Ahad, 11 Januari 2009

The Amber Sexalogy ~ kisah jiwang Azharr Rudin?


NOTA: Untuk mengulas 6 buah filem pendek oleh Azharr Rudin ini memerlukan ketajaman mata, pendengaran jelas, perahan idea dan asahan otak yang hebat juga rupanya! Sebenarnya aku menerima kiriman Pos Ekspress dvd The Amber Sexalogy dari Azharr sendiri pada 5 Dis 2008 yang lalu tapi tak sempat-sempat nak tonton.. sori bro! hahaha.. jadi, di sini aku nak ucap terimakasih banyak-banyak kepada dia kerana sudi (dan berani mati) minta aku ulas dvd tersebut! muahhh! Kepada mana-mana pembikin filem pendek yang membaca posting ini kalau nak aku ulas filem korang, sila e-mail me >> ajamihashim@gmail.com dengan tajuk "AJAMI ULASLAH FILEM PENDEK AKU" dan berikan butirannya untuk aku balas dengan alamat pos etc.. diharap anda terhibur membaca ulasan berikut! lalala!


1. Forgetting Amber
Segmen ini ialah konklusi dan penutup The Amber Sexalogy dimana Man (Mark Teh) dalam usaha menamatkan terus kisah silamnya bersama Woman (Melissa Maureen Rizal) Amat sukar untuk Man yang digambarkan berpakaian koyak nyata serabak perasaannya untuk membuat pilihan. Dia melakukan sedaya-upaya untuk memadamkan dari hidupnya apa sahaja memori, sms dan imejan kaset MiniDV berlabel "Loving Amber" yang berkait rapat tentang Woman. Namun bukti-bukti sumber itu gagal dimusnahkan lalu Man cuba melakukan sebaliknya iaitu memusnahkan diri sendiri (baca: kalau Man tidak sampai hati menyakiti Woman maka Man rela menyakiti dirinya sendiri) Kekecewaan Man dipaparkan sangat kronik kerana proses pilihan cubaan mengorbankan diri (baca: ketidakpastian dari koridor tingkat 26 ke bumbung bangunan) dilihat sinis dimana sebenarnya Man tidak pasti samada tindakannya itu betul dan berbaloi. Mujur nasibnya baik bila pintu pagar besi ke pintu bumbung jelas memberi isyarat bahawa ia bukan tindakan yang diredhai. Akhirnya Man buat keputusan untuk bergerak ke depan tanpa apa-apa kaitan dengan Woman iaitu melakukan yang sepatutnya. Man tonton rakaman kaset MiniDV buat kali terakhir sambil meneguk segelas air kosong (baca: fikiran Man sudah bersih dan pilihannya jelas) lalu memadamkan secara fizikal kaset itu dengan merakamkan pemandangan sebuah bangunan berbentuk 'pasangan' dilatari matahari terbenam (baca: cinta itu boleh digantikan di masa depan) Segmen ini disudahi dengan tindakan memadam sms iaitu saki-baki Woman yang ditamatkan secara bulat.


2. Meeting Amber
Segmen ini ialah fasa ke-2 The Amber Sexalogy tetapi ia bukanlah pemula kronologi yang sebenar dimana Man (Gavin Yap) bertemu Amber (Melissa Maureen Rizal) sebagai cinta pandang pertama untuk kedua-duanya. Namun begitu, pertemuan rawak dalam sebuah tren ini dijarakkan dan dipertemukan oleh watak-watak yang berada di tengah-tengah di antara Man dan Amber. Amber's Friend (Tan Chui Mui) seakan pilihan lain untuk Man yang jelas kelihatan berminat untuk mengenali Man tetapi tidak diperdulikannya (baca: cinta itu seringkali ada keraguan) Manakala Amir Muhammad (diri sebenar) ialah realiti yang betul wujud untuk memperkenalkan Man kepada Woman (baca: cinta sejati itu benar) Setiap bibit bicara Amber's Friend dan Amir Muhammad yang dicuri dengar oleh kedua-dua Man dan Amber adalah asas komunikasi perkenalan dan ciri-ciri personaliti di antara mereka melalui orang ke-3 tanpa perlu menegur dahulu (baca: cinta boleh datang tanpa diduga) Isi bicara Amir Muhammad sempat juga memberitahu sambil lewa isu-isu sosial seperti penjara pudu, KLIA dan program tv? Akhirnya terserlah bahawa Man dan Amber memang menyukai satu sama lain apabila dialog-dialog kosong Man mengenai iklan-iklan bertampal dalam tren kedengaran bodoh manakala Amber pula terlepas hentiannya iaitu Bukit Bintang untuk terus berbicara dengan Man (baca: cinta itu boleh jadikan orang angau) Kehadiran Musician (Jerome Kugan) mengakhiri segmen ini dengan petikan gitar lagu berlatarkan cinta (baca: cinta mereka adalah pasti buat sementara waktu ini) NOTA: Segmen ini dalam Bahasa Inggeris.


3. Loving Amber
"Awak tahu tak apa yang betul-betul seronok tentang pulau ni?" kata Harris. "What?" tanya Amber kembali. "Awak lah!" jawab Harris. Segmen ini ialah puncak percintaan di antara Amber (Melissa Maureen Rizal) dan Harris (lensa kamera Azharr Rudin) dimana fokus utamanya ialah Amber. Ia adalah sambungan dari segmen "Meeting Amber" dalam bentuk surealistik. Segmen ini ialah filem jalanan yang dibuka dari perhentian tren Bukit Bintang sehinggalah ditutup di Pulau Perhentian. Audio apa sahaja samada setiap kata-kata hatta bicara kosong oleh Amber juga kebisingan atau kesunyian suasana di sekitaran Amber ialah bunyian yang enak buat Harris (baca: cinta itu menjadikan semuanya indah) Harris juga memerhatikan setiap rupa dan emosi Amber semasa dia berbicara, tersenyum, merungut, jenaka, termenung, ketawa, berlari di sisir pantai dan momen paling damai apabila Amber tidur lena di dalam bas dan hotel. Rakaman rawak setiap inci gerak-laku fizikal dan setiap bait bicara Amber adalah tribusi kepada Amber yang dirakam sangat teliti dan amat peribadi bagi Harris sahaja. Harris sendiri menyimpan angan-angan yang banyak di sepanjang perjalanan dari rakaman lain seperti imejan anak kecil dalam bas, lokasi bandar ke kampung seterusnya ke sebuah pulau yang terpencil. Namun begitu dari dialog-dialog Amber yang kekeliruan nama tempat, teguran cuaca buruk, merahsiakan siapa yang dia sms serta tidak dapat mengingati bilakah kali pertama mereka bertemu sudahpun memberikan tanda awal bahawa hubungan itu akan bermasalah? Bagaimanapun, Pulau Perhentian ialah memento paling manis dan kekal untuk Harris sehinggalah segmen "Forgetting Amber"


4. Raining Amber
Segmen ini ialah fasa keretakan dan perpisahan hubungan Man (Alvin Wong) dan Woman (Melissa Maureen Rizal). Hentian bas berbentuk 'payung' seakan cuba memayungi perhubungan yang kini kehujanan sebagi asasnya segmen "Raining Amber" ini. Lokasi di tepi jalan yang sebok dengan lalu-lintas menggambarkan perhubungan mereka hanyalah satu persinggahan sementara dalam perjalanan pantas yang tak berkesudahan. Komunikasi ala tarik-tali di antara keduanya jelas digambarkan dalam segmen ini untuk mengesyaki siapakah sebenarnya bersalah dalam keretakan hubungan mereka? Mungkin Woman yang banyak kali bersalah bila Man mula 'mengira' dengan kedua belah tangannya. Woman pula menangis diikuti oleh Man yang cuba membuat jenaka 'tarian badut'. Aksi tanpa dialog mereka berdua jelas menceritakan pasang-surutnya sebuah percintaan. Bila murung, pujuklah. Bila sedih, berjenakalah. Namun semuanya tidak mampu menyelamatkan hubungan mereka dan sudah terlambat meskipun Man cuba menyentuh kepala Woman tetapi tidak jadi lantas meninggalkan Woman seorang diri. Segmen ini disudahi dengan beg tangan Woman yang diragut oleh Snatcher (Azman Hassan) sejurus Woman tersenyum selepas Man meninggalkannya. Adakah hati Woman juga telah dicuri oleh orang lain?


5. Desir
Segmen ini ialah "Meeting Amber" dalam versi Bahasa Melayu tetapi disunting secara jump-cut dan sedikit lain isi dialog oleh Amir Muhammad (diri sendiri). Amber's Friend dalam "Meeting Amber" kini mempunyai nama iaitu Jill (Tan Chui Mui) untuk menimbulkan persoalan kepada Man kali ini bahawa mungkin dia sepatutnya 'membalas' tanda-tanda awal Jill yang hendak mengenali Man (baca: bandingan dengan "Meeting Amber") Segmen ini menjawab imbas kembali kepada Man (baca: Harris yang Melayu dalam "Loving Amber") tentang bilakah kali pertama mereka bertemu? Susunan tontonan segmen memberikan interpretasi bahawa Man/Harris masih segar mengingati setiap perincian pertemuan itu dalam ketidakpuasan hati (baca: semua dialog soalan oleh Man kepada Amir dalam "Meeting Amber" telah dicuri tanya oleh Woman kepada Amir dalam segmen ini) juga 'membuang' ingatan pemain gitar jalanan dalam "Meeting Amber" yang mengalunkan lagu cinta. Mungkin Jill lebih baik daripada Amber dan sepatutnya menjadi kekasih Man/Harris?


6. Majidee
Segmen ini ialah titik mula Harris (Tora Andika) yang membuktikan bahawa lelaki ini seorang yang optimis! Ia adalah segmen pembuka sebenar kronologi The Amber Sexalogy ini. NOTA: Filem pendek Majidee ini akan diulas berasingan kemudian kerana nilainya yang terlalu bagus bagi saya.

KESIMPULAN
The Amber Sexalogy ialah pengumpulan karya oleh Azharr Rudin yang unik dan hebat dari segi penyantuman naratif, produksinya serta teknik suntingan yang berbeza di antara satu sama lain. Setiap karya dalam kompilasi ini boleh berdikari sendiri seandainya ditonton secara berasingan. Namun begitu, The Amber Sexalogy lebih membulatkan sebuah cerita yang lengkap dan sempurna apabila ditonton secara berterusan back-to-back mengikut kronologi yang disusun dalam aturan khusus pencantuman semua segmen dalam satu tayangan sekaligus dimana ia akan membentuk penceritaan secara non-linear. Walaupun ada segmen yang menggunakan penggunaan watak sebagai 'Man' atau 'Harris' juga mengaktorkan pelakon lelaki yang berbeza tetapi ia masih relevan sebagai perjalanan seorang 'lelaki' yang boleh diacuankan kepada semua orang. Hanya watak Amber/Woman yang dilakonkan dengan bagus oleh Melissa Maureen Rizal bagi setiap segmen yang memerlukan watak itu diketengahkan. Ringkasnya, The Amber Sexalogy ialah sebuah percintaan yang asas dimana ia ada mula, proses turun-naik perhubungan itu dan penamat. Tahniah Azharr Rudin dan semua produksi yang terlibat bagi setiap filem pendek.

*info nak beli dvd The Amber Sexalogy secara online:
www.myspace.com/sinemazharr

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"AJAMI ULASLAH FILEM PENDEK AKU"

kena bayar ke brader? ni berapa pengarah sogok suruh tulis baik-baik ni? kalu aku bagi shortfilm yg dah lapok boleh ke brader?

Ajami Hashim berkata...

Tanpa Nama ~ hahaha! tak mahal! RM50/short!.. hahaha! eh! email laa info kat aku bro!

deennasour berkata...

aku rasa, if ajami mintak bayaran review nih, dah kaya dah.
kan kan kan?

tertarik gak nak nonton short film ni, memandangkan long film nya dulu aku terlentok di atas empukan kerusi di gsc one utama. hohohohohohoh

gua baru sampai kl bro!
dari miri, sarawak.
ehehe.
aku datang ke kl atas semangat yg jitu nak pg nonton Brainscan dulu..keh keh keh

Tanpa Nama berkata...

cis, lima puluh ringit je?
baik korang pegi tengok badut sarkis daripada tengok filpen2 mamat ni, tak menghiburkan langsung.

Tanpa Nama berkata...

cis! tapi mamat ni menang award kat hawaii wooo!

-katakpuru-

Tanpa Nama berkata...

PERGI KE NERAKA NAZIM

one love berkata...

i guess, i wanna watch this one!

myspace? ala.. takde akaun myspace, me!
abg ajami tolong orderkan :)

i'll pay terus!

Ikhares berkata...

me dah tgk short film majidee tu kat astro kirana tahun lepas uncle..

ada sambungan rupanya..

pinjam dvd tu, nak burn...boleh??

haha...

sinaganaga berkata...

Perghhhhhhhhh! Dahsyat yuuuuu!

Azer Mantessa berkata...

wow

description yang menarik.
ulasan simple kali ni.

Rewan Ishak berkata...

Tahniah. Review yang bagus ajami.

razor berkata...

review yang menakutkan

hehe

Ajami Hashim berkata...

deen ~ cer contact azharr tru facebook/myspace dia.. mebi dia bleh jual masa Msian God's by amir ari jumaat kang bro ;-)

tanpa nama sekelian ~ tQ 4 ur komen2

one love ~ nurul ~ beli online kat sini: kinibooks

ikhares ~ oit! beli laa yg ori beb!

sinaganaga, azer, rewan , razor ~ gua terharu! muahhh!

Tanpa Nama berkata...

mamukeling