Ahad, 20 Julai 2008

ArtfulCreator.com ~ forum

Salaam & hi..

Alhamdulillah, dgn bantuan adikku wawa saya telah berjaya membuat tapak forum utk penulis skrip wannabe mcm saya.. huhu!.. so sesapa nak join geng2 'Scriptwriter Group' dr blog bicaraskrip tidak kiralah kamu baru nak belajar menulis skrip atau dah pro atau saja2 nak join bersembang, sila klik ikon ini:


pereka logo:
KashAtWork @ stabuxguy

p/s: wawa! tQ sooo much dear!.. nanti ku blanja sekret respi erk! ;-)

Rabu, 16 Julai 2008

KUNTILANAK 3 ~ akhirnya..

AMARAN: ULASAN INI ADA SPOILER!

K3 di pawagam mulai 17 Julai 2008
website: http://www.kuntilanak3.com/



Salaam..

After the onset of a horrific being, the hero or heroine may have no alternative - there's no time; there's no opportunity; there are no other living humans; the locale is too isolated; and so on - except to confront the monster on his/her/their own. ~ REF: The Philosophy of Horror by Noel Carroll [ms.109]

Ini adalah cerita Samantha yang sudah matang dengan kuasa pemanggil kuntilanak yang mahu berkonfrontasi dengan ketuanya. Tapi kenapa dia tidak sekalipun menyanyikan lagu itu kali ini? Kenapa?..

Sub-plot grup: Darwin, Asti, Herman dan Petra untuk mencari dua orang teman mereka yang hilang di dalam hutan terlalu menjengkelkan filem ini. Entah kenapa naratif pencarian ini menjadi ke depan seakan mahu bersaing dengan cerita Samantha? Mungkin pembikinnya mahu merencahkan sedikit pengembaraan Sam ke Desa Ujung Sedo? Iyalah, kalau Sam hanya seorang diri nanti dia terpaksa bercakap dengan pokok atau sungai agaknya? Lalu jadilah K3 ini sebuah slasher film ala Predator + The Descent di tengah hutan belantara!



Hilang. Jumpa. Terkejut! Mati!.. Hilang. Jumpa. Terkejut! Mati!.. Hilang. Jumpa. Terkejut! Mati!.. Pengulangan plot sebegitu terhadap grup-pencari memanjangkan hampir sebahagian besar naratif filem sehingga sangat memenatkan penonton. Ia adalah strukur filem seram yang biasa lalu menjadikan keunikan K1 dan K2 dahulu semakin lemas! Sementara plot utama Sam seolah hanya menjadi latar yang tenggelam-timbul dan terkejar-kejar. Betul! Desa Ujung Sedo itu ialah sarangnya, maka ia adalah taman permainan kuntilanak yang mengerikan! Tapi kenapakah Sam seperti kelam-kabut dan lemah untuk mengawal keadaan sedangkan dia sepatutnya adalah ratu pengendali kuntilanak yang sudah graduasi? Menyanyilah Sam!

Watak Yenny terlalu lambat ditampilkan. Pada pendapat saya, pengembaraan Sam dan Yenny sewajarnya sudah cukup untuk mengangkat naratif penuh filem ini. Ekplorasi di kampung Desa Ujung Sedo itu juga banyak misterinya yang boleh diimbaskan. Saya sukakan babak dimana sekumpulan kanak-kanak (seistimewa Yenny) mengejar kuda putih seperti unsur dongeng The Piper of Hamelin yang dimanipulasikan oleh kuntilanak. Sebenarnya K3 cuba berfalsafah menggunakan imej-imej berbaur makna dari babak-babak bayi dari perut lembu dan kewujudan simbol-simbol boneka ala voodo di kampung itu. Kalau siapa yang menonton K1 dan K2 tahu bahawa kuntilanak datang ke alam manusia bila di seru oleh Sam datangnya dari kampung ini melalui cermin-cermin keramatnya. K3 membongkarkan asal-usul kampung kuntilanak di Desa Ujung Sedo. Ya! Kreativiti semacam itu yang menarik.



K3 hanya semakin menarik ke penghujungnya sahaja bila Sam berdepan dengan neneknya untuk membongkar rahsia siapakah 'ibu' dalam mimpi Sam selama ini. Lalu untuk mengejar durasi filem yang semakin suntuk, maka neneknya terpaksa memberikan exposition yang bertimbun-timbun melalui dialog diikuti oleh ritual penurunan saka secara total kepada Sam. Barulah filem ini terasa bermakna bila kisah-kisah silam asalnya kuasa yang dimiliki oleh Sam diceritakan satu-persatu. Penamat K3 diakhiri dengan persoalan samada Sam yang sudah bulat kuasanya mahu terus hidup dengan saka itu? (off-topic: ada kawan saya kata mungkin lepas tu Sam jadi Gollum dalam LOTR! ops!) Sayang sekali!.. babak-babak itu seakan terkejar-kejar! Semuanya kerana gangguan naratif sub-plot grup pencari di awal filem. Saya sukakan simboliknya kuntilanak dalam K3. Kostumnya diunikkan dengan berbaju kebaya putih berkait menggantikan jubah putih biasa kebanyakan hantu pontianak. Begitu juga chicky-nya sifat kuntilanak yang kadangkala ber-humor semasa menyerang mangsa. Cuma bila difikirkan semula, K3 memang berkecamuk naratifnya! Alamakkk!..

Jadi, secara terus terang sebenarnya saya agak kecewa dengan penamat sekuel K1 dan K2 ini! Maklumlah setelah sekuelnya seakan berjanji untuk membulatkan semua persoalan dan misteri dalam K3.. tapi ia seakan kehilangan hala tuju untuk menghabiskannya dengan sempurna. Sorry Ve!.. huhu!

ulasan2 Kuntilanak sebelum ni:
Kuntilanak
Kuntilanak 2
Ve Handojo the scriptwriter

Jumaat, 11 Julai 2008

aku kamu dia


painting by: megat eusofe
*utk baca bagaimana megat melukisnya?.. klik sini >> YOYOOH

aku..
masih mencari
jadi pungguk
mungkin bulan itu akan jatuh
siapa tahu?

kamu..
cuma menunggu
sekalipun bah
harap pantai itu kekal serupa
sampai bila?

dia..
di antara aku dan kamu
benarkah?

Selasa, 8 Julai 2008

kayuhbmx ~ bmx park

Salaam..

ini youtube bmx park oleh anak2 muda kita!
ref: kayuhbmx

5 julai 08 1pm+ ..ia carian maklumat turun padang aku yg pertama! ..ofkos lah terkial-kial tak tau kat mana nak mula? ..nasib baiklah ada portal kayuhbmx! ..dr situ lah aku kenal dr cyberspace >> founder portal tu iaitu iwan ..pastu kenal far8 ..rupanya bmx flatland dah settle sesi pagi lagik coz tak ramai yg masuk ..katanya event tu last minute sgt ..so, tinggal bmx park ajer ..iwan pun dah blah coz dia ada event lain nak cover ..aku jumpa far8 & pung-pang-pung-pang introduce diri (sure dia pun pelik apsal mamat nih sesat nak tau psl bmx? huhu!) ..event nak start ..so aku pun duk kat area penonton dgn blur skali! ahaks! ..ermm! blasah jer lah amik video guna sony-handycam kunun ala2 X-games espn! ..katanyaaa! ..then, pastu aku ajak far8 minum kat cafe situ ..shahrul salah sorang hakim bmx park tu pun join ..byk betul yg aku serap info psl bmx kat Msia nih dlm sekelip mata dr shahrul ..biasanya aku yg non-stop bla bla bla kalau org tanya psl kritik filem ..kali ni aku yg nganga jer dgr ..antara yg aku ingat bila shahrul ckp psl budaya bmx riders ala timur? ..dia ckp kat Msia derang suka bmx sbg hobi & masuk competition ..shahrul takmau riders kat sini ikutkan mcm barat spt bersubang & ber-tatoo misalnya ..rupanya kalau ada event, penonton yg dtg pun tak bleh pakai seksi-meksi mcm baju tanpa lengan or nampak pusat bagi yg pompuan ..smoking, drinking & drugs is NO NO! ..shahrul mmg harap budaya cegitu kekal sampai bila2 ..byk lagik mende yg aku baru tau psl bmx Msia dr dia ..peh! cegitulah kalau jumpa otai bmx si shahrul ni! ..weekend ni dia akan ke jakarta ..good luck & tQ sgt bro! ..lastly, far8 & shahrul bagitau coming soon ada big event>> KEJOHANAN PJ X-JAMM O8 ~ 18-20 julai nnti ..yesza! aku akan turun! ..mesti!

p/s: sebelah mlm nya pulak aku gi MASKARA 9 ..bayangkn betapa aku switch mode jumpa crowd yg bebetul berbeza giler latar komunitinya! ..that's life beb!

Isnin, 7 Julai 2008

MASKARA 9 ~ TQ vovin!


Salaam..

Perihal paling sengal boleh terjadi pada bila2 masa! contohnya bila menelefon salah seorg the founder of MASKARA dan bertanya: "jalan nuju RUMAH PENA tu camner erk?.. btw, kau datang tak malam ni?".. sah2 aku kena maki dlm hati oleh si-penerima panggilan lah kan?.. har! har! har!.. itulah akibatnya bila nak join majlis org tapi gatal taknak baca bebetul asal-usul majlis itu.. ampunnn vovin!!!.. larrikkk!

MASKARA ni rupanya dah kali ke-9 dan kalau vovin bebetul bengang musti dia dah sumpah aku 9 kurun!.. tapi aku tau vovin seorg sahabat yg cool & sgt baik hati walaupun aku pernah janji nak pinjamkan dia sony-handycam utk short-film dia tapi sampai ke sudah tak bagi pinjam!.. matilaa!

So, utk bribe & pujuk vovin dlm posting ini aku aku type nama vovin vovin vovin byk2 kali kerana dia layak dipuji & disanjungi kerana niat suci-murninya sbg founder MASKARA yg ternyata best gilerrr!.. fyi, vovin aku dah beli t-shirt sol-jah yg keren banget itu dan akan terus mem-promosikannya selagi hayat dikandung bdn di blog aku yg glemer ini!.. alamakkk! telebiy sudaaa!

Juga terimakasih kpd bro sinaganaga yg berkumis comel+macho kerana tak serik2 meng-email aku utk dtg sbg jemputan dimana aku yg kerek sebab asyik tak dpt dtg seblm ini.. padan muka aku coz baru dpt join MASKARA ke-9! ops!.. kpd matjan yg jd host kelakar serta layak gantikan v/o din beramboi utk program telematch di astroceria! seriusssly!.. matjan! wa respek lu coz tetamu majlis tak kering gusi & lidah dgn kekeletahan mengulas setiap persembahan!.. tidak lupa salut yaa amat kpd suma krew MASKARA yg tidak dpt aku sebutkan satu2 nama coz samada aku tak cam muka atau aku tak sempat nak salam.. u'all rock braderr!

Ok! apa komen aku MASKARA itu?.. wow! wow! wow!.. sekali flashback sebijik mcm mlm persembahan antara kelas masa jaman skolah menengah dolu2 lepas abis SPM dimana apa saja yg boleh di-pentas-kan.. maka di-pentas-kan!.. dlm ertikata lain bahasa pasar mudah ialah spt ROJAK!.. tapi ini bukan sebarangan ROJAK krn peserta2nya adalah dr 1001 mcm jenis resepi seni yg bagus2! hebat2! grand2! best giler yaa amats!.. lebih best dr tgk sarkis politik masakini tau!.. terasa rugi sgt coz seblm ni aku tak pernah or maybe salah-anggap majlis sebegini.. dolu, aku igt kalau acara seni cegini sure agak lembabs, boring & kena pakai baju batik!.. tapi MASKARA ini ala2 upgraded version yg kontemporari lagi penuh rasa santai & pengisian jiwa tanpa tekanan atau protokol spt majlis yg ada vip duduk kat depan! huhu!.. dan percaya atau tidak, dlm MASKARA ada silap mata & catwalk fesyen show!.. wa cakap lu!

Bayangkan utk durasi lebih 3 jam, aku terhibur dgn setiap persembahan free di pinggir kotaraya KL di mlm minggu pulak tu?.. mungkin di waktu sama ramai yg sedang menonton wayang dgn tiket RM10 di tgv KLCC.. tapi sejujurnya, hiburan itu sgt subjektif krn aku temui sebuah hiburan unik di MASKARA ini!.. tentulah ada persembahan yg aku suka, kurang sikit suka & sgt suka yaa amat terutamanya bacaan puisi SELUAR DALAM oleh otai brader pyan habib!.. yg kiut & aku sgt teruja ialah show oleh geng layartanchap & alina abdullah (alanis morissette Malaysia!) & nyanyian 'sampai menutup mata' oleh awek bertudung yg aku dah lupa nama dia!.. arramakkk!!! (UPDATED 8.49am: tok rimau bagitau kat komen nama awek itu ialah Ili ..meh! klik pic kat bwh ni & komen kat blog dia!)



Kpd geng2 ArtfulCreator.com SCRIPTWRITER GROUP yg sergah aku: yann, elaira & elmaaniq >> sebenarnya aku mmg 'tersergah' coz korang mcm jumpa artis lah pulak masa salam2 tu.. mau tak aku gabra lah kan?.. keep up ber-forum kat ArtfulCreator.com tu tau!.. korang mmg kewl!.. utk vitaminisme, kau iklan kan ajer teater kau kat forum tu jugak.. kpd fazleena jgn risau, aku akan tonton short film Paper Ship tu & akan kritik abisan nnti! hahaha!.. gurau jer!.. selain tu, aku 'dipaksa beli' oleh vovin vcd Jangan Tidak Beli.. tak lupa sempat juga aku borak pendek dgn bro saharil psl ESTET & tempurungpecah blogger terbaru di pasaran iaitu mamat khalid.. dan masa salam nak balik dgn tok rimau kata mcm pernah jumpa, yezza! masa bmw-shorties last year lah tu.. peng-show lain ialah: enche, johnnorafizan, azzam supardi, bahrudidn bekri, nasriah abdul salam, dr.zul (nyesal tak tegur coz dia pernah berkomunikasi kat internet dgn aku tru malaysian-cinema or filemkita kalau tak silap!).. ode-mpr & band CMYK.. errr! ada yg tertinggal kah?..

Lastly, kpd vovin, aku janji next MASKARA aku akn dtg kalau tidak kerja & kalau aku ada bajet lebih aku akn sponsor makanan barang keropok sebungkus-dua.. dan mungkin mana tahu suatu hari nanti aku pun akan buat persembahan pulak kan???

*berikut ialah gambar2 random MASKARA yg sempat aku snap.. terimakasih lagi vovin!
*cuba kira brapa byk links dlm posting di atas?.. huhu!