GENG SURAU ~ kisah 'Mayat' kembali ke pangkal jalan?


Salaam..

Pertama kali saya mendengar tajuk Geng Surau ini saya teringat Geng Bas Sekolah di Astro Ceria? Secara asasnya, siritv ini mengisahkan tentang watak Mayat/Razif (Beto Kusyairy) seorang budak setan yang kini menjadi lagenda (Lagenda Budak Setan?) yang pulang ke kampungnya semula setelah 3 tahun di pusat pemulihan akhlak. Diantara kejahatan (kenakalan) paling kejamnya iaitu meletupkan seekor kambing! kepunyaan Abang Abu salah seorang jiran yang juga penjaga surau di kampung itu (baca: Mayat pernah berwatak seakan pengganas?) Itu belum lagi termasuk beberapa aktiviti 'jahat'nya yang lain kepada orang kampung yang kini menghantui mereka sampai bila-bila. Sekali fikir watak anti-hero Razif sewajarnya ditakuti dan mungkin ironi untuk diangkat bagi sebuah siritv yang bertemakan keagamaan bertajuk Geng Surau? Mungkin ia berbunyi gelap ala-ala filem Castello atau Budak Kelantan?




Namun begitu setelah menonton episod pilot dan ke-2 siri ini saya merasakan bahawa siritv ini lebih 'alim' dari drama atau filem yang mengajak kepada kebaikan secara didaktik dan serius. Ia sebenarnya berat tetapi diberikan suntikan dark-comedy yang lebih ikhlas dan terbuka kepada khalayak untuk mencari 'kebaikan'nya tanpa disedari. Malahan rasanya kalau pergi ke pelusuk kampung manapun sudah tentu ada cerita atau watak 'budak setan' seperti Mayat/Razif masing-masing. Seandainya siritv ini diceritakan dalam keseriusan yang klise, pasti ia seperti kebanyakan drama yang sediada.




Siritv ini mengangkat persoalan kepada khalayak mengenai erti 'peluang ke-2' kepada orang lain yang pernah membuat kesilapan serta kisah orang kampung yang fobia kepada bayang-bayang sendiri. Ia membongkar sifat prejudis, politik kampung, erti persahabatan, percintaan sejati dan makna sebenar seorang 'stalker cinta' eh? melalui watak Uddy (Intan Nur Saina). Antara plotnya mungkin memang biasa sahaja masih berlegar tentang perebutan kekasih hati cinta 3-segi: Razif-Azreen-Lokman (Beto Kusyairy, Anita Baharom, Amran Ismail) tetapi diselitkan dengan kisah sinis kekalutan masyarakat secara bersahaja. Bagaimanapun watak Abang Abu lakonan Azhan Rani sangat menonjol untuk diikuti di awal cerita. Yalah! watak-watak lain juga perlu ditonton sehingga tamat siritv ini untuk melihat perkembangan watak mereka!




Geng Surau sedang ditayangkan di saluran Astro Oasis (saluran 106) mulai 10 Ogos 2010 yang lalu, setiap Selasa-Sabtu, 7.30 petang, ulangannnya 9.30 malam dan 4.30 pagi.

INFO PRODUKSI:
Produksi: PENA CREATIVE PICTURES & KL MOTION PICTURE (usahasama)
Penerbit: Puan Hajjah Ziela Jalil
Pengarah: Wan Hasliza Wan Zainuddin

Comments

  1. menarik juga kisahnya....meletupkan kambing? huhuh ganas ganas...tapi aku suka title dia. simple..

    ReplyDelete
  2. wah,,jahat betul budak tuh ye, kambing pun diletupkannya. Apelah dosa kambing tuh. But it's nice..

    ReplyDelete
  3. owh! ingat citer hantu td.. =P

    salam ramadhan dari MDT

    ReplyDelete
  4. baru tengok 3rd episode. mcm best jer! kelakar ok? hehe... ^_^

    ReplyDelete
  5. terjebak pulak tengok citer ni semalam.
    uddy,selalu jmpa watak ni dalam reality :).

    ReplyDelete
  6. Crita nie best. lawak yang boleh kita relate, pastu, jln crita simp[le tapi menarik.Tempo crita pun xlembap mcm sinonim ngan crita melayu sebelum-sebelim nie. Jalan crita pun x longgar. Syabas pada sapa yg buat crita nie, memang best.

    ReplyDelete
  7. cerita Geng Surau sepatutnya dikembangkan dengan begitu teliti dan menarik. Dan penyampaian sepatutnya berkesan kepada audiens. 10 minit pertama saya lihat drama geng surau masih belum menarik perhatian saya. terlihat sesetengah babak seperti kebudak-budakkan termasuk lakonan orang dewasa dalam geng surau itu. Contoh terbaik drama yang memberi kesan berkaitan agama ini dalam drama dari seberang seperti 'Kiamat Sudah dekat' lakonan Deddy Mizwar. seetengah babak menyentuh perasaan seperti babak perbualan antara ustaz dengan orang kaya mengenai mengenal tuhan dan keimanan begitu juga drama Para Pencari Tuhan yang baru-baru ini ditayangkan di Astro, cukup menarik dari segi penyampaiannya.

    pengarah dan penerbit drama perlu belajar dari jiran kita untuk menghasilkan drama agama yang berkesan dan pada masa yang sama menghiburkan (tiada nampak kebudak-budakkan). Harapan jangan ada terkecil hati komentar saya ini yang sekadar satu pandangan ikhlas membina.

    Salam

    Achmad Abdollah

    ReplyDelete
  8. yup..sempoi n sesuai utk semua golongan masy....
    hope lebih bnykkn citer mcm nie..
    dpt menarik perhatian remaja zmn skrg

    ReplyDelete
  9. syabas kpd pembuat drama ni, ni la crita pertama melayu berunsurkan islam yg sy suka.. Terdapat humor yg baik dan jalan cerita yg ringkas. Drama melayu gini patut dperbanyakkan lg. Thniah!

    ReplyDelete
  10. drama ni lari dari genre tipikal bila puasa dan dekat2 raya kena sedih.. padahal pengisian puasa itu lebih dari tu..

    peh punya takleh tinggal, suami mintak tolong ambik air pun, tunggu iklan baru bangun..

    ReplyDelete
  11. Geng Surau patut diteruskan selepas ramadhan. Crite menarik, realiti kehidupan yg digarap secara komedy.

    Syabas.

    ReplyDelete
  12. masa 1st time tgk, mcm x besh (myb sbb bz buka pose kot)tp bila dh lama2, terikut2 nk tgk lg dan lg dan lg dan lg dan lg..huhu. ujung minggu siap ade geng surau maraton lg.... mmg best! pak abu tu lawak gile.. 2 thumbs up!!

    ReplyDelete
  13. Salaam all,

    terimakasih di atas semua komentar anda..

    fyi, komentar anda dibaca oleh produksi GS terutamanya pengarah Wan Hasliza..

    teruskan memberikan komentar muahhh! :-)

    ReplyDelete
  14. sangat2 kelakar. belum miss pun satu episod.. rasanya peminat tegarlah.

    ReplyDelete
  15. salam,

    aku salah seorang penonton setia siri ini. jadi aku sangat teruja nak komen mengenainya.

    aku suka pada jalan cerita yg cuba disampaikan. cerita yg simple dan penuh humor itu membuatkan ianya cukup dekat dengan aku yang menonton. aku juga suka setiap watak yang dimainkan. bermula dengan watak utamanya sehinggalah ke watak sampingan semuanya punya attitude masing2. karektor mereka menjadi.

    aku menonton setiap episod tanpa ada satu pun yang aku tertinggal (setakat ni). apa yang aku perasan, setiap episod pasti ada babak sinis yang akan membuatkan penonton kembali untuk muhasabah diri. aku suka tang tu. kira dalam kita ketawa2 dengan babak yang dilakonkan boleh jugak kutip2 pengajaran yang ditinggalkan.

    aku tak adalah pandai nak komen yang macam2. ini aku tulis selaku pandangan seorang penonton yang sukakan drama ini yang aku rasa adalah drama melayu yang lain dari yang lain. ini bukan drama islamik yang tipikal seperti yang selalu dipaparkan dalam televisyen. ia ada keistimewaannya yang tersendiri dan mampu menarik setiap golongan duduk mengadap di depan televisyen sehingga ke penghujung episod.

    buat beto,
    kau memang berbakat.
    tranformasi mayat kepada razif selaku salah seorang geng surau itu memanglah terbaik. aku suka muka innocent dan jahat kau tu. memang menjadi. gud luck.

    salam ramadhan,
    eila

    ReplyDelete
  16. beto - marbeles!!

    sherry merlis - superb!!

    bg wa drama camni laa yg perlu dibykkan utk menarik golongan muda menonton..bkn menonton buta2 tp secara x lsg mendidik mereka...kalo dibuat terlalu serius dikhuatiri golongan sasaran akan menjauhi dr menonton drama ini..syabas & tahniah kpd penerbitnya Datin Ziela Jalil..antara drama terbaik keluaran syarikatnya!!

    ReplyDelete
  17. gua pun minat gak kt siri tv nih
    share ngan gua leh yeak

    ReplyDelete
  18. citer terbaek...huhu
    bkn men2 tp mmg klakar n thumb up..hehe

    ReplyDelete
  19. Sangat suke citer ne..tgk n ketawa x ingat..syabas!!!

    ReplyDelete
  20. wahh...sgt ler mnarikk...pak abu pak abu...aduiiii...asik wat lwk jer...lokman lakk..kene tombok ngn raziffff..lebam bijik mata...haRRRharrr...;p

    ReplyDelete
  21. agak2 laa... razif a.k.a mayat tu akan btol2 brunah atau still mnjadi abag mayat??... n cinta dy utk uddy atau azreen??

    ReplyDelete
  22. kat mane nak download citer nie?? nak tgk lagi la

    ReplyDelete
  23. kat mane nak tgk episod last die ye? miss aa aritu...youtube pun xde ni

    ReplyDelete
  24. macam mana nak download cita geng surau ne..best giler...bnyak yang dah ketinggalan..so ada x link nak download cita ne..kalau boleh hantar ke alamat email sy hafizmohd013@yahoo.com

    ReplyDelete
  25. susah btol nak tgk ulangan geng surau kat Astro Oasis la ni, asyik citer indon je yg monopoli...tension aku....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts