KAMI The Movie ~ Disfemisme Yang Betul?


KAMI The Movie ~ Disfemisme Yang Betul?
oleh Ajami Hashim

ringkasan
Ia bukan filem cinta monyet remaja. Tidak juga konflik filem orang dewasa. Di tengah-tengah! Coming of age. Maturation plot. Perantaraan di antara keduanya. Zaman peralihan bodoh (yang sebenarnya pandai) kepada matang (yang sebenarnya kebudak-budakan). Itulah filem KAMI The Movie bagi aku. Naratifnya bagaikan BOLEH diacuankan kepada sesiapa sahaja. Kita semua akan melalui (bagi yang kanak-kanak) dan pernah merasainya (bagi yang sudah tua seperti aku). Periode KAMI The Movie ialah personafikasi (berbentuk filem fiksyen yang dekat betul dan bendul) bagi semua orang! Kerana latarnya budak-budak lepasan SPM. Ya! Semua orang akan atau sudah ambil SPM serta pastinya melalui lohong masa itu sebelum fasa seterusnya samada ke STPM, kolej, universiti, bekerja atau kahwin! Jadi apabila sebuah filem bercerita pasal kisah yang jujur tentang kedunguan dan kelurusan yang hampir menjentik semua orang, maka ia akan meninggalkan impak terkesan bagi sesiapa yang menontonnya. Lima cerita yang satu! Ali, Abu, Lynn, Adii dan Sofie. (atau enam dan tujuh ditambah dengan watak Boy dan Zarul). Setiap watak berkaitan (atau berkecamuk) membentuk sebuah cerita penuh bagi sesiapa yang terkena (atau pernah kena). Pemberontakan Ali. Kenakalan Abu. Kebersalahan Lynn. Pencarian Adii. Pemilihan Sofie. Kejahatan Boy. Kerakusan Zarul. Boleh semuanya berlaku dalam hidup seorang penonton! Dunia dewasa di keliling mereka adalah wakil-wakil penjaga yang berjaya atau gagal. Kamu pernah mengatakan TIDAK kepada ibubapa? Aku pusingkan, kamu sentiasa berkata YA kepada setiap nasihat ayah dan emak? Itulah ceritanya. Watak-watak filem ini jujur mewakilkan cerita itu. Mungkin semasa menonton, kamu berkata dalam hati 'ya! aku seperti itu dahulu' dan tersengih. But wait! Bukan kah KAMI The Movie pasal budak-budak suka pergi gigs ajer? Mana sama dengan hidup aku dulu yang dengar lagu-lagu rock leleh kumpulan Ekamatra? Ouch! Sebenarnya memang latar filem ini mengisahkan kesukaan mereka kepada muzik indie sebegitu TAPI ia sekadar pentas ceritanya sahaja! Yang ke depan hendak diangkat ialah tema persahabatan (yang beranekaragam) dan konflik kekeluargaan (yang runtuh). Macam aku cakap tadi. Acuannya sama. Cuma hidangan cerita yang dijamu adalah kisah yang up-to-date! Ada gigs. Ada internet. Ada drugs. Ada gaduh-gaduh. Ada jiwang-jiwang yang berbahasa Melayu+Inggeris.

backstory & exposition
Khalayak filem ini terpecah kepada 2 kelompok sahaja:

1. yang sudah menonton 8 episod siri
Kelompok ini ialah yang paling beruntung kerana setiap backstory & exposition semua latar watak & cerita filem sudah lengkap sepenuhnya. Filem cuma klimak penyudah apa sahaja persoalan yang dahulunya tergantung di episod terakhir siri. Aku mengagak bahawa kelompok inilah yang akan paling emosional sehabis menonton filem kerana terlalu dekat & sebati dengan siri. Impak emosi mereka akan berlarutan untuk masa yang panjang dan mungkin filem ini ialah escapism yang akan dirindui & diulangi (mungkin menonton lebih sekali?). Harus juga kelompok ini perlukan kaunseling & terapi jiwa untuk mengembalikan sambungan hidup sebenar mereka untuk hari seterusnya? Hahaha! Relexs laa bro & sis! It's just a film!

2. yang menonton filem sahaja (kemudian mungkin menonton siri)
Kelompok ini pula tidak kurang hebatnya terkesan dengan filem sahaja! Malah mereka akan membeli dvd siri untuk lebih faham. Namun seandainya hanya menonton filem sahaja ia masih keseronokan emosi di luar jangkaan dari tontonan sebuah wayang gambar! Kelompok ini akan dipermainkan dengan makna sebenar 'rahsia' - the painful truths characters do not want known! ~ Robert McKee. Penonton akan mendahului tahu tentang sesuatu 'rahsia' setiap watak sebelum watak kawan atau lawan mereka. Lalu 'penyembunyian' itu akan dirasakan sebagai keseronokan (atau tekanan) apabila ia dibongkar satu-persatu dari mula sehingga filem tamat. Ada banyak babak 'pecah tembelang' dalam filem ini dimana dua babak yang paling wow ialah 1. 'pertemuan' Lynn & Ali di 'meeting point' yang didalangi oleh Boy.. 2. 'penyerahan buku Utopia Trauma' dari Ali kepada Lynn di babak terakhir! Oh ya! Fyi, aku dalam kelompok ini!

Boy = deus ex machina?
Ya! Bagi aku watak Boy ialah 'penyelamat' & deus ex machina yang kena tempatnya. Walaupun Boy cuma watak sampingan antagonist kepada semua watak utama KAMI The Movie, namun dialah yang menggerakkan alihan plot ke depan untuk mendinamikkan cerita. Kalau watak itu tiada, maka naratif filem ini akan statik & disfungsi berputar pada gelungan rutin kisah yang sama. Watak hitam sebegini kadangkala dirasakan lebih terampil dan meruak dalam sebuah filem yang ramai watak monotoni sebagai sebuah kumpulan (ensemble cast). Anda masih ingat filem Castello? Maka, aku wajarkan sekiranya pembikinan sebuah filem khusus untuk mendalami watak Boy sekiranya mahu lebih tahu kenapa dia jadi begitu? Boleh?..

konklusi
Cerita KAMI The Movie ialah sebahagian metafora kehidupan! Penglipurlara (Fariza & Effendee) mentransformasikan rutin hidup seharian yang seadanya, dalaman dan luaran setiap watak, bauran fantasi dan realiti menjadi sebuah filem fiksyen yang seolah-olah kisah benar: Ya! Hidup kita seperti ini! Mungkin? Disfemisme: HIDUP INI MEMANG PALAT, TAPI ESOK MASIH ADA! Betul?..

p/s: satu ajer aku komplen: rasanya filem ini dibikin dalam DV bukannya 35mm film. Maka kualiti gambarnya kureeng!

*rev lain:
[LINK LAIN AKAN DIKEMASKINI KEMUDIAN]

nota:
Memula tengok dulu siri dvd yg ada 8 naratif berlegar dlm lajur-masa serentak & berputar 360-darjah utk berjalin, bersulam & berkait satu sama lain menjadi satu hamparan laluan utk filem-nya yg lengkap! Buku Untuk Filem KAMI telah dilancarkan pd 27 Sept bertempat di The Annexe, Central Market projek usahasama syarikat Matahari Books dimiliki oleh Amir Muhammad. Filem-nya yg keluar panggung pd 1 Okt pula ada kejutan ngeri & pilu di kesudahannya! Ya! KAMI adalah francais yg akan berjaya & wajar dipuji!

pelancaran Buku Untuk Filem KAMI 29.09.08 @ The Annexe, Central Market
*laporan lanjut >> deenasour seorang lelaki
*buy online >> KINIBOOKS

*Amir Muhammad (penerbit: Matahari Books)

*Ahmad Kamal Abu Bakar (penyelenggara)


press preview KAMI The Movie 26.08.08 @ Cineleisure Damansara
*Fariza Azlina Isahak@Fizzi & Effendee Mazlan



Comments

  1. terima kasih kerana menulis tentang KAMI :) adoi, hidup lagikah multiply saya? dia mengimport blog saya tanpa disedari rasanya. but thanks for reading my ramblings, anyway. ;)

    ReplyDelete
  2. huh....
    Ajami thanks sbb singgah my blog..

    hehhehe... str8 to the point..!!

    ReplyDelete
  3. Huhuu..review yang agak teknikal. Tak terbuat teman review yang macam ni..hehe.

    Thanks pasal sudi singgah.

    ReplyDelete
  4. thx sbb bace review 2
    kami the movie mmg hebat

    ReplyDelete
  5. errrrr..bro i luv ur reviews on KAMI lorrr....its brilliant...n dun 4 get to drop b my blogs k...thanx 4 ur in4 n salam..

    ReplyDelete
  6. errrrr..bro i luv ur reviews on KAMI lorrr....its brilliant...n dun 4 get to drop b my blogs k...thanx 4 ur in4 n salam..

    ReplyDelete
  7. bro,kt mane nk dpt buku utopia trauma tu eh?

    ReplyDelete
  8. Well,
    thanks a lot for dropping by to my blog!
    Anyways, I find many of the reviews are giving out quiet the same impression as others did.
    I asked a few of my friends and many of them are rather disappointed with the movie. For me though, there will always be the good, the bad and the totally ugly side of everything in life. Is just how the way things works. Don't you agree?
    Anyways, I knew about The Breakfast Club before, never struck my mind that the creators of KAMI also was inspired by this little hit also! Thanks for the heads up! I hope I can do more reviews to help the film industry come alive! Thumbs up for the great review!

    PS: Where the heck can I find the DVD of the series? been looking for it for ages!!!

    ReplyDelete
  9. wani ~ rasa nk tgk Bintang Jatuh awak tu ;-)

    remyzal ~ nx time tulis lagik cegitu k!

    zan ~ kejor yop kejor!

    shaqira ~ betul hebat!

    arjuna ~ dah pon saya melawat

    sye ~ kat MPH ada jual >> MPH

    KAMI the series dvd? >> kat Speedy Video ada jual

    ReplyDelete
  10. A great review. I miss Abu. Oops! Haha.

    ReplyDelete
  11. aku antara orang2 terakhir yg menonton filem kami...ouch!!!

    kang aku nak buat kesimpulan abes-abesan pasal kebanyakkan review dan pandangan aku pasal review2 orang lain..hehe gempak gak kan..

    tu pon kalau laptop aku sembuh...dush2

    ReplyDelete
  12. haha teringat time review KAMI dulu. kelakar.

    tak sangka En Ajami link kan. blog tu pun dah tak wujud skrg.

    anyways thanks bro

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts