Jumaat, 14 Januari 2011

KHURAFAT (2011) ~ pegilah tengok bro!

@syafiqyusof pls ckp kat syamsul, KHURAFAT filem terbaik dia so far! *highly recommended! ☺♥ ~ @ajami_hashim (via twitter)

Keberjayaan filem ini kerana jujur untuk menyeramkan sebagai genre seram. Juga mempunyai jalan cerita dan penceritaan yang kemas. Kerja kamera dan runut bunyi yang bagus. Lakonan dan pelakon yang bersesuaian (Syamsul sendiri tidak terjerit-jerit seperti dalam filem-filem sebelumnya). Flashback oleh Johan di akhir filem (yang dalam hutan tu) antara babak flashback dalam filem tempatan yang tidak redundant dan betul-betul sebagai plot poin cerita (sendi) yang menghuraikan semua persoalan konflik ceritanya bukan sekadar untuk memanjangkan cerita ajer. Kelemahan mungkin dari segi kualiti dubbing yang kadangkala sedikit 'out-of-sync' bergantung kepada kepakaran pelakon semasa proses dubbing. Juga kedengaran flat atau dynamic sound-nya kureng skit walaupun sudut kamera berurutan dari posisi yang berbeza-beza..suntingan dan kamera gerak kiri-kanan-depan-belakang-atas-bawah, tapi aku dengar dialognya ala-ala mono-sound ajer. Aku sarankan Syamsul supaya cubalah penggambaran filem rakaman bunyi langsung (direct sound) di masa akan datang untuk lebih wow! Yes..aku suka ini filim!..dan serius aku sampai sekali-sekala bukak spek semata-mata sengaja 'nak blurkan' visual aku sebab seremmm ya amatsss! :-)

Tiada ulasan: