Khamis, 28 Jun 2007

Fasha Fashi & Skuad Fantasi [screenplay in the making]


Original story/screenplay by Ajami Hashim

Genre: musical + science fiction + romantic comedy + coming of age

Tagline: "semua org boleh jadi hero!"

Synopsis [draft-1]

Pd tahun 2008, bumi telah cuba ditakluki oleh sekumpulan makhluk asing dr Planet Kameo bergelar puak Kameo-rara diketuai oleh Lord Enterprem. Negara pertama yg diserang ialah Malaysia, Kuala Lumpur. Cara halus mereka hendak menawan Malaysia ialah dgn menculik satu-persatu kanak2 di bawah umur 12 tahun utk dijadikan hamba abdi & bertujuan utk memutuskan generasi manusia seterusnya! Modus operandi yg digunakan oleh puak ini ialah dgn menggunakan kamera iaitu kamera digital, kamera internet & kamera di pusat membeli-belah. Apabila gambar kanak2 di-snap, maka mereka akan 'bertukar' menjadi cahaya halimunan yg akan 'disedut' oleh kamera itu! Lalu dibawa balik/disiarkan ke pusat operasi dan 'dicetak' semula sbg hamba abdi. Mereka akan dikerah utk bekerja sbg cameo sebuah rancangan tv kanak2 yg akan memukau penonton kanak2 supaya melawan ibubapa & malas utk belajar! Kelemahan puak ini ialah mereka takut kpd 'suara harmoni nyanyian kanak2 dlm kegembiraan' Kerana itulah semua kanak2 yg diculik dielakkan dpd menyanyi atau bersuara dgn 'membisukan' suara mereka. Dlm rancangan di tv, kanak2 itu hanya dibenarkan menari dgn iringan muzik karaoke yg bersarikata nyanyian org dewasa oleh Lord Enterprem shj!

Waktu yg sama, Fasha Fashi iaitu seorg pari-pari dr Planet Sanda-Sandi sedang mengekori pergerakan Lord Enterprem & pengikutnya ke bumi. Fasha Fashi ditugaskan oleh ketua planetnya iaitu Tok Kun utk membantu manusia menyelamatkan bumi. Bagaimanapun, Fasha Fashi adalah pari-pari yg amat naif & berkuasa magik paling lemah di antara pari-pari lain di planetnya. Dia ditugaskan utk membantu bumi yg dianggap oleh Tok Kun sbg planet yg paling tidak berkualiti berbanding planet2 lain. Kerana itulah Fasha Fashi yg dikerahkan kerana Tok Kun tidak peduli samada dia berjaya atau tidak utk menyelamatkan bumi!

Di Kuala Lumpur pula ada 4 org remaja yg mempunyai 'kuasa luarbiasa semulajadi' yg mampu membantu Fasha Fashi. Mereka ialah Shawal, Noni, Aizat & Dafi!
BERSAMBUNG

menarilah!

Salaam..

Sebenarnya semasa menaip posting ini, perasaan saya bercampur-baur dgn 1001 emosi.. mungkin kerana saya semakin dimakan usia.. barangkali juga sebab saya masih belum bersedia meninggalkan kenakalan remaja.. tapi saya kongsikan jua dek maksud memberitahu apa yg tersirat di minda dan yg tersurat di dlm buku The 101 Habits of Highly Successful Screenwriters oleh Karl Iglesias ms. 204-205 berikut:

There's an old folk tale about a young woman who wanted to be a dancer. One day she learned that the greatest dancing teacher of all time was to pass through her small town, so she practiced in the hope she could impress him. When the day arrived, she managed to be introduced to him and she asked, "Oh, wise teacher, would you tell me if I have what it takes to be a great dancer?" The man asked her to dance for him, and she danced like she'd never danced before. It was her greatest performance yet. But unimpressed after only 30 seconds, the man said she didn't have the talent and that she should quit!

Devastated, the young woman ran to her home in tears, threw her dancing shoes in a trunk and forgot about being a dancer. She got married, became a housewife with children, and led a happy life for 20 years, until she had a chance meeting with the same dancing teacher. She couldn't help asking him how he knew within 30 seconds that she didn't have it? He responded, "I couldn't tell, but if you quit so easily because I told you to, then you weren't a real dancer!"

Bottom line? If you're passionate about your goal, nothing will stand in your way, no nay-sayers, no statistics, no experts! If someone tells you will never make it, if they try talking you out of it by listing all the logical reasons you should quit, you keep going, more determined than ever, because you love it and it has meaning to you!

I Hope You Dance - Lee Ann Womack
I hope you never lose your sense of wonder
You get your fill to eat but always keep that hunger
May you never take one single breath for granted
God forbid love ever leave you empty handed
I hope you still feel small when you stand by the ocean
Whenever one door closes, I hope one more opens
Promise me you'll give faith a fighting chance
And when you get the choice to sit it out or dance
I hope you dance.. I hope you dance
I hope you never fear those mountains in the distance
Never settle for the path of least resistance
Living might mean taking chances but they're worth taking
Lovin' might be a mistake but it's worth making
Don't let some hell bent heart leave you bitter
When you come close to selling out.. Reconsider
Give the heavens above more than just a passing glance
And when you get the choice to sit it out or dance
I hope you dance (Time is a real and constant motion always)
I hope you dance (Rolling us along)
I hope you dance (Tell me who)
I hope you dance
(Wants to look back on their youth and wonder)
(Where those years have gone)

Sabtu, 23 Jun 2007

Sign on the Dotted Line?

Salaam.. fyi, ini posting 'copy+paste' dari website ini:

http://entertainment.howstuffworks.com/recording-contract1.htm

Let's imagine that a miracle has happened and you have a big-label recording contract in your hands. You want to sign it because you and your band mates have been working your butts off to get to this. But some of the stuff in it sounds -- well, pretty scary.

The American Heritage dictionary defines a contract as

An agreement between two or more parties, especially one that is written and enforceable by law.

The "enforceable by law" part is important. Once you sign a contract, you are bound by it. So, if you don't like the contract, don't sign it. That doesn't mean things end here. You may want to consider hiring a lawyer.

In many cases, when someone is about to sign a contract, he or she hires a lawyer to interpret the contract and (in some cases) to help negotiate terms. Since you're looking at a music contract, an entertainment lawyer would be best suited to help with its interpretation. An entertainment lawyer must be familiar with various agreements and contracts related to the entertainment industry, including recording contracts.

Whether you are a solo artist or you are a member of a band, you generally have two problems if you are an unknown who is signing your first recording contract:

Because you have never seen a recording contract before, you don't know what is "normal," and you do not know how the contract will affect you long-term. Your lack of experience and knowledge in this situation makes a lawyer even more important.

Even if you have a lawyer, you may have little or no leverage. If you try to negotiate, the record company can easily say, "Take it or leave it." If you decide not to agree with the terms and conditions, you have to wonder when and even if the next contract offer will come!

gambar hiasan >> 2 ekor ikan lumba2 melarikan diri ke Mesir seblm dipanggang hidup2!


gambar hiasan >> ini borang keahlian shawalfc lah!.. bukan recording contract!.. jgn speku tau!


gambar hiasan >> seorg pengurus recording label yg gigih!.. yg ini bulih speku!.. lalalalala!..

gambar hiasan >> seorg tutor cara2 berchatting yg yaaa-amats gigih!.. matila cikgu tuisyen!

Akhirnya blog org nih kembali meriah!.. siap wat posting back-2-back kekdahnya!.. jd kpd suma peminat Shawal, sila lawati blog ini! [matilah promosi harga runtuh!]

gambar hiasan >> penonton ikon mlm tadi!.. err, mcm kenal kan?.. tapi di mana yaaa?.. cabuttt!

Jumaat, 22 Jun 2007

cerita ikan & kolam?


Salaam..
konsert akhir af5 dah sebulan berlalu. no more diary. no more debat. no more konsert mingguan. kini.. semua bekas2 pelajar af5 yg rata2nya muda remaja sedang merasakan panasnya limelight dan meriahnya peminat sekeliling mereka. waktu yg sama, bukan shj kaum keluarga yg merasa bahangnya, juga tempias kpd fanatik2 yg muncul dr segala ceruk lokasi, dr aneka ukuran usia, malahan dr sepelusuk dunia [internet].. dan saya juga seorg dpdnya. saya mengaku! oleh kerana kali ini saya menyebok di 'dalam' kemeriahan af5, maka ada cerita2 yg suka ada juga yg bermuka-muka!

ikan & kolam?
kpd adik2 af5 & keluarga pula, masa kritikal inilah segala-bagai offer tetiba muncul dari aneka jenis syarikat rakaman utk jd artis mereka.. cuma hati2lah.. syarikat rakaman tu tgk2 'belakang'nya [financial & track record] coz kat Msia nih byk kolam pelbagai saiz!..
analoginya ada 2:

a. jadi IKAN KECIL dlm kolam BESAR >> sbg contoh company yg ramai artist..
b. jadi IKAN BESAR dlm kolam KECIL >> sbg contoh kolam ikan tokeh nih!

ikan lumba2, ikan pari2 & ikan kebawal

Rabu, 20 Jun 2007

jaring bekerja?

Salaam..
Semlm aku ke Mlm Gala DIVA. Tapi ini bukan ulasan/kritik filem DIVA. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Biarlah DIVA ke pawagam dahulu. Lantaklah apa yg bakal disuapkan kpd penonton. Mungkin lepas tu, baru aku akan tulis ulasan/kritik secara ikhlas!

networking amani & blogger2 unggul: joe, vern, juan

Yg aku nak cerita ialah psl networking!

Sebelum tayangan: Aku dtg bersama Isma Yusoof - pelakon watak Mac dlm Emil Emilda merangkap graphic designer utk poster Sumolah & drama2tv lain yg tgh meletops.. dan Amir Luqman - fashion designer yg bakal meletops [ker dah meletops?] yg aku kenalkan kpd Gayatri Su-Lin Pillai yg begitu berminat dgn rekaan Amir. Budiey pun ada gak join sekejap snap2 pics utk Sensasi Selebriti

Selepas tayangan: Ini yg best! Lepas keluar panggung [dgn muka blur] aku nampak Pak Hassan Abd Muthalib yg juga nampak aku! Kami senyum sesama sendiri 1001 makna! Dia ajak aku, Yasmin Ahmad & husband, Osman Ali & Sharifah Amani pergi minum kat kedai mamak berdekatan! Diaorg semua adalah networking lama yg sporting & best! Then, tak lama kemudian Amir Muhammad & Ho Yuhang & pon join sekali kat situ! Diorg nih networking baru aku! Oh ya! btw topik perbualan di kedai mamak itu kebykannya off-the-record! Ops!

Cerita kat atas bukan nak riak, tapi sbg panduan kpd sesiapa yg nak mulakan karier sbg penulis skrip atau apa2 lah yg melibatkan industri perfileman/tv >> sila ramah2kan mulut berkenalan & ringan2kan tangan bersalam di majlis2 spt ini. Networking! Networking! Networking!

Isnin, 18 Jun 2007

Waris Jari Hantu (2007) - cerita terkepit!

Salaam..

There should be a sense that in this world, this story is the essential conflict, and that your characters are the essential people; conversely, we must feel that for this particular story and characters, this is the essential world. A screenplay's world is a critical part of its characterization and exposition. ~ Screenplay: Writing the Picture by Robin U. Russin & William M. Downs [pg. 43]
Itu kata buku. Benarkah saranan pakar2 penulisan skrip tersebut? Ya! Sudah tentu! Maka apabila sesebuah skrip filem yg dibikin menjadi sebuah filem melanggar perihal yg sepatutnya, lalu terhasillah sebuah filem spt Waris Jari Hantu ini! Maksud saya, filem ini seolah sesuka hati dan sambil lewa serta spt main2 membikinnya!
kulit vs isi
Filem ini di dekorasi luarannya dgn tajuk, poster dan tagline "semangat waris rimau pelindung cinta sejati". Sekali pandang shj, ia adalah sebuah filem seram, maksud saya bukanlah semestinya ada hantu tapi anggapan penonton tanpa membaca sinopsis mahupun menonton promo atau the making of.. di tv, semestinya membayangkan bahawa ada unsur2 seram di dlmnya. Tapi anda silap! anda tertipu! Ini bukan filem seram langsung! Ia adalah sebuah melodrama gred B yg sepatutnya hanya layak ditayang dlm slot drama mingguan tv atau terus dijual dlm bentuk vcd/dvd! Kulitnya lain! Isinya sangat berbeza!
main-plot vs sub-plot
Tok Wan Rimau sedang mencari waris perempuan utk menurunkan ilmu sakanya. Itu main-plot. Yg lain2 adalah sub-plot; konflik kekeliruan gender khunsa Ari, cinta sejati Tina kpd Ari, Johan mengorat Tina, projek syarikat I&J Design, Ah Meng dikejar along dan talian kekeluargaan di kampung. Tapi sebaliknya filem ini mengetengahkan kesemua pecahan sub-plot seolah berebut-rebut menjadi main-plot. Yg paling ketara ialah sub-plot Ari yg benar2 menjadi main-plot setelah saya timbang2kan sehabis menontonnya. Oklah! Andaikan plot Ari itu sememangnya main-plot sebenar filem ini, maka tukarkan shj tajuk filem ini kpd Waris Ari Hantu atau Ari Arina atau Kisah Mat Kepit! Barulah betul kan?
deus ex machina
Babak flashback di hari kelahiran Ari yg dia adalah khunsa adalah deus ex machina! Ia menghalalkan kesemua paparan yg wujud sebelum babak itu. Teknik bercerita yg paling mengecewakan utk sebuah isu yg sgt berat iaitu taboo mengenai pondan, maknyah, bapuk di Malaysia!
teknikal
Filem ini spt tangkap-muat, hentam-keromo & mana yg sempatlah. Efek harimau kelihatan sgt murah seolah stock-footage dari zoo negara yg di CGI kan shj! Anda perhatikanlah babak2 kelibat harimau di billboard besar KL, di dinding kaca bangunan, teknik morphing dr manusia kpd harimau [malah morphing dlm siri tv Manimal di tahun 80an dulu atau Masked Rider lebih baik!] Begitu juga product placement kecanggihan telefon video secara live itu juga sgt keterlaluan dipromosikan berkali-kali.
perwatakan
Hanya watak2 di kampung terutamanya Tok Wan Rimau, Mak (Hayati) dan Kasma shj yg menjadi. Watak2 mat kepit Ari dan Ah Meng dicuba keterlaluan. Watak Tina pula yg sepatutnya menjadi protagonist filem ini tenggelam oleh watak Ari. Yg lain2 hanya watak tempelan sekadar melepas batuk di tangga; tiada apa yg baru atau wow! Terutamanya watak2 di KL; pekerja2 di I&J Design dan client - tipikal dan cliche. Oklah! Watak cameo Ida Nerina tu kelakarlah juga!
kesimpulan
Filem ini semacam low-budget film yg dibikin dpd skrip first-draft shj tanpa sebarang rewriting! Plot dan perwatakannya banyak berlubang di sana-sini dan mengelirukan. Yg sedap didengar hanyalah lagu soundtrack Kasih Tercipta nyanyian Faizal Tahir, ciptaan Ajai dan lirik oleh Shuhaimi Baba. Btw, sila baca ulasan WJH yg sgt detail di sini >> fiebie
pautan2 lain:
wsaws [must read!]
vitaminisme [about the poster]
love story - straight woman vs gay man:

Faizal Tahir - Kasih Tercipta - OST Waris Jari Hantu [kredit: niduzzi]

NOTA:

TQ to budiey coz ajak tengok WJH pd Sabtu, 16 Jun 2007 yg lalu.

Me: so camner?

My wife: kalau kat tv, dah lama saya tukar channel!

Me: abang nak ikut tengok wayang Waris Jari Hantu?

Aliff [my son 5yrs]: taknaklah! nanti abang takut!

Me: lerrr! vcd filem Masked Rider abang tengok hari2 tuh lagi seram bang!

Ahad, 17 Jun 2007

gang starz - mari meneka!


Salaam..
19 Mac '07 yg lalu saya ada meneka siapa 5 kumpulan yg akan ke final.. dan mlm nnti 3 dpd 5 yg saya teka akan beraksi.. oklah! tekaan pemenang pilihan saya ialah The Lima.. kamu teka siapa?
POST-MORTEM [sama gak mcm my previous review]
Ia satu rancangan yg live & alive! Saya suka rasa & ritma yg dipersembahkan selama 3 jam itu. Satu perihal yg benar2 saya sukai ialah execution program ini yg sgt kemas & padat! Boom! Boom! Boom!.. Setiap segmennya dr host >> guest critics >> judges [arab, maple, vern].. ia berantaian tanpa sebarang cacat-cela produksi! No glitch! No surprise! No airmata! Semuanya persembahan2 yg majoritinya mantap! It's near perfect! Sikit jer spoiler: persembahan Agnes Monica yg agak meleret-leret!.. saya jerit! next! next! next!..
rujukan lengkap >> cerita hakim yg berbaju dgn tangan liplap! btw TQ 4 the passes dear :-)

Jumaat, 15 Jun 2007

agogo online! pt.2

shawal sedang bergigih-gigih melayan chatters

Salaam..
Mlm tadi shawal online lagi!.. apa ceritanya?.. korang tunggu jer lah.. saya tak larat nak update sekrg.. nak tidur!.. n8! n8!

KEMASKINI 2:30pm

Khamis, 14 Jun '07

6pm++
saya tgh check e-mail.. ada call masuk..

shawal: saya satu family kat HKL ziarah atuk sedara sakit.. bla bla bla..
saya: yer ker?.. semoga cepat sembuhlah erk.. bla bla bla..
shawal: abang free mlm ni?.. jom online.. bla bla bla.. kat Restoren Kg. Pandan, Jln Yap Kwan Seng pukul 10++
saya: haaa?.. ada ker connection kat situ?
shawal: ada wifi lah bang!
saya: haaa?.. [sambil garuk kepala & ternganga!.. dlm ati: sejak bila plak kedai mamak ada wifi? boleh?]

saya call wawa & low ~ 2 org admin shawalfc.net yg gigih!

saya: lagi sekali yer adik2!
wawa & low: baik tuan!
saya: wawa, u turun backup dan ajak sekali seri
wawa: ok boss!

spt biasa, saya packing 'mobile-server' [laptop, kabel, digicam etc..]

adik-beradik af5

9pm++

on the way.. saya call yg lain..

saya: jom.. bla bla bla..
vernon: i tgh meeting dgn dafi & dafifc utk event sabtu nih.. bla bla bla..
saya: datang kalau sempat..

saya: free tak mlm nih?.. bla bla bla..
sm: tengoklah..
saya: btw, kau nak Bual Santai dgn aku psl sms-stalker tu tak?
sm: tak mau!

saya: juan!
juan: saper nih?.. krek! krek! krek!.. tak clearlah!... [kali nih tak terputus]
saya: nak join tak?.. bla bla bla..
juan: wajibbb!

saya: bro! marilah.. bla bla bla..
budiey: sori bro.. tak dapatlah.. btw jgn lupa tau sabtu nih Readers Together Gather ke-3
saya: InsyaAllah.

saya: nak?
joe: i'll try..
saya: perhal yg kecoh2 psl nani botak tuh?
joe: tulah pasal! wtf kan!

saya: kat mana?
bad: aku kat obersea lah..
saya: bro! masih sentap coz terlupa ajak masa 1st agogo online?
bad: masih!
saya: lariikkk!

iklan kacang ngan nyin!

10pm++

sampai.. serentak dgn shawal satu family.. salam2.. bla bla bla.. dinner ramai2.. btw sesamalah kita doakan semoga atuk sedara shawal cepat sembuh.. then juan sampai dgn kawan dia.. diikuti sm dgn hsemate dia.. pastu wawa, seri & kwn dia pun tiba.. masa tu dah 10pm++.. sure dah ramai yg tunggu kat chatroom.. saya call low to umumkan shawal tgh dinner.. low cakap server sgt lembabs!.. yap! ditambah dgn wifi kat restoren itu juga yg sgt slow yaa-amattss! but Alhamdulillah by 10:45pm+ ~ agogo online!

iklan hidung + handphone!

11pm++

vern, dafi & dekna pun muncul.. vern, posting kau tu memang terlampau! lariikk!.. btw depa 3 org nih memang mcm adik-beradik kembar tak seiras.. very the very kekeluargaan kekdahyaa.. so dpd 'agogo online' dah jadi 'agogo+baeek punyer+mengerlit'.. havoclah satu restoren tu utk beberapa jam dgn kehadiran bebudak af5 + bloggers + forumers!

blogger2 warga emas!.. nampak tak 'syaitan' tu?

12am++

tutup kedai.. joe baru call kata nak jumpa kitaorg kat pasar malam.. laporan seterusnya sambung kat blog2 tersohor berikut:

lawatan tak rasmi ke pasar malam cheras

shawal melayan peminat2.. tips #1 ~ senyum & lambai!

oleh kerana saya dilarang keras mengambil gambar penuh tanpa izin.. maka nilah gambar2 kaki seorg penaung & seorg artis af5 yg dinaunginya!

Khamis, 14 Jun 2007

iqwal hafiz! [TERKINI]


Salaam..

Pertama kali saya dengar & saksikan adik Iqwal Hafiz ialah di konsert Seroja-Mawi tahun lepas.. mungkin Iqwal tak pernah masuk AF maklumlah umur dia baru cecah 15 thn.. tapi dia punya bakat yg besar spt Mamat-Exist di era 90an dulu atau Kristal di awal 2000an.. utk adik Iqwal, selamat maju jaya dik :-)




'bunga angkasa' by iqwal hafiz [kredit: aminnurrashid]



Salam bang...Ni ada video masa iqwal buat road show dgn RHB Bank di Penang Sabtu lepas. ~ iqwal

Rabu, 13 Jun 2007

bual santai ajami & ezad ~ pt.1

Salaam..

Apakata kita dengar shj apa yg Shahrul Ezad nak cerita psl Emil Emilda dlm sesi Bual Santai Ajami & Ezad pt.1 berikut on location at My Mum's Chicken Rice ~ Linda Onn punya kat Ampang Point.

btw, my previous bual santai:

Bade [pt.1]

Bade [pt.2]

klik sini utk siri Emil Emilda @ youtube

pernim & norlina

Salaam..
Saya sudah bekerja di Quality Assurance Department [program quality & censorship] hampir 10 tahun.. tugas saya menonton, menilai dan menyunting mana yg wajar seblm tayangan.. terlalu byk program majalah-tv yg sudah saya kerja-kan.. namun mlm tadi saya terdetik mahu berkongsi info ini segera dgn kamu semua.. kisahnya dtg dr sebuah program bersiri utk saluran PRIMA ~ Expose "Selamatkan Anak-anak AIDS" terbitan FMP utk tayangan bulan ini [tarikh sebenar akan saya war2kan kemudian].. kenapa saya mahu promosikan program ini?.. kamu saksikan nanti & sila klik gambar2 & link2 berikut.. komen saya: kadangkala hanya dgn menonton kanak2 bercerita & menangis.. kita juga akan sayu & turut menitiskan airmata..

di lokasi: emil emilda [pt.2]

Salaam..
Saya tak larat nak cerita.. so, tengok ajer gambar2 berikut..

sebelum: gambar2 bwh ni!




selepas: youtube bwh ni! [kredit: bzz07]

lokasi: My Mum's Chicken Rice ~ Linda Onn punya kat Ampang Point [19Mac'07]

pautan: di lokasi: emil emilda [pt.1]

Selasa, 12 Jun 2007

muallaf [terkini]

Originally uploaded by yasmin the storyteller

yasmin [via sms]: Salaam. Shoot over. Nani is shaved bald. The scene was so moving, the crew and some reporters cried. Allah is great.

me: Alhamdulillah.

p/s: yasmin hantar sms yg sama kpd semua hp kwn2 dia [bukan saya seorg]

Sabtu, 9 Jun 2007

hady mirza?.. who?

TO ALL SINGAPOREAN READERS esp. HapyHadysFC
SeLaMaT DaTaNg :-)



"hijau" (APM07) kredit: kasuthitam



"you give me wings" (mtv) kredit: deathknight3000

Salaam..

Saya tak sempat tengok APM07 secara live mlm tadi.. tapi saya tengok ulangannya.. komen sepatah-dua kata dari saya ialah.. ia salah sebuah program anugerah muzik di tv yg sudah mulai jemu utk ditonton kerana format/formula-nya yg sudah tepu iaitu: pengacara yg ramai2 meroyan bla bla bla.. penyampai anugerah yg asyik2 tanya soalan skema yg sama sesama sendiri.. penerima anugerah yg tak datang.. dan persembahan nyanyian yg lebih tepatnya 'persembahan promosi live besar2an' samada utk filem baru, single baru atau muka baru?.. ops!.. tapi dlm byk2 persembahan itu, saya teruja melihat & mendengar persembahan duet Syed Azmir & Taufik Batisah.. juga Hady Mirza & Zainal Abidin.. jap! jap!.. who? Hady Mirza?.. alamakkk! saya ketinggalan terkini dunia muzik di Singapura!.. Hady Mirza ialah juara Singapore Idol 2006!.. [matilah org Singapura baca blog nih kata aku tak uptodate! lariikkk!].. btw, itulah shj 'kelebihan' APM07 mlm tadi.. ia satu tempat promosi artis baru yg paling mudah [dan yg org kurang kenal] & membuktikan samada seseorg penyanyi baru 'boleh' menyanyi secara live dgn bagus atau hancus?..

lain2 ulasan APM07:

budiey

sultanmuzaffar

mr.manager [ada byk part 1 part 2 & part 3 boleh?.. btw ada belikan cd Hady Mirza tak?]

klubbkidd [juga tidak mahu kalah! ada part 1 part 2 & part 3]

badaftersix [sure byk update psl Diddy! Diddy! & Diddy! sambil sapu sawang katanya!]

Jumaat, 8 Jun 2007

mari tanam rumput! [intro]

Salaam..
Bertangguh!.. setiap hari kita akan bertangguh perihal yg remeh-temeh sehinggalah pd suatu hari yg indah [setelah hampir 3 tahun lamanya tinggal di rumah baru!] barulah saya terfikir utk menanam rumput di laman rumah! boleh?.. sebenarnya plan nak tanam rumput ni dah berkurun! kononnya nak tanam sendirilah dgn anak-beranak.. even ada terancang nak ternak rumput dr biji benih! haha!.. kalau difikirkan semula, lagi senang pergi saja ke mana2 nursery, beli rumput & upahkan kpd buruh.. tapi, dek kerana kononnya nak DIY, laman rumah itu masih penuh dgn kerikil dr pembinaan asal perumahan! jadi utk memeriahkan blog ini yg juga tidak mahu ketinggalan dgn trend 'reality tv' di luar sana, maka saya akan memaparkan siri realiti blog berjudul 'mari tanam rumput' [gambar2 & ulasan] di samping posting2 lain..
p/s: saya & isteri ex-student Bachelor Sc. Horticulture [UPM] '96.. matilah kalau lecturer kami terbaca blog ni kantoi ex-student depa kerja broadcasting and banking!.. lariikk!

senjata berkebun terkini: kiri - sisir moden siap boleh di-adjust2 'kembangan'nya.. tgh - pungkis moden dua-hala! boleh?.. kanan - penyodok tnh

angle-A: "kalau awak campak rumput tu 3 thn lepas, sure hari ni dah mcm pdg bola!" ~my wife
angle-B: sila nyanyi lagu 'berjln di tanah gersang!.. teng-te-rereng!"
angle-C: tuu dia! rumput tak diundang & batu-batan dr gunung!
Xtra: pelik tapi benar! pokok rambutan ini sudah 3 thn tapi tak mau beso2! huhu!

TERKINI KAWAN2:

semasa menaip posting ni, saya dpt sms dr yasmin lalu kami berbalas sms:

yasmin: Yesterday we shot the end scene of "Muallaf" while playing the music. I cried but then you know me; I cry at supermarket openings!

saya: mmm, i baru plan nk gi ipoh jenguk on location "Muallaf".. btw, gud lak wt ur editing :-)

yasmin: Belum habis la.We don't necessarily shoot the last scene on the last day.

saya: hahaha! oh yaa kaaa?.. lariikk! [emo: gelak tutup molot]

bekerja vs bersara?

Salaam..

Penat.. kerja di pejabat siang tadi memang non-stop! namun saya puas kerana saya menyumbang kepakaran saya [yg dibayar gaji] walaupun minor.. sungguhpun sezarah.. ya! saya membantu dr aspek kualiti/teknikal yg kecil tapi penting seblm pelancaran 2 saluran terbaru di astro mulai 15 Jun nanti.. pulang dgn kepenatan minda, lalu mulalah imaginasi bukan2 semasa pemanduan saya, melayang fikir dgn soalan "apa yg aku akan lakukan mlm ini sekiranya siang tadi ialah hari terakhir umur bekerja 55 tahun aku?"..

*berikut ialah terbitan ulangan: 26 Jan '07 [bukan siri tv jer boleh diulang tayang ok!]

Bersara - berhenti bekerja (berkhidmat) apabila mencapai umur tertentu (kerana lanjut usia atau atas sesuatu sebab) ~Kamus Dewan edisi keempat ms.1391

If there was ever a formula not to enjoy this gift of life, this is it - do something that you do not like! Or worse, do something you hate. This is a sure fire formula to ensure that you will have a miserable time. Your days will be long and hard and your nights will be cold and lonely. As incredible as it sounds, this is exactly what most people are doing! Most people are doing something - either a job or work - that they do not enjoy! Most people are doing something they don't like! Some are doing something they hate! The most here runs into tens of millions! ~Azizi Ali dlm buku mXe!™ ms.5

Quote itu yg membuat saya terkesima sebentar membacanya! Sepanjang perkahwinan saya 2001 - sehingga 2005, apa yg terfikir di kepala saya ialah mempelajari erti tanggungjawab sbg seorg suami & papa kpd 2 org anak serta rutin2 yg sama setiap hari; bangun pagi, pergi kerja, balik rumah, tidur. Sehingalah saya tertonton Berita Astro (RIA) yg menjemput Azizi Ali sbg jemputan utk membincangkan mengenai perancangan kewangan peribadi. Kemudiannya saya mencari & membeli di MPH buku yg ditulis oleh beliau bertajuk Jutawan Dari Planet Jupiter!

Photobucket - Video and Image Hosting

Ianya sebuah buku asas personal finance yg sgt informatif! Isinya byk menyedarkan saya mengenai cara mengurus kewangan peribadi yg sejujurnya saya tidak tahu pun adanya method sebegitu yg boleh diamalkan khususnya utk org2 mcm saya yg baru berkeluarga. Boleh dikatakan buku itu mengajar saya untuk cuba menguruskan hutang-piutang kad kredit, pinjaman peribadi & perbelanjaan harian keluarga secara teratur. Sejujurnya juga, saya masih dlm proses meloloskan diri 100% dr beban kewangan yg terlebih bajet setiap hujung bulan. InsyaAllah dlm setahun-dua lagi ianya akan berhasil.

Semenjak buku itu, saya menunggu & membeli satu-persatu buku2 tulisan beliau di MPH. Sehinggalah beliau menerbitkan mXe!™ - Five Keys to Become an Extreme Millionaire pd awal 2005. Dan quote di atas itulah yg mencetuskan idea utk saya mendalami apa yg saya sukai selama ini iaitu penulisan skrip. Dahulukala, cita-cita itu sekadar angan-angan kosong shj iaitu suatu hari nanti apabila bersara saya akan menulis skrip kononnya.

Ok. Apa yg hendak saya sampaikan kali ini ialah maksud quote itu yg sgt dalam maknanya! Ya! Betul! Kenapa saya perlu menunggu sehingga saya bersara utk mendalami atau melakukan sesuatu yg saya sukai? Kenapa tidak dari sekarang? Memang ada kawan2 bekas se-upm dulu atau rakan2 sekerja di astro yg kadangkala mengeluh dgn bebanan kerja mereka di pejabat. Mereka asyik tertekan hari demi hari. Seolah-olah pekerjaan mereka itu suatu beban terpaksa yg sgt berat utk mereka lakukan kerana tiada pilihan lain atau sudah terikat dgn tanggungjawab berkeluarga. Ya! Sekiranya mereka berhenti, mereka akan menutup periuk nasi sendiri. Lalu setiap hari mereka akan menyimpan cita-cita spt saya dahulu iaitu aku akan lakukan apa yg aku suka bila dah bersara/pencen. Yg sebenarnya tidak masuk akal.

Cuba anda fikir semula, maksud bersara dr Kamus Dewan di atas. Dan cuba anda bayangkan di usia 55 tahun, adakah saya sanggup pergi ke MPH, Kinokuniya atau Borders utk mencari buku2? Atau pergi ke pawagam utk menghadiri prebiu atau tayangan filem terbaru di pasaran? Atau menulis blog ulasan filem? Mungkin ya dan tidak kan? Quote itulah juga yg mencabar diri saya utk melakukannya sekarang! bukan menunggu apabila saya berumur 55 tahun! Moral cerita ini ialah buat apa yg anda suka sekarang! BUKAN esok, lusa atau selepas bersara!

Rabu, 6 Jun 2007

jangan tidur lagi [pt.1]

Salaam..

Sabtu, 28 Mei lalu, saya menyaksikan keduanya beraksi live di Studio NTV7 utk rakaman episod 1 & 2 Jangan Tidur Lagi bersama a & a.. sebenarnya byk yg saya perhatikan, snap-kan & ingin kongsikan perihal di belakang tabir.. tapi biarlah dahulu.. anda saksikan sendiri di TV3 mlm ini tayangan perdananya pukul 11:00 mlm! Secara peribadi, saya dpt katakan bahawa talkshow mereka berdua ini.. KELAKAR GILER!

Sidang media:
UtusanMalaysia
BeritaHarian
thestar
mSTARonline
forumCARIcom

p/s: katakan pendapat anda selepas menonton prog ini di sini & www.myspace.com/azwanhajiali

ref: sudoku

Sabtu, 2 Jun 2007

agogo online!


klik gambar ini!

Shawal sedang menggunakan kesemua jarinya!

Salaam.. Mana nak mula erk?..
12:00pm+
SMS. Ia bermula sms dr shawal tghari semlm psl portal www.shawalfc.net yg baru dilancarkn pd 1/6/07 kul 12:00am!
Shawal: thank u so much.. yg tu dh kira rasmi ker bang?
Saya: yap. u rasmikn online bila free.
Shawal: hari ni sy free.
Saya: mmm, ok.. i'l cal u bk lepas jumaat
Lepas tu saya terus sms Wawa & Low [Shawalfc.net ~ admin]
Saya: Shawal nak online mlm ni! Ada tak chat-room dlm portal tu?
Wawa: alamakk!
Low: ada tapi yg biasa2 jer.
Saya: mmm, pi cari kat tenet cpats! btw buh 1st kt portal bgtau 'shawal online' 2n8! kul bpr? lpas jumaat i cnfrm wt him. i'l cal u.

2.00pm+
Saya call hp Shawal.
Saya: kul 8pm. klcc. ok?
Shawal: ok. saper lagi join kita bang?
Saya: tak tau lagi saper.. ajak skali adik u, Gadaffi.. escort kau. i ambik kat rumah 7++
Shawal: ok. 7++

Fast forward. Saya blk rumah packing gadget internet [laptop, keyboard, camera etc..] Then, saya YM dgn Wawa & Low.
Saya: so?
Wawa: kami dh donlod free server chat-room.
Saya: ok. good!
Low: tapi kna test-run ajak KEBAWALS chatting.
Saya: do it. btw dh cnfrm 8pm shawal online! pls hapdet 'time' kt portal.
Wawa: baik tuan! tabik tuan! [emo gelak guling2]
Low: i neves! [emo gelak tup molot]
Saya: huh! [emo jelir lidah]

Shawal sedang berlatih meng-klik mouse!

Next. Saya call satu-persatu V.V.I.B.
Saya: Vern! mlm nih free tak 8pm klcc Shawal chat online + rasmikn portal FC. nak ikut?
Vern: tonite Jovian birthday.. bla bla bla.. i kat toilet.. bla bla bla.. nnti i sms dafi... bla bla bla.. ok!
Next. SM.
Saya: SM! mlm nih.. bla bla bla..
SM: mmg aku kat klcc.. bla bla bla.. Aizat's family gathering... bla bla bla.. ok!
Next. Joe Lee.
Saya: Joe! mlm nih.. bla bla bla..
Joe: ooo.. ookkk.. [dlm nada tingtong tgh ngantuk]
Next. Budiey.
Saya: Bro! mlm nih.. bla bla bla..
Budiey: ok bro! jumpa korang dulu. pastu gathering Aizat.
Next. Juandanza.
Saya: Juan! Juan!
Juan: saper nih?.. krek! krek! krek!.. tak clearlah!... tut! tut! tut!
Terputus! Saya dail balik.
Saya: woi! tak save no aku lah tuh!
Juan: lerr! takklaah! sim-card rosak.. maklumlah hp murr!.. [murah]
Saya: mlm nih.. bla bla bla..
Juan: harusss!

Shawal sedang berlatih chatting sambil minum iceblended!

5:00pm+
Bergerak dr rumah. Seri Kembangan >> MRR2 >> Wangsamaju. Saya terlupa! Hari ini Jumaat + coti skolah! MRR2 jem giler babs coz suma org nak gi naik Genting! Traffics mcm kura2. Even kalau kura2 merangkak sambil cilok2 tepi kereta2 pun maybe dia dah sampai Genting dulu! Then, Vern sms "dinner 1st 7pm?" Saya reply jer "OK" [padahal dlm ati, dah boleh agak tak sempat nya!]
6:00pm+
la la la la..
6:45pm+
Ambik Wawa kat tepi jln, area Ampang Point. Saya 'menugaskan' Wawa utk terangkan psl portal baru tuh pd Shawal & merangkap tech-support incase portal tuh crash atau kuku Shawal patah masa menaip nanti! Ihiks! Sambung MRR2 ke Wangsamaju.
7:00pm+
la la la la..
7:21pm
Ada call masuk.
Joe: korang katner? aku & Vern dah sampai nih!
Saya: on der weii! ops!
Vern: gituhlah! btw nak dinner katner? 1st, Mid or Low-Class?
Saya: yg biasa2 lah coz suma 'on me'!
Vern: ok! mmm KFC? McD?
Saya: haiyooo! mati budak tuh kena ramas nnti! yg privacy skit ader?
Vern: oklah i pilih yg Mid-Class.. kami carikan.
8:00pm+
Baru sampai Wangsamaju. Shawal & Gadaffi naik kereta.
Saya: korang tunjuk short-cut to klcc. MRR2 lupakan!
Gadaffi: ok! memula belok kiri.. belok kanan.. belok kiri... bla bla bla..
Shawal: ramai ker org tunggu online mlm ni?
Wawa: boleh thn! ptg td masa test-run lebih 20org++.. mostly KEBAWALS.. siap ada yg nak stayback kt opis.
Saya: so.. camner show?
Shawal: Alhamdulillah bang.. boleh tahan gak.. bla bla bla.. berlakon filem jd cameo.. bla bla bla.. off-record!.. bla bla bla..
Saya: ok! baguss!
Waktu yg sama Wawa call Low, tanya camner kat portal masa tuh? Maklumlah janjinya kul 8:00pm Shawal online! Matilah kot2 ada yg ngamok! Takut ada yg kata Shawal nak memain! Ajami propah! Low jd tukang monitor msg movement semntara kami terkial2 nuju klcc.

Shawal & Ajami 'dipaksa-rela'oleh Vern to say 'baeekkk punyaa!' lariikkk!.. fyi, yg kanan baju putih tu is Gadaffi [adik Shawal - pls klik pic nih]

8:30pm+
Sampai klcc. Jumpa my wife kat lobby yg dh janji blk dr keja jumpa kat klcc. Dari parking >> escalator >> House of Sundanese Food kami suma jln mcm satu team bwk 'the tallest man in Sem. Msia' kekdahnya! [coz Shawal pendek skit dr Farha] Maklumlah suma pendek2 banding dgn Shawal! So takleh nak sorok2 low profile. Maka ofcourse lah memana jer laluan kami bbdak dah mula jerit "Shawal! Shawal! Shawal!" and Shawal maintain cool dia.. senyum.. lambai.. senyum.. lambai! Pandaiii :-)
Kat Sundanese, Vern, Joe & SM tgh tarik2 rambut coz sentaps tak puas ati blog saper yg lebiy fofular!!.. erk! TAK DERLAHHH!.. kami suma w/pun sekali-sekala laser-nuklear sesama sendiri kt blog.. tapi! bila jumpa suma comolot bagai adik-bradik yg terpisah sejak kecik mcm pilem hindustan! IYOOLAAAHHH!.. ihiks! Vern ckp Dafi Xleh nak join coz dia blk kg kt Kuantan wt fmly dia.. then Budiey & kawan dia sampai.. diikuti oleh Juan yg nampak natural beauty chantek!.. natural kerrr?.. chanteekk kerrr?.. terus ambik order package 8 org coz Shawal & Gadaffi dah siap kenyang mkn kat rumah seblm keluar.. bolehhh?.. Saya ckp, korang nih very the 'family recipe' kan? fyi meehoon pun Shawal tak suka buh sayur!.. tapi Shawal tetap panjang+tinggi+lonjong!.. Dinner sampai. Mkn2. Gossip2 off-record. bla bla bla.. Siap Joe sempat tunjuk kat Shawal video2 cara wat magic yg dia download dr tenet. Masa tuh saya dah risau coz dah dekat 9pm. Gubra sgt sampai nak snap pics dgn SM & Budiey pun terlupa. Tapi Budiey ada snap2 dr angle lelain. Tunggu posting kat blog dia nnti. Later, SM & Budiey terpaksa chow dulu nak gi Aizat's function kat tgv.

Perhatian: bahu org kat kanan pic ialah kepunyaan seorg reporter/blogger/magician

9:15pm+
Kami plak bergegas turun ke ting.3 The Coffee Bean & Tea Leaf [sebelah tgv].. sekrg grup dah beso skit. [rupanya outlet tuh akan tutup terus mulai 3 june coz nak pindah tempat lain.. bolehh?] Joe tertinggal sat ader hal. Tetiba Shawal ternampak Cikgu Najmi AF5 dlm ramai2 banjiran manusia yg nk tgk wayang. Actually Cikgu Najmi joining Aizat nya movie preview Shrek-3 dgn family & fans dia kat tgv. Masa dlm kereta tadi pun Shawal dah call Aizat bagitau yg kami ada function kat klcc gak utk launching portal shawalfc tuh dan dia tak dpt nak join Aizat. Itu just fyi Shawal to Aizat. Maknanya ada 2 org student AF5, ada 2 functions yg berlainan dlm klcc pd mlm yg sama! Tapi fans yg berkumpul di tgv tuh tak tau maybe depa ingatkan Shawal joining Aizat? Shawal terus jln nuju ke Cikgu Najmi to say hi. Cuba anda bayangkan situasi itu! Saya dah agak Shawal akan 'tersangkut' sekejap coz org ramai yg nampak Shawal, definately akan ambik gambar & salam2 dgn dia. In my personal opinion, ada sikit salah faham berlaku sekejap dlm sekelip mata. Instead of Shawal dpt terus bersalam dgn Cikgu Najmi, lain plak jadinya. Saya lekas2 cuit Gadaffi bergegas ikut Shawal dr belakang. Tapi kami mesti bersikap terbuka, tak bleh melatah nak tahan2 Shawal dr bergambar & bersalam dgn crowd kat situ. We have to be pro! Cuma jauh di sudut hati saya terfikir, tak berapa 'manis' kami singgah ke situ coz takut mengganggu Aizat's function plak? Lelain group kami; Vern, Joe, Juan, Wawa & my wife tgk jer dr near escalator hoping that Shawal tak 'sangkut' lama kat situ. Lepas satu.. satu.. fans non-stop tarik2 Shawal nak bergambar. Akhirnya saya kelip2 mata dgn Gadaffi kasi 'hint' utk bawak Shawal terus salam dgn Cikgu Najmi & Aizat bagitau kami nak gerak dah. Cikgu Najmi, Aizat & Shawal bertukar-tukar 'good luck' wishes smoga memasing nya function berjln lancar. Saya terpaksa dgn 'manis mulut' & 'senyum lebar' bagitau pd fans yg masih menunggu nak bergambar that Shawal have to go & the next org nak bergambar will be 'the last one'.. Situasi mcm tuh kita tak boleh leka & blur! We have to act fast! Mungkin experience ikut Azwan Ali jd P.A. dia kat Parti Citcat yg lepas2 kasi saya sikit tips how to cool-off kan crowd & secara polite mintak diri. Kita tak boleh main redah jer tinggalkan fans. It's a No No! Peminat mesti dihormati & dihargai. If depa nak salam.. salamlah. If depa nak bergambar..pose ajer!

Shawal sedang berlatih membaca chatting yg sgt lajuuu iteww! sambil menghirup iceblended perisa cekelat!

9:30pm+
Sekali lagi, masa nak tinggalkan crowd tuh Shawal tak lekang dgn senyum..lambai.. senyum..lambai.. Tetiba! jeng! jeng! jeng!.. ada sorang fan adik pompuan nih ntah dtg dr mana ntah, dia bulih MELOMPAT & MENJERIT SEKUAT ATI "SHAWALLLL!!!" betul2 dpn kami! OMG! Yaaa ampunnn! Saya terkezut giler babs! Seriously! It's unexpected! Then saya igt dia akn pengsan ker haper pastuh! Nope! Lepas tuh dia cool-down then gi ke tepi selamber jer. Shawal sambung.. senyum.. lambai.. senyum.. lambai.. Kami hampiri Vern & Juan yg geleng kepala jer sengih! Then terus kami bergegas ke dlm TCBTL siap tak amik order lagik terus menonong cari meja sorang satu. Joe pun tetiba muncul blk. Saya & team Shawal kat meja ujung, Vern kat meja sebelah kiri & Joe amik meja sebelah kanan. Mcm nak wat pertandingan hackers plak bila memasing sebok kuarkan laptop & mulalah ketup-ketap! ketup-ketap menaip! Saya pun jugak kuarkan segala-bagai gadget td asap. Siap bwk xtra usb-keyboard kaler putih tuh as backup! Tup tap tup tap! Zassss! Suma kabel etc dah connected tapi... TAK BULIH nak connect to internet! wifi dlm tuh mcm ada problem mcm hanj! Terus pegi kaunter tanya adik2 waiter mintak bantuan 911. Dia kasi user/password lain yg biasa dipakai. Tup tap tup tap! Teng-terenggg! Alhamdulillah shawalfc.net dpt di-access!

salah sorg VVIB sedang pose maut dpn laptop kekdahnya!

Vern checking segala-bagai blog/MS dia, Ning & Dafi btw prasan tak yg terpapar kat skrin laptop Vern tuh is MS Dafi ..penaung-contoh yg bergigih-gigih mem-promote katanyaaaa!

Juan sedang 'berpura-pura' membetulkan kerusi Joe yg tak rosak utk enter-prem! ihiks! Joe pula sedang 'men-transfer' pic Wawa dr hp ke laptopnya [emo gelak guling2 coz Wawa ter-propah]

Joe pun terus blogging psl menu kat dinner td & function Shawal nih. Wawa plak jd tech-support mcm lipas kudung setkan apa yg patut. Then Shawal terus klik 'chat-room' & mula pening kepala baca msg2 yg sgt laju iteww!

Juan yg gigih & chomel sbg 'P.A.' sementara Shawal.. TQ uols! Shawal sedang mem-posekan cincin di jari-jemarinya!

Juan, Wawa & saya take turn duk sebelah Shawal tolong monitorkn apa2 msg yg Shawal tertinggal utk dijawab.. Shawal nak jawab seboleh-bolehnya semua msg 1 by 1.. Dia mmg sgt hargai setiap msg yg dihantar mlm td.. masa tulah gak Joe snap2 pic Wawa & terus blog kekdahnya! Terkedu Wawa itew coz memula Joe ckp X akan blog it! But knowing Joe.. mmm, sah2 yg kau X nak itewlah yg akan kuar! huhu! btw TQ sgt to Joe coz sempatss online blogging 'live' masa Shawal chatting tuh :-)..
11:00pm
Vern & Joe berkemas & mintak diri coz nak rushing gi birthday party Jovian plak.
11:20pm
TCBTL nak tutup dah! Shawal type bye-bye & suh suma chatters type 'agogo'.. and Shawal kasi 'muahhh' bebyk kat suma chatters!
11:30pm
Lompat bintang & sorak 'bersurai'!!! [ihiks! terigt masa skolah dulu2 lepas subjek Pendidikan Jasmani kekdahnya!].. SM yg just abis Aizat's gath pun muncul smula joining us but kedai kopi+teh itew tuh siap dah off air-cond dlm ertikata lain "tak reti2 ker korang nak blah?".. so, kemas2 & lambai2 kat waiters suma & gerak.. then Shawal nk gi toilet jap. Masa tuh saya ada nampak sorang bdk kecik laki nih tetiba ke hulu-hilir mundar-mandir tak jauh dr toilet. Bila Shawal keluar jer, terus dia jerit "A GO GOOO!" pd Shawal & terus salam & cium tgn Shawal. Bulih? Saya senyum jer.. dlm ati, saya bisik "Shawal nih bulih jd duta ASTRO-CERIA!" Pastuh, SM & Juan pun bye-bye gak coz parking kereta lelain area. Saya, my wife, Shawal, Gadaffi & Wawa naik se-kereta.

KESIMPULAN. Saya amat puas ati dgn function yg boleh dikatakn 'berjaya' utk Shawal yg 1st time chatting online 'live' dgn fans dia! [w/pun ada yg kata kami propah jer!] Juga coz w/pun ianya last minute plan kurang dr 24jam kami manage to do it mana yg mampu! Saya bg pihak Shawal mohon ampun+maaf zahir+batin coz 'terlambat' masuk online yg janji asalnya kul 8pm.. harapnya korang tetap berpuas-ati lah jugak yer! Alhamdulillah, saya berjaya gak kumpulkan bloggers yg mem-blog psl AF5 arituh utk dinner bersama Shawal. Ya! Agenda nya simple jer.. Dinner & Chatting.. Tapi suasana beramas-mesra itu yg paling ptg & pasti akan tinggalkn kenangan manis+kelakar utk Shawal & kami semua.. Oh ya! Dan utk kamu2 yg berchatting dgn Shawal mlm td :-)
Wassalam.

KUDOS to all my closest V.V.I.B. berikut:

klubbkidd

budiey

mrmanager

sultanmuzaffar

juandanza

note: VVIB = Very Very Important Blogger!!!.. bolehh?