bekerja vs bersara?
Salaam..
Penat.. kerja di pejabat siang tadi memang non-stop! namun saya puas kerana saya menyumbang kepakaran saya [yg dibayar gaji] walaupun minor.. sungguhpun sezarah.. ya! saya membantu dr aspek kualiti/teknikal yg kecil tapi penting seblm pelancaran 2 saluran terbaru di astro mulai 15 Jun nanti.. pulang dgn kepenatan minda, lalu mulalah imaginasi bukan2 semasa pemanduan saya, melayang fikir dgn soalan "apa yg aku akan lakukan mlm ini sekiranya siang tadi ialah hari terakhir umur bekerja 55 tahun aku?"..
*berikut ialah terbitan ulangan: 26 Jan '07 [bukan siri tv jer boleh diulang tayang ok!]
Bersara - berhenti bekerja (berkhidmat) apabila mencapai umur tertentu (kerana lanjut usia atau atas sesuatu sebab) ~Kamus Dewan edisi keempat ms.1391
If there was ever a formula not to enjoy this gift of life, this is it - do something that you do not like! Or worse, do something you hate. This is a sure fire formula to ensure that you will have a miserable time. Your days will be long and hard and your nights will be cold and lonely. As incredible as it sounds, this is exactly what most people are doing! Most people are doing something - either a job or work - that they do not enjoy! Most people are doing something they don't like! Some are doing something they hate! The most here runs into tens of millions! ~Azizi Ali dlm buku mXe!™ ms.5
Quote itu yg membuat saya terkesima sebentar membacanya! Sepanjang perkahwinan saya 2001 - sehingga 2005, apa yg terfikir di kepala saya ialah mempelajari erti tanggungjawab sbg seorg suami & papa kpd 2 org anak serta rutin2 yg sama setiap hari; bangun pagi, pergi kerja, balik rumah, tidur. Sehingalah saya tertonton Berita Astro (RIA) yg menjemput Azizi Ali sbg jemputan utk membincangkan mengenai perancangan kewangan peribadi. Kemudiannya saya mencari & membeli di MPH buku yg ditulis oleh beliau bertajuk Jutawan Dari Planet Jupiter!
Ianya sebuah buku asas personal finance yg sgt informatif! Isinya byk menyedarkan saya mengenai cara mengurus kewangan peribadi yg sejujurnya saya tidak tahu pun adanya method sebegitu yg boleh diamalkan khususnya utk org2 mcm saya yg baru berkeluarga. Boleh dikatakan buku itu mengajar saya untuk cuba menguruskan hutang-piutang kad kredit, pinjaman peribadi & perbelanjaan harian keluarga secara teratur. Sejujurnya juga, saya masih dlm proses meloloskan diri 100% dr beban kewangan yg terlebih bajet setiap hujung bulan. InsyaAllah dlm setahun-dua lagi ianya akan berhasil.
Semenjak buku itu, saya menunggu & membeli satu-persatu buku2 tulisan beliau di MPH. Sehinggalah beliau menerbitkan mXe!™ - Five Keys to Become an Extreme Millionaire pd awal 2005. Dan quote di atas itulah yg mencetuskan idea utk saya mendalami apa yg saya sukai selama ini iaitu penulisan skrip. Dahulukala, cita-cita itu sekadar angan-angan kosong shj iaitu suatu hari nanti apabila bersara saya akan menulis skrip kononnya.
Ok. Apa yg hendak saya sampaikan kali ini ialah maksud quote itu yg sgt dalam maknanya! Ya! Betul! Kenapa saya perlu menunggu sehingga saya bersara utk mendalami atau melakukan sesuatu yg saya sukai? Kenapa tidak dari sekarang? Memang ada kawan2 bekas se-upm dulu atau rakan2 sekerja di astro yg kadangkala mengeluh dgn bebanan kerja mereka di pejabat. Mereka asyik tertekan hari demi hari. Seolah-olah pekerjaan mereka itu suatu beban terpaksa yg sgt berat utk mereka lakukan kerana tiada pilihan lain atau sudah terikat dgn tanggungjawab berkeluarga. Ya! Sekiranya mereka berhenti, mereka akan menutup periuk nasi sendiri. Lalu setiap hari mereka akan menyimpan cita-cita spt saya dahulu iaitu aku akan lakukan apa yg aku suka bila dah bersara/pencen. Yg sebenarnya tidak masuk akal.
Cuba anda fikir semula, maksud bersara dr Kamus Dewan di atas. Dan cuba anda bayangkan di usia 55 tahun, adakah saya sanggup pergi ke MPH, Kinokuniya atau Borders utk mencari buku2? Atau pergi ke pawagam utk menghadiri prebiu atau tayangan filem terbaru di pasaran? Atau menulis blog ulasan filem? Mungkin ya dan tidak kan? Quote itulah juga yg mencabar diri saya utk melakukannya sekarang! bukan menunggu apabila saya berumur 55 tahun! Moral cerita ini ialah buat apa yg anda suka sekarang! BUKAN esok, lusa atau selepas bersara!
yerlah kan, i pon mmg nekad nak buat sumthing yg betul2 i suka. at least kalau i dah reach 30 or 40 nanti i tak rasa mcm lost sumthing, u know like .. hey this is not what i like to do .. hey this is not me.. etc etc .. like script, i mmg suka menulis but then i tak penah terpikir pon nak go further or nak komersilkan minat i tuh sampai bole buat duit, y not kalau i start buat dr sekrg kan? watpe i nak tgu bila i ada masa baru i nak buat benda tuh? yertak?
ReplyDeleteso ajami, bila kita nak kolaborasi lagi bersama-sama..?? hehe .
True, totally agreed with you. We dont have to procrastinate, do whtever we want to achieve now, bukan esok lusa. Emm, aku baru teringat ada sekor minah besar sofa tu dari last year kata nak kurus tapi malas nak pegi exercise! Asyik tangguh esoklah pegi gym, tu je mantra yang dia repeat daily! Okay...aku nak pergi EXERCISE sekarang, hihihihi
ReplyDeletesam, kash & bella,
ReplyDeletei pernah 'menyesal' tak sudah bila my cat mati keracunan mknan coz i lambat bawak dia pegi vet! btw, nawa dia 'mamat' yg always tunggu kat tepi my 1st son bila i pegi toilet masa i babysit sorang2, my wife pun nangis2 masa kebumikan dia :-(