Jumaat, 11 September 2009

PAPADOM ~ filem ala Disney?

poster baru
1. Papadom seperti sangat ke-Disney-an dimana naratifnya begitu kuat dengan tema kasih-sayang kekeluargaan, feel-good movie, klimak yang gumbira-ria, watak-watak antagonis di kolej UiTM pun begitu harmless iaitu Hisham (Farid Kamil) yang penakut dan Shasha (Scha) yang dumb-blonde bitch, Yvonne (Chelsia Ng) side-kick kepada Miasara (Liyana Jasmay) yang sangat setia serta seorang watak good guy Mat (Que Haidar) yang naif+geek! Nasib baik patung mainan bucuk Miasara bukannya Minnie Mouse! ahahaha!

2. Filem ini sangat kiut-miut dan comel-lote macam Liyana Jasmay! Terutamanya babak Miasara 'macam' menggentel tetek Mat yang sebenarnya ialah mengentel gambar kartun di baju Mat! ..ahhh! so sweeet!

3. Afdlin berjaya menjentik manja-manja beberapa perihal industri perfileman di Malaysia secara sambil-lewa dan sambil-lalu iaitu genre lawak seram? dan peraturan wajib tayang! ahahaha!

4. Saya suka ya amat sesi koir ber-pom-pom girls oleh Shasha dan rakan-rakan dia! Tapi boria opening/closing tu macam nak tak nak ajer?

5. Twist dalam storytelling filem ini iaitu kewujudan semula watak arwah Munirah (Noorkhiriah) dalam bentuk imaginary-friend kepada Saadom (Afdlin Shauki) sebenarnya ialah internal-conflict/feminine-side diri Saadom sendiri yang di-jasad-kan dalam beranekaragam bentuk pakaian yang sesuai seperti rama-rama ber-camouflage. Pemecahan watak pros/cons Saadom berlaku pada titik plot dimana Miasara berkata 'tidak' kepadanya buat kali pertama (dalam kereta semasa hujan) sebab itulah watak Munirah tidak pernah wujud sejak dia meninggal dunia kerana sebelum ini Saadom sentiasa mendapat jawapan 'ya' dari Miasara. Dalam ertikata lain, Saadom berkonflik dengan dirinya sendiri atau mungkin juga boleh ditafsirkan sebagai fear & guilt akan kehilangan Miasara bercampur-aduk dengan midlife-crisis. (korang faham tak wei?)

6. Pada pendapat saya filem ini berada di grey area atau garisan sempadan yang sangat nipis dalam jangkamasa yang panjang samada ia akan menjadi cuma 'salah sebuah filem arahan Afdlin Shauki' (forgettable) atau salah satu karya yang sangat sinonim dikaitkan dengan nama Afdlin Shauki (masterpiece)

7. Lakonan Pete Teo dan Harun Salim Bachik sangat natural walaupun watak-watak kecil manakala Vanidah pula biasa-biasa ajer sebab watak dia pegang pun memang biasa-biasa ajer.

8. Ia sebuah filem yang sangat berkesan dari segi cara bercerita yang mudah difahami, terus, lurus, kudus, suci dan murni! atau ayat seertinya ialah Papadom tidak membosankan!

9. Filem ini memang selayak-layaknya sebagai Filem Terbaik FFM22! ..errr! ada bangkangan kah?

10. Promosi oleh blog ini TIDAK ditaja oleh TUSB! serius beb! gua ikhlas ni! pergilah tonton di pawagam mulai 8 Oktober 2009! berbaloi-baloi!

*ulasan blogger lain: jangantegur.com * hazelrose79 * nurul * lensabahrein76 * budiey.com * hilangpunca * anwardi.jamil * thewanonly * cartoonrama * zosaw * tontonfilem * adiluqman * megateusofe * wenkt * ikhares * vovin * sinaganaga (must read! wohoho!) * saloranseni (non-review) * sultanmuzaffar * coffeeholic * enciktonton * dewimimpi *
poster asal (lama)

poster versi ajami

FACEBOOK
SINEMAMALAYSIA


DI BALIK TABIR PAPADOM


28 ulasan:

one love berkata...

kau marah dek afdlin bang oi tukar font papadom tu! heheheheh :p

disney sungguh

Ajami Hashim berkata...

manader! manader!

fadz berkata...

ye lah tak taja: t i p u.

heheh

maaf, buat aku, filem ini jauh daripada boleh memenangi filem terbaik.

Ajami Hashim berkata...

b e t u l ! ! !

Muhammad berkata...

ya aiiiiiiiiii.
tak kene saman ke nanti nieh !!
parody lahh kan .

tapi , me still rasa percubaan afdlin kali ini amat berkesan.

couse masa , menonton. Me teringat2 bout my abah.

kasih sayang macam papadom.
sedap , rangup dan tawar.
tapi kita jarang perasan.
kan kan kan...

p:s - ( uncle , cepat gie goreng papadom )

Umi Rose berkata...

eh lepas ke tak ek komen tadi..anyway...

sungguh comel font ittew...I like...and...

setuju
setuju
setuju
no. 9=ermmm....buat bodo...lalalala
setuju...

wajib tayang..eh bukan..wajib tonton

I am Karl berkata...

sebuah karya jujur dr afdlin

karl rasa

sgt jarang ada film2 menghargai bapa kan? dan bapa dihighlightkan

selalunya pun film bollywood

well, norkhiriah pelengkap film ini!

zulazahari berkata...

Ada macam cerita Lion King tak? Haha...Huhu...

Duke Luce Dell'amore berkata...

SENTAPNYA jim xdpt p tgok smlm..
jim ade klas dr kul 2.30-4.30 ptg smlm..
jeles sgt xdpt tgok preview filem ni..huhuhu...

hafizanmohd berkata...

akan menonton filem ini!
;)

Joey Mie berkata...

filem ini suatu santapan jujur dari afdlin buat masyarakat...termasuk pembikin filem ye..ade jugak mesej yang ingin disampaikan..

dialog abg afdlin gunakan too good contoh..

"dlm byk2 tukang kebun saya kenal.."

"byk sgt ke tukang kebun awak kenal"...

hahaha..lawak la!

ryann berkata...

suka dengan filem jentik menjentik ni bang. mesti tengok

Afdlin Shauki berkata...

Terimakasih kerana feedback jujur anda semua.. mungkin lepas ni disney akan panggil gua arahkan filem diorang. Insya allah. Mungkin juga juri FFM tu kurang bijak kan Fadz...

Ajami Hashim berkata...

Salaam..

All, tQ komen2 ekk! ajak reramai penuhkan panggung mulai 8 okt yer!

bro Afdlin, tQ muah2.. lu mmg kewl bro! :-)

Nazim Masnawi berkata...

fadz, afdlin ckp ko sukk.

Ares Bahar berkata...

papadom, sedap makan dengan nasi kandar, makan dengan tempoyak, sedap? hahahaha...

Masih lagi tak tahu nak cakap ape pasal filem ni. Kena tengok dua kali nih...

wénkt berkata...

well, biasa la
filem terbaik ialah filem tanpa efek2 komputer semua

bagi wan,
filem ni mmg bagus.
jalan cerita simple

buat semua bapa2 di malaysia
ianya filem yg menunjukkan erti kasih sayang papa
kepada anaknya

kita sedar bila kita kehilangan sesuatu
biasa kan?

fadz berkata...

takpe, afdlin masih bertatih.. wo ho! kerek babi aku Nazim! taklah, but good effort lah afdlin, hanya "i like wat i like" kan? Btw ppl, go buy Sell Out! dvd.. kalau ada.

fasal sarkas nominasi FFM dan jurinya, hal ini aku utarakan oleh sebab insiden ini: http://tontonfilem.blogspot.com/2009/08/sebuah-festival-kecil-tapi-besar-dan.html

dodol sahaja berkata...

if betul it kindda ke'disney'an,
adakah penonton akan blow away with the film.
adakah,ia kelihatan copy paste or seakan film2 disney yg kiter familiar?
adakah film ni betul2 berkuliti dan berwajah 1 malaysia,dari trailer dia,
this movie just biase2,
but when i read all the people punye pendapat,it different.
but do you think this film really deserve to won maser ffm22 ari 2??

Ajami Hashim berkata...

NOTA:

maksud ke-DISNEY-an aku tu boleh di-mungkin-kan kpd 2 anggapan:

1. papadom berjaya mencapai tahap DISNEY itu yg bukannya calang2 yer!

2. filem2 DISNEY tak pernah menang filem terbaik di oscar? (the only animated Disney movie nominated for Best Picture was Beauty and the Beast 1991) >> bagi aku, kemenangan FFM22 papadom adalah layak & mutlak! (dah berlaku)

but hey! walau apa2 pun blogger/media tulis about papadom, ia MASIH sebuah filem yg seronok utk ditonton sbg sebuah HIBURAN! pendapat aku, majoriti khalayak TAK PEDULI apa yg diulaskan oleh mana2 ulasan (mungkin sikit jer yg baca rev internet/media).. yg paling penting ialah enjin PROMOSI TUSB sendiri segigih mana utk 'menjual' filem ini? sbg contoh: sebyk mana BILLBOARD sekitar KL yg sebesar2 alam mampu disewa oleh TUSB utk letakkan poster papadom? huhuhu!

zubin berkata...

so tak rugilah akau tak dapat tuang kelas hehehehe nak pegi cari filem disney

zubin berkata...

hello ajami, sebab aku belum tengok lagi filem ni dan baca reviu korang dan terasa nak jugak reviu, terpaksa aku buat sesuatu, bacalah Papadam & Filem Makanan Lain kat blog aku www.saloranseni.blogspot.com

fadz berkata...

Sapa kata filem disney tak pernah menang oskar?

Fantasia tu apa citer? Walaupun "jury prize" eh (special prize for achievement)

Dan Bug's Life, Finding Nemo, Wall-E, Ratatouiee tu kebenda? Walaupun Best Animated Film. still, a film..

deennasour berkata...

weh weh, SMASH yang paling best dari afdlin ialah babak first dlm bilik kuliah;

shasha : buat filem bukan untuk dapat untung ke prof?????

deennasour : hah lu pikir lah sendiri!!!!!

Adie Waridi berkata...

suka2..tgk filem ni..suka khairiyah...dah review..huhuhhu

Ira Fazir berkata...

gua tak nak review apa2 cuma saja nak lalu tengok... anyway TQ
hehehehehehehehehe

FJ berkata...

agak-agak papadom ni ada kutip idea dari filem college road trip tak?

Cinta Misteri berkata...

Papadom mmg best.

So, guess what bring me here?

CiM sdg dlm mood menyiapkan tugasan review filem ttg kekeluaragaa, perhubungan, komunikasi. and proud to announce, I'll choose Papadom

Mohon share yeaapp... :)