"Aku merasa ada yg hilang tanpa tahu apa yg sudah aku temukan.. aku merasa menemukan dan tak tahu apa yg aku cari.. dan aku seperti masih mencari tanpa tahu apa yg sudah hilang" ~ Alia

Cinta Pertama?

Ini ceritera jumpa & hilang.. temu & tinggal.. semalam & hari ini.. filem ini menampar pipi realiti dgn soalan 'apa benar ini yg aku mahu?'.. apakah ada pilihan yg lebih baik dari apa yg aku miliki sekarang?.. yg lebih molek berbanding apa yg ada di hadapan kamu?

Ia soal keikhlasan bertanya isi hati sendiri. Gembirakah aku spt apa yg terukir di wajah? Paling utama ialah tanyaan yg mesti diluahkan sebelum ia terlambat.. atau ia akan berlalu pergi.. selamanya.. tanpa kamu dapat jawapan pasti? Ya atau tidak?

Pasalnya? Peluangnya? Adakah akan berulang sebelum kamu tiada lagi? Dan seandainya ia benar2 datang semula. Masih samakah jawapan yg akan didengar? Atau kamu akan bertanya dlm bicara yg berbeza?

Mungkin jua.. ia cuma sekadar memenuhi tutur yg tak terucap.. tanpa perlu dijawab?

Ya.. aku sudah kembali ke sini.