Selasa, 4 Ogos 2009

Badrul Bambi ~ antologi hebat (dan rojak) oleh Raihani Mohd Saaid!

mudajauhari.blogdrive.com

Antologi rojak buku ini mengandungi 11 judul. Banyak dan anekaragam ceritanya. Sarat (kadangkala tak larat) dengan latar yang biasa atau luarbiasa si penulisnya. Mungkin kamu menemui sebahagian kisah diri sendiri dalam seperenggan, sebaris ayat atau sepatah kata. Bagi saya, hanya dengan membaca cerpen Badrul Bambi (1997) diikuti Badrul Bambi II (2009) secara back-to-back mampu menjinakkan kemalasan 'membaca' dalam diri saya yang sememangnya sibuk katanya!.. ahahaha!

Inilah pengalaman santai saya ketika membaca kedua-dua cerpen:

Badrul Bambi (1997)
Cerpen ini bermula dengan sebabak pertemuan yang bersebab dari satu insiden penyelamatan kepada watak protagonis bernama Badrul oleh seorang gadis bernama Bambi (kamu kena baca untuk tahu asalnya nama 'bambi' itu). Begitulah ada ketikanya kehidupan di luar jangkaan sebegitu sebagai permulaan plot genting yang akan berentetan menjadi kronologi-kronologi penting kehidupan Badrul selepas itu. Unpredictable! Malahan titik-temu itu berlaku di tanah asing yang cuma disinggahi sebentar sahaja (Bali). Ia terperap menjadi rahsia peribadi Badrul. Namun detik sekejap itu jugalah yang masih dilawati dalam ingatannya. Bagi saya, cerpen Badrul Bambi itu secara keseluruhannya ialah set-up paling penting dalam pencarian makna kehidupan dalam diri Badrul. Dalam ertikata lain, Bambi itu memang sebenar-benarnya 'penyelamat' kepada Badrul. Saya sukakan perjalanan bercerita oleh Raihani kerana membaca cerpen ini seperti bermula dengan satu titik di tengah gegelung ubat nyamuk yang membesar dan membesar lalu menyempurnakan cerita penuh yang diakhiri dengan cliffhanger (sebab itulah cerpen Badrul Bambi II mesti dibaca bersambungan). Exposition latar lokasi Bali yang mungkin bukan kebiasaan kepada pembaca berjaya digambarkan melalui selitan deskripsi di sana-sini tanpa memaksa untuk diimaginasikan semasa bercerita perihal watak-watak Badrul, Bambi dan Tiger. Cerpen ini mahir memancing pembacaan dengan plot-twist apabila Roro (adik Bambi) tiba-tiba memaki-hamun Badrul di paragraf ke hujung cerita. Watak tambahan Tiger adalah lawan atau kontradiksi kepada watak Badrul yang cynical dan comical. Watak Intan pula adalah konflik realiti sebenar yang nyata kepada watak Badrul. Maksud saya, wujudnya watak antagonis Bambi (dan cerpen itu sendiri) seakan mimpi basah yang enak dan lazat kepada Badrul seumpama sebiji epal dari pohon dalam taman larangan? Bambi itu ialah lust?.. ahahaha!

Badrul Bambi II (2009)
Cerpen ini sudah tentu jauh lebih matang bahasa dan permainan plotnya. Namun kali ini Raihani seakan kekurangan jus berahi dalam bercerita berbanding cerpen Badrul Bambi terdahulu. Naratifnya semakin dewasa seiring dengan perkembangan watak-watak Badrul, Tiger dan Bambi itu sendiri yang kini dalam dunia karier yang lebih besar dan mencabar. Cerpen kali ini lebih berat sindiran kepada dunia sekitaran Badrul sehari-harian walaupun masih santai dan bersahaja. Gaya hidup ber-facebook juga diselitkan untuk kedengaran moden. Latar watak Badrul sebagai ketua editor (penulis) juga digunapakai sehabisnya oleh Raihani untuk menyalurkan pendapatnya terhadap definisi sastera Islam serta red tape dan hipokrasi dunia penulisan di Malaysia. Malahan ia lebih masuk ke dalam keluarga dan keperluan (atau desakan) kelelakiannya yang sebenar. Kalau dulu sekadar sifat remaja jiwang disulamkan dalam cerita, kini ia lebih kepada kenyataan survival generasinya. (jelas bila Badrul meroyan pasal isu no-nonsense fahaman Intan, keluarga Intan dan keluarganya sendiri). Namun begitu, cerpen ini masih bertunjangkan hubungan Badrul-Bambi yang akhirnya.. ops! sila beli dan baca sepenuhnya cerpen ini sebab saya tak mahu bagi spoiler!.. ahahaha!

NOTA:
Tahniah untuk sang penulis Raihani Mohd. Saaid dengan kelahiran putera beliau Umar Firas yang sangat comel pada 30 Julai 2009 yang lalu! (ya! nama Umar Firas itu ada dalam cerpen Badrul Bambi II).. lu hebat sis! :-)

PAUTAN:
Raihani Mohd. Saaid
Fariz Ramlee (gambar kulit depan & belakang)
Sinaganaga (reke bentuk & reka letak)

3 ulasan:

Ajami Hashim berkata...

UNTUK MEMBELI 'BADRUL BAMBI'???
*lawati blog Raihani atau baca jer copy+paste berikut.. lalala!

Jika rakan-rakan sekelian mahukan cerpen-cerpen dari seorang penulis wanita yang tidak menulis hal kahwin cerai, cinta tiga segi, masak-memasak atau jahit-menjahit…

Jika rakan-rakan sekelian mahukan cerpen yang merakam pergolakan politik sama ada di tanah air mahupun di tanah seberang…

Jika rakan-rakan sekelian mahukan cerpen-cerpen tentang dunia seni persembahan dari seorang graduan/pengamal seni persembahan, sebagaimana Nisah Haji Haron memanfaatkan pengalamannya sebagai peguam di dalam karya-karya beliau…

Maka, kumpulan cerpen 10 campur 1 bertajuk Badrul Bambi ini wajib anda miliki. Di dalamnya mengandungi 10 buah cerpen yang pernah diterbitkan di beberapa penerbitan mapan dan juga diiktiraf dalam beberapa siri sayembara sastera peringkat kebangsaan. Tetapi ada juga sebuah cerpen bonus iaitu Badrul Bambi II yang digarap khas untuk pembaca yang mula mengenali saya melalui cerpen Badrul Bambi sekitar tahun 1997 dahulu. Cerpen Badrul Bambi II belum pernah disiarkan di mana-mana penerbitan dan ekskusif untuk kumpulan ini sahaja.

Penerbit: Rumah Buku Rania.
Jumlah keseluruhan muka surat : 184

Kumpulan cerpen Badrul Bambi boleh didapati dengan harga RM20 (termasuk kos pengeposan). Cara-cara memesan kumpulan cerpen ini:

1. Emel kepada badrulbambi@hotmail.com dengan tajuk emel : BADRUL BAMBI
2. Nyatakan jumlah naskhah yang ingin dipesan, nama dan alamat kiriman.
3. Masukkan jumlah wang yang secukupnya ke akaun

BSN- SITI RAIHANI 1010029897000183 atau

CIMB – FARIZ RAJEMEE 12530077634523

4. Maklumkan jumlah wang, waktu bank in dan nama akaun ke alamat emel yang telah diberi.

TAWARAN ISTIMEWA!

Jika anda membeli 3 naskhah, anda akan diberikan diskaun 50 % untuk naskhah ke-3, bermakna anda membayar RM10.00 sahaja untuk naskhah tersebut.

RM 50.00 untuk 3 naskhah!

Setiap naskhah yang dipesan akan ditandatangan secara personal oleh penulis.

Rai berkata...

Salam bang,

Mak oii,awal sungguh uploadnya.Terima kasih banyak-banyak nooo!

'Gegelung ubat nyamuk, mimpi basah dan jus berahi' tu kalau masuk dalam ulasan untuk DBP atau BHarian sure tak lepas.Hahahaha!

Yes, you're reading this book the right way...baca depan ke belakang!

Norkifli Abdul Hamid berkata...

wah....hebat sekali Bro Ajami promosi "Badrul Bambi"