Kontena Ana oleh Bernard Chauly (2017)



Kontena Ana banyak perihal yang diceritakan secara subtle pasal 'kereta' Ana:
1. secara literal titik mula lokasi hubungan Ana/Farhan
2. 'kenderaan' (diri Ana sendiri) yang rosak perlu diperbaiki (isu zuriat)
3. ia juga retrospektif Ana untuk bertenang dan fikir balik apa yang 'baik' dan apa yang 'rosak' dari mula 'perjalanan' kereta dulu?
4. Ana kena yakin bahawa dia ialah 'pemandu' keretanya sendiri untuk pergi ke mana pun
5. Ana kena 'memandu' dari perhentian ke destinasi seterusnya (move on)
6. dan kereta (diri Ana) ialah dalam rumah ya! Ana akan gerakkan/pindahkan semua 'rumah' dia dari 'dalaman' 👍

Penulisan skrip Kontena Ana 'memudahkan' kesukaran yang kadangkala dihadapi oleh seseorang penulis skrip iaitu kewujudan telefon pintar dan media sosial sebagai alat komunikasi terkini. Bernard Chauly malah berjaya memanipulasikan era zaman itu yakni 2001 sebagai timeline permainan penulisan kreatif beliau dimana sms sahaja alternatif selain panggilan telefon. Kalaulah kisah ini 'sekarang' Ana akan gunakan twitter/facebook untuk meluahkan perasaan dalamannya. Dengan meletakkan Ana di tahun 2001, watak Ana lebih terhad untuk berfikir dan bertindak yakni menjadikan wataknya lebih proaktif.

Comments

Popular Posts