sepi ~ 3 cerita cinta 3 segi

UPDATED: 11 Jun 2008/12am

Salaam..
Bagaimana untuk menceritakan 3 buah cerita cinta 3 segi dalam 1 filem? Senang sahaja.. pecahkan kepada 3 bahagian dan ikat ketiganya dengan 1 insiden yang tragik!.. Itulah kisah dalam filem SEPI. Memang nampak macam mudah, tapi sukar untuk digarap dan mungkin akan 'memenatkan' penonton!.. Secara ringkasnya, SEPI memecahkan ketiga-tiga cerita mengikut giliran masing-masing dengan tajuk berdasarkan nama protagonist yang hendak diikuti ceritanya: Adam, Sufi dan Imaan (teknik suntingan multiple title & sub-story yang sama juga digunakan oleh filem Puaka Tebing Biru dahulu). Di akhirnya, kesemua cerita diulangkaji semula sebagai konklusi/klimak untuk melihat 2 bucu mana yang akan kekal atau sebaliknya?.. dan 1 bucu mana yang akan ditinggalkan buat selamanya? Naratif filem ini asasnya sama iaitu main sorong papan-tarik papan, jongkang-jongkit dan kejar-mengejar di antara 3 orang individu yang berkaitan dalam setiap cerita.

cerita 1: Suzie-Adam-Ilyana
Ia cerita orang bujang terlajak. Mungkin kerana sinisnya gelaran 'terlajak' maka cerita ini dihumorkan dengan kekalutan hormon androgen Adam dan kegilaan hormon estrogen Suzie yang dicampuri oleh feminism Ilyana yang dilema dalam memilih teman domestiknya (womanhood/familyhood)! Semua orang semasa bujang pernah mengalaminya iaitu anuptaphobia or gamophobia. Koklusi: up-ending dengan tagline kejar sampai dapat walau sampai ke lubang cacing, maka kamu dapatlah!

cerita 2: Sufi-Marya-Zain
Ia cerita orang berumahtangga. Maka agak serius dan kronik? Tentulah ia berkisar pasal parenting dan gynaecology. Lost and found. Suami dan isteri. Duda dan anak. Ia juga cuba-cuba untuk mengupas maksud kenapa kadang-kadang dalam hubungan suami-isteri mungkin berlakunya adultery? Tapi ia tidak berlaku seandainya pasangan benar-benar setia dan redha dengan apa yang sudah ada. Ia jelas dipamerkan oleh Marya. Bagus! Cuma agak gusar juga melihat kesanggupan Sufi sehingga seakan berani untuk 'membeli' cinta Marya sebagai gantian arwah isterinya dari Zain. Walaupun niat Sufi mungkin elok sebagai ibu ganti kepada anaknya Asraff. Konklusi: down-ending dengan tagline kejar selagi larat tapi kalau bukan milik kamu sampai matilah gigit jari!

cerita 3: Ean-Imaan-Khalif
Ia cerita cinta monyet remaja. Sebab itu banyak main-main, emosional dan over exaggerate! Lengkap dengan puisi-puisi cinta dan babak ala Romeo and Juliet! Semuanya mesti lebih dari kebiasaan sehingga Imaan berimaginasi tahap melampau di dalam kehidupan sehariannya yang nampak normal tapi kurang siuman dan berhalusinasi. Mungkin itu penangan kata-kata jiwang remaja: cinta sampai mati atau sehidup-semati? Konklusi: up-ending dengan tagline jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!.. err! atau aku cinta kamu sampai kiamat! ops!

Multiple plot? Ensemble cast?

Ok.. saya tidak boleh tidak akan teringatkan filem Berbagi Suami apabila habis menonton filem ini. Strukturnya sama, serupa, sebijik! Ulang suara, 'struktur' bukan ceritanya! Maksud saya, Sepi juga menggunakan acuan penceritaan secara giliran cuma Sepi menyambungkan kesemua blok cerita masing-masing di akhir cerita untuk melihat 'aftermath' ke mana hala tuju cerita ketiga-tiganya? Adam dapat 'the one'.. Imaan dapat 'replacement'.. Sufi tak dapat tapi dia 'tetap menunggu' sampai ke sudah! Cuma naratif sebegini akan memperjudikan pilihan multi-choice kepada penonton dan mungkin akan mengakibatkan favourite story bergantung kepada siapa penonton dan latar mereka? Contohnya, jika saya orang bujang maka saya sukakan cerita Adam, kalau saya seorang suami dan bapa tunggal mungkin sukakan cerita Sufi, andai saya seorang remaja belasan tahun akan teruja dengan cerita Imaan. Tapi tidak mustahil sekiranya ada penonton yang akan menyukai kesemua cerita secara pukal kalau dia melihat tema (mengikut tafsiran saya) yang tersirat di belakang Sepi iaitu kita perlu berusaha sedaya-upaya untuk mencari cinta kalau mahu!.. or second chance bak kata tontonfilem.. Multiple plot sebegini juga mencabar 'kesabaran' penonton kerana ia memaparkan 3 cerita yang bergerak sendirian berasingan! Sepertilah kamu membeli tiket RM10 untuk menonton 3 buah filem pendek dalam 1 tayangan back-to-back! Ketiga-tiga cerita berdikari untuk diceritakan. Berbalik kepada struktur naratif, Sepi ialah non-linear storytelling menggunakan time-frame undur ke belakang dan lompat ke depan: cerita Adam dan Imaan adalah backstory penuh masing-masing sehingga tragedi manakala cerita Sufi bergerak sambungan dari tragedi itu terus ke depan sehingga melampaui batasan usia tua bangka! Jadi kita akan melihat titik-sentuh ketiga-tiga cerita 4 kali (kalau tak silap aku) di sepanjang cerita untuk 'menemukan' ketiganya sebagai ulangkaji (set-up//pay-off). Bezanya setiap kali ulangan tragedi itu ia dilihat (tangkapan kamera) dari berbagai sudut mengikut point-of-view siapa yang hendak diikuti; Adam, Sufi atau Imaan? Satu lagi filem multiple plot sebegini akan mengakibatkan perebutan limelight sesama ensemble cast yang perlu diberikan screen-time secara samarata.

Filem SEPI memang sebuah filem yang boleh dibanggakan! Walaupun mungkin ia agak cliche and predictable terutamanya cerita Imaan.. tapi masih elok buatannya! Cuma alunan lagu runut dalam filem ini agak keterlaluan kerana didendangkan secara 'lagu penuh' seperti filem Bollywood+MTV.. tapi masih oklah adunannya!.. (cuma panjang! yaaa! memanjangkan durasi!)

*tQ Adila (GBSB/TV3) kerana tidak serik2 menjemput blogger ;-)
*paling aku suka >> babak tepung jatuh atas kepala Adam & Ilyana macam salji katanya!
*paling aku turn-off >> tengok wig Baizura Kahar!.. sooo fake!





sepi hati terjadi lagi mungkin sampai mati aku sepi biar senyum hadir di hariku namun ini hanya ada di bibir di bibir saja aku ini yang bisa mengerti walaupun yang lain mau mengerti namun berat beban di hidupku biarkan saja biar saja hanya ku yang tahu sejarah cinta dan hidupku penuh duri dan banyak ranjau butuh kesabaran yang penuh untuk tetap kuberdiri oh! ada saatnya kubicara bila hatiku t'lah bulat sepanjang kubisa atasi semua aku tetap diam oh! sejarah cinta dan hidupku penuh duri dan banyak ranjau butuh kesabaran yang penuh untuk tetap kuberdiri oh! ada saatnya kubicara bila hatiku t'lah bulat sepanjang kubisa atasi semua aku tetap diam..

ref: http://www.sepithemovie.com/



ucapan Kabir Bhatia


The Lima ~ Kau Ada Dia [live]

Comments

  1. hello,
    really waiting for khabir next project after cinta and love...really love his directions..
    i ada buat short video about belia malaysia...ajami di jemput untuk melihatnya...
    http://www.youtube.com/watch?v=U83qF2gdxZs
    hope u enjoy it as much as i enjoy reading ur blog...

    ReplyDelete
  2. abg ajami.. saya mmg tak sabar nak tunggu Sepi.. tgk trailer filem dia mmg boleh tahan.. tambahan lagi pelakon dia very de mantap2... huhu.. esok saya nak tgk apa kata hati.. baru ader kesempatan.. nanti saya review.. huhu...

    ReplyDelete
  3. sedap banget deh lagu ini....
    suke suke suke..
    tak saba nak tgk citer Sepi neh...harap2 panggung tak sepi lah.wahh! terlebih sudah..:P

    ReplyDelete
  4. khairul ~ nanti i cek utube tu.. tQ

    awis ~ tQ adik..

    anon ~ yes! i pun rasa 'mengerti' [setelah ulang 500kali dah! hahaha]

    adi ~ seswai utk u yg very der jiwanggg kannn?.. ops! redahhh jerrr!!!

    ReplyDelete
  5. thanks ajami. waaahhh dpt invitation mamat khalid untuk estet ya? so how's the movie?

    sowi hari tu balik KL x sempat nak jumpa. bz nngan macam2 hal. errr bila nak mula projek grafik kita balik? hehehe...

    sepi nanti tak sure dpt turun ke tak. nak sgt tgok tapi depends pada my time kat sini la. kalau leh skip keje sure i turun nyer.

    btway ost sepi tu ada mp3 tak? send leh? tq....

    K.

    ReplyDelete
  6. salam alaik..
    da lama cr lagu ni, tp x leh download..
    could u plz help me by send this song to me??? plzzz....
    my email: anNurKhadijah@gmail.com

    ReplyDelete
  7. abg ajami.. thanx singgah my blog.. so, how's my review on 'apa kata hati'??.. huhuhu..
    so, pasnih leh tgk wayang sesamer yerr.. huhuhu...

    ReplyDelete
  8. wah wah wah.. bukan main dia! Ya, the triangle love seems to be true. very interesting..

    ReplyDelete
  9. detilnya kupasan. susah gak nak jalinkan 3 cerita. suka afdlin dan nasha

    ReplyDelete
  10. kash ~ best kan ost sepi.. syahdu yaa-amats!

    annur ~ dapat tak email?

    awis ~ i cadang nk tgk pensel kat alamnada tapi tatau bila erk?

    fadz ~ mana nak sama dgn rebiu mu yg kren banget itu?.. bestttt!!!

    ryann ~ ara+mira+kabir mmg superb bab bercerita..

    ReplyDelete
  11. ku tonton sudah ini flim SEPI...paling suka cerita Adam...dan paling tak gemar sama wig si Imaan...dia nampak sgt tak sesuai...huhuhuu....

    ku jatuh chenta sama OST filem inih....ku sepi.... :p

    ReplyDelete
  12. salam,
    abg ajami.. saya dah review filem 'sepi'.. jenguk2 lah ek.. kalo rajin, bg komen yer.

    thanks..

    ReplyDelete
  13. riena ~ u nangis tak?

    awis ~ jap erk!.. i'll visit u asap ;-)

    ReplyDelete
  14. sepi?
    tak rasa sepi mcm ceritanye!!
    sepi tu rasa pada cerita sufi je..
    lain2 tak rasa pun..
    nasha superb...haha

    ReplyDelete
  15. A lovely "sepi-painting slide". great.i've watched"sepithemovie" twice.tak puas.nak tgk lagi.buah tgn khabir mmg best.thumbs up for u guys!!

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. nope...x de dpt apa2 email pun..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts