Selasa, 23 Disember 2014

THE HOBBIT: THE BATTLE OF THE FIVE ARMIES (2014)

Walaupun jauh di sudut hati saya terfikir juga, emas yang berlonggok di dalam Lonely Mountain itu seeloknya dijaga oleh si naga Smaug selamanya dan lebih sesuai dia berlawan dengan Sauron suatu hari nanti.

* BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Isnin, 15 Disember 2014

Rabu, 3 Disember 2014

DUMB AND DUMBER TO (2014)

“Wait a minute. Do you mean you have been faking for 20 years?” tanya Harry Dunne kepada Lloyd Christmas. Ya! Memang melampau cara menyakat kawan baik anda sebegitu gila merepek! Tetapi gurauan itulah tanda kemesraan di antara Harry dan Lloyd yang menjadi titik mula filem ini.

* BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Sabtu, 29 November 2014

LELAKI HARAPAN DUNIA (2014) ~ blind men & an elephant?

Filem apa genre sekali pun yang dibikin pasti ada sesuatu yang hendak diceritakan. Bermula dengan mungkin sekecil-kecil idea di benak seorang penulis skrip atau seseorang yang akan menceritakannya kepada seorang penulis skrip, maka akhirnya akan terhasillah sebuah filem. Kebanyakan filem hanya 'memberi' secara terus sehala - apa yang dipapar dan diperdengarkan, itulah juga yang dilihat dan didengari oleh si penonton. Reaksi umum filem-filem sebegitu cuma seronok atau tidak ceritanya selepas habis ditonton, mungkin mudah dilupakan.

Kemudian, akan ada sesekali filem yang 'memberi dan menerima' secara dua hala - apa yang dipapar dan diperdengarkan, menerima reaksi dan tafsiran yang berbagai tentang apa yang dilihat dan didengari oleh si penonton. Saya menggelar ia sejenis filem 'blind men and an elephant' iaitu cerita yang mampu menimbulkan polemik di kalangan orang yang sudah atau belum menontonnya. Malahan mungkin mencetus pemahaman cerita yang langsung tidak terfikir dan tidak dijangka oleh si penulis skrip dan pengarah filemnya. Itulah magis filem-filem sebegitu yang kadangkala menimbulkan persoalan benar atau salah, betul atau bohong? Oh! Filem macam itu juga tidak menjanjikan untung atau rugi, suka atau benci kepadanya.

Lelaki Harapan Dunia arahan dan skrip oleh Liew Seng Tat pada pendapat saya ialah sebuah filem yang sangat mudah difahami penceritaannnya secara kasar tetapi dikatakan mengandungi banyak 'unmensi' perihal masyarakat secara halus. Benarkah? Anda kena tonton sendirilah di pawagam berdekatan rumah anda untuk mendapat jawapan! Hagitu!

ULASAN SETERUSNYA MUNGKIN MENGANDUNGI 'SPOILER'

Filem ini sebenarnya mengenai persaingan projek dan berbagai syarikat! Saya rasalah..haha!

Asas ceritanya mengenai Pak Awang (lakonan hebat Wan Hanafi Su) yang hendak memindahkan sebuah rumah buruk dari dalam hutan ke kawasan perkampungannya dengan bantuan gotong-royong orang kampung untuk dijadikan hadiah perkahwinan anak perempuannya. Projek kitar semula yang kedengaran bagus dan menjimatkan belanja Pak Awang tetapi merepek kerana awal-awal lagi sudah diberi petanda bahawa rumah itu sudah terlalu usang dengan lantai yang mudah pecah bila dipijak. Tetapi Pak Awang beriya-iya mahu melakukan program 'angkat rumah' itu kerana semua orang kampung masih waras membantu kerana menghormatinya sebagai salah seorang warga emas di kampung itu. Bila difikirkan semula, misi itu ialah untuk kepentingan peribadi Pak Awang sdn bhd sahaja.

Di waktu yang sama, ada satu lagi projek mega yang berlangsung serentak untuk manfaat seluruh penduduk kampung iaitu program korban unta yang didermakan oleh Encik Juta Seri (Othman Hafsham). Sudah tentu ia didahulukan oleh Tok Penghulu (Roslan Salleh) berbanding projek Pak Awang. Lagi pun projek unta lebih menguntungkan kepada pihak yang menguruskan dan dagingnya pasti dibahagikan kepada semua orang kampung. Kalau saya jadi Tok Penghulu pun saya akan utamakan projek unta.

Dalam mana-mana persaingan kontrak projek pasti akan ada yang menang dan kalah. Pasti ada yang cuba mengambil kesempatan. Dalam filem ini, watak Wan (Soffi Jikan) yang asalnya dipinggirkan dalam projek unta dipaparkan babak dihalau dari majlis penyerahan unta, Wan cuba pula buat-buat membantu dalam projek 'angkat rumah' Pak Awang yang sebenarnya menjadi parasit kerana menggunakan rumah itu sebagai sarang barunya untuk menghisap dadah.

Tanpa disedari, Wan juga akhirnya berjaya meraih kepercayaan orang kampung dari cerita 'orang minyak' yang kononnya dia nampak. Dari situ, Wan sdn bhd walaupun secara tektik kotor berjaya kembali diterima sebagai sebahagian syarikat penting kepada projek mega unta. Bukan itu sahaja, Wan menjadi sumber maklumat yang sahih kepada seluruh kampung! Nampak?

Campur tangan Wan tidak berakhir di situ, malahan membuka peluang kepada orang lain untuk turut serta meraih keuntungan iaitu Tok Bomoh (Hishamuddin Rais) untuk menjual tangkal dengan harga diskaun kepada semua penduduk kampung. Tok Bomoh sdn bhd ialah umpama syarikat 'penasihat' R&D yang dipercayai dianggap berkaliber dalam bidang menghalau hantu-hanti.   

Di samping itu, berbagai syarikat lain yang sedia ada tetap beroperasi seiring dengan projek mega unta. Tok Bilal (Jalil Hamid) ialah umpama syarikat jujur dan selalu bersangka baik yang tidak pedulikan (buta) kepada penipuan Solomon (Khalid Mboyelwa Hussein) umpama pelabur luar negara yang meraih keuntungan tanpa disedari. Tok Bilal cuba menjadi orang tengah di antara Pak Awang dan Tok Penghulu tetapi gagal kerana sudah tentu keputusan pihak pengurusan kampung lebih diutamakan.

Cina (Azhan Rani) pula ialah syarikat kecil yang baru hendak naik tetapi sentiasa menyalahkan benda lain dan merengek meminta bantuan walaupun mempunyai kepakaran sendiri untuk maju - babak teori mata sepet siap dengan gambarajah ya! Manakala, anak Tok Penghulu (Rykal Iskandar) ialah seumpama anak syarikat yang merasakan bahawa projek mega unta tidak perlu diteruskan kerana merasakan bahawa ia akan merugikan pembaziran aset (unta) yang perlu dilepaskan untuk pengembangan projek lain (unta beranak-pinak secara semulajadi).

Habis? Bagaimana pula dengan babak-babak orang kampung yang menyamar sebagai 'wanita' untuk mengelirukan 'orang minyak', apa penerangannya? Bagi saya, untuk bersaing dengan syarikat yang kita tidak pasti kuat atau lemahnya mereka (orang minyak) kita mesti mencuba 'go beyond' kreativiti untuk berdaya saing sambil berjaga-jaga.       

Nota serius: Filem ini mempunyai nilai produksi yang sangat bagus dimana suntingan, paparan visual dan runut bunyi yang sangat berkualiti tinggi dan terjaga. Misalnya babak-babak malam yang sangat terkawal pencahayaan walaupun dalam suasana seakan gelap semulajadi.

Mungkin Lelaki Harapan Dunia sejenis filem 'blind men and an elephant' dan ulasan filem ini ialah 'gajah' yang saya rasa. Entah betul, entah tidak. Sudah tentu anda mempunyai penerangan 'gajah' versi lain. Seperti pengakhiran watak Pak Awang dimana dia sendiri menyamar sebagai 'orang minyak' untuk meyakinkan atau 'make-believe' kepada orang kampung yang mahu percaya ia wujud, saya juga harap ulasan ini 'make-believe' kepada anda yang habis membacanya! Terima kasih.     

*SAYA BERIKAN 4 BIJI ROTIKAYA!!!               

Selasa, 18 November 2014

BIG HERO 6 (2014)

Reka bentuk Baymax yang mirip seekor beruang kutub berwarna putih yang montel sudah pasti akan menjadi kegilaan kanak-kanak untuk memiliki patungnya di pasaran. Baymax juga mempunyai ciri-ciri unik sebuah robot yang agak merepek kerana boleh dikempiskan untuk disimpan di dalam kotak. Secara mudahnya, Baymax ialah watak robot yang paling kreatif setakat ini berbanding penampilan robot-robot lain dalam filem yang terdahulu.

* BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Isnin, 20 Oktober 2014

KRISTY (2014)

Kristy (2014) ini kepada peminat tegar filem seram, mungkin hanyalah pengulangan dan campur-aduk filem-filem seram sebelumnya. Tetapi bagi saya, kadangkala filem yang klise sebegini dimana mangsa dan hero yang dilakonkan dengan baik oleh Haley Bennett melalui watak Justine yang ‘berani mati’ masih mampu menghiburkan.

* BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Jumaat, 10 Oktober 2014

DRACULA UNTOLD (2014)

Dracula Untold (2014) bukan sebuah filem yang menyeramkan dengan paparan Dracula berwajah pucat berjubah hitam berkolar tinggi yang hendak menggigit dan menyedut darah di leher mangsa seperti suku-sakatnya sebelum ini. Filem ini ialah Dracula yang beremosi dan seorang perwira yang berperang menentang kejahatan lain yang lebih jahat dari dia.

* BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Khamis, 2 Oktober 2014

THE EQUALIZER (2014)

The Equalizer yang ini dipaparkan kadangkala seperti adiwira tanpa topeng yang begitu teliti mengira setiap langkahnya sebelum bertindak, lengkap dengan jangkaan kiraan berapa saat McCall akan melunaskan aksinya. Misalnya, babak-babak perincian kronologi kepakaran McCall ditunjukkan melalui paparan dekat kamera betapa cermat matanya menjeling ke kiri, kanan, atas dan bawah.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Rabu, 24 September 2014

THE PURGE: ANARCHY (2014)

The Purge: Anarchy (2014) ialah sebuah filem murahan yang nampak ‘mahal’ kerana idea asasnya tentang jenayah dan pembunuhan yang ‘halal’ kerana penguatkuasaan aktiviti tahunan ‘Purge’ yang gila!

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Selasa, 16 September 2014

THE MAZE RUNNER (2014)

Filem ini umpama sebuah permainan teka-teki luas dan besar serta pengejaran masa seperti bermain Pac-Man. Sebegitulah bayangannya cabaran di dalam Maze yang saya boleh permudahkan. Tarikan utama filem ini ialah aksi-aksi cabaran selamat hidup atau mati terkepit oleh perubahan pergerakan blok-blok Maze atau dibunuh oleh Griver.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Jumaat, 18 Julai 2014

THE FAULT IN OUR STARS (2014)

The Fault in Our Stars berjaya diceritakan dengan bagus kerana para pelakonnya yang begitu menjiwai setiap watak untuk difahami tanpa perlu memaksa untuk dikasihani kerana kesakitan mereka tetapi survival mereka untuk terus hidup. Ia dipaparkan dengan jujur pada momen-momen yang betul. Kalau sakit, sakitlah. Kalau lucu, luculah.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Selasa, 17 Jun 2014

CEO (2014)

Filem CEO ialah sebuah filem yang memudahkan perjalanan ceritanya seringan-ringan yang boleh walaupun menyumbatkan 2 cerita watak utama Adam dan Sufian yang sebenarnya banyak dan berselirat. Yang diutamakan ialah watak-watak yang menggerakkan kumpulan cerita masing-masing di pihak Adam atau Sufian. Ia diselamatkan dengan santai oleh momen-momen komedi oleh para pelakonnya.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Selasa, 3 Jun 2014

EDGE OF TOMORROW (2014)

Edge of Tomorrow (2014) ialah filem dimana watak lakonan Tom Crusie ‘mati’ berkali-kali-kali-kali! kerana terperangkap dalam gelungan masa atau ‘time loop’.

* BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA


Ahad, 25 Mei 2014

X-MEN: DAYS OF FUTURE PAST (2014)

Ini saranan saya yakni anda perlu menonton semula 3 siri filem X-Men terawal di tahun 2000, 2003, 2006 untuk lebih mengenali watak-wataknya. Namun di akhir tontonan anda, semua kisah filem itu kecuali X-Men: First Class seolah mungkin tidak pernah terjadi kerana perubahan ‘sejarah’ dek kewujudan filem kali ini.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA 

Jumaat, 23 Mei 2014

GODZILLA (2014)

60 tahun yang lalu, 1954 sebuah filem berjudul Gojira arahan Ishiro Honda dalam bahasa Jepun terbitan Toho Co., Ltd. telah dibikin. Semenjak itulah filem dan siri televisyen yang menggunakan asas penceritaan menampilkan raksasa Godzilla atau ‘kaiju’ diulang berkali-kali menjadi francais dari negara Jepun yang dipasarkan ke seluruh dunia.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Isnin, 5 Mei 2014

THE AMAZING SPIDER-MAN 2 (2014)

The Amazing Spider-Man 2 wajar ditonton tanpa terlalu serius seperti juga santainya watak Spider-Man berceloteh lucu di sebalik topeng tanpa hidung dan mulut semasa dia beraksi menentang penjenayah.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Ahad, 20 April 2014

RIO 2 (2014)

Rio 2 dibarisi terlalu ramai watak dan begitu banyak cabang plot seperti melepaskan batuk di tangga. Maksud saya, filem ini terlalu bercita-cita besar untuk bercerita kisah yang lebih besar dari filem pertamanya dahulu. Kali ini, isu pembalakan haram di hutan Amazon yang mungkin kedengaran bagus tetapi berselari dengan kisah konflik kekeluargaan yang dihadapi oleh Blu. Ditambah pula kisah perebutan kawasan di antara kumpulan burung Macaw warna biru melawan warna merah.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA 

Isnin, 31 Mac 2014

CAPTAIN AMERICA: THE WINTER SOLDIER (2014)

Filem ini mengubah banyak pandangan penonton tentang kewujudan S.H.I.E.L.D. yang mengikuti siri filem adaptasi dari Marvel Comics. Seolah-olah Captain America: The Winter Soldier ialah titik-tolak dan persimpangan plot yang akan lebih rumit dan mengujakan untuk filem-filem francais seterusnya.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Selasa, 18 Mac 2014

NEED FOR SPEED (2014)

Filem ini seperti juga misalnya francais filem Transformers yang penting hendak disaksikan ialah bentuk fizikal robot, manakala filem ini melalui rupa bentuk kereta dan aksi-aksi perlumbaan, cerita manusia di dalamnya sekadar latar yang ringan. Dalam filem ini, sebuah kereta Ford Mustang ialah antara tarikan utamanya. Ini contoh filem yang sedia ada namanya popular dalam versi video games sebagai tarikan komersial besar-besaran untuk menjual filemnya, kemudian serentak dengan pasaran maksima permainannya yang terbaru.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Selasa, 11 Mac 2014

300: RISE OF AN EMPIRE (2014)

Kebanggaan produksi siri filem 300 ialah kerana stail pemaparan visual sekuen aksi pertempuran secara ‘slowmo’ dalam 3D yang menjadi ikutan oleh produksi filem selepas kejayaan filem 300 di tahun 2006 dahulu. Kali ini paparan simbahan darahnya lebih melimpah-ruah dan cantasan ngeri kepala manusia serta hirisan senjata ke tubuh badan pihak lawan lebih bersepah-sepah jelas di depan mata penonton!

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Selasa, 4 Mac 2014

NON-STOP (2014)

Non-Stop ialah sebuah filem yang mampu mendesak antisipasi serta mengajak penonton untuk ikut sekali apa yang dirasai oleh si hero, Bill Marks dalam suasana sempit sebuah kapalterbang. Dengan gaya naratif mirip ‘Hitchcockian’ ia bermain teka-teki dan persepsi di sepanjang penceritaannya. Sejak bermulanya konflik penerimaan pesanan ringkas itu, penonton mahu berpihak kepada Bill dan mempercayainya walaupun ditidakkan oleh watak-watak lain.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Ahad, 2 Mac 2014

SIAPA TIDAK AKAN MENANG OSCARS 2014? via THE DAILY SENI

Nampak tak? Sekurang-kurangnya saya hanya perlu menilai hanya 4 lagi calon yang tinggal bagi setiap kategori. Mungkin teknik menolak satu-persatu calon yang paling lemah lebih mudah dari memilih satu yang terbaik sahaja yang saya lakukan tadi sekadar omong kosong, berangan dan suka-suka. Namun begitu begitu saya pasti situasi yang sama juga dialami oleh setiap juri Oscar yang menilai.

*BACA ULASAN PENUH @ THEDAILYSENI

Selasa, 25 Februari 2014

SEJOLI MISI CANTAS CINTA (2014)

Osman Ali mengadun rupa dan set Sejoli seperti filem-filem arahannya terdahulu dengan membina ruang yang khusus untuk perwatakan Joe. Bengkel kereta itu ialah lokasi selesa diri Joe yang dihias khas seperti juga atas bumbung flat watak Putera dalam Anak Halal dan rumah kumpulan Firman dalam Jiwa Taiko. Sekali lagi dalam Sejoli, Osman mengangkat kisah watak-watak yang dilihat sebagai ‘biasa’ tetapi lebih bahagia iaitu perwatakan pengendali bengkel kereta dan jurufoto berbanding golongan korporat dan model. Sejujurnya, filem Sejoli ini ialah yang paling ringan dari buah tangan Osman Ali berbanding filem-filem arahannya yang lain.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Rabu, 19 Februari 2014

ENDLESS LOVE (2014)

Sejujurnya selepas menonton versi terbaru 2014, saya berpendapat bahawa filem kali ini hanya mengambil judulnya sahaja tanpa mengambil pusing isi sebenar novel atau filem 1981 yang asal. Ternyata ia hanya memanipulasikan populariti karya Endless Love terdahulu sebagai senjata pemasaran sahaja. Filem ini cuma mengambil rangka kisah cinta yang terhalang di antara David dan Jade serta beberapa plot asas menjadi sebuah filem terbaru yang terlalu klise.

* BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Isnin, 17 Februari 2014

QADR (2014) ~ Kisah peluang kedua selepas kesakitan


Pembikinan telefilem Qadr mempunyai isi kandung yang mampu menghiburkan dan tidak terlalu mendesak persoalan moral serta dibantu oleh barisan pelakon yang bagus dan produksi yang teliti dikepalai oleh Faisal Ishak ini wajar dipuji. Ia bukan telefilem dakwah yang keras tetapi pesanan yang halus dan lembut seperti dialog oleh Muhammad (Beto Kusyairy) “Tuhan yang panjangkan umur dia, saya ini cuma proksi sahaja”.

*BACA ULASAN PENUH via ASTRO AWANI

Selasa, 11 Februari 2014

THE LEGO MOVIE (2014)

The LEGO Movie dari judulnya sahaja sudah jelas terang lagi bersuluh bahawa ia sebuah filem yang secara nyata dan jelas menjual jenama LEGO sebagai ‘product placement’ yang maha mega besar-besaran. Pembikinannya memang melibatkan ‘construction set’ dari LEGO yang sedia ada di pasaran. Dengan penerbitan filem ini, sudah tentu ia ialah iklan terhebat untuk melonjakkan penjualan permainan video dan kekotak jenama LEGO dari semua watak-watak dan setiap set terbaru dalam sekuen babak yang ditampilkan. Namun begitu, melalui sentuhan perfileman Hollywood dan teknologi moden pembikinan filem terkini, ia masih mampu berdiri sebagai sebuah filem animasi yang baik.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Isnin, 3 Februari 2014

ROBOCOP (2014)

RoboCop (2014) ialah filem francais yang sudah sedia ada popular. Target utama sudah tentu peminat tegarnya serta pasaran permainan video yang menyusul bersama filemnya. Pengarahan sekuen aksi pantas dengan tangkapan kamera jarak dekat dan bergegar menjadi pilihan pengarahnya José Padilha untuk memberikan kepuasan klimak kepada penonton seolah-olah berada dalam situasi genting bersama Murphy/RoboCop. Babak-babak pertempuran taktikal berkomputer sememangnya dalam ‘mode’ visual seperti permainan video yang mengujakan, cuma penonton tidak memegang alat kawalan permainan video sahaja.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Selasa, 28 Januari 2014

I, FRANKENSTEIN (2014)

Di antara kedua-dua pertembungan gargoyle dan demon itulah watak Adam Frankenstein terperangkap bersama dengan seorang manusia iaitu Terra Wade. Yang menjadi tandatanya juga, kononnya pihak gargoyle seolah pelindung manusia dari kuasa demon tetapi dalam filem ini watak manusia hanyalah seperti semut-semut yang bersiar-siar semasa gajah berlawan dengan burung garuda. Bayangkan pertempuran sengit meletup terbakar di sekitar bandaraya dan angkasa, tidak langsung dipedulikan oleh penduduk di situ. Mungkin mereka bertempur dalam dimensi dunia lain yang halimunan? Mungkin juga! Siapa tahu?

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Isnin, 20 Januari 2014

LONE SURVIVOR (2014)

Lone Survivor versi filem ini setanding dengan filem ketenteraan Saving Private Ryan (1998). Ia tidak keterlaluan mengangkat isu politik perebutan kuasa siapa kuat, siapa lemah semasa peperangan tetapi mengkedepankan drama moral mengenai keperitan sebuah ‘peperangan’. Misi ketententeraan untuk menangkap Ahmad Shah hanyalah punca naratif filem ini, dimana realisme semasa pertempuran perang itu yang diceritakan secara sangat teliti dan amat menakutkan. Mungkin ada yang menyatakan filem ini ialah propaganda heroisme Amerika, namun saya melihatnya lebih kepada kesedaran untuk ‘membenci’ sebuah peperangan secara umum.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Ahad, 12 Januari 2014

THE LEGEND OF HERCULES (2014)

Meletakkan pelakon utama muda yang semakin popular iaitu Kellan Lutz sebagai watak Hercules hanyalah gula-gula mata dengan badannya yang sasa tetapi kosong dari dalam emosinya. Mungkin faktor dan alat pemasaran untuk menarik penonton remaja yang masih terliur dengan lakonan dan wajah Kellan Lutz dalam siri filem Twilight (2008-2012) menjadi taruhan utama produksi memilihnya sebagai Hercules. Mungkin juga lakonannya sebagai watak Poseidon yang juga menjaja susuk tubuhnya dalam filem epik Immortals menjadi penyebab dia terpilih. Walau bagaimanapun The Legend of Hercules pasti akan melonjakkan lagi karier Kellan Lutz di masa akan datang. Itu sahaja.

*BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

Ahad, 5 Januari 2014

PARANORMAL ACTIVITY: THE MARKED ONES (2014)

Untuk sebuah filem seram, ia berjaya merencahkan elemen-elemen yang wajib diberikan kepada penonton. Sebahagian besar penceritaan bergantung sepenuhnya kepada persepsi yang sangat terhad melalui tangkapan kamera mengenai apa yang ada di sebalik ruang-ruang gelap dan menyeramkan. Detik-detik menunggu dan memerhatikan setiap apa yang akan tiba-tiba muncul di lensa kamera dibauri jeritan atau dentuman kuat ialah momen-momen seram yang menjadi permainan utama filem ini.

* BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA