Yeop Hitler harap 8 juta!!!

ELYANA - Kau atau Aku

DUTA - Cinta Antara Kita

DBTM ialah road movie! Ia adalah rentetan cerita sekumpulan remaja dalam putaran masa beberapa hari sahaja. Jalan ceritanya mudah dan seronok. Sejujurnya saya tidak pernah menonton mana-mana episod siritv Dunia Baru.. huhu! Jadi bagi seorang penonton yang 'blur' asal-usul setiap watak dalam DBTM, saya agak terkejar-kejar untuk 'mengenali' setiap nama, rupa dan perwatakan di awal cerita. Mungkin itu 'kekurangan' saya TETAPI ia juga menampakkan sedikit 'kelemahan' introduksi sesebuah skrip filem dimana sekurang-kurangnya dalam durasi 10 minit yang pertama, nama mereka perlu dipanggil atau diperkenalkan dalam mana-mana babak secara bersahaja atau apa-apalah cara sekalipun. Seharusnya apabila sesebuah filem diadaptasi dari sebuah karya lain, tidak kisahlah dari cerpen, buku, teater atau siritv, ia seharusnya dianggap sebagai karya yang baru dan anggaplah bahawa penonton semuanya menonton untuk 'kali pertama'. Kalau hendak memanjangkan atau menyambung sahaja dari cerita asalnya, lebih baik buat sahaja satu episod khas 1.5 jam tayangan di televisyen! Ops!.. wahai Wan Hasliza the scriptwriter, betul tak?

Maka saya meneruskan tontonan filem ini dengan info-info yang perlu dicerap dengan segera. Maklumlah ini filem ensemble cast, ramai giler watak yang hendak ke depan untuk mendapat limelight dalam cerita filem ini! Semuanya seperti berkata "tengok aku! dengar aku! kalau aku tak ada filem ini akan flop!".. Jadi dalam perebutan siapa yang lebih menonjol dalam filem ini, saya menyukai 1 watak yang wow! iaitu Suzanna (lakonan Almy Nadia) - oh! that 'bitch' character memang menjadi!.. Adakah saya bias? huhu!.. Oklah! yang lain-lain pun sudah cuba sedaya-upaya bergigih-gigih untuk berlakon sungguh-sungguh!.. lalala..

selain Almy, saya juga suka lakonan Hafiz & Elyana

Sinematografi filem ini wajar juga dipuji terutamanya babak-babak akhir di sekitar sawah padi di utara Semenanjung Malaysia. Cuma.. shot-shot jauh yang diambil di persekitaran kolej di awal-awal filem menjengkelkan pemandangan kerana pokok-pokoknya baru ditanam dan macam kolej kat padang pasir! Kalaulah UPM, kan lagi cantik?.. Perasan tak, untuk sebuah road movie sebegini, tukang jaga kostum/wardrobe lah yang paling gumbira-ria! Kenapa?.. Sebab pelakon-pelakonnya hanya memakai baju yang sama di sepanjang filem! Yang pening kepala ialah siapa yang tukang jaga konti!..

Pada pendapat saya, filem ini bukanlah rujukan filmmaking yang sangat hebat kerana ia tergolong dalam penambahan satu lagi filem komersial yang sah-sah memanipulasikan pasaran siritv yang sedia-ada popular di kalangan remaja. Target penontonnya sangat jelas dan waktu yang sama memancing penonton baru seperti saya yang curious tentang isi dan soalan kenapa ia sangat popular di tv? Formulanya mudah, tuliskan sahaja sebuah skrip filem mengikut acuan asalnya dengan menambahkan sedikit konflik yang cliche 'mari selamatkan kawan kita yang diculik TETAPI jangan libatkan polis DAN sebenarnya kita tak tahu arah ke mana nak dituju TETAPI kita naik ajer kereta reramai menuju Thailand DAN pastinya perjalanan kita akan mengujakan' serta sumbatkan watak-watak cameo dari pelakon-pelakon senior yang kelakar.. lalu berduyun-duyunlah peminat setia siritv-nya masuk ke panggung! Ringkasnya, filem ini wajar dikaji dari segi kepandaian pembikinan dan pemasaran sebuah filem komersial Melayu. Tahniah kepada Yeop Hitler kerana baru menjawat title pengarah filem Malaysia!

NOTA: sound system/speaker semasa pratonton DBTM semlm di GSC, 1-Utama sgt mengecewakan kerana terasa menonton pirated dvd ajer!!!


saya lewat TAPI untung.. why?.. coz dpt ambik tempat press yg tak dtg!.. so dpt seat yg tengah sikit.. maklumlah blogger selalunya dpt seat tepi2 coz dianggap penonton 'syarat' ajer katanya!.. btw, TQ to Nuradila GBSB coz jemput saya ;-)

pengarah: Mohd Latiff 'Hitler' Zami @ Yeop Hitler

teraju2 utama DBTM

gambar2 belakang tabir >> bro.jaggat

mari klik koleksi ajami!