LAGENDA BUDAK SETAN ~ cerita yang masih seronok?
Salaam..
Filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel yang sangat popular di tahun 80an. Jadi..adakah ceritanya masih seronok pada hari ini? Secara peribadi, saya katakan bahawa plot asasnya sangat klise dek kerana pengulangan plot konflik cinta bersegi-segi di antara Kasyah, Ayu dan Azmi (dan Katerina) sudah diulang berkali-kali di sepanjang lebih 20 tahun yang lalu sehingga kini samada di televisyen atau filem. Namun begitu, seandainya filem ini dibikin di tahun-tahun terdekat semasa penerbitan bukunya dahulu, ia pasti sangat-sangat 'akan' popular dan laku. Itulah perjudian nasib filem ini yang bakal ditayangkan mulai 3 Jun 2010 nanti samada pembaca tegarnya dahulu akan berduyun-duyun ke pawagam berserta penonton yang tidak pernah langsung membaca novelnya seperti saya? Tidak dinafikan bahawa sesebuah kisah cinta akan kekal evergreen sampai bila-bila pun kerana keperluan azali seksualiti adam-hawa itu adalah sama cuma acuan dan latar zaman kisahnya yang mungkin berbeza.
Cerita Lagenda Budak Setan telah menekap dan memimik pola sosial dan budaya semasa novel ini ditulis dimana teknologi internet dan telefon bimbit belum ada. Ok..betul tiada komunikasi pantas dan ringkas seperti sms, e-mail, twitter, facebook atau BlackBerry Messenger waktu itu yang memudahkan lagi penceritaan bagi 'merumitkan' lagi konflik di antara Kasyah-Ayu. Maksud saya, pemutusan hubungan semasa Kasyah berkelana menyiapkan kajian bagi menamatkan pengajiannya ialah elemen penceritaan yang sangat-sangat berkesan untuk mengiyakan bahawa berita perkahwinan Ayu-Azmi tidak diketahui oleh Kasyah..selama setahun beb!
Penceritaan filem ini meletakkan khalayak seolah-olah 'membaca' novelnya mengikut bab..agaknyalah? Saya akui kesukaran utama sebuah adaptasi dari novelnya ialah pemilihan blok-blok cerita terpilih dari kronologi kejadian yang berlaku di sekeliling kehidupan Kasyah yang sangat panjang (tebal). Di sinilah kompromi di antara kehendak penceritaan Ahadiat Akashah sebagai penulis novel dan Armantono penulis lakonlayar untuk memilih yang terbaik dan terpenting untuk dipadatkan dalam ruang durasi sebuah filem. Kemudian perlu ditangani oleh Sharad Sharan sebagai pengarah dengan kerja berkumpulan para pekerja filemnya. Ok..pemilihan inilah yang perlu berhati-hati supaya penceritaannya tidak melompat-lompat, tertinggal atau perlu ditokok-tambah untuk menjalin kronologi yang sesuai sebagai sebuah filem secara berdikari.
Secara peribadi, saya melihat filem ini pada awalnya begitu khusus kepada kisah konflik percintaan Kasyah-Ayu sebagai jalan cerita utama dan kemunculan Azmi sebagai orang ke-3, konflik Azmi-Ayu-Leha (ibu Ayu) sebagai subplot. Namun begitu apabila masuk ke pertengahan cerita, filem ini disumbat plot-plot baru yang bertimbun-timbun, bertimpa-timpa, silih-berganti! Waktu itulah saya terfikir bahawa kembali kepada tajuknya Lagenda Budak Setan ialah kisah di sekeliling Kasyah iaitu melibatkan Ayu, Emilia, Suzana, Azmi, Leha dan paling mengejutkan tambahan watak Katerina hampir ke penghujung cerita? (hook untuk sekuel mungkin?) Saya tidak menidakkan apa cerita yang ada di dalam novel asalnya. Cuma penceritaan ke penyudahnya terasa seakan terkejar-kejar dan berkecamuk serentak untuk dihabiskan dalam durasi yang terhad kerana sudah hampir ke penamat filem. Penukaran lompatan kronologi (time-frame) sangat pantas dan pendek. Semuanya berlaku dalam 3rd act! Semuanya!
Namun begitu, saya salut kepada kualiti lakonan para pelakon dan sinematografi filem ini. Adakah adaptasi bermaksud benar-benar setia kepada jalan cerita asal? Persoalan samada untuk memenuhi 100% kehendak pembaca novelnya atau mengangkat semula novel ini sebagai sebuah filem cerita baru yang mengandaikan semua khalayak adalah sama (pembaca dan bukan pembaca). Perbezaan di antara 'inspired by' dengan 'based on'?..dan filem Lagenda Budak Setan ada jawapannya sendiri?
*ulasan-ulasn 'setan' yang lain..hehe!
tontonfilem * raydrevil * sinaganaga (peserta imam muda yg tersingkir awal) * megateusofe * faisalmustaffa * adiluqman *
susah jg ye nk muatkan kisah sekelepuk dlm novel dlm satu filem yg berdurasi 1 jam stngah je, tnpa ada rasa kcamuk dn rushing nk abiskan crita.. x sbr nk tgh sbb hero dia FK, hehe. nyway, thanx for the review pkcik. fuhhh... finally dpt gak baca ur ribiu again :)
ReplyDelete-rektor tiada masa utk mhulur surat pada budak nakal utk diberi pada mak/bapa keh keh keh
ReplyDelete-dgree buat kajian sampai setahun? keh keh keh...M.A pun 3/4 bulan je keh keh keh
-setuju sgt ulasan pasal teknologi
keh keh keh
-dah tahu muka farid banyak jerawat jgnlah duk ulang2 C.U pada muka dia keh keh keh
-harus juga dititik beratkan setelah wajah ayu diubah suai...badan?....keh keh keh
salam.
ReplyDeletesalah seorang peminat tegar novel2 AA dr zaman mula2 dia muncul, dan bila dpt tau LBS akan difilemkan rasa sgt2 looking forward, tp terus rasa tak best bila dpt tau watak 'kasyah' diberikan kpd FK! wajah dia tak 'cukup' la utk menunjukkan 'rasa cinta agung' tu! i'm expecting someone yg ada 'rupa melayu'! tapi bab sinemotofrapgy tu betul.. sgt cantik & boleh dikatakan kemas (trailer).
ps- tau tak brp kutipan utk belukar? tq
Aku tak nampak penggunaan teknologi seperti handphone dalam cerita ni... As if kita semua dibawak balik ke 20 tahun yang lepas. And it's true like what you say... Macam mana Kashah boleh tak tahu Ayu kahwin. Kata, cinta sejati, kan? If I love someone, I akan sanggup buat apa saja semata-mata untuk cari line so I can at least SMS to my love one. But that is me of course... Aku bukan Kashah (dan ini antara sebab aku langsung tak bersimpati dengan wataknya hatta sedikitpun).
ReplyDeleteThe plots are incredulous... Plastik surgery lah... Amnesia lah, mati beranak lah. All in one movie??? Kalau TV series 1 jam 26 episode, yes, aku boleh terima... Tapi dalam durasi filem. Are you kidding me?
Okay, whatever it is, an adaptation is an adaptation, yer. Lagenda Budak Setan could have been adapted better if the story is focused on why he is called 'Budak Setan' and why is he a Legend to start with. Buat jer cerita zaman dia kat kolej and focus. Yes, FOCUS. Keep the story simple. And that's why Ali Setan works!
Whatever it is, watching the movie yesterday reminded me why I didn't read the novel(s) when I could when I was younger. Sekian.
apa yang menyebabkan saya xterasa nak tgk LBS ni sb watak kasyah tu Farid kamil pegang. xlah xnampak apa2 impak pd setiap lakonan dia. Atahlagi filem yg dicedok dr novel terkenal...patutnya somebody else..
ReplyDeleteJeff,
ReplyDeleteKalau ada free time - jom lepak kat kampung hok Farid Kamil lepak tu - gua nampak macam best je! Wat say you?
p/s: ulasan paling cilake di blog gua yeah, kawan2! ngeh ngeh.
tapi ramai ah yang nangis kan tgk filem ni?
ReplyDeletemagic tak
ReplyDelete5 minit selepas me habis menaip review ( dengan hati yg penuh suci dan nurani ). Tanpa rasa mau kutuk2 n menci2 terhadap filem ini..tiba2
datang seorang teman :
bagi me buku " Lagenda Budak Setan " dan " Pilot Cafe " ...n letak kat my table.
huaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh
Aku tak pernah baca novelnya. Lepas tengok filemnya, aku langsung tak berminat nak bacanya!
ReplyDeleteNovelis sebelum nak jadi penulis lakonlayar, kenalah ada ilmu menulis lakonlayar. Ye kan beb? Tanyele Ajami, anakmurid Robert McKee!
love the novels,love the trailer..tp bila announce FK jadik Kasyah, turned off sgt2..
ReplyDeleteThe novels mmg melodramatik sesgt,smpi guys akan rasa menyampah. but girls,mmg jiwang karat la lyn..hehe..
i dont think so i'll watch the muvi kot.xnak kecewa sbb i love the novels!
ALEXA RANKING-HOW I INCREASE IT
samekom
ReplyDeletehai sya peminat filem2 malayu seperti lagenda budak setan
sya pon dh tonton citew nie meman terbaik
dan kalu blh sya nk wat koleksi dn dimanakah saya blh muat turun citew melayu yg terbaru adakah anda blh tolong saya.^^
samekom
ReplyDeletehai sya peminat filem2 malayu seperti lagenda budak setan
sya pon dh tonton citew nie meman terbaik
dan kalu blh sya nk wat koleksi dn dimanakah saya blh muat turun citew melayu yg terbaru adakah anda blh tolong saya.^^
nk tgk cite ni tp xsempat. huhuhu
ReplyDeletetakde blog yg nak review pasal Andartu Terlampau ke?
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteLBS dan katherina adalah antara novel AA yang saya tak pernah ada rasa teruja untuk membacanya sedangkan novel2 AA yang lain telah saya khatamkan... banyak...antara yang terawal yg saya baca adalah JOY.. tapi bila LBS diangkat menjadi filem terujanya saya hendak menonton begitu memuncak... namun akhir tontonan saya kecewa, walaupun mmg filem ini meruntun jiwa.. tetapi filem ini terlalu NOVEL. kisah yang bertahun dalam novel nak dipendekkan menjadi durasi 180 minit.. terlalu mustahil.. namun lakonan lisa mmg patut dipuji juga Q. FK erm.. saya terbayang ADAM- Sein namun sein tak begitu melayu untuk watak kasyah tapi romantisnya pasti lebih meruntun jiwa... huhuhu
erm.....sy peminat novel ni jugak....tetapi saya agak kecewa dgn jalan cerita yanag difilem kan tak tele dgn novel....5 minit saya masuk....saya dah lost terasa macam nak balik je....mintak maaf kepada peminat semua jgn mara ye dgn kutukkan saya...saya harap sambungan nyer akan lebih baik dari yang ini..cerita byk episode pun tak ape yang penting best....jgn dipendekkan cerita sampai....byk part yang best dipotong atau diubah untuk mendekkan cerita tersebut..
ReplyDeleteangpa ni citer melayu kalu ade je mende tak kene , kalau citer omputih sume tip top , pe nak jadi muda mudi zaman skang
ReplyDeletebukn nk ckp org putih slalu tip top,n jauh skali nk kutuk sume citer mlayu..tp mmg kbenaran..aku x penah baca novel ni..1st time dgr bile bro afdlin promote kt blog n fb dia..mula2 trase nk cari novel dia..tgk sipnosis pon mmg best..tapi bila kua dr panggung,tros aku rasa cam da xde mood nk cari novel dia..maybe novelnya hebat..plakon2 pon hebat..tapi maybe slah org utk mengarah..sorry to say..
ReplyDeleteseronok dgr lagu tema hilangnya cinta
ReplyDelete