Isnin, 13 April 2009

Jangan Tegur ~ berbaloi untuk ditonton?

Sebuah filem seram MESTI menyeramkan! Maka filem Jangan Tegur bagi pendapat saya berjaya menimbulkan reaksi itu kepada saya. Betul! Naratif penuh filem ini terlalu amat sangat pendek sahaja dimana yang memanjangkan durasinya ialah paparan visual-visual gangguan seram kepada watak Natasya (Julia) dan flashback dari watak Baizura (Nadia). Kekuatan utama filem ini ialah momen-momen 'what happens next' atau apakejadahnya yang akan 'muncul' sekejap lagi yang akan disaksikan oleh Natasya dan penonton secara serentak! Cara menakutkan sebegitu sudah menjadi asam-garam untuk filem-filem seram dari serata dunia dan ia berjaya dibikin dengan baik dalam filem Jangan Tegur. Tetapi saya akui ledakan sound effect yang kuat berdentum setiap kali lembaga seram itu muncul agak keterlaluan seolah-olah ia kemestian setiap kali berlaku dan terasa terlalu memaksa untuk penonton terkejut? Dari sudut tangkapan kamera ada 2 babak yang begitu saya sukai iaitu babak di lampu isyarat (macam 360 degree camera) dan babak semasa Kamal (Pierre) menemui Natasya di tempat kejadian dimana kamera menyusuri ke sekeliling pasangan itu kemudiannya bergerak menyorot zoom out dari atas (gunakan kren) Wow! Congrats abang Indra Che Muda dan Haris Hue.

Filem ini menggunakan struktur non-linear storytelling menerusi pinjaman visual dari watak Baizura kepada watak Natasya melalui pecahan-pecahan memori insiden penting yang menyebabkan kehilangan (kematian) Baizura 2 tahun yang lalu. Filem ini walaupun berkulitkan sebuah genre seram tetapi ia juga bercerita seperti sebuah filem murder mystery atau crime fiction whodunnit. Maksudnya penonton akan dapat info sedikit demi sedikit dari keseluruhan misteri iaitu menjawab soalan apakah yang terjadi kepada Baizura sebenar-benarnya? Exposition itu kepada khalayak datangnya dari perkongsian point of view Natasya iaitu setiap bayangan imej yang dialaminya semasa koma dan mimpi. Babak-babak seram di pembukaan filem ini ialah situasi yang dialami oleh Baizura semasa dia dirasuk oleh 'benda' yang dihantar oleh Bomoh Siam yang disaksikan oleh Natasya semasa koma setelah 'tersampuk' (cross-point) dengan roh Baizura yang berhalusinasi semasa time-freeze. Kini 'roh tidak aman' Baizura yang juga berbaur dengan 'benda' itu mengikuti Natasya pula untuk berkomunikasi sebab itulah setiap kali bayangan hantu Baizura muncul ia ada 2 versi samada yang kelihatan menyeramkan dan satu lagi seakan meminta belas kasihan.

Lesen kreatif untuk filem ini ialah setiap kali 'benda' yang dihantar oleh Bomoh Siam merasuk Baizura atau Natasya, mereka akan menjadi raksasa berwarna biru, berwajah calar-balar (kredit kepada Ella Sandera) dan bersuara remix Melayu+Siam gitu! Hey! It's just a Malay horror film bro/sis! Selamat menonton dan berhibur dengan ketakutan cara arahan Pierre Andre!.. ahahaha!


17 ulasan:

zanetti_be berkata...

bleh lwn jangan pandang belakang tak?kalo bleh lawan berbaloi la nak tgk nanti.hehe

one love berkata...

abang.... kau ni memang suka pierre andre ke ha? ehehehheheee :p

"jangan kau cabar kami cucu cicit nabi Adam!"

saya tak mau tengok. takut kencing malam! kih kih kih!

zassss larikkk!

aiXat.MR berkata...

dah tonton.
tapi kurang puas hati lah.

mcm abg ckp tu la,
hantu die seram jgak la.

tapi kerap sgt keluar
(sampai boleh agak)
dan sound effect sangat over ye.

plot cerita pulak tak jauh berjalan,
macam dalam ruang yang sama je.
dialog pun berapa baris sangat je.

nak2 lagi dialog pierre andre "sayang, sayang ok ke?"
"sayang, please.."
*~ulang2 17 kali~*
(peminat p.andre tlg jgn marah ye)
hee~

then, subtittle ade beberape kali salah translation.

tapi overall..
ok lah.

and credit untuk hantu biru itu.
tak pnah jmpe lagi kat malaysia nih. kreatif gak.

*oh maaf, ter-over komen pulak.
hee~

Tanpa Nama berkata...

jangan pandang belakang best ke?

Azer Mantessa berkata...

menarik :-)

Ikhares berkata...

ada can lawan hantu rasukan ablasa yang kaler hijau nampaknya..

haha..

cabutttt....

Ajami Hashim berkata...

zanetti ~ bolehlah jugak lwn :-)

nurul ~ cameo azri 'berkesan' katanyaa! huhu!

aiXat ~ tuudiaa! kau kira 17 kali ekk dik? ahahaha!

Tanpa Nama ~ best ya amat kot?

Azer ~ menarik tertarik JT memang da boom! boleh bro?

Ikhares ~ jgn lupa antu Puaka Tebing Biru kaler ijau! osman ali+tygn unggul jgn marah tau! larrikkk!

Joey Mie berkata...

berbaloi ke...berbaloi memang la kalau bayar RM9 or RM10

tapi tak best la cerita dia ...x de content...seram memang la terasa sangat hahahhahaha

Adie Waridi berkata...

dah tgk..ntah...bila kerap sgt kuar makhluk tu pada permulaan citer rasa cam biasalak...nampak kematangan tapi i adore JPB

misisitukangtulis berkata...

Dah tengok...n dah wat review di laman blog sendiri.. Takut juga kali pertama 'menghentam'.. Huhu

law berkata...

Thanxk for the insight.
Haven't got a chance to watch it yet.
However credits should go to DOP / Steadicam Operator , Haris Hue for the 360 scenes u saw & liked. it was indeed a challenging task..

samasam berkata...

halo brader!

waiem berkata...

banyak pengulangan jangan pandang belakang..dah tak saspen...hantu atas keta...lalu jalan sunyi sepi...boleh fikir cara lain plak pas ni...

julia sesuai jadi hantu sbb tak banyak dialog...hazab dengar dia cakap..

maknanya part opah mati tu betul lah kan?..natasha mimpi tapi sebenarnya terjadi kan?..opah mati cucu ada mood lagi nak tido ek...hehehe

Tanpa Nama berkata...

Steady cam shot = long shot..nice one! but tak berapa smooth...cuba lagi

estrElla berkata...

aq dah tengok JT tadi... ermmm, boleh tahan la jgak!! bagi aq citer nie lebih bek dari JPB. lagipun citer JT nie lagi feel kot. JPB macam kureng sket!! berbaloi la g tengok!! best la... suker part julia jadi antu! lucu pown ada gak. terutama part dia goda pak ustaz. ermm, menggoda!!!

Ajami Hashim berkata...

joey ~ duit lu.. lu pikirlah sundri! ahahaha!

adie ~ i adore JT! huhu!

misi.. ~ kritik membina takper dik!

law ~ tQ 4 t.info bro! & congrats to Haris Hue!

sam ~ haluuuu!

waiem ~ "opah mati cucu ada mood lagi nak tido ek" >> sy rasa flashback baizura tru natasya (koma) ala2 incomplete memory sebabtu byk yg tak logik mcm u ckp tu coz kan baizura dah mix dgn antu siam?.. ni kes bayangan yg 'nampak' merapu mcm natasya tgh mimpi kan? just my 5 kupang! ahahaha!

Tanpa Nama ~ usaha tangga kejayaan! huhu!

estrElla ~ part antu biru (natasya) goda ustaz tu ala2 syaitooon yg direjam tgh menggoda gamaknya? ahahaha!

Jairo berkata...

aku pun dah tengok.. aku ada komen negatif dan juga yang positif mengenai movie ni