KUNTILANAK 3 ~ akhirnya..
AMARAN: ULASAN INI ADA SPOILER!
K3 di pawagam mulai 17 Julai 2008
website: http://www.kuntilanak3.com/
Salaam..
ulasan2 Kuntilanak sebelum ni:
Kuntilanak
Kuntilanak 2
Ve Handojo the scriptwriter
K3 di pawagam mulai 17 Julai 2008
website: http://www.kuntilanak3.com/
Salaam..
After the onset of a horrific being, the hero or heroine may have no alternative - there's no time; there's no opportunity; there are no other living humans; the locale is too isolated; and so on - except to confront the monster on his/her/their own. ~ REF: The Philosophy of Horror by Noel Carroll [ms.109]
Ini adalah cerita Samantha yang sudah matang dengan kuasa pemanggil kuntilanak yang mahu berkonfrontasi dengan ketuanya. Tapi kenapa dia tidak sekalipun menyanyikan lagu itu kali ini? Kenapa?..
Sub-plot grup: Darwin, Asti, Herman dan Petra untuk mencari dua orang teman mereka yang hilang di dalam hutan terlalu menjengkelkan filem ini. Entah kenapa naratif pencarian ini menjadi ke depan seakan mahu bersaing dengan cerita Samantha? Mungkin pembikinnya mahu merencahkan sedikit pengembaraan Sam ke Desa Ujung Sedo? Iyalah, kalau Sam hanya seorang diri nanti dia terpaksa bercakap dengan pokok atau sungai agaknya? Lalu jadilah K3 ini sebuah slasher film ala Predator + The Descent di tengah hutan belantara!
Hilang. Jumpa. Terkejut! Mati!.. Hilang. Jumpa. Terkejut! Mati!.. Hilang. Jumpa. Terkejut! Mati!.. Pengulangan plot sebegitu terhadap grup-pencari memanjangkan hampir sebahagian besar naratif filem sehingga sangat memenatkan penonton. Ia adalah strukur filem seram yang biasa lalu menjadikan keunikan K1 dan K2 dahulu semakin lemas! Sementara plot utama Sam seolah hanya menjadi latar yang tenggelam-timbul dan terkejar-kejar. Betul! Desa Ujung Sedo itu ialah sarangnya, maka ia adalah taman permainan kuntilanak yang mengerikan! Tapi kenapakah Sam seperti kelam-kabut dan lemah untuk mengawal keadaan sedangkan dia sepatutnya adalah ratu pengendali kuntilanak yang sudah graduasi? Menyanyilah Sam!
Watak Yenny terlalu lambat ditampilkan. Pada pendapat saya, pengembaraan Sam dan Yenny sewajarnya sudah cukup untuk mengangkat naratif penuh filem ini. Ekplorasi di kampung Desa Ujung Sedo itu juga banyak misterinya yang boleh diimbaskan. Saya sukakan babak dimana sekumpulan kanak-kanak (seistimewa Yenny) mengejar kuda putih seperti unsur dongeng The Piper of Hamelin yang dimanipulasikan oleh kuntilanak. Sebenarnya K3 cuba berfalsafah menggunakan imej-imej berbaur makna dari babak-babak bayi dari perut lembu dan kewujudan simbol-simbol boneka ala voodo di kampung itu. Kalau siapa yang menonton K1 dan K2 tahu bahawa kuntilanak datang ke alam manusia bila di seru oleh Sam datangnya dari kampung ini melalui cermin-cermin keramatnya. K3 membongkarkan asal-usul kampung kuntilanak di Desa Ujung Sedo. Ya! Kreativiti semacam itu yang menarik.
K3 hanya semakin menarik ke penghujungnya sahaja bila Sam berdepan dengan neneknya untuk membongkar rahsia siapakah 'ibu' dalam mimpi Sam selama ini. Lalu untuk mengejar durasi filem yang semakin suntuk, maka neneknya terpaksa memberikan exposition yang bertimbun-timbun melalui dialog diikuti oleh ritual penurunan saka secara total kepada Sam. Barulah filem ini terasa bermakna bila kisah-kisah silam asalnya kuasa yang dimiliki oleh Sam diceritakan satu-persatu. Penamat K3 diakhiri dengan persoalan samada Sam yang sudah bulat kuasanya mahu terus hidup dengan saka itu? (off-topic: ada kawan saya kata mungkin lepas tu Sam jadi Gollum dalam LOTR! ops!) Sayang sekali!.. babak-babak itu seakan terkejar-kejar! Semuanya kerana gangguan naratif sub-plot grup pencari di awal filem. Saya sukakan simboliknya kuntilanak dalam K3. Kostumnya diunikkan dengan berbaju kebaya putih berkait menggantikan jubah putih biasa kebanyakan hantu pontianak. Begitu juga chicky-nya sifat kuntilanak yang kadangkala ber-humor semasa menyerang mangsa. Cuma bila difikirkan semula, K3 memang berkecamuk naratifnya! Alamakkk!..
Jadi, secara terus terang sebenarnya saya agak kecewa dengan penamat sekuel K1 dan K2 ini! Maklumlah setelah sekuelnya seakan berjanji untuk membulatkan semua persoalan dan misteri dalam K3.. tapi ia seakan kehilangan hala tuju untuk menghabiskannya dengan sempurna. Sorry Ve!.. huhu!

Sekuel kuntilanak pun belum aku tonton dah nak jadi trilogi dah pun.. isk isk.
ReplyDeletearramakkk bro!.. aku terharu dgn lawatan kau!.. errr Kuntilanak trilogy?.. ermm.. ada yg best ada yg kureng best about it.. ce terai torrent K1 & K2.. ops!
ReplyDeletecouldnt agree more..
ReplyDeletefadz.. kannnn!
ReplyDeletehi! ve!.. we still love ur K1!!!
ish apa lak boleh terharu kau ni mi.. mcm la aku celebrity.
ReplyDeleteTengok gambar K3 gila2 gory (ala Evil Dead gitu). Nantilah aku kirim DVD/vcd K2 kat member aku bwk dari KL.
bro..
ReplyDeletethank you...
i'm the lucky one dpt ticket from kak red..
ai suka horror film.....yeah!
encik ajami...
ReplyDeletechik nak tima kasih kat u sbb bg tiket free movie nih kat kak red dan kak red pulak telah berbesar hati men'zakat'kan sekeping utk chik. tima kasih bnyk yeak :)
enchek ajami...
ReplyDeletethanx for the free tickets...am one of the chosen one to get the tickets from kak red....i didnt read ur ulasan pon sbb kate ade spoiler...hehehhe thanx again yeah!!!!
che' ajami,
ReplyDeletetimaceh bebanyak coz bg tix to kak red n kak red da zakat to me one of the tix..hehe..
thank u so much!!! :)
bro..mekaseh eh..
ReplyDeletekiter dapat tiket pree dari kak red..yg dari bro gak..
mekaseh bebanyak..
bunyi mcm x best je?
ReplyDeleteI've watched K1 and k2.
For me , K1 is the best! =))
Bila movie ni start tayang kat cinema?