Khamis, 3 Disember 2009

NATRAH ~ persembahan komersialisme bersadurkan nasionalisme?

NOTA: Teater NATRAH dilanjutkan sehingga 13 Dis 09!


*Ulasan ini juga dibincangkan juga di FACEBOOK saya :-)

Teknikal


1. Paparan kronologi kejadian (backstory) di pembukaan persembahan sangat banyak tetapi terlalu cepat fade-in/fade-out – samada ia perlu dibaca untuk memahami permulaan cerita atau sebenarnya sekadar syarat lalu menyuruh khalayak merujuk semula buku sejarah?
2. Blind-spot – Ruang pentas Istana Budaya sememangnya sudah bersaiz gah seumpama sebuah bingkai gambar yang boleh ditatap dari sudut manapun kedudukan khalayak yang bertingkat-tingkat. Maka apabila ada babak yang melimpah keluar dari bingkai iaitu para pelakon turun ke kawasan lantai khalayak, akan wujud blind-spot kepada sesetengah penonton bergantung kepada posisi duduk mereka. Teknik ‘breaking the 4th wall’ sebegini mungkin berkesan bagi persembahan dalam dewan yang rata seperti dewan sekolah.
3. Muzik latar rakaman dari cakera padat?
4. Paparan sarikata di kanan dan kiri pentas sangat membantu tetapi adakalanya tercepat atau terlambat dipaparkan seiring dengan butiran dialog para pelakon. Paling ketara ialah semasa tafsiran ayat Al-Quran yang dibaca oleh Natrah (Maya) semasa Aminah (Umie) menjahit kain dimana ayat tersebut sangat berkaitrapat dengan penceritaan yang diangkat (nota: berdasarkan penontonan saya pada 2 Dis - sudah tentu akan diperbaiki 'pacing'-nya untuk 3-9 Dis)
5. Set dan kostum – ok! Terutama sekali 2 monumen besar di penghujung persembahan yang sangat berani mati!..hahaha! (kena tonton sendirilah)
6. Sistem bunyi – boleh diperbaiki lagi kerana ada sesekali mikrofon pelakon tak berfungsi tapi masih oklah!

Cerita & Penceritaan

1. Ia adalah kombinasi fakta sejarah dan fiksyen. Maksud saya, kronologi ceritanya sudah tentu berdasarkan rujukan fakta betul yang panjang lalu didramatikkan untuk menjadi sebuah persembahan yang berdurasi terhad.
2. Sekuen babak detik bersejarah terpilih yang serius diselang-seli dengan babak melodrama, humor dan muzikal.
3. Struktur penceritaan non-linear (monologue, flashback, real-time) disusun dan diadun sekaligus.
4. Monologue oleh Natrah (Sofea) menjadi overture dan finale persembahan ini sebagai persoalan “What if…” Natrah masih hidup hari ini.
5. Babak monologue berselang-seli oleh Aminah (Umie), Adelaine (Samantha) dan Natrah (Maya) di kemuncak persembahan ialah momen yang paling hebat untuk menginterpretasikan konflik serantau dahulu. Ia juga terus menjurus kepada soal mikro setiap watak kerana sebenarnya ia adalah masalah dalaman pertembungan dan perbezaan budaya kekeluargaan di antara mereka sahaja secara individu yang sepatutnya tidak menjadi sebegitu besar. Ya! Tetapi saya walhal Natrah, Aminah dan Adelaine sedari bahawa konflik terpencil di antara mereka menjadi snowball-effect apabila berkaitan dengan agama lantas meruak ke dalam masyarakat (baca: politik dan sosial) waktu itu.
6. Tajuk teater ini ialah ‘Natrah’ dan bukannya ‘Maria’. Maka sudah tentulah point-of-view sebahagian besar persembahan ini bercerita dari pihak sebelah sini dalam time-frame kita. Namun segmen-segmen menuju penghujung persembahan, diangkat juga sebahagian kecil kehidupan Natrah/Maria di Belanda berdasarkan rujukan media sahaja. Sudah tentu ada missing link tentang kehidupan sebenar Natrah/Maria di sana kerana ia bukannya kisah biografi lengkap sepenuhnya. Ia cuma sebuah persembahan yang terhad dengan kronologi terpilih sahaja. Jadi adakah ia boleh dikatakan bias?
7. Yang paling menjengkelkan saya secara peribadi ialah kemunculan Mansur (Remy) yang menyanyikan lagu pop sejurus selepas ketiga-tiga watak Natrah, Aminah dan Adelaine ber-monologue! Memang turn-off betul kepada momen paling kritikal sebelumnya! Why oh why???..hahaha!

Nota: Saya mencadangkan kepada Erma Fatima (dicetak Eirma Fatima dalam poster) untuk mengangkat karya teater Natrah ke bentuk filem atau siri-mini televisyen “Suatu Ketika” di saluran Astro Citra!..amacam?

*ulasan kritis: sultanmuzaffar.blogspot.com
*ulasan selebriti: tiara-1, tiara-2
*ulasan panas: akubimbo.blogspot.com
*ulasan lain yg bagus:
koishiemerah.blogspot.com
raihanmk.blogspot.com
afrayuri.blogspot.com
que23.blogspot.com
theerraticdreamer.blogspot.com
zabidiskrip.blogspot.com (sejarah Natrah)

8 ulasan:

daydeck86 berkata...

ok! Terutama sekali 2 monumen besar di penghujung persembahan yang sangat berani mati!..hahaha! (kena tonton sendirilah)


salam ajami rasanya monumen yang besar tuh adalah patung & salib tuh kan...

Umi Rose berkata...

dah baca aku bimbo, baca pulak ajami hashim..terus rasa macam nampak pementasannya dalam review anda berdua...tak tengok life pun takper dah kot...hahahaha

ryann berkata...

terlepas tonton ajakan kawan semalam. bila la bole tengok. mesti kena tengok juga ni, terutama lps baca aku bimbo.haha

Ajami Hashim berkata...

Salaam all,

TQ bagi komen k :-)

fyi, filem NADRA katanya sedang dlm pembikinan terbitan MONSOON PICTURES

ref:

http://www.monsoonpictures.com/news.html#1
http://www.monsoonpictures.com/film-nadra.html

Afra Yuri berkata...

i just bump into your blog and gees, thanx ya for putting me in your 'ulasan lain yg bagus' list.i think its my mum review yg bagus tu haha.. i've link ya ;)

cintalaila berkata...

Salam...dah tengok malam semalam ternyata hebat sangat..anak-anak yang berusia 5, 8, 11 tak mengantuk serta banyak aku kena jelaskan lebih lanjut...ini bermakna natrah berjaya...siap ajak nak pergi tengok sekali lagi tapi tiket dal sold out da......

Tanpa Nama berkata...

Sudah sampai masa untuk tukar nama ke ISTANA BUDAYA POPULAR. Amacam, setuju?!

shalmadrep berkata...

Salam Cek Ajami,

Selepas dikatakan akhir Show teater Natrah, Saya telah menonton setiap hari, hahaha...

Orang kata lagu hindustan tak kena ngan cerita itu, tapi 'kami di belakang pentas' menari bagaikan sawan... haha, itulah penghibur kami... Segala penat dan sakit hilang seketika :)

Namun setiap kali selepas pementasan itu, berkali-kali persoalan bermain di benak fikiran saya, hinggakan saya tersesat di laman saudara.

Apapun, satu ulasan yang agak bagus dari saudara-saudari sekalian :)