BIDAN (2024) oleh Nil : memimik/merujuk/menginspirasi karya Lewis Caroll?
NOTA: Ulasan ini mengandungi SPOILER!
Sebuah novel fantasi, seram, aksi dan boleh dikategorikan juga bergenre fiksyen-sains yang grounded.
Backstory siapakah Wan Yah dan Sukma berjaya ‘memanusiakan’ mereka dan menjawab punca kenapa mereka menjadi antagonis. Secara struktur penceritaan, flashback Wan Yah dan Sukma hampir-hampir seolah menenggelamkan naratif Syifa’, Cemani dan Khaidir kerana kisah Wan Yah dan Sukma lebih menarik di pertengahan novel.
Namun begitu, keseluruhan kisah pengembaraan supernatural peribadi Syifa’ sangat mengujakan pembacaan dan Nil sendiri secara harfiah mengesahkan bahawa dunia fantasi itu seakan memimik/merujuk/menginspirasi karya Lewis Caroll melalui suara hati Syifa’ semasa POV dalam tubuh Maliking - rujuk dialog “Apa ini… Alice in Wonderland?”
Paling saya rasai perasaan peribadi yang memilukan sebagai pembaca ialah saat Aishah (nenek) menceritakan rentetan sejarah yang berlaku kepada Cemani dan Khaidir selepas Syifa’ tinggalkan mereka dimana exposition itu hanya untuk pembaca yang memahaminya sedangkan Syifa’ tidak mengerti dan tidak merasai emosi yang sepatutnya bila bertemu semula dengan Aishah. Plot itu ialah permainan penceritaan kontras oleh Nil yang paling mengesankan dalam novel ini sebagai closure yang hanya dipinjamkan kepada pembaca sahaja, dan bukan kepada protagonis, Syifa’.
Tahniah Nil!
goodreads: https://www.goodreads.com/review/show/7422476377
Comments
Post a Comment