Ahad, 29 Disember 2013

THE SECRET LIFE OF WALTER MITTY (2013)

Adaptasi filem kali ini hanyalah mengambil asas watak Walter Mitty sahaja yang suka berfantasi dalam kehidupan harian tanpa mengikut jalur cerita aslinya. Pengubahan paling ketara untuk versi filem ini ialah latar watak asal Walter Mitty yang sepatutnya sudah berkahwin. Filem ini seolah cuba menggarap penceritaan filem-filem komedi seperti Mr. Bean’s Holiday (2007) yang dicampur dengan drama umpama The Motorcycle Diaries (2004). Perwatakan naif Mitty seiras watak Forrest Gump (1994) yang mempunyai kekuatan seperti watak About Schmidt (2002). Namun begitu, Walter Mitty masih terserlah sebagai watak unik yang menjadi rujukan sejak cerpennya dahulu sebagai simbol seseorang yang suka berhalusinasi atau berangan semasa hidup seharian seperti juga watak dongeng Mat Jenin tempatan kita.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Ahad, 22 Disember 2013

47 RONIN (2013)

Watak Kai (Keanu Reeves) sebagai ‘half-breed’ atau darah kacukan bangsa Jepun-Barat ditambah ke dalam kisah asas tentang 47 orang samurai yang digelar ‘Ronin’ itu sebagai orang luar dan asing untuk merumitkan lagi konflik. Mengangkat watak Kai sebagai hero dan tarikan utamanya melalui poster dan trailer, tanpa disedari telah menjadikan filem ini seakan tidak jujur dengan judulnya mengenai 47 orang samurai.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Isnin, 16 Disember 2013

THE HOBBIT: THE DESOLATION OF SMAUG (2013)

Dikatakan bahawa buku asal The Hobbit hanyalah mengandungi lebih kurang 95,674 patah perkataan (Bahasa Inggeris) atau 330 muka surat. Namun begitu, siri filem The Hobbit dikembangkan kepada 3 buah filem dengan penambahan plot dan perwatakan untuk kesesuaian prekuel siri LOTR serta menjadikan pengembaraan Bilbo Baggins lebih menarik dan semakin mencabar. Misalnya, watak-watak yang tiada dalam bukunya iaitu Legolas (Orlando Bloom) dan Tauriel (Evangeline Lilly) ditambah dalam filem The Hobbit: The Desolation of Smaug. Begitu juga plot percintaan di antara Tauriel dari kaum Elf dengan Kili (Aidan Turner) dari puak orang kerdil Dwarf. Sekaligus dengan tambahan watak-watak itu telah membolehkan plot filem ini dikembangkan dengan lebih semarak.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Rabu, 11 Disember 2013

KOLUMPO: FINDING ENLIGHTENMENT IN THE CITY by HASSAN ABD MUTHALIB

December 11, 2013 at 10:59am via FACEBOOK

After so many turkeys and dodos over the past few months, what a breath of fresh air with KOLUMPO! The dodo is long gone but you can still spot some turkeys in the National Zoo. (One of them shares the parameters of the Zoo’s premises but that’s another story - and certainly merits far less consideration than KOLUMPO.)

KOLUMPO is made up of 3 multilingual short stories directed by Bront Palarae, Sheikh Munasar & Rozi Izma. James Wong was the associate producer under the production company, Otto Films. Set in Kuala Lumpur, the story weaves together well-known themes of life, hopes, dreams and the quirks of Malaysians of various races with a cast that includes some great actors like Sharifah Amani, Azad Jazmin, Ruminah Sidek, Nell Ng, Mano Maniam, Soffi Jikan, Sabri Yunus, Sherry Alhadad, Along Eyzandy, Radhi Khalid & Emely Poon, Ameerul Effendi and Rosnah Mat Aris.

STORY 1: Rahul, an Indian immigrant arrives in town to discover that the company that offered him a job has gone out of business. He is helped by a local restaurant owner & begins his life in the city as an illegal immigrant worker but then has to face up to his inevitable fate.

STORY 2: In Setapak, Gienna is a Chinese woman in her 30s who is constantly avoiding phone calls from her mother. She finds herself helping an old senile Malay lady who cannot remember where her house is. The incident brings her to a realization about her own mother.

STORY 3: In Ampang, young Hafidd meets a pretty stranger at the KLCC LRT station after they both miss the last train. For someone who has never dated anyone in his life, this is a life-defining moment &his only hope of a glimpse of love. At the end he realizes that Cupid uses more than arrows in the performance of his task.

The three stories create a collage of the human connections that bring happiness (or misery) in the city. Themes such as these have already been articulated in diverse ways in films such as BUKAK API (Osman Ali), SANCTUARY(Ho Yuhang), ROOM TO LET (James Lee), BUDAK KELANTAN (Wan Azli Wan Jusoh), HARU BIRU (Shadan Hashim), …DALAM BOTOL (Khir Rahman), BALADA PENCINTA (Khir Rahman), JALAN PINTAS (Nam Ron) & ROCK OH! (Mamat Khalid). While these films have been more or less pessimistic about life in postmodern Malaysia, KOLUMPO offers an alternative, non-judgmental view of the problems faced by young people and their nemeses, both real and imagined.

Much more interesting than the plot are the characters that have been conjured up to deliver what the filmmakers feel, perhaps about their own lives and experiences in Kuala Lumpur. The city has mostly been depicted in films as places of alienation, disempowerment & loss of identity. While hermits climb high mountains & gone into deep caves to achieve spiritual realisation, the filmmakers of KOLUMPO are instead saying that the big city could also be where one can find enlightenment through their experiences, both good & bad. They perhaps regard it as a duty to impart their experiences as a guide to others who come to the city with stars in their eyes. KOLUMPO’s 3 stories depict the city as a testing ground to hone oneself, that life is but a journey and that the travel is one that can bring enlightenment to those who are able to accept it.

Story 1 is not really about illegal immigrants but more about the Malaysians (the syndicate boss & the pirate taxi operator) who take advantage & are ruthless to the immigrants while pretending to be civil. Story 2 is not really about a woman who helps an old lady who is lost but of finding her own self & of her relationship with her estranged mother. Story 3 is not really about a boy in search of love but that God works in mysterious ways.

It is easy to say that Yasmin Ahmad’s story & style can be discerned in these films but the filmmakers of KOLUMPO have gone beyond that. The ghosts of yesteryear have been laid to rest (but not yet in many mainstream films apparently!).Charin Pengpanich’s excellent cinematography (as in Dain Said’s BUNOHAN)effortlessly brings the characters & their stories to the fore. While the films of Yusof Haslam & Syamsul Yusof have grandly treated the PETRONAS Twin Towers as picture postcards, Pengpanich discreetly puts them into the background. The towers appear in all the 3 stories as motifs that quietly question the role of physical development at the expense of human development (also as in ROOM TO LET). The ubiquitous sloganeering poster of the political masters is another in question (as has also been grittily done in JALAN PINTAS).

The late Datuk Syed Alwi, playwright extraordinaire once said that artistes like him do not hanker for accolades. They only want the opportunity to express themselves creatively. KOLUMPO’s filmmakers (graduates of the now defunct Akademi Filem Malaysia, the first film school in Malaysia) have quietly gone about their business by first paying their dues in the industry. KOLUMPO proves that they are now a force to reckon with but need all the opportunities they can get.

KOLUMPU entertains, it has something to say & it depicts the culture &lifestyles (both good & bad) of the peoples of Malaysia. This is the mark of a good film. KOLUMPO is the best mainstream Malaysian film to hit the cinemas this year. 

KOLUMPO (2013) ~ Kisah Hilang & Jumpa

NOTA: Ulasan ini kali pertama diterbitkan di portal Astro Awani dan disunting oleh sultanmuzaffar :)



Oleh: Ajami Hashim

Kolumpo ialah kompilasi 3 buah filem pendek yang menjadikan Kuala Lumpur sebagai pentasnya. Seperti filem-filem tempatan lain sebelum ini yang menyorot sisi-sisi terpilih penceritaan yang terpencil, sekadar menyebut beberapa buah filem yang baik seingat saya adalah Anak Halal, Chow Kit, KL Gangster, Layar Lara, Cinta.

Struktur ceritanya bergiliran seperti filem Maut atau Sini Ada Hantu. Namun kalau dipecahkan satu-satu secara berdikari ia ialah dalam kategori filem-filem pendek yang baik dan seringkali dibikin oleh penggiat filem bajet rendah dan murah dalam durasi 30 minit.

Uniknya filem Kolumpo kerana sebahagian besar durasi paparan cerita bergerak secara linear yang berlaku kurang 24 jam bagi setiap cerita dengan sedikit babak imbas kembali (flashback) dalam cerita 2 dan 3.

Cabaran utamanya pula ialah pembikinan filem pendek sebegini mesti menggunakan sepenuhnya durasi singkat setiap cerita untuk mengembangkan perwatakan dan latar ceritanya dengan segera, sekaligus dengan perjalanan ceritanya yang mesti lengkap dalam setiap segmen. 

Filem seperti ini Kontradiksi pernah cuba mahu ke panggung tetapi kerana kekangan bajet, ia cuma terus dirakam dalam format DVD.

Kolumpo bernasib baik kerana salah satu filemnya dibikin oleh penggiat seni popular arus perdana Bront Palarae serta dibintangi oleh beberapa nama yang komersial bagi memudahkan strategi pemasarannya.

Namun begitu, populariti bukan jaminan untuk keuntungan tetapi sekurang-kurangnya ia memang mampu melonjakkan karya ini untuk lebih dikenali dan dihargai.

Ketiga-tiga cerita disusun dengan cantik yakni dibuka dengan kacau-bilau operasi tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam cerita Rahul, dikembangkan dengan bersiar-siar santai dalam kisah Gienna dan Nek Wok lalu diakhiri dengan drama manis remaja Hafidd dan Siti Nur Hayy yang keluar dari filem dengan tenang.

Susunan ceritanya seolah boleh saya ringkaskan: hilang - hilang/jumpa - jumpa.

Hilang - Rahul

Ini kisah Rahul (Azad Jazmin) yang mengimpikan 'hujan emas di negeri orang'. Perspektifnya ialah sekelompok warga asing yang tinggal di sini mencari rezeki yang halal.

Segmen arahan Bront Palarae ini kemas dan sangat terjaga dari segi pembikinannya. Malahan berani menyumbatkan babak-babak 'ganjil' umpama drama muzikal - tarian di atas bumbung serta nyanyian berharmoni ala Bollywood!

Cerita Rahul bukan sekadar ditonton di hadapannya sahaja, tetapi amatilah setiap latar landskap sekitar Kuala Lumpur di setiap babak yang khusus dipilih untuk menyatakan sesuatu. Misalnya tulisan-tulisan di dinding, nama-nama jalan atau binaan yang sinonim dengan Kuala Lumpur dan kejadiannya di situ.

Segmen ini juga menyentuh senario politik dan kuasa meskipun ia berlaku dalam rumah tumpangan pekerja yang paling asas, padat dan sempit. Watak-watak seperti Rahim (Sabri Yunus), Vasu (Mano Maniam), Feroz (Radhi Khalid), Komang (Shoffi Jikan), Little One (Jee Kutty) dan terutamanya Boss (K.S.Maniam) ialah kuasa kawan dan lawan yang berlaku dalam masyarakat di mana-mana sahaja.

Permulaan ceritanya di KLIA yang mewah berakhir dalam sebuah lori penguatkuasa seolah-olah memberi ingatan bahawa 'hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri'.

Cerita Rahul ini berjaya menjentik jauh di sudut hati saya betapa beruntungnya sebagai rakyat tempatan dan cuba memahami sebahagian konflik susah-senang orang yang merantau di sini.

Kolumpo tidak terikut-ikut dengan kebanyakan filem kompilasi atau hyperlink cinema yang selalunya akan menyimpulkan, menemukan atau menyelisihkan kesemua cerita di satu babak/titik seperti Cinta atau Berbagi Suami namun ada satu babak dalam cerita Rahul yang meng”cameo”kan watak Siti Nur Hayy dalam kedai mamak, itu sahaja.

Hilang/Jumpa - Gienna/Nek Wok 

Kolumpo seiras filem Indonesia, Jakarta Maghrib dari sudut isinya dimana ia memilih kisah masyarakat yang berlaku di sebuah ibukota. Malahan cara naratif road-movie dalam sebuah kereta kisah Gienna (Nell Ng) dan Nek Wok (Ruminah Sidek) seumpama kisah Jalan Pintas dalam Jakarta Maghrib.

Berbanding kisah Rahul, cerita ke-2 ini berlaku sepenuhnya pada waktu siang atau waktu puncak yang tipikal di Kuala Lumpur, sekaligus memberikan cabaran kepada pengarahnya Rozi Isma untuk menekap suasana kesesakan lalulintas dan pencahayaan yang terbuka serta cuaca yang mesti sempurna di sepanjang penggambaran. Kacau-bilau di jalanraya itu juga memberikan tapak asas kisah Gienna yang masih dalam kesesakan pilihan hidupnya.

Seperti Gienna, penonton juga tidak dapat meneka ke mana halatuju penceritaannya bila pertembungan Gienna dengan watak Nek Wok. Plot segmen ke-2 ini menyorot persoalan dimana kadangkala di antara simpang-siur kehidupan seseorang itu diberikan petunjuk ke jalan yang betul dari sesuatu yang tidak dijangka langsung.

Dalam kisah ini, Gienna akhirnya memahami erti dan nilai sebenar kasih-sayang dan perhatian ibunya dari kacamata ‘ibu’ orang lain iaitu Nek Wok yang nyanyuk.

Setiap pengulangan soalan dari Nek Wok ialah peringatan dan soalan yang selama ini tidak mahu dijawab oleh Gienna. Kisah Gienna seolah menyambung kisah Rahul yang juga melibatkan ibunya di India secara offscreen. Penyudah kisah Gienna dan Nek Wok secara ironi ialah titik konklusi yang sangat menyentuh hati dan berjaya menamatkan destinasi perjalanannya (hidupnya) yang sukar sepanjang hari.    
                  
Jumpa – Hafidd/Siti Nur Hayy

Kisah ke-3 ialah kisah remaja yang berwarna-warni tetapi dalam kegelapan sesuai dengan durasi penceritaannya di sebahagian malam di sekitar lokasi-lokasi taman Kuala Lumpur.

Berbanding kisah ke-2, kali ini cabaran kepada pembikinnya Sheikh Munasar kerana sebahagian besar penggambarannya di waktu malam sahaja. Perwatakan Hafidd (Amirul Ariff) dan Siti Nur Hayy (Sharifah Amani) mendekati kegelisahan dan konflik remaja mengenai pencarian seorang ‘kekasih’.

Mungkin kisah remaja sebegini kedengaran klise dan mudah difahami namun bila kisah Hafidd dan Siti Nur Hayy dikembangkan ia mengiyakan persoalan konflik hubungan sesiapa sahaja tidak kira remaja atau orang dewasa. Pencarian pasangan oleh Hafidd dan Siti Nur Hayy juga seolah menyambung persoalan yang sedang dilema dalam diri Gienna dari kisah ke-2. Setiap watak yang dilalui, Sherry (Sherry Alhadad) dan Kak Nurul (Fairuz Fee) juga sebagai petanda-petanda konflik yang biasa dalam perhubungan.

Penamat kisah ke-3 ini tidak mahu menjadi terlalu happy ending tetapi cukup sekadar memberikan harapan bila Hafidd berkenalan dengan seorang gadis dalam tren yang bergerak laju seperti pantasnya kehidupan penghuni Kuala Lumpur dari ketiga-tiga cerita.

Semua orang ada ceritanya sendiri di Kolumpo.

Rabu, 2 Oktober 2013

ASTRO A-LIST (OCTOBER 2013)

REF: astro/a-list & budiey.com

National Security
"In September 1985, when the ideology between South and North Korea is sharply opposed, South Korean democracy activist KIM Jeong-tae was forcefully dragged to Namyoung where the government’s national security agency is located. There he met LEE Doo-han, the professional interrogator who was notorious for the ruthless torture. With a distorted patriotism against the South Korean military regime, LEE detained KIM over 20 days and tortured him with water and electricity until he confessed that he was under the control of North Korea. 20 years later, KIM confronts LEE again who now becomes a political prisoner. Staring at LEE with vacant eyes, KIM asks himself “Will I ever be able to forgive him?”. 2014 Academy Awards - Shortlisted for Best Foreign Language Film. Official Selection: 2012 Busan International Film Festival, 2013 Edinburgh International Film Festival, 2013 Fribourg International Film Festival. 

I, Anna
Detective Chief Inspector Bernie Reid hasn’t slept for weeks. Recently separated from his wife and son, he prowls the city at night. He fields a call to an apartment, where he finds divorcee George Stone bludgeoned to death. Near the scene of the crime, Bernie is distracted by an encounter with a female passer-by, Anna, who leaves a lasting impression. He follows Anna and when they finally meet at a singles’ party, the mutual attraction is instant, although Anna has no recollection of Bernie, nor of the night they first met. As evidence begins to point to Anna’s involvement in Stone’s murder, Bernie’s professional judgement battles with his desire for intimacy and love. When the mystery deep within Anna’s mind finally unravels, it reveals a truth too painful to bear. 2012 Winner of Most Popular International First Feature for Barnaby Southcombe in Vancouver International Film Festival. 2012 Winner of Platinum Award for Cinematic Excellence for Barnaby Southcombe in Viareggio EuropaCinema. 

Moonlight in Jilin
Weiwei often dreams about her hometown Jilin and her childhood friends. Despite the sweet memories, she cannot go back. To get the substantial betrothal money, Weiwei dropped out of school, came to Taiwan to marry a man she's never met before. Weiwei promised her friends and relatives that she would lead a happy life in Taiwan. Surprisingly her husband turns out to be gangster and suddenly absconds with their money. Weiwei has no choice but to make a living in a massage store in which some"special services"are offered, but Weiwei insists on being professional. One day the police makes a raid and a junior officer Jiahao falls into love with Weiwei at first sight. 47th (2012) Golden Bell Awards - Best Sound Mixing & Editing. 12th (2012) South Taiwan Film Festival - Competition in Drama Movie Category. Official Selection: 2012 New Taipei City Film Art Festival - Opening Film. 

The Secret in Their Eyes
In 1999, retired Argentinian federal justice agent Benjamín Espósito is writing a novel, using an old closed case as the source material. That case is the brutal rape and murder of Liliana Coloto. In addition to seeing the extreme grief of the victim's husband Ricardo Morales, Benjamín, his assistant Pablo Sandoval, and newly hired department chief Irene Menéndez-Hastings were personally affected by the case as Benjamín and Pablo tracked the killer, hence the reason why the unsatisfactory ending to the case has always bothered him. Despite the department already having two other suspects, Benjamín and Pablo ultimately were certain that a man named Isidoro Gómez is the real killer. Although he is aware that historical accuracy is not paramount for the novel, the process of revisiting the case is more an issue of closure for him. He tries to speak to the key players in the case. 2010 Academy Awards & Best Foreign Language Film. 2010 Goya Awards: Best Spanish Language Foreign Film & Best New Actress. Official Selection: 2009 San Sebastian International Film Festival, 2009 Toronto International Film Festival. 

Berlin-7 
The war in Iraq had many victims. Many of them refugees. Atef, a quiet Engish school teacher, has been living in Baghdad for years. But, after the accidental shooting of his wife. Atef takes his daughter and son and escapes the violence that has tormented this once loving family. They escape to Berlin. But their arduous journey has just begun, as Atef learns that being a refugee in a foreign country is not the dream he once thought..And his family is not what he once knew. 31st Fajr international film festival (2013) - Winner: Best Technical and Artistic Achievement (Cinematography), Best Composer, Best Sound Effect & The Islamic Human Rights Prize. 

Mr Morgans Last Love
Story based on the Francoise Dorner novel, "La Douceur Assassine". A retired American widower meets a French woman who brightens his life. From the day Pauline (Clémence Poesy) lends him a helping hand on the bus, the suicidal, stubborn Matthew Morgan (Michael Caine) stumbles back to happiness. Swept off his old feet by the young woman’s disarming vitality and unwavering optimism, the quiet teacher becomes an unlikely renewed student of life. In their every day adventures of finding a decent meal for lunch, visiting museums, or taking trips to the country, the odd couple explores the treasures of friendship, the comfort of companionship, the taste of romance – and the meaning of family. Through their mutual restoration of faith in people who care, Pauline embraces the idea of a new kind of family while Matthew finally reconnects with his estranged son Miles (Justin Kirk) who in turn finds himself deeply affected by the changes in his father. What begins as Miles’ and his sister Karen’s (Gillian Anderson) frustrated attempt to bring Matthew home to the US, leads to consequences in Miles’ own life that he never expected. Just in time, father and son learn to respect each other again, to let go of the past and open up to the future – and in their life lessons, they each in their own way find love and hope again.” Official Selection: 2013 Festival del film Locarno. 

How to Use Guys with Secret Tips
The secret to relationships for the nation's common women is revealed at last! Assistant Commercial director Choi Bona does all the hard and tedious work thanks to her indecisive personality. Endless nights of overwork has caused her face to be crisp and her hair to be messy. She is one of the most common women who doesn't even remember when her last date was. Then one day, she coincidentally ends up with a book called "Man Manual". She follows the instructions given by Dr. Swalski in the video and not only do men on the streets turn to look at her but top Hallyu star Lee Seung-jae has fallen for her. Will she be able to start a new relationship with "Man Manual"? 2013 Udine Far East Film Festival - Audience Award. 2013 FanTasia International Film Festival - Audience Awards & Best Asian Feature - Bronze. 

When Wolf Falls in Love with Sheep
This is a cute romantic love story which takes place in a neighbourhood where there are many "cram schools". A young man works at a photocopy shop and is stuck with the daily boring routine of making copies for test papers. On one of these monotonous days, he finds a drawing of a sheep on the back of a piece of test paper, which leads him to an unexpected journey. Taipei Film Awards 2013 - Best Technical Achievements. Asian Film Awards 2013 - Nominated Asian Film Award Best Newcomer - Man-shu Chien, Best Visual Effects.

Rabu, 25 September 2013

TOP 5 ~ ANUGERAH MAJLIS PENGKRITIK FILEM KUALA LUMPUR 2013

sumber: mpfkl.tumblr.com & tontonfilem

Pengarah Terbaik
Nik Amir Mustapha untuk KIL
Bernard Chauly untuk Istanbul, Aku Datang!
Mamat Khalid untuk Rock Oo! Rimba Bara Kembali
M. Subash Abdullah untuk Misteri Bisikan Pontianak
Esma Daniel untuk Zaiton, Ceritaku

Pelakon Lelaki Terbaik
Beto Kusyairi untuk Istanbul, Aku Datang!
Redza Minhat untuk KIL
Khir Rahman untuk Rock Oo! Rimba Bara Kembali
Pekin Ibrahim untuk Cerita Kita
Farid Kamil untuk Lagenda Budak Setan 2

Pelakon Wanita Terbaik
Lisa Surihani untuk Istanbul, Aku Datang!
Vanida Imran untuk Untuk Tiga Hari
Nadia Aqilah untuk Zaiton, Ceritaku
Ruminah Sidek untuk Misteri Bisikan Pontianak
Fazleena Hishamuddin untuk Kontradiksi

Sinematografi Terbaik
Mohd Noor Kassim untuk Zaiton, Ceritaku
Haris Hue Abdullah untuk Istanbul, Aku Datang!
Soon Yung Chong untuk Paper Moon
Soon Yung Chong untuk KIL
Norhanisham Muhamad untuk Sembunyi

Lakon Layar Terbaik
Rafidah Abdullah untuk Istanbul, Aku Datang!
Alfie Palermo untuk Sembunyi
Mamat Khalid untuk Rock Oo! Rimba Bara Kembali
Nik Amir Mustapha untuk KIL
Rameesh Puncharatnam untuk Olli

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Adlin Aman Ramlie untuk Juvana
Afdlin Shauki untuk Untuk Tiga Hari
Sharnaaz Ahmad untuk Sembunyi
Hans Isaac untuk Langgar
Saiful Apek untuk Rock Oo! Rimba Bara Kembali

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Umie Aida untuk Sembunyi
Anne James untuk KIL
Mislina Mustaffa untuk Misteri Bisikan Pontianak
Fynn Jamal untuk Kontradiksi
Faezah Elai untuk Tanda Putera

Filem Terbaik
Istanbul, Aku Datang! (Tengku Iesta Tengku Alaudin, Lina Tan Suan Jeu sebagai penerbit)
KIL (Rewan Ishak, Nik Amir Mustapha, Jeremy Little, Anizan Sarif, Tengku Iesta Tengku Alaudin sebagai penerbit)
Rock Oo! Rimba Bara Kembali (Tengku Iesta Tengku Alaudin, Mamat Khalid, Jalena Rejab sebagai penerbit)
Sembunyi (Tengku Iesta Tengku Alaudin, Frank Lewis, Kabir Bhatia, Jalena Rejab sebagai penerbit)
Misteri Bisikan Pontianak (M. Suurya sebagai penerbit)

ULASAN PENCALONAN AKHIR ANUGERAH MPFKL 2013

Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur mengeluarkan senarai pendek pencalonan untuk Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2013. Penerima anugerah berkenaan mengikut kategori masing-masing akan dimaklumkan pada bulan Oktober 2013. Setakat ini, kami mendapati terdapat 73 filem yang melalui skim wajib tayang dan telah ditayangkan pada bulan September 2012 hingga Ogos 2013, tidak menolak beberapa filem terbitan tempatan bukan berbahasa kebangsaan, filem animasi, serta filem bebas yang tidak dimasukkan. Semuanya melalui pertimbangan dan penelitian khusus. Setakat pemerhatian kami, kuantiti tayangan filem tempatan mendadak naik daripada tahun lepas setelah penganjuran dua filem tayangan seminggu dijalankan. Banyak filem bergenre dalam landasan kotemporari menjadi pilihan para pembikin. Tema sihir, tahyul, dan gangsterisme mendapat tempat teratas, selain percintaan dan persoalan moral dalam Islam turut dicitrakan. Paling menarik, terdapat beberapa penampilan sarana kumpulan minoriti terhadap wahana sosial sekarang yang ditampilkan. Peningkatan penayangan filem tempatan berbahasa ibunda serta “percubaan” filem adaptasi karya kreatif pada tahun lepas dan tahun ini juga amat membanggakan. Percubaan penerbit terbesar negara, MiG untuk meneliti cerita melangkaui pembikinan harus diberi pujian kerana terdapat beberapa filem perdananya yang mempunyai penceritaan yang baik dan tersusun, walaupun bukan terbaik dari segi inti pati (substance). Dalam pemerhatian kami pada tahun ini, kebanyakan filem yang diharapkan dapat merentasi suatu mutu dan kekuatan yang boleh diiktiraf menjadi suatu permintaan yang sia-sia. Indah khabar daripada rupa. Perkara ini suatu sesalan dalam kumpulan filem yang banyak pada tahun ini. Kami turut mendapati bahawa kebanyakan filem membawakan idea dan cerita asal yang menarik, namun tidak mampu digarap dengan betul dalam beberapa perkara yang jelas, mengganggu pelancaran bentuk hasil akhir sesebuah filem. Mise-en-scène yang sepatutnya tidak dapat dirasai. Masalah ini ditambah dengan kekurangan fahaman tentang bentuk (form) filem, yang tidak menyampaikan jiwa dan kesinambungan teknik terhadap kandungan, menyebabkan inti patinya tidak begitu baik (mediocre). Masalah ini mencacatkan pencitraan filem berkenaan. Hal ini tampak jelas dalam beberapa filem adaptasi, yang jelas mempunyai idea asal yang menarik dan dapat diperkembangkan dengan intepretasi lakon layar baharu namun menjadi sebaliknya. Atas sebab ini, dari segi mutu, kami merasakan kekuatan filem mutakhir ini agak merosot. Senarai filem yang keluar pada tahun ini antara yang terlemah dalam sejarah filem Malaysia. Tidak ada yang “stand out” dan dapat dibanggakan, sampaikan kami terpaksa menimbangi perkara yang sekurang-kurangnya kecil dan khusus sebagai merit terhadap kepentingan wayang dan pengalaman wayang. Kami juga amat terganggu dengan suara penguasa dan pencatur politik yang cuba “masuk campur” dalam pengalaman pewayangan tempatan dengan alasan tetek-bengek yang tidak munasabah. Kami ingin menyuarakan pandangan mutlak, bahawa suara penguatkuasa dan politik perlu berada di luar budaya pembikinan dan apresiasi wayang. Filem ialah filem, karya yang memberikan reaksi, renungan, dan intepretasi terhadap sesiapa yang menonton layar tebarannya. Malang untuk filem seperti Tanda Putera dan Kampung Baharu/The New Village dipaksa masuk ke dalam kancah pempolitikan oleh mana-mana pihak dan dihakimi dengan pelbagai label dan kenistaan. Masyarakat perlu bergerak ke luar dan maju. Menuduh sesebuah filem “berdosa” sebelum menontonnya, seperti kes yang berlaku terhadap filem dokumentari, Lelaki Komunis Terakhir (2006) menampilakan kematangan sebenar penonton tempatan sekarang. Filem hanya dinilai atas baik atau buruknya, tidak ada cara lain lagi.



NOTA AJAMI: korang rasa siapa akan menang? lalala..


Rabu, 28 Ogos 2013

PSIKO PENCURI HATI (2013) ~ ayam atau telur?

Info filem: cinemamalaysia 

Salam.

Nam Ron, nama pengarah filem Psiko Pencuri Hati. Ayam Fared, nama penulis skrip filem ini. Pergi google kedua-dua nama itu sekarang, sebelum terus membaca ulasan ini.

Seperti seorang ahli silapmata, Nam Ron mempersembahkan permainanan 'deception' & 'perception' dengan bantuan pelakon-pelakon yang bagus. Sebagai penonton, anda perhatikan betul-betul 'di sebalik' setiap perlakuan watak-wataknya kerana ia akan membentuk finale yang meletup!

Semuanya ada di hadapan mata anda, tetapi dalami setiap perincian lain iaitu 'apa' yang anda tidak nampak - dengar dan rasa. Misalnya dialog Wani "We are lawyers, we not a doctor. We can choose our side".

Kaitan Sidi/Man/Khai/Wani ialah persoalan 'apa' yang datang dahulu? ayam atau telur?

Semua perwatakan dalam filem ini saling berkait sebagai punca dan akibat. Siapa yang mendominasi siapa (mem-psiko siapa) boleh sahaja berpusing-pusing jika difikirkan semula. Hey! aku nampak Man (Amerul Affendi) ialah watak rangkuman imej 'punk/skinhead' dan sifat hasutan Cassius dari Gedebe (2003) yang juga filem arahan Nam Ron zaman dulu-dulu . OSidi (Bront Palarae) walaupun nampak sebagai sebagai tunjang cerita, tetapi Man yang menggerakkan kisah ini ke hadapan. 

Kisah Dr.Khai (Syed Hussein) dan Wani (Sharifah Amani) bergerak selari parallel dengan kisah OSidi dan Man di awalnya, hanya dipertembungkan di pulau itu. Cerita Pak Abu (Suhaimi Yusof) dan Siti (Shera Aiyob) pula ialah penyimpul kedua-dua naratif Khai/Wani dan OSidi/Man.

Apakah titik konflik mula sebenar Psiko Pencuri Hati?

Aku melihat filem ini sebagai sebuah hiburan yang main teka-teki tak sengaja menyuruh difikirkan oleh penonton. Maksud aku, filem ini bukanlah sukar difahami sampai nak 'berfikir' berat, tidak! Ia mudah difahami jalan ceritanya kerana semua petanda-petanda akan diberikan di sepanjang cerita secara perlahan-lahan sesuai dengan gaya persembahannya yang membukit dari awal sehingga klimak. Kedua-dua elemen 'plot-driven' dan 'character-driven' dijalin bersama untuk memahami apakah konflik dan resolusi filem ini.

Dialog-dialog ditutur bukan sekadar cakap kosong untuk memanjangkan cerita tetapi diisi dengan bahan-bahan mentah untuk dimasak dan dihadam di akhir cerita. Bahasa tubuh setiap watak juga memberi sedikit snapshot untuk memahami siapa dan kenapa latar mereka sebegitu. Filem ini ada babak flashback yang berulang gambaran 'pembunuhan' yang telah berlaku oleh OSidi seolah mahu mengingatkan penonton berkali-kali tetapi setiap kali juga seperti OSidi tak pasti samada ia benar berlaku atau ilusi fiksyennya? (atau nak jimat bajet eh? bagi panjang durasi? hehe).

Namun begitu, flashback 'zaman kanak-kanak' bersambungan dari POV oleh kedua-dua OSidi dan Khai di akhir cerita, mencuba sedaya-upaya untuk men-twist tekaan penonton dan sebenarnya jalan paling mudah Deus-ex-machina. Tambahan babak semasa end-credits sekali lagi mencampak 'what if' OSidi dan Wani sebelum penonton lega filem sudah habis. Ia permainan filem mystery thriller melayu yang nampak comel oleh Nam Ron.      

Kekuatan utama filem ini ialah pemilihan para pelakonnya. Bront sudah melalui proses saringan/latihan watak OSidi dari filem pendek arahan Nam Ron dahulu iaitu Lollipop. Amani memang 'makanan' dia untuk watak Wani. Manakala Amerul ialah anak didik teater oleh Nam Ron via RAT. Shera Aiyob bersuamikan Zahiril yang juga anak didik Nam Ron (tempias dari situ kot? hehe). Suhaimi Yusof membawa imejan Maharajalawak Mega ke dalam watak komedi gelap yang ok. Manakala Syed Hussein yang sangat meletup lakonannya seolah berganti tempat dengan Nam Ron selepas filem Langgar ada lakonan Nam Ron oleh arahan Syed Hussein, sudah tentu mereka tahu apa kelebihan/kelemahan masing-masing.        

Ini filem thriller melayu yang aku suka dan seronok tonton macam SAM arahan Syafiq Yusof. Walaupun inilah filem komersial pertama Nam Ron, tetapi ia filem paling 'jinak' berbanding filem-filem indie-nya sebelum ini - Gedebe, Gadoh dan Jalan Pintas. Nam Ron memang sudah gah dalam gelanggang teater, manakala Psiko Pencuri Hati ialah langkah kanannya ke dalam 'peperangan' filem tempatan yang penuh pancaroba itu pula. Aku mahu lagi!

PERENGGAN SETERUSNYA ADA SPOILER!

Begini pada interpretasi aku. Sebenarnya OSidi dan Wani yang 'mengemudi' Khai untuk kembali mengganas. Pertemuan mereka di pulau itu BUKAN kebetulan tetapi mungkin perancangan rapi oleh OSidi/Wani yang tiada dalam filem atau offscreen. Babak semasa end-credits menjelaskan semuanya. Namun begitu, Khai bukan seorang yang pasif atau lurus-bendul tetapi proaktif dalam bentuk bom-jangka yang dorman. Khai sentiasa diberikan 'nyawa' dari 6 buah novel OSidi terdahulu sebagai catatan/diari/report-card kronologi apa yang sudah dicapainya. Novel ke-7 terakhir OSidi akan lengkap bulat apabila Wani muncul sebagai sumber terbaru untuk OSidi. Dalam ertikata lain, kebergantungan OSidi kepada Khai sudah expired - dimatikan. Ok, pada waktu yang sama Khai juga mempergunakan OSidi/Wani untuk berhentikan kegilaannya. Man umpama orang tengah di antara Khai-OSidi. Sebab itu aku bertanya 'ayam atau telur'? kerana simbiosis 360 darjah antara Khai-OSidi boleh sahaja bermula dari mana-mana pun kerana keduanya mempunyai kisah gelap kanak-kanak yang sama-sama terganggu haha..


NOTA: OSidi (Bront Palarae) tak boleh dinafikan ialah rupaparas Mort Rainey (Johnny Depp) dalam Secret Window sangat!

Khamis, 22 Ogos 2013

ELYSIUM (2013) ~ ketepilah kau iron-man!

sinopsis: wikipedia

AMARAN: ulasan ini ada spoiler!!!

District 9 (2009) arahan Neill Blomkamp dahulu aku sangat teruja menontonnya! Sampaikan aku meroyan pasal pilihan penonton filem tempatan sebagai tambahan ulasan itu untuk beberapa perenggan. Well! sekarang gua makin tua beb! So aku pun kelakar sendiri baca ulasan itu semula haha!

Kali ini Elysium (2013) sekali lagi Neill Blomkamp bertopengkan genre 'fiksyen sains' untuk membikin sebuah filem kritikan sosial dan politik yang melampau-lampau! Judulnya 'elysium' merujuk kepada dunia untuk orang-orang agong yang terpilih iaitu dalam filem ini manusia yang kaya-raya. Dunia Elysium seolah menekap kemampuan kuasa duit untuk membina Palm Islands di Dubai, United Arab Emirates?

Bumi dalam filem ini ialah bumi hari ini. Maksud aku, apa yang dipaparkan sebagai dunia kotor berpenyakit itu ialah realiti yang sedang berlaku di negara-negara miskin melarat masa kini. Bezanya, di tahun 2154 nanti seluruh dunia sudah tercemar habis-habisan! Maka jutawan-jutawan pula akan tinggal di Elysium iaitu syurga dunia palsu di atas langit - memisahkan manusia antara 2 darjat yang sangat amat ketara.

Kehidupan di bumi sebenarnya sangat canggih maju berteknologi tinggi ala filem I, Robot (2004) tetapi dikasarkan dengan menekap/menggabungkan latar dunia dalam filem Mad Max (1979). Sudah tentulah, filem ini menceduk di sana-sini rujukan filem sepertinya untuk menyedapkan mata yang memandang dan berkata wow! Maka apa lagi yang tinggal untuk Neill Blomkamp kreatifkan? Jawapannya ialah isi kandung cerita yang dipenuhi plot 'kebetulan' di sana-sini. Kalau dulu aku suka giler District 9, kali ini suka sikit-sikit sahajalah lalala..   

Heronya bernama Max Da Costa (Matt Damon) - nampak tak permainan Neill Blomkamp ala-ala homage kepada 'Mad Max'? haha...Max tak sekental dan tak seikhlas perjuangan hero fiksyen sains seperti John Connor, Terminator Salvation (2009) kerana Max Da Costa pentingkan diri sendiri di awal cerita. Dia adalah loser yang tak nak mati. Misi dia nak ke Elysium hanyalah untuk menyambung nyawa survival dia sendiri sahaja. Hero yang terpaksa tapi tapi tapi oklah, di akhirnya Max seperti lilin membakar diri gitu!

Bahasa pertuturan dalam filem ini juga jelas mengkastakan manusia. Yang miskin melarat di bumi berbahasa Spanish manakala yang kaya-raya di Elysium berangan berbahasa French. Para hackers yang diketuai oleh Spider (Wagner Moura) pula ialah orang tengah untuk perniagaan khidmat penghantaran pendatang haram dari bumi ke Elysium.   

Simbol kuasa yang sangat gila kuasa ditonjolkan melalui Jessica Delacourt (Jodie Foster) seorang Setiausaha Pertahanan di Elysium yang merasakan bahawa manusia di bumi hanyalah sampah-sarap yang tidak layak tinggal di 'negara langit' orang kaya-raya. Namun begitu, lawan fizikal sebenar kepada Max dan watak yang lebih menonjol sebagai antagonist ialah Agent C.M. Kruger (lakonan mantap Sharlto Copley selepas filem District 9). Kruger umpama anjing belaan Delacourt yang akhirnya mengigit tangan tuannya sendiri kerana merasakan bahawa Delacourt hanya mempertahankan Elysium dengan kata-kata nista dan agenda politiknya sahaja.

Filem ini sebenarnya agak huru-hara ke mana arah haluan penceritaannya kerana kadangkala ia seolah mahu mempercepatkan ceritanya dengan simpulan plot 'kebetulan' yang sangat ketara. Max yang sanggup melakukan misi bahaya dari Spider untuk mencuri data dari kepala hotak John Carlyle (William Fichtner) yang 'kebetulan' baru sahaja memindahkan data untuk me-reboot sistem dunia Elysium untuk kepentingan Delacourt, yang juga 'kebetulan' Max bengang pada Carlyle pasal dia boss yang kerek! yang 'kebetulan' Max baru kena buang kerja dari kilang Carlyle sebab dah keilatan kekal kena radiasi di tempat kerja takde insuran/kwsp/socso pulak tu, yang 'kebetulan' Spider tengah cari pak sanggup untuk mencuri data dari mana-mana orang kaya Elysium, yang 'kebetulan' Delacourt sedang nak rampas kuasa dari President Patel (Faran Tahir), yang 'kebetulan' Kruger pun tengah takder job, yang 'kebetulan' filem Paku Pontianak lakonan Pekin Ibrahim sedang ditayangkan di pawagam sekarang! not bad lah Paku Pontianak arahan terbaik Ismail Bob Hasim (so far). eh!

Kau dah kenapa Neill Blonkamp? Selepas 4 tahun filem District 9 yang meletup ya amat tu, kenapa cegini hasil Elysium kau? Aku bukan nak kata filem ni teruk, tidak! menonton Elysium macam kau tunggu durian gugur, pastu bila kau dah bukak durian tu ada ulat sikit pulak! Filem ini ada aksi yang menarik, ada cintan-cintun flashback budak kecik Max-Frey yang ahhh! so sweet! ada robot-robot yang lurus bendul, ada budak kecik pompuan yang cerita pasal badak air dan lalala..

Elysium pada babak-babak awalnya sebuah filem fiksyen sains yang terlalu mencuba untuk dipercayai sebagai 'realisme' yang bakal berlaku di tahun 2154 nanti, tetapi berkesudahan dengan aksi-aksi ala promosi video games yang akan dipasarkan nanti. Max ialah hero yang bermusuh dengan musuh yang bukan musuhnya. Bagaimanapun exosuit yang dipakai oleh Max lebih hebat dari kostum iron-man sebab dia pakai t-shirt dan besi-besi/wayar berselirat ajer! Itu yang menariknya bagi aku!

*berapa bintang bro? 4/5 masih menghiburkan!!!                 

Ahad, 14 Julai 2013

Hyperlink Cinema?

Blog ini semakin nazak! maksud aku kewujudannya dah kurang relevan semenjak wujudnya facebook & twitter.

So, dalam usia 40-an, aku mencari sesuatu untuk 'menghidupkan'-nya semula haha!

Oklah, aku dah tak mahu review filem-filem tempatan (sepatah-dua kata mungkin via twitter/FB kot ajer???) kerana semakin hari, semakin aku dekat dengan 'orang-orang industri' perfileman tempatan. Maka, tak berbaloi kalau aku mahu menulis ulasan filem tempatan dengan 'berjaga-jaga' untuk tidak mengguris hati mereka seandainya aku mengkritik karya mereka kot? heh? hoh? lalala..

Baru-baru ini aku disarankan oleh James Lee untuk menonton Amores Perros kerana hendak memahami struktur penceritaan multiple storylines. Selepas menontonnya, aku ter-wiki pasal 'hyperlink cinema' dan ada banyak filem yang menggunakan struktur yang serupa.

Ok. Aku nak tonton semua filem itulah dan blog! amacam?

 

Jumaat, 22 Februari 2013

CALON-CALON FILEM PENDEK TERBAIK FFM25 (YOUTUBE)

ANUGERAH CIPTA: CALON-CALON FILEM PENDEK TERBAIK

STRANGERS (RESERVOIR PRODUCTION SDN BHD)


GUANG (RESERVOIR PRODUCTION SDN BHD)


SANZARU (RESERVOIR PRODUCTION SDN BHD)


PASPORT EKSPRES (RED FILMS)


LEMAN (UITM)
   

Khamis, 14 Februari 2013

A GOOD DAY TO DIE HARD (2013) ~ untuk peminatmatikeras!

Penukaran lokasi dari Amerika ke Rusia juga mengurangkan penjenamaan Die Hard yang sepatutnya dilihat sebagai sebuah filem kepolisan berpasukan di negara mereka yang biasa kepada watak John McClane. Sekuel-sekuel sebelum ini menjadikan Los Angeles, Washington D.C. , New York dan sekitar Amerika sebagai pentasnya. Manakala filem kali ini menjadikan sekeliling bandar Moscow dan pendalaman Chernobyl sebagai lokasi yang seakan asing kepada John dan penonton tegarnya.

* BACA ULASAN SETERUSNYA @ ROTIKAYA . COM

Selasa, 29 Januari 2013

JUVANA (2013) ~ The Law of the Jungle?

Umpan dan kekuatan utama Juvana ialah barisan pelakon asalnya dari siri tv bergabung dengan para pelakon yang baru diperkenalkan dalam filem ini. Walaupun pengembangan watak ganas Botak lakonan Johan sudah haus dalam drama siri dahulu, namun dalam filem ini beliau diberikan sisi perwatakan yang melodrama.

*BACA ULASAN SETERUSNYA @ ROTIKAYA .COM

Selasa, 22 Januari 2013

THE LAST STAND (2013) ~ Arnold is backkk meletopkebaboom!

Masih mengekalkan pesona seorang hero yang berani mati, Arnold membawa perwatakan yang kelihatan lebih matang dan cool walaupun nampak ‘kepenatan’ kerana faktor usianya. Bersesuaian dengan jalan cerita, aksi Arnold dibantu oleh beberapa orang sidekicks sebagai helah untuk mengelakkan dia beraksi sendirian di sepanjang filem. Namun begitu, perhitungan terakhir di antara Owens dan Cortez masih memberikan ruang kepada Arnold untuk bertumbuk secara fizikal yang menjadi trademark seorang hero one-man show seperti filem filem terdahulunya.

*BACA ULASAN SETERUSNYA @ ROTIKAYA . COM

Selasa, 15 Januari 2013

THE TOWER (2012) ~ kebakaran dahsyat!!!

Kelebihan utama perfileman Korea ialah kepakaran mereka bermain dengan emosi dramatik dalam babak-babak kemanusiaan yang menyayat hati. Malahan ada juga suntikan babak-babak komedi. Kekuatan lakonan para pelakon yang terkenal ialah pelaburan utama untuk ‘merehatkan’ ketegangan menonton filem bangunan terbakar seperti ini. Sungguhpun bila difikirkan semula dalam situasi genting kebakaran dan runtuhan bangunan, setiap saat terlalu berharga untuk ‘berdrama’ di antara mangsanya, atau anda akan mati. Untuk filem ini, suntikan elemen drama masih boleh dimaafkan.  
*BACA ULASAN SETERUSNYA @ ROTIKAYA  

Rabu, 2 Januari 2013

LES MISERABLES (2012) ~ spektakular filem muzikal!

Kronologi babak muzikal disunting dengan mempersembahkan berbagai bentuk dialog berirama mahupun nyanyian berharmoni yang berkesan. Antara yang paling mantap ialah babak penuh emosi oleh watak Fantine lakonan Anne Hathaway dengan hanya satu tangkapan kemera yang panjang. Sudah pasti ia menjadi taruhan Anne untuk memenangi anugerah. Penonton akan terbuai dengan melodi dan nyanyian semua watak serta pasti sesekali menyanyi bersama sambil menontonnya.

*BACA ULASAN SETERUSNYA >> ROTIKAYA