia] [Ratna+Atilia+Ayu+Mohsin] [Ratna+Ara] [Ratna+Anita]! Ratna ialah gambarajah-venn kpd subset2 yg saya jelaskan tadi. Setiap bulatan/pecahan cerita dipisahkan oleh title-super (tulisan) sbg pembukaan supaya khalayak tahu cerita siapa yg sedang diikuti? atau point-of-view siapa? Dlm ertikata lain, kamera menjadi mata & telinga khalayak utk melihat & mendengar cerita dr protagonist mana? Seumpama pelakon2 cuma berlakon dlm 1 cut tetapi ada 3-4 kamera digunakan serentak mengambil shot2 dr angle yg berbeza! Khalid Zakaria (DoP dlm PTB) & abg Indra Che Muda sure boleh tolong terangkan lebih lanjut lagi!
kemaskini: Jumaat, 2:35AM
Genre
'Puaka Tebing Biru' - sekali imbas anda akan memberikan makna kasarnya iaitu Kisah hantu yg tinggal di tebing laut yg berwarna biru?
Tapi sesuatu yg mengkesimakan saya apabila membuka Kamus Dewan 4th ed.
Puaka (ms.1238) - hantu penunggu, roh jahat, perosak
Tebing (ms.1622) - (peribahasa) org yg berlumba2 melakukan sesuatu yg mendatangkan kecelakaan
Biru - (ms.193 & 517) - haru, kacau
Ok! Sekarang anda jalinkan ketiga-tiga perkataan 'Puaka Tebing Biru' & huraikan? Adakah makna yg tersirat dari tajuk yg tersurat ialah Kisah roh jahat yg berkeliaran membuat kacau? *sila tinggalkan jawapan anda dlm komen apa takrifan anda dari tajuk PTB?
PTB digembar-gemburkan sbg sebuah filem seram dr trailer & tv-promo. Benarkah ianya 100% filem seram? Maka saya kembali kpd tajuk posting ini, Cerita Hantu atau Jiwang? Jawapannya akan anda temui apabila selesai menonton PTB yg berdurasi 127minit itu. Sebenarnya PTB adalah sebuah melodrama cinta & kasih-sayang yg berat bertopengkan genre seram. Kenapa? Kerana PTB ialah kisah konflik percintaan uda & dara, laila & majnun, romeo & juliet iaitu Mohsin & Ayu! Juga PTB ialah kisah si Tanggang versi perempuan! (Ratna vs Mak Esah) Jadi, kesimpulan saya PTB ialah filem mix-genre seram+melodrama!
Yang Menarik
Kamus Dewan (ms.1541):
Sumpah - pengakuan bahawa apa yg dikatakan itu memang benar (berani melakukan sesuatu & berani menderita sesuatu jika pengakuannya itu tidak benar!)
PTB melontarkan soalan what if sumpah memakan diri sendiri atau org2 yg disumpah? Persoalan itulah yg cuba diselongkar oleh PTB:
1. Sumpah Mak Esah - Mak Esah menyumpah Ratna kerana kedegilannya utk bekerja di KL; perlu diingat bahawa kata2 kemarahan (sehingga tidak mengaku anak) & makan hati seorg ibu kpd anak yg dianggap derhaka akan pasti membawa padah! dlm ertikata lain Mak Esah tidak merestui pemergian Ratna yg saya labelkan sbg 'si Tanggang versi perempuan'. Jelas di-subtext-kan seumpama dongeng Batu Belah Batu Bertangkup apabila babak Mak Esah menangis & merajuk lalu berlari meninggalkan Ratna ke arah celahan 2 biji batu besar di tepi laut. Saya sangat suka babak Ratna yg hendak bersalam (memohon ampun) dari Mak Esah di beranda tetapi tidak kesampaian kerana Mak esah memandang ke arah lain, kemudian Mak Esah hendak hulurkan tangan Ratna pula yg berpaling hendak pergi! Cantik! Kerana sifat ego Mak Esah vs sifat degil Ratna menghidupkan babak itu yg mengakibatkan sumpah & ketidakrestuan Mak Esah menjadi bencana kpd Ratna! dimana sesuatu yg diluar fikiran manusia (supernatural) berlaku selama 7 tahun dlm hidup Ratna di KL iaitu sixth-sense nya melihat hantu & premonition yg dia sendiri tidak tahu maksudnya di awal cerita. Kalau difikirkan betul2 hantu seorg ibu & anaknya itu sudah pun memberikan hint bahawa ada kaitan dgn kederhakaanya kpd Mak Esah juga tragedi kehamilan Ayu.
2. Sumpah Mohsin - Cinta Kita Cinta Mati, Hanya Takdir Dapat Pisahkan Kita! Kerana sumpah itulah mayat Ayu tidak disemadikan dgn sempurna oleh Mohsin! Akibatnya hantu Ayu masih wujud di antara hidup&mati berkeliaran dlm kawasan tebing laut itu kerana Mohsin tidak merelakan pemergian Ayu & hanya Mohsin yg mampu menjaga (membela) Ayu sehingalah suatu hari nanti Mohsin pula yg mati! Mohsin termakan sumpah sendiri! Dia jadi gila kerana memelihara & memberi makanan kpd Ayu spt masih hidup sedangkan yg dilihatnya setiap hari itu ialah hantu Ayu shj! Yg tinggal sebenarnya cuma ketulan tulang2 Ayu yg dipuja oleh Mohsin setiap hari. Itulah penangan sumpah cinta yg keterlaluan!
BERSAMBUNG!.. *ada 30 m/s A4 paper lagi! tungguuu!
Puaka2 lain:

Comments

  1. Laaaa baru mak ingat gambarajah Venn ni hapo... thx for the information!

    I do love horror movies especially Asian horror movies..mmg menakutkan...

    p/s perhaps they should have made a love story between two ghosts???? Hiks....

    ReplyDelete
  2. is it using a same technique like Memento..??

    ReplyDelete
  3. "perhaps they should have made a love story between two ghosts???? Hiks...."

    nice gak idea tuh... bang jami... cepattt gi rombak skripp PTP keh!!

    *PTP=puaka tebing p.i.n.k.

    p/s : tunggu rosyam jadi ehem ehem dlm PTP

    ReplyDelete
  4. Hey there Kash.

    Ajami, memang straight forward gila masalahnya!

    ReplyDelete
  5. GUA dah AGAK dah MESTI bosannyer CITE tu TIMA kasih ABANG 'j'KERANA dah SELAMATKAN duit GUA .GUA skang DAH pause NENGOK movie JAP pasal TENGAH obses NGAN komik HELLBLAZER.

    pustaKAWANlu

    ReplyDelete
  6. aku dah post review psl filem ni. Aku kecewa gila. Tunggu dekat 2 tahun ini rupanya. Trailernya tak patut gambarkan filem ni sebuah filem hantu yang seram dan menakutkan. memang tak seram langsung. itu blom masuk gaya penceritaan yg membosankan.

    ReplyDelete
  7. Untuk semua pengomen/pengutuk/pengkritik dan yang sekutu dengannya...

    Entahlah aku tak tahulah nak cakap ape dengan korang.. aku ni bukanlah orang fanatik filem tapi aku rasa sedih sangat bila tengok orang macam Rewan & pustaKAWANlu.. Bila kau orang tengok cerita barat taklak korang komen walaupun walhal ceritanya sama aje.. tapi disebabkan dia menggunakan perkataan we, i, orait, okay, is.... taklak korang komen.. but bila movie tu ada guna perkataan kami, saya, baik, adalah... banyaklah komen.. aku dah baca review yang Rewan buat.. but aku pelik banyak sangat persoalan yang dia timbulkan.. sepatutnya kita bagi support dengan komen-komen yang membina.. aku suka dengan review Ajami ni.. sekurang-kurangnya dia nampak berilmu bukan pendek akal.. yang aku lagi pelik bila si Rewan ni tetiba aje jadi tak faham yang scene terlanjur atas batu.. takkanlah nak tunjuk scene bukak seluar and seterusnya.. ini bukan filem BLUE tapi PUAKA TEBING BLUE.. cerita dulu pun orang tunjuk ombak.. 2 ekor burung... sekurangnya fikirlah tentang kesusahan orang membuat filem.. Tak pelah mungkin Rewan ni emotional.. Aku sekarang tengah tunggu si Rewan ni buat filem... macamana nak gambarkan scene 18 sx.. sure tak keluar sebab dah kena potong.. Lagi satu about the poster.. Aku teringin sangat nak tengok poster yang paling terbaik dalam sejarah filem melayu.. macam manalah posternya... sebab banyak sangat poster org tak kena kat mata dia...aku rasa dia ni kena masuk kelas kesopanan dan kesusilaan untuk menghormati hasil kerja orang lain... tak pelah aku bukan berpihak kepada sesiapa.. cuma aku ada fikiran untuk berfikir. Untuk PustaKAWANlu setiap orang mempunyai taste yang berbeza pada aku tak salah kau buang duit kau untuk tengok filem Melayu.. apelah sangat membuang duit untuk mencari ilmu daripada kita mendengar tapi sebenarnya tak tahu.. Bak kata, mendengar sahaja tak boleh dipercayai, melihat barulah boleh di nilai.. tak semua orang makan udang dan tak semua orang makan daging....wassalam

    thanks
    A.K.U

    ReplyDelete
  8. ajami, you are officially my 'big grudge' twat..Unless u say sorry to me for not inviting me to this primiere and invite me to the other super duper movies this year such as Dukun, Chermin, Zombi Kg Pisang, and Jgn Pandang Belakang, i will forgive u. Bukan maknanya u tak leh buat skrip i marah, benda tu i fahamlah, tak ramai yg sanguup..tapi, sampai melupakan aku utk ini, cis! Aku jatuh tulah atas kau!! ha ahahahaha

    ReplyDelete
  9. Ajami -Tu la.. org tua2 ckp lain kali bagi salam dulu. Sblm tido basuh kaki dulu. baca and faham dulu apa yg dibincangkan. Bukan main hentam je. Kitorang bercakap psl penonton bukan pembikin filem. Acsii cakap penonton kita sekarang dah makin sedar dan buka mata utk terima filem yg bagus. So aku dengan gaya sokongan moralnya secara tersirat berdoa agar lebih ramai lagi penonton kita buka mata. Dan kalau kau tgk, aku menggalakkan diorang menonton filem ni. Sebagai research utk kita tgk kenapa bila indie filmmakers bikin filem mainstream mcm ada tak kena. Ada kena mengena dgn style pembikinan filem ke, kehendak penonton ke, permintaan penerbit ke. Yg kau tiba2 trus jadi hijau sampai Karma ape cerita pulak.

    ReplyDelete
  10. OK lah Ajami. aku akan delete post aku mengenai PUAKA TEBING BIRU. bermula hari ni. blog aku akan menjadi blog yg takde kaitan dengan filem mainstream. Thanks you.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts