ASTRO A-LIST CHANNEL (APRIL 2014)

Rabu, 18 April 2007

Zombi Kampung Pisang (Malaysia/2007) ~ Mari Memparodikan Zombi!

REF: Writing the Comedy Film: Make 'Em Laugh by Stuart Voytilla & Scott Petri [ms.178-183]
REF: wikipedia

parody

A parody spoofs a type of film or established film genre. Successful spoofs address a genre that is well-established in popular culture and the public eye. They have conventions and characters that are so ingrained as to become cliched and stereotyped. Or the series has been so written to death, that it's begging for a comic homage. Although parody is an outrageous spin on a genre, it's an homage and nod of respect to a body of work. Like all comedy, parody isn't a string of gags and jokes. They need to come from a strong storyline and great characters. The comic moments are structured around a stable, if not strong story line.
Parody is serious! Even the outrageous Zombi Kampung Pisang has a serious core to its story ~ secara pukal kesemua watak2 di dlmnya 'menyindir' kekucar-kaciran kepimpinan dlm masyarakat secara sinis! Jokes come fast and furious in ZKP. Mamat Khalid semcm pakar menguli & menggentel klise kisah2 cerita hantu versi Melayu yg dijalin dgn versi Mat Salih, walaupun ada yg pertikaikan ke-seraman filem ini adalah main2 & tidak asli! Mamat juga seakan mahir pandai sekali memutar-belitkan isu2 berat realiti di luar panggung dlm olahan yg tidak terduga! Ya! Lawaknya kuat! bising! memekik-mekik! menjerit-jerit! juga lupakan logika!.. mungkin kesemuanya mewakilkan luahan hati kecil Mamat yg tidak dpt dituturkannya di laman2 web, di dada2 akhbar, di corong2 radio, di skrin2 tv atau di perhimpunan agung mana2 kelompok masyarakat yg tidak sampai tangannya gapai atau mulutnya becok-kan!
The most common comic techniques are probably understatement, homage, literalness, repetition, exageration, and wordplay. ZKP gunakan yg mana? Pd pndpt saya, mungkin Mamat menggunakan kesemuanya di sana-sini sepanjg naratif filem ini. Membikin filem parodi sebegini nampak spt semudah A B C.. tapi sebenarnya ia lebih sukar kerana Mamat perlu bijak mengagak sejauh mana lawak sindirannya 'sampai'kpd khalayak? Kenapa? Misalnya, ada isu2 yg berat dibalutkan oleh Mamat dgn lawak2 yg santai bersahaja sbg kulitnya yg tampak spt 'lawak slapstik' TAPI berisi dgn lepas geramnya kpd sesuatu perihal. Sukar dibikin kerana sekiranya khalayak hanya mampu melihat text filem ini [lawaknya shj] mereka akan ketawa terbahak-bahak. Titik. Tetapi sebenarnya Mamat ada subtext [yg tersirat] hendak disampaikan yg mungkin dpt 'ditangkap' oleh khalayak yg kritis minda. Jadi rumit utk memproduksikan sebuah filem parodi kerana silap haribulan ia akan jadi lawak bodoh kosong yg forgettable selepas habis tayangan di pawagam.

mix-genre

Menurut buku Voytilla & Petri lagi, the best parody operates on two levels at the same time. Maknanya? spt dlm ZKP watak2 org kg yg 'tidak' atau 'belum' menjadi zombi umpama 'fish-out-of-water' dgn situasi serangan kelompok zombi yg pertamakali melanda kg mereka. Dimana pd waktu yg sama mengkeroyokkan realiti seram & takut kpd kezombian & hantu-hanti yg sepatutnya dingerikan & meremangkan bulu roma! [sehingga ada yg marah sebab origin zombi dipermain-mainkan!] Sebaliknya ia dlm btk komidi seram! Pandai! Mamat sgt pandai sekali! Cuma filem kombinasi genre seram + komidi spt ZKP begini perlu juga berhati-hati. Kerana khalayak dikhuatiri sekiranya lawak2 yg redundant dr awal ke akhir filem akan memenatkan & mentepu-kan nafsu ketawa mereka. Maksudnya Mamat mesti cerdik menganyam cerita dgn sulaman unpredictable dialog dan aksi! Misalnya dialog watak Loloq "until when when!" atau aksi 'tugu negara'! Hahaha!

characterization

Filem parodi juga perlukan komitmen & kekuatan kembangan watak serta needs & goals dr awal ke akhir cerita. Contohnya ialah watak Husin [Awie] yg pd awal cerita dipaparkan sbg 'tanpa SPM' [dungu] bermaju & berkembang menjadi 'pandai' menyebabkan zombi2 mahu memakan 'otaknya' [spoiler & hint: zombi KP hanya makan 'otak' org pandai shj!] Watak Husin dilakonkan dgn serius TANPA perlu mengeluarkan dialog2 lucu [slapstik] yg memaksa kita ketawa. Ke-kelakaran Husin dtg dr sifat naive & straight forward-nya. Kita ketawa kerana itu. Sama juga dgn watak Deris [Que] yg sentiasa serius apabila bercakap mengenai subsidi baja juga mcm pondan apabila berdepan dgn hantu pocong. Sebaliknya watak Mat Karan [AC] sememangnya dijadikan pak lawak dlm apa situasi yg serius & tertekan! Sementara watak Sopi [Soffi Jikan] di-develop-kan sbg serius ringan kpd serius berat yg menakutkan! Maimon [Ezlyn] dan Munah [Nadia] pula adalah adik-beradik yg kepoh, meluat & loud akhirnya cool-off & kembali feminin gadis2 Melayu terakhir! Saya juga suka parodi budak bermain PS2 zombi & sinis kpd Nickelodeon dgn darah splat! [klubbkidd ada hilite] Paling saya suka ialah exagerate watak abg misai 'lembut' yg backstory-nya ialah bekas seorg penari dimana 24jam akan 'menari'kan tangannya! Ia suatu parodi tahap gaban alang2 menyeluk pekasam.. alang2 mat lembut.. tak perlu nak drag atau bedah2 nak tumbuh payudara atau buang anu-nya! Nah kau! Nyah 24-7! Simpulnya, ZKP ada variety watak!

deus ex machina

Ya! Saya akui ZKP menggunakan deus ex machina yg dungu TETAPI pandai! Maksud saya, penggunaannya di akhir cerita memang klise filem Hindi/Tamil dimana pihak berwajib hanya dimunculkan di akhir cerita sbg penyelesai kekusutan masalah zombi di kg itu yg seakan di tahap tiada sudahnya. Apatah lagi Ketua Zombi [Jalil] yg semakin bermaharajalela sbg master-mind zombi2 lain! Filem ini seakan disaster kiamat utk seluruh Kg Pisang! TETAPI! Jeng! jeng! jeng! Berduyun2 trak Pihak Kementerian Pertahanan & RELA tiba2 muncul! Deus ex machina? Ya! Betul!.. TETAPI saya menghalalkan penggunaannya di dlm ZKP kerana ia adalah sebuah filem parodi! Duhhh!

breaking the fourth wall

Saya sempat bertanya secara peribadi kpd Mamat Khalid sebelum balik "ada berapa babak itu di dlm skrip asal ZKP?".. Beliau jawab "Sebenarnya ada 3.. tapi hanya digunakan 2.." Saya celah & sampuk "..coz 1 mcm tak cukup & akan menimbulkan kejanggalan.. 3 redundant terlebih-lebih over.. but 2 is just enough!.. sepasang katanyaaa kan?".. Beliau angguk. [Ya! Saya memang suka menyampuk cakap org! Over excited kot? Hahaha!].. Oh! Maafkan saya! Ada yg tak tau apa 'breaking the fourth wall'?.. Pd yg dah tengok ZKP - ia adalah babak Husin 'bercakap secara terus kpd penonton [kamera].. Pd yg belum tonton, korang cari sendiri babak yg mana?..

kesimpulan

Pergi beratur beli tiket ZKP mulai esok 19 April! Atau registerlah kat website GSC atau TGV utk tempahan online! Kamu tak akan rugi! Wa cakap lu until when when! Muahahaha!
LINKS ZOMBI2 LELAIN:
~ tontonfilem [PANASSS!]

10 ulasan:

fadz berkata...

wah wah wahhh..hahahaha...dah cuba tgk Monty Phyton and the Holy Grail? kalau kau dah tgk, kau akan faham kenapa aku bising sangat fasal deu ex mech (dusak makina, haha) ni..dalam filem tu, semuanya TERPOTONG tiba-tiba..yang itu, haaa, lagi menyeramkan..

aku takkan marah beberapa babak bagus filem ni, dan ya, watak mat lembut tu klasik, kelas gila, kalah Awie (but Awie pun fine). Maybe execution dia, maybe kerana dia cuba bawa gore (apa maksud mencampurkan kiddies nickleodeon dalam sebuah filem parodi? di mana parodinya? Ingat, memparodi itu untuk apa? Seperti yang dijelaskan oleh Linda Hutcheon dalam 'A Theory of Parody', parodi hanya akan berlaku jika pengarang sengaja meniru suatu teks (filem) dan mengubahnya untuk tujuan tertentu (mengkritik subjek) di dalam teks baharunya. Maka aku nak tanya mika, di mana filem-filem yang diparodikan, dan dimana yang diubah untuk memberi tujuan (di sini, seperti yang kau kata, mengkritik politik dan pemimpin kita).

Sebenarnya, memparodikan zombi itu sendiri memang agak susah. Ini adalah kerana, zombi itu sendiri ialah SUBJEK PARODI, atau lebih dekat lagi, subjek intertekstualiti. Manusia yang bangun dari kematian sebenarnya satu 'mitos' budaya barat yang cendung kepada nasrani, bahawa 'kiamat berlaku bila yang mati hidup kembali' (sebenarnya Islam ada, tetapi konteksnya lain, malah berlaku selepas Allah menghidupkan kembali semua kehidupan)..Idea ini yang dibawa, maka subjek ini (zombi) sebenar-benarnya intertekstualiti yang ingin dikaji. Apa akan berlaku jika satu intertekstual dimainkan dengan satu intertekstual lagi? Sepatutnya, ia dimainkan di 'dalam' lingkungan intertekstual itu. Mamat Khalid sebenar memang seorang genius, tetapi percayalah, ZKP ini akan banyak membuat orang bingit kerana dia seakan cuba menampakkan satu 'intertekstualiti' baharu terhadap intertekstualiti lama, tetapi intertekstualiti baharu itu tersasar jauh dari umbi akarnya, malah ia seakan (kita faham ini dalam Man Laksa) ia bukan lagi sebuah filem Melayu, tetapi seakan sebuah filem luar dicampur-campur (serius, aku nampak banyak elemen Ultraman, B-film, even parody filem dalam filem ni). Point paling penting dalam parodi ialah, di mana sasarannya dan apa yang berlaku selepas itu. Siapakah sasaran ZKP, filem seram dulu, politik Melayu atau filem B-grade? Even Mr. Bean's Holiday got it right kalau mahu cerita tentang parodi (filem itu memaparkan sebuah filem bodoh boleh saja tampak seni bagi orang pandai, idea yang sama dalam Monthy Phyton The Meaning of Life)...Filem ini sebenarnya lebih kepada sketsa yang diikat-ikat. Aku faham kenapa sebab Mamat Khalid memang senang dengan gaya 'carnivalisque' Fellini. Memang, aku dapat bayangkan bahawa Fellinilah yang mengarah filem ini kalau ia mahu membikin sebuah filem zombi Melayu (membaur pelbagai). Tetapi, bila seseorang membaur, dia kena jaga-jaga dengan cara dia membaur kuahnya. Man Laksa ialah satu contoh yang sangat baik di mana pembaurannya cukup padat dan mengesankan, sebuah klasik. Di dalam filem ini, terlalu banyak yang tersasar (overkill, overdone, menjadi kebiasaan filem melayu, adakah ini mesej mamat?) dan terlalu banyak 'loose ends' (paling kuat ialah budak itu, dan Jalil Hamid)..Jaga-jaga, bukan kerana ia salah, tetapi orang akan kata "entah apa-apa entah". Sebenarnya boleh, kalau Mamat bagi satu 'establish scene' terhadap Jalil Hamid (tiba-tiba je kita sedar, dialah Ketua Zombi, why?), itu pun sudah mencukupi.

ajami berkata...

tuuuu diiiaaaaa!.. ok! ok! nti aku print & tanya personally dgn abg mamat khalid..

p/s: 'intertekstualiti' sekali baca mcm 'inteseksualiti'???.. hahahahanjeennggg!

p/s/s: still! kau tinggalkan aku tgk JPBlkg!.. why? oh why?.. huaaaaaa!

Rai berkata...

Salam Ajami,
Weh mesti tengok ini gambar!Hassan Muthalib, gua punya sifu pun sudah war-warkan.Cuma nak heret sapa nak temankan ke panggung tu yg musykil lagi.Hehehe!

Deux ex machina dan Mamat Khalid dah macam satu 'perkahwinan'. Memecah dinding keempat dah guna lama teknik ni dalam filem kita tapi bukan semua orang boleh buat dengan 'berjenis'.Teringat satu interview dengan Abg Mamat, dia kata filem P.Ramlee fevretnya ialah 3 Abdul.

Huh, 3 Abdul tu pun banyak parodi.

Tanpa Nama berkata...

Hai... Aku ni pelik dengan En Fadz ni.. entahlah terkadang aku terfikir kenapalah orang suka-suka hati nak komen.. Zombi Kampung Pisang.. namanya pun Kampung Pisang... dah tentulah cerita lawak.. pas tu melalui pembacaan dan kajian aku mengenai filem ini terpampang jelas genrenya filem komedi seram.. sebagai orang yang tidaklah mempunyai pengetahuan yang tinggi pun aku boleh bayangkan macam mana ceritanya. tengok pada teaser poster pun ada 2 orang tua yang cute duduk kat tepi sawah.. maaflah kalau kata saya ni tak betul.. Almaklumlah KITA NI TAK DE SPM... Saya ni pun bukan orang yang ada theory2. For me cerita yang baik, cerita yang membuat orang terhibur dan tak terasa rugi nak keluarkan duit, itu aje.. sekian wassallam

ajami berkata...

salaam all,

rai ~ yap! u WAJIB tgk utk nilaikn sendiri coz komen2 or rebiu2 org lain termasuk saya BUKANnya suma betul! kdg2 memandai pun iya gak! huhu.. btw aku respek abg mamat coz dia 'sinis in humor'..

anonymous ~ hahaha! takper2 coz lain pdg lain belalang lain rumput lalangnya jugak!.. janji aku pun terhibur & ketawa terkekek-kekek ketepikanlah samada zombie tuh ikut syarat or not?.. it's a film! so wat?.. btw sure takder zombie dr negeri mana2 pun nak saman atau cekik abg mamat lah!.. hahaha!

fadz berkata...

hahaha, anonymus, terima kasih..akhirnya (walaupun dgn rendah diri dan tanpa isi, kalau org indonesia, aku percaya, refutation mereka lebih berisi, maaf) ada juga yg refute...susah lah cari org nak refute, kecuali ko ajami, haha... anw, itu pendapat aku lah dong, kalau kau suka, jilat la filem ZKP tu sampai kayu aiskrim..aku peduli apa..haha, anw, mungkin filem ni bolehlah aku kategorikan sebagai filem cult klitch, atau spoof cult (yg tak menjadi)..ahh, tu kira dah besar tu...wat? deux ex machine ok jers? bila P ramlee selalu guna, duh? Dalam Man Laksa, deux ex machine dia CUTE, gila-gila cute!! Bayangkan raja gelek tetiba dtg 'to bring light unto you poor Malays'. Mungkin sebab, secara peribadi, aku seorang rebel, against conformity, maka apabila deuekmaching tentera malaysia datang, dan siap bagi alasan "sudah lama kami perhatikan", dan tetiba hantu bertanduk naik van dan beri speech dendam kesumat terhadap manusia Melayu- aku cakap "wat the hell was dat?" Aku PUN ADA TENGOK Airplane, 1 benda aku cakap- walaupun filem Jim Abahams & David Zucker tu gila, IA TERJAGA TEMPONYA dari awal hingga akhir (i love the scene wer semua org panik, tiba2 ada perempuan tunjuk tetek, dat was hillairous!), samalah seperti Top Secretnya dan The Kentucky Fried Chicken Movie..Filem John Waters, lagi gila..tetiba mak nyah nama Divine makan tahi anjing depan semua org! Tapi filem tu TERJAGA TEMPONYA, walaupun benda tak logik, sekurang2nya dalam dunai filem tu, FILEM TU LOGIK, get it? These are the parodies yg aku suka (its not actually parodies, these films are called spoofs, parodi tu lagi besar dan tersasar betul, macam Invasion of the Body Snatcher memparodikan era penyiasatan McCarthy dan Cold War, atau Man Laksa itu sendiri terhadap hiburan dan wayang Melayu)..thus the best spoofs: Airplane, Top Secret, Mel Brook's Spaceball, Mel Brook's Young Frankenstein, Silent Movie (lagunya banyak dicedok oleh pembikin komedi zaman 80-an, terutamanya Tuan Badul), History of the World Part 1 (semua ni Mel Brook punya, king of spoofs)..i didnt like Zuckers recent spoofs macam naked gun, terlalu klitch (in fact, pembukaan Naked Gun 2 1/2 yg mengingatkan pada pembukaan ZKP, siren polis/ambulans tu, which deme ambik dari sebuah siri tv polis amerika yg aku dah lupa, dat insertion mmg cute)..thus my fellow man, i mintak u all TENGOK filem ni and love it for wat it is..jangan jadi macam aku yg mmg take things very seriously masa letak tema 'seram' (lainkali, buat macam filem Pendekar Bujang Lapuk, org tahu tu filem komedi, tapi tetiba je zombi hantu jepun ada, akan best tu, lawak surreal bagai nak rak!)..jangan main2 dgn perkataan, be apt, perkataan boleh membunuh dan menghidupkan (kalau dia letak "Zombi Terlawak Abad Ini" would be so much better)..may it be a lesson to Mamat Khalid.

ajami berkata...

oh my dear fadz!.. aku ant org yg refute erk?.. huhu!..

btw, carik punya carik terjumpa kau nya preview psl ZKP 11nov2005

http://www.tontonfilem.blog-city.com/zombikampungpisang.htm

..agaknya skrg kau kecik ati? frust?.. dulu kau sgt buh harapan tinggi pd ZKP:

"Aghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!

Pasukan Zombi menyerang filem Melayu!!!

Ini filem ketiga zombi Malaysia selepas Pendekar Bujang Lapuk dan Setinggan,

dan filem ini betul-betul tentang ZOMBI.. Yeahuuuuuu!!

Ia sebuah 'Dark Comedy'..Maka berderetlah ia bersama Return of The

Living Dead, Dead Alive & Cemetry Man..!!

siapa yang boleh buat kalau hanya

mamat khalid?" ~ fadz

..ops! per2 hal kt atas itu kau punya pandangan peribadi lah kan?.. and maybe 1 day kau akan tulis & arahkn skrip zombie yg paling besh di malaya!.. then nnti kami blajar how is exactly to make THE REAL ZOMBIE or parody film?.. boleh?

Tanpa Nama berkata...

Salam mentafsir dari aku
ZOmbi = MAyat Hidup yakni orang yang dah tak punya pendirian, tak punya pandangan, mudah terima pengaruh, senang diheret dengan masalah dan senang dijadikan pengikut... orang yang macam zombi dalam dunia banyak sangat. orang yang anggap dirinya pandai tapi hakikat nya terlalu bodoh nak mampos, orang yang sanggup terima apa saja tanpa usul periksa... tapi untuk mudah kata dia tahu yang dia tak tahu tapi dia akan cuba buat-buat tahu... kalau dalam bahasa kasar Bodoh yang bangang tapi sombong... ada banyak maksud lain lagi dalam makna yang tersirat dalam zombi ni sebenarnya... ikut pemahaman la, kalau dia nak kata zombi tu pengikut taat ajaran agama sesat, pengikut ahli politik yang suka kena makan dek orang atas, orang yang ada pendidikan tapi salah guna kuasa... ikut tafsiran sendiri....

KAmpung pisang = sebuah daerah yang ada samada negara, negeri , kampung, kelompok, koloni, apa sahaja yang boleh dikategorikan sebagai satu kumpulan kecil atau besar.. dimana negaranya mengharapkan hasil dalam negara sendiri... "Republik Banana"... ni isu sensitif ni sori kalau tersinggung mana2 bangsa ya.

secara konsep :kisah zombi ni adalah sebuah negara yang aman dan damai dimana masyarakat yang berbilang kaum.. terutamanya orang melayu sebab dalam cerita ni banyak nak tunjukkan perangai orang melayu... hidup menjadi kucar kacir setelkah satu anasir luar masuk atau penyakit atau pengaruh tapi dalam cerita ni dijadikan sebagai satu virus zombi... mereka terima dengan terpaksa.

makan otak maksudnya menjajah pemikiran mereka.

kuaratinkan mereka yang dsyaki akan menjdai zombi tu [pula macam dalam tahanan ISA la...

bak kata mudah lagi cerita ni nak tunjukkan dimana orang kita ni mudah dipengaruhi, kalau tak da orang yang menghalang akan merebak, hero dalam ceritya tu boleh dikatakan sebagai bakal pemimpin yang membawa satu pendekatan baru untuk menghalang anasir luar tu... tapi tak berjaya namun dia tetap berusaha... patutnya kita kena ada sikap macam budak yang tembak zombi tu, walaupun anasir tu datang dia terus mengambil tindakan...

bila anasir tu tak dapat mempengaruhi semua tu lah adanya adengan ketua zombi nak makan otak hero tu sebabnya dia dah ada ciri pemimpin...

itulah yang aku dapat kaji sikit sebanyak dari bacaan aku, pemerhatian aku tentang komen2 dalam surat khabar, blog dan apa yang aku tengok malam tu...
maaf kalau tulisan aku buruk maksudnya tak tersusun kata dengan panduan ilmiah tapi yang pasti aku faham apa yang mamat cuba sampaikan, dan boleh kata semua dalam filem sebelumnya.... Lang Buana, Man Laksa, Rock dan Zombi KAmpung PIsang ni...

aku tak sabar tunggu filem terbaru dari dia
KALA MALAM BULAN MENGAMBANG

yang benar
Kucing Hutan Belantara

ajami berkata...

BIPOP~15/4/07

Alahai Mamat Khalid, apa sudah jadi bang...
Oleh Roslen Fadzil

ENTAHLAH, hendak tulis salah, tak tulis lagi bersalah. Atas rasa tanggung jawab sebagai penulis dan peminat filem, saya coretkan juga sorotan terhadap filem komedi arahan Mamat Khalid ini dengan hati yang penuh lara.

Terus terang, selepas menonton Man Laksa dulu, saya mula menyukai Mamat Khalid kerana sedikit sebanyak dia mampu membawakan imej kartun abangnya, Datuk Lat, ke dunia filem. Sanggul burung tempua, Vespa, kugiran, Mamak Estet dan jambul basah berjaya mengingatkan saya kepada kisah The Kampung Boy serta banyak lagi koleksi buku kartun Datuk Lat. Saya amati, selera muzik Mamat dengan saya pun seakan sama kerana dia sukakan lagu 60-an, The Shadows, muzik Tamil hinggalah kepada Kishore Kumar dan Lata Mangeshkar. Namun itu cerita Man Laksa yang sungguh mencuit hati dan tidak jemu diulang tonton.

Jadi dengan harapan setinggi Gunung Ledang, saya pun pergilah menonton Zombi Kampung Pisang pada tayangan gala, minggu lalu. Selepas lebih setengah jam, saya pun mula gelisah, gelisah sambil melihat jarum jam di tangan. Bila agaknya filem ini akan habis?

Maaflah, mungkin selepas ini saya akan dibenci Mamat Khalid dan Tayangan Unggul tetapi Zombi Kampung Pisang membuatkan kepercayaan saya terhadap Mamat mula goyah.

Filem ini asasnya menceritakan mengenai kekalutan yang berlaku di sebuah kampung bernama Kampung Pisang apabila ramai penduduknya termakan sisa toksik yang tumpah dalam periuk gulai di gerai makan milik Jalil Hamid. Kesannya, mereka yang terbabit tiba-tiba terkena penyakit kejung, `mati' seketika dan kemudian terus bertukar menjadi zombi dengan pakaian compang-camping.

Hmm, bunyinya macam menarik dan kelakar tetapi itu mungkin hanya dalam skrip. Saya sungguh kecewa kerana execution Zombi Kampung Pisang di layar putih tidak kesampaian. Paling menyedihkan, solekan terhadap zombi secara ambil mudah - sekadar menyapu bedak sejuk pada muka, memalit kapur putih pada lengan, mencalit cat merah pada kelopak mata - sekali pandang macam masyarakat etnik di benua yang kering kontang.

Ingin saya nyatakan di sini, sejak kecil lagi saya sudah didedahkan dengan banyak filem zombi. Kalau di Pulau Haiti, zombi adalah mayat hidup yang ada kaitan dengan permainan sihir termasuklah voodoo. Kalau di Malaysia, mayat hidup biasanya ditujukan kepada penagih dadah yang hidupnya segan, matinya tidak pulak!

Berbalik kepada zombi Mamat Khalid, penampilannya sungguh mengelirukan. Mereka baru sangat `mati' tetapi pakaian nampak reput macam sudah ditanam berminggu-minggu, padahal kejadian itu berlaku pada satu malam saja.

Seperkara lagi, pada pertengahan cerita, kumpulan zombi itu digambarkan membunuh dan memakan otak manusia kerana mahu menjadi genius tetapi pada akhir cerita, kekejaman itu tergantung begitu saja. Penyakit zombi mereka itu berjaya dipulihkan dengan hanya menerima suntikan vaksin daripada pegawai kesihatan!

Lebih mengharukan, dalam suasana kelam-kabut itu, zombi-zombi itu pula boleh berkawat dengan lagu Inilah Barisan Kita, konon-konon hendak patriotik. Aduh, memang caca marba!

Bagaimanapun, hanya satu babak yang benar-benar membuatkan saya ketawa. Ia terjadi apabila ada orang mengalihkan pandangan zombi yang sedang menyerang dengan mengatakan Siti Nurhaliza ada di sebelah sana. Kemudian, seekor zombi melaung nama Datuk K yang mengecewakan hatinya!

Saya hairan bagaimana watak Awie dan AC Mizal daripada filem Baik Punya Cilok boleh terbawa-bawa sampai ke dalam filem yang haru-biru ini. Awie masih lagi dengan sikap bermadahnya dan AC pula jadi mat gelabah. Jalil Hamid pun tidak menonjol dan bakat Mak Mah satu pembaziran (lihatlah betapa hebat lakonannya dalam Jangan Pandang Belakang).

Pada penghujung cerita, saya masih lagi mengharapkan sesuatu keajaiban akan berlaku. Mungkin semua itu hanya sekadar mimpi atau mereka terbabit dengan satu penggambaran filem di Kuala Kangsar. Rupanya tidak. Selepas keluar panggung, sayalah sebenarnya yang menjadi zombi. Pening lalat, langau, semuanya ada!

Mungkin filem ini akan mampu membuatkan mereka yang tidak kisah sangat, akan ketawa. Kadangkala rasa macam menonton jenaka mingguan Senario tetapi dibawa ke layar besar. Memang betul jenaka Zombi Kampung Pisang cuba menyelitkan mesej tetapi bukan sekadar mesej yang saya hendak gali bak kata Ogy, lebih penting lakonan, lakon layar, solekan dan jalan cerita yang biarlah `logik' dalam konteks filem.

Pun begitu, saya tidak hairan kalau kanak-kanak akan suka Zombi Kampung Pisang. Mungkin ia sesuai dilabelkan untuk tontonan 12 tahun ke bawah.

Pun begitu, saya bukanlah jenis manusia yang serik kerana nama pun sudah peminat filem. Saya akan tetap menunggu filem noir Mamat seterusnya, Kala Malam Bulan Mengambang yang khabarnya dihasilkan dalam bentuk hitam putih pula. Bunyinya memang gah. Saya akan tunggu.

~~~
komen saya:
mmm, si Roslen nih tak tunggu & dengar press-conference lepas preview ZKP dgn Mamat Khalid tuh ker?.. or Roslen TAKTAU psl what is 'parody film'?.. hahaha!

coalminecanary berkata...

Parody on industri perfileman malaysia. Kg Pisang kat belakang finas...wahaha