Rabu, 25 Jun 2008

layang-layang..

Salaam..

Kelmarin aku jenguk abg Mamat di lokasi Estet.. seperti biasa dia akan berlawak, ketawa dan sinis. "Abang nak layang-layang abang terbang tinggi.. setinggi yg boleh!" katanya sambil tersengih. Aku balas tersengih juga dan mengangkat kening. Blur. Yang berputar dalam kepala hotak aku masa tu ialah lagu Layang-layang Terputus Talinya nyanyian Alleycats yg kebetulan David Arumugam berlakon dlm Estet. "Huraikan?" terjahku menyoal. "Macam orang main layang-layang.. kalau nak layang-layang kamu terbang tinggi, kamu kena menyongsang arus angin!.. kalau kamu ikut, sampai bila-bila pun layang-layang kamu terbang setinggi itu ajer!" dia ketawa lagi.

Aku angguk.





*blog Mamat Khalid
*blog Estet
*blog budiey

Sabtu, 14 Jun 2008

pitch?

*HARI INI!!! 22-jUN-08: sapa free jom berdiskusi psl Anak Halal.. dan baru aku perasan review Anak Halal blog ni dikategorikan sbg 'external reviews' @ imdb.com?.. huhu!
>> http://www.imdb.com/title/tt1156285/externalreviews



Salaam..

Hari Rabu lepas 11-Jun-08, aku pitch lagi satu idea skrip yg entah ke berapa kali kpd Ira Fazir (TUSB). Kali ini dia tengok muka aku betul2, dengar iya2 dan diam.. langsung tak mencelah! Konklusi?.. dia suruh aku buat treatment coz katanya ini yg paling best gilerrr pernah aku pitch kat dia selama ini!.. kah! kah! kah!.. Akhirnya, setelah berhelai-helai kertas A4 dan berbagai-bagai jenis genre short synopsis yg aku tulis & simpan dalam laci, yg ini kot agaknya akan jadi skrip penuh selepas skrip dramatv Tunjang Sa'adah.. katanyaaa!.. lalala..

*16-Jun-08: ptg tadi ada press prev WAYANG filem oleh Prof. Dr. Hatta Azad Khan @ FINAS.. my review?.. klik sini >> WAYANG ~ cerita kepincangan yang sempurna
*website UiTM belum dibuat.. so, utk bincang2.. klik sini >> forum.cari.com

*17-Jun-08: siang tadi aku & Adit (Raden Pictures) pegi bitching.. errr i mean pitching skrip Tunjang Sa'adah (the only skrip sulung yg dah berkurun aku tulis since 2005) at The Saujana, Subang kpd Media Prima.. hopefully, dapat ;-)

*18-Jun-08: macamana aku dpt eureka 'idea' awal treatment yg aku nak pitch?.. ada 1 punca (actually TAK ADA kaitan langsung dgn cerita tu pun) iaitu lirik lagu trance 'Just Be' by Tiesto!.. kenapa aku 'pecah lobang' psl benda ni?.. utk bagitau bahawasanya idea utk menulis apa2 cerita pun BOLEH datang dari apa2 punca sekalipun yg kadangkala jauh giler terbabas!.. mungkin ada penulis yg sgt berseni (mungkin berdasarkan latar pelajaran mereka) akan menggunakan puisi, lukisan, novel etc yg macam konservatif TAPI aku tak kata salah.. ada gak yg tulis berdasarkan pengalaman diri sendiri atau org lain pun aku ok jer!.. juga ada yg inspired by filem/dramatv terdahulu (aku tak kata ciplak ok!) yg diaorg tonton juga tak berdosa kalau pandai meng-kreatif -kan semula!.. so, aku pulak nak tulis berdasarkan lirik lagu trance?.. harharhar!.. simpulnya, tak ada undang2 pun utk dptkn lesen kreatif! ..berfikirlah di luar kotak!

I was lost and I'm still lost but I feel so much better. You can travel the world but you can't run away from the person you are in your heart. You can be who you want to be make us believe in you keep all your light in the dark. If you're searchin for truth you must look in the mirror and make sense of what you can see.. Just be.. Just be.. They say learning to love yourself is the first step that you take when you want to be real. Flying on planes to exotic locations won't teach you how you really feel. Face up to the fact that you are who you are nothing can change that belief.. Just be.. Just be.. 'cause now I know it's not so far to where I go. The hardest part is inside me. I need to just be.. Just be.. [Just Be ~ Tiesto]

*19-Jun-08: bagaimanakah hendak memanjangkan cerita yg asalnya hanya sebuah skrip dramatv 90minit kpd 1 musim siri-tv yg mungkin sampai 26 episod (atau 1560minit) ???.. jawapannya ialah dgn mengundur ke belakang atau backstory sehingga berlakunya 90minit cerita asal skrip itu!.. rasanya contoh paling baik ialah buku Lord of the Rings yg siap ada family-tree dari zaman nenek-moyang semua watak dari dahulu-kala!.. mungkin TIDAK semua backstory akan ditayangkan tetapi ia memudahkan penceritaan supaya aku selalu boleh mengagak apa yg akan dilakukan oleh seseorg watak berdasarkan backstory dia.. mmm, boleh pecah kepala wooo!!!
*20-Jun-08: "KURIOSITI" kalau dibuat tajuk, komersial tak?.. huhu!.. klik sini utk artikel >> kuriositi
*21-Jun-08: esok ada tayangan & diskusi ANAK HALAL @FINAS.. terus aku teringat dgn FT.. mmm, makin best pulak baca blog dia.. sila2 ke sini >> http://tehranifaisal.blogspot.com/

*apakata kita tonton & dengar cara Mamat Khalid tulis utk filem Kala Malam Bulan Mengambang dlm youtube ni:



*gambar terbaru di lokasi ESTET dr blog Mamat Khalid [klik pic]


*iklan blogger2:
~ Roslan Aziz seorg yg gentleman coz meminta maaf secara terbuka.. wa respek lu bro!
~ Wan Kamarudin (yg femes dgn quote "apakejadahnya") blogging balik!
~ drama2 tulisan Maizura M.Ederis Renjis (RIA, Rabu, 6:30pm/9:30pm) & Tangisan Bulan Madu (TV2, Selasa&Rabu, 9pm)
~ drama2 tulisan Iniaz K. pun tayang kat RIA

Jumaat, 13 Jun 2008

tempurungpecah.blogspot.com ~ blog Mamat Khalid

Salaam..
Masa softlaunch Estet haritu, saya sempat bisik pada abg Mamat supaya buat blog sendiri sebab ia cara paling 'rapat' & 'mudah' utk berkomunikasi dgn peminatnya (atau peng-anti-nya) di alam siber.. dia kata memang ada cadangan tapi tak sempat lagi nak buat, cuma dia dah ada facebook.. so, akhirnyaaa.. Mamat Khalid menjadi blogger!!!.. mari-mari! kita baca & komen reramai!!!

http://tempurungpecah.blogspot.com/

SELAMAT DATANG KE BLOGOSPHERE MAMAT KHALID! ;-)

p/s: saya sgt teruja membaca salah satu posting abg Mamat especially para2 ini:

Genre filem itu sendiri telah dipelbagaikan juga untuk memudahkan pengkritik filem itu membuat tafsiran mereka seperti filem seram, filem komedi, filem sedih dan filem merepek. (aku diberitahu, filem aku termasuk di dalam kategori yang akhir walau aku bermati-matian mengatakan genre filem aku lebih kepada genre filem perang.)

Filem jika dirujuk secara ilmiah, merupakan cermin yang dapat mengimbas warna warna kehidupan yang bermain di sekeliling alam di waktu penggambaran itu dibuat. Segala hasrat yang terpahat di hati penggiat filem tersebut akan terungkap di dalam karya mereka secara terus-menerus. Walaupun diadun secara tersirat. Ianya dapat menerjah masuk jauh ke dalam pemikiran orangramai berbanding dengan medium hiburan yang lain.

Segala suka duka imejan yang terpapar jelas dapat menembus terus ke penghayatan para penonton sehingga mampu mempengaruhi ruang escapism kepada manusia sejagat! bayangkan kekalutan golongan sesetengah masyarakat jika watak Rajnikan dimatikan di akhir sesebuah filem! mau terbakor panggung!

ref: Mengapa nak jadi Pengarah Filim bang.....?

p/s: utk sementara waktu, blog itu diuruskan oleh seorg 'ghostwriter' yg saya pun belum kenal [nanti kenal ler tu!].. dan saya teruja gak baca posting pertama tulisannya spt yg saya quote berikut:

Kata seorang kawan, "Masyarakat yang selesa dengan persekitarannya dan tidak mahu berubah digelar seperti katak di bawah tempurung. Walaupun tidak maju, tetapi sifat malas dan takut bersaing di luar menguasai sang katak. Istilah seperti katak di bawah gelas kaca mungkin lebih sesuai. Sang katak tahu perubahan yang berlaku di luar kerana dia dapat melihatnya dan diikuti dengan penuh minat. Sayangnya, apabila tiba masa untuk turut serta, sang katak merasa takut dan tidak yakin dengan diri sendiri."

ref: Kenapa "Tempurung Pecah"?

Rabu, 11 Jun 2008

sepi ~ 3 cerita cinta 3 segi

UPDATED: 11 Jun 2008/12am

Salaam..
Bagaimana untuk menceritakan 3 buah cerita cinta 3 segi dalam 1 filem? Senang sahaja.. pecahkan kepada 3 bahagian dan ikat ketiganya dengan 1 insiden yang tragik!.. Itulah kisah dalam filem SEPI. Memang nampak macam mudah, tapi sukar untuk digarap dan mungkin akan 'memenatkan' penonton!.. Secara ringkasnya, SEPI memecahkan ketiga-tiga cerita mengikut giliran masing-masing dengan tajuk berdasarkan nama protagonist yang hendak diikuti ceritanya: Adam, Sufi dan Imaan (teknik suntingan multiple title & sub-story yang sama juga digunakan oleh filem Puaka Tebing Biru dahulu). Di akhirnya, kesemua cerita diulangkaji semula sebagai konklusi/klimak untuk melihat 2 bucu mana yang akan kekal atau sebaliknya?.. dan 1 bucu mana yang akan ditinggalkan buat selamanya? Naratif filem ini asasnya sama iaitu main sorong papan-tarik papan, jongkang-jongkit dan kejar-mengejar di antara 3 orang individu yang berkaitan dalam setiap cerita.

cerita 1: Suzie-Adam-Ilyana
Ia cerita orang bujang terlajak. Mungkin kerana sinisnya gelaran 'terlajak' maka cerita ini dihumorkan dengan kekalutan hormon androgen Adam dan kegilaan hormon estrogen Suzie yang dicampuri oleh feminism Ilyana yang dilema dalam memilih teman domestiknya (womanhood/familyhood)! Semua orang semasa bujang pernah mengalaminya iaitu anuptaphobia or gamophobia. Koklusi: up-ending dengan tagline kejar sampai dapat walau sampai ke lubang cacing, maka kamu dapatlah!

cerita 2: Sufi-Marya-Zain
Ia cerita orang berumahtangga. Maka agak serius dan kronik? Tentulah ia berkisar pasal parenting dan gynaecology. Lost and found. Suami dan isteri. Duda dan anak. Ia juga cuba-cuba untuk mengupas maksud kenapa kadang-kadang dalam hubungan suami-isteri mungkin berlakunya adultery? Tapi ia tidak berlaku seandainya pasangan benar-benar setia dan redha dengan apa yang sudah ada. Ia jelas dipamerkan oleh Marya. Bagus! Cuma agak gusar juga melihat kesanggupan Sufi sehingga seakan berani untuk 'membeli' cinta Marya sebagai gantian arwah isterinya dari Zain. Walaupun niat Sufi mungkin elok sebagai ibu ganti kepada anaknya Asraff. Konklusi: down-ending dengan tagline kejar selagi larat tapi kalau bukan milik kamu sampai matilah gigit jari!

cerita 3: Ean-Imaan-Khalif
Ia cerita cinta monyet remaja. Sebab itu banyak main-main, emosional dan over exaggerate! Lengkap dengan puisi-puisi cinta dan babak ala Romeo and Juliet! Semuanya mesti lebih dari kebiasaan sehingga Imaan berimaginasi tahap melampau di dalam kehidupan sehariannya yang nampak normal tapi kurang siuman dan berhalusinasi. Mungkin itu penangan kata-kata jiwang remaja: cinta sampai mati atau sehidup-semati? Konklusi: up-ending dengan tagline jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!.. err! atau aku cinta kamu sampai kiamat! ops!

Multiple plot? Ensemble cast?

Ok.. saya tidak boleh tidak akan teringatkan filem Berbagi Suami apabila habis menonton filem ini. Strukturnya sama, serupa, sebijik! Ulang suara, 'struktur' bukan ceritanya! Maksud saya, Sepi juga menggunakan acuan penceritaan secara giliran cuma Sepi menyambungkan kesemua blok cerita masing-masing di akhir cerita untuk melihat 'aftermath' ke mana hala tuju cerita ketiga-tiganya? Adam dapat 'the one'.. Imaan dapat 'replacement'.. Sufi tak dapat tapi dia 'tetap menunggu' sampai ke sudah! Cuma naratif sebegini akan memperjudikan pilihan multi-choice kepada penonton dan mungkin akan mengakibatkan favourite story bergantung kepada siapa penonton dan latar mereka? Contohnya, jika saya orang bujang maka saya sukakan cerita Adam, kalau saya seorang suami dan bapa tunggal mungkin sukakan cerita Sufi, andai saya seorang remaja belasan tahun akan teruja dengan cerita Imaan. Tapi tidak mustahil sekiranya ada penonton yang akan menyukai kesemua cerita secara pukal kalau dia melihat tema (mengikut tafsiran saya) yang tersirat di belakang Sepi iaitu kita perlu berusaha sedaya-upaya untuk mencari cinta kalau mahu!.. or second chance bak kata tontonfilem.. Multiple plot sebegini juga mencabar 'kesabaran' penonton kerana ia memaparkan 3 cerita yang bergerak sendirian berasingan! Sepertilah kamu membeli tiket RM10 untuk menonton 3 buah filem pendek dalam 1 tayangan back-to-back! Ketiga-tiga cerita berdikari untuk diceritakan. Berbalik kepada struktur naratif, Sepi ialah non-linear storytelling menggunakan time-frame undur ke belakang dan lompat ke depan: cerita Adam dan Imaan adalah backstory penuh masing-masing sehingga tragedi manakala cerita Sufi bergerak sambungan dari tragedi itu terus ke depan sehingga melampaui batasan usia tua bangka! Jadi kita akan melihat titik-sentuh ketiga-tiga cerita 4 kali (kalau tak silap aku) di sepanjang cerita untuk 'menemukan' ketiganya sebagai ulangkaji (set-up//pay-off). Bezanya setiap kali ulangan tragedi itu ia dilihat (tangkapan kamera) dari berbagai sudut mengikut point-of-view siapa yang hendak diikuti; Adam, Sufi atau Imaan? Satu lagi filem multiple plot sebegini akan mengakibatkan perebutan limelight sesama ensemble cast yang perlu diberikan screen-time secara samarata.

Filem SEPI memang sebuah filem yang boleh dibanggakan! Walaupun mungkin ia agak cliche and predictable terutamanya cerita Imaan.. tapi masih elok buatannya! Cuma alunan lagu runut dalam filem ini agak keterlaluan kerana didendangkan secara 'lagu penuh' seperti filem Bollywood+MTV.. tapi masih oklah adunannya!.. (cuma panjang! yaaa! memanjangkan durasi!)

*tQ Adila (GBSB/TV3) kerana tidak serik2 menjemput blogger ;-)
*paling aku suka >> babak tepung jatuh atas kepala Adam & Ilyana macam salji katanya!
*paling aku turn-off >> tengok wig Baizura Kahar!.. sooo fake!





sepi hati terjadi lagi mungkin sampai mati aku sepi biar senyum hadir di hariku namun ini hanya ada di bibir di bibir saja aku ini yang bisa mengerti walaupun yang lain mau mengerti namun berat beban di hidupku biarkan saja biar saja hanya ku yang tahu sejarah cinta dan hidupku penuh duri dan banyak ranjau butuh kesabaran yang penuh untuk tetap kuberdiri oh! ada saatnya kubicara bila hatiku t'lah bulat sepanjang kubisa atasi semua aku tetap diam oh! sejarah cinta dan hidupku penuh duri dan banyak ranjau butuh kesabaran yang penuh untuk tetap kuberdiri oh! ada saatnya kubicara bila hatiku t'lah bulat sepanjang kubisa atasi semua aku tetap diam..

ref: http://www.sepithemovie.com/



ucapan Kabir Bhatia


The Lima ~ Kau Ada Dia [live]

Isnin, 9 Jun 2008

BUAL SANTAI: an interview with Saw Teong Hin

Salaam..
Asalnya ia sekadar ura2 & sembang2 kosong dimana akhirnya Saw Teong Hin bersetuju utk ditemubual di rumahnya sendiri di Ampang pada 21 Jan 2008 yg lalu.. awalnya saya gusar juga dlm hati kerana akan bersoal-jawab dgn seorg pengarah yg digelar 'mega budget director' dek produksi Puteri Gunung Ledang dulu.. mungkin sukar agaknya utk berjenaka dgn beliau?.. tekaan saya meleset sama-sekali!.. Saw Teong Hin adalah seorang yg mudah mesra sekiranya kamu benar2 sudah mengenalinya.. dan satu perihal yg saya begitu salut & kagum ialah beliau adalah seorg pembikin filem yg sangat teliti & amat terperinci dlm setiap benda dlm pengarahannya!.. dlm ertikata lain, beliau adalah seorg perfectionist.. oh! ya! interior decor rumah beliau sgt kemas, santai & minimalist.. tangkapan SONY Handycam saya cuma dibuat di beranda rumahnya dikelilingi kehijauan tanaman hiasan yg amat menenangkan serta dilatari oleh musik instrumental santai.. maaf ya! tiada gambar! kerana rumah beliau sgt privacy.. huhu!

PART.1


PART.2


PART.3


PART.4


PART.5


PART.6


PART.7 (final)


ref:
www.tayanganunggul.com
filemapakatahati.blogspot.com