Khamis, 28 Oktober 2010

2 ALAM (2010) ~ kisah kemaluan transeksual?

pengarah: Zarith Lokman & Hairie Othman
penulis skrip: Imran Hj Ismail
cerita asal: Rozmey & Imran Hj Ismail
genre: drama

Strukturnya non-linear. 2 cerita yang berselang-seli bercantum di hujungnya mengenai hidup dan mati Adam @ Amy, seorang lelaki yang melakukan pembedahan jantina menjadi seorang 'wanita'. Ia benar-benar menghukum secara prejudis keterlaluan kepada perwatakan utamanya melalui kacamata luaran tanpa memberikan apa-apa ruang kenapa ia dilakukan? Dalam waktu yang sama filem ini cuba bersyarah (atau membebel) seolah-olah ia suatu perihal yang sangat penting untuk diceritakan. Mungkin lebih ke depan dari isu bunuh, buang bayi, dadah, rasuah dan jenayah lain yang lebih berat? Ia seumpama tahi yang lebih penting dari jambannya? Maka kita semua mesti melihat dan mengkaji dengan teliti warna, bentuk, bau, rupa, keras atau cirit dari hasil pembuangan air besar di takungan najis?

Filem ini ialah kecelaruan tujuan kenapa cerita ini begitu perlu dan penting diceritakan? Samada hendak menunjuk untuk menginsafkan (didactic) atau mempromosikan kejahilan (glorify)? Oklah! Mungkin dengan menjalin selang-seli cerita tentang kematian yang hina (balasan) dan kehidupan mungkar maksiat (perbuatan) ialah naratif yang paling berkesan untuk memberikan teladan? Tunjuk. Jangan buat! Tetapi itulah bahananya apabila sebuah filem hendak mencampur-adukkan kedua-duanya serentak dalam satu penayangan sekaligus. Khalayak akan merasa lebih menjauhi daripada mengikuti perjalanan naratifnya.

Sejujurnya kisah keazaban untuk mengkebumikan mayat Amy/Adam di kampung masih boleh diikuti dan dramatik. Namun begitu setiap kali khalayak dipaparkan kisah Amy semasa hayatnya begitu jahanam dari segi suntingan dan pemilihan kronologi plot yang hendak diceritakan tanpa tujuan yang jelas.

Perlakonan perwatakan Amy oleh seorang pelakon wanita asli iaitu Suhailah Salam juga telah merumitkan lagi 'make believe' dalam filem ini. Penonton secara sedar bahawa dia ialah seorang wanita sejati walaupun dia berlakon sebagai seorang transeksual watak Amy. Maka setiap adegan sundal dan seksual dalam filem ini ialah secara zahirnya adalah sensual dan lucah. Kerana itulah filem ini diklasifikasikan 18. Oklah! Betul! Adegan sebegitu mungkin mampu memancing penonton lelaki yang kerakusan visual wanita seksi, tetapi adakah perwatakan itu berkesan untuk mengisi keperluan watak Amy untuk bercerita? Tidak!

Meletakkan pelakon wanita sebagai Amy juga menimbulkan satu lagi persoalan 'make believe' filem ini. Di pertengahan cerita, identiti sebenar Amy yakni dia seorang transeksual yang telah melakukan pembedahan alat kelamin lelaki kepada pembentukan seperti alat kemaluan wanita dibongkar oleh akhbar. Maka barulah kekasihnya, Juan 'mengetahui' bahawa selama ini dia melakukan seks dengan seorang transeksual! Plot ini paling-paling membuat saya ketawa terbahak-bahak! Sebelum itu, Amy juga telah dirogol secara beramai-ramai oleh beberapa orang lelaki setelah merompak Amy-Juan di tepi tasik. Lelaki-lelaki itu begitu seronok dan puas dengan kehebatan melakukan seks dengan Amy. Baiklah! Mungkin saya terlebih fikir, tetapi secara logiknya rupa fizikal kemaluan seorang transeksual melalui pembedahan plastik sudah pasti berbeza berbanding dengan yang asli kan?

Saya sudah tentu faham tema filem ini dibikin untuk mengatakan bahawa penukaran jantina itu adalah haram dan berdosa besar. Namun begitu dek kerana terlalu kasar dan beriya-iya untuk memaparkan kejahilan kehidupan Amy, menjadikan filem ini sebaliknya mendewa-dewikan budaya hidup sebegitu dengan lebih tinggi. Ia memberikan gambaran negatif tanpa bersebab dan memburukkan golongan transeksual secara pukal. Secara tidak sedar, filem ini juga ialah satu penghinaan bukan sahaja kepada kaum lelaki yang 'buta' kepada perbezaan seksualiti pasangan mereka malahan kepada semua kaum wanita kerana seolah-olah mengatakan bahawa bersenggama dengan seorang transeksual lebih nikmat ya amat? O.M.G.!!!

11 ulasan:

fadz berkata...

aku tak berahi pun tgk amy

Qarl berkata...

uncle,

LIKE LAAA ENTRY NI!

Tanpa Nama berkata...

Nak layan transexual lah lepas ni
Cam best je...

Wenkt

edzlin007 berkata...

hahaha saya suka ulasan en ajami.

hmm..poster filem ini, yg background tu mcm pernah ku lihatlah.

Bukan Sepet berkata...

Si luncai?

Terjun dengan labu labunya?

Biarkan... biarkan!

Tanpa Nama berkata...

dr romzey ada jual ubat buat p*** palsu terasa macam ori dan nampak macam ori. Kalau nak order jumpa dia kerana ini tidak diiklankan, tidak melalui pengedar sah atau haram dan melanggar akta skkm dan jualan langsung.

kakikusukareview berkata...

itu lah...buat filem taknak belajar dulu dgn org yg tahu..eksyen lg ada la..simple structure ACT 1,2,3 pun hancur! plot point tah ke mana ? citer mcm baca mastika je! ape cer ?

one more thing, sebelum nak buat filem, rambut tu cuba sikat elok sikit ya doc!

and doc rozmey, next time if u nak invest in production,carik la team yg senonoh sket ye!

Cik Su berkata...

kontrovsi btol ek..

Pegawai Khalwat berkata...

Aku nak tunggu tayang kat tivi raya tahun depan. Tu pun kalau tayanglah.

Tapi kalau ditayang serentak dengan sarkis, aku rasa aku tengok sarkis lagi.

Abir Abhar berkata...

Ok uncle...
nak kena tgok lah muvie ni..
nak tengok sejuta kali
haha

i.am.belle berkata...

OMG! filem ni 40juta kah?

kah kah kah.


ajami, dulu i ingat ni filem hantu.. rupanya bukan. mesti u tersiksa tonton filem gred B ni. huhu