Dorm (2006) : set-up/pay-off? mix-genre film?

Original link: https://www.bicaraskrip.com/2006/12/su-ayah-berikan-hadiah-utk-chatree.html


DORM atau DEK HOR (skrip/arahan Songyos Sugmakanan) ialah sebuah filem Thailand yg menggabungkan genre 'seram' dan 'drama' (coming-of-age) spt yg dihasilkan oleh beberapa filem Hollywood. fyi, utk menulis posting ini, saya telah menonton 3 buah filem selain Dorm iaitu The Exorcism of Emily Rose, The Sixth Sense dan Stand by Me.

saya dapati bahawa The Exorcism.. adalah gabungan genre 'seram' dan 'drama' juga tetapi dlm bentuk yg berulang2/berganti2 tetapi Dorm memisahkan kedua-dua genre di pertengahan cerita dpd 'seram' (spt The Sixth Sense) kpd 'drama' (spt Stand By Me).

adakah Dorm berjaya dlm penceritaannya? anda saksikanlah sendiri di ASTRO-PRIMA pd 1-Jan-07 @5pm (pls check astro-mag utk repeat tx) atau belilah vcd/dvd di kedai2 berdekatan! dan beritahu saya apa pendpt anda? saya tidak akan mendekati Dorm dari sinopsis atau rebiu kebagusan para pelakon atau pembikinnya, (sila rujuk rebiu2 yg bagus dr internet) TETAPI saya akan mengupasnya dari sudut penulisan skripnya yg bercerita dgn penggunaan 'SET-UP' & 'PAY-OFF' yg berulang-ulang di sepanjang cerita.

MAIN-PLOT:
Kisah ups/downs persahabatan Chatree vs Vichien (coming of age)
SUB-PLOTS:
1. Misteri kematian Vichien & kewujudan hantu Vichien
2. Konflik Chatree vs ayah
3. Konflik trauma Cikgu Pranee
4. Konflik Chatree vs kawan2nya
5. Konflik Cikgu Pranee vs Chatree/Vichien
6. Konflik Dr.Nui dgn kisah silam 'hantu' nya
7. Persahatan kumpulan Peng

s/u = set-up
p/o = pay-off

***

s/u: kenapa Chatree 'membenci' Pen/org gaji di rumahnya?
p/o: krn Pen ada hubungan sulit dgn ayahnya
***

s/u: Chatree 'tidak percaya' jika mahukan impian
menjadi kenyataan, dia mesti menahan nafas & berdoa
semasa menyeberangi Sg. Bangpakong
p/o: Chatree 'percaya' di akhir cerita
***
s/u: kenapa Chatree seakan 'membenci' ayahnya?
p/o (palsu): krn menghantarnya ke sekolah asrama
sbg 'hukuman' krn menonton tv berlebihan &
'melihat' perlakuaan sumbang ayahnya dgn Pen
(tetapi ini adalah jangkaan awal oleh Chatree yg
terbukti tidak benar)
p/o (benar): krn ayahnya mahu Chatree meningkatkan
prestasi pelajarannya BUKAN krn 'hukuman' (rujuk pic atas)
***
s/u: apakah yg dilihat oleh Cikgu Pranee dlm laci?
(McGuffin di awal cerita)
p/o: suratkhabar!
***

s/u: apakah kaitan broken-record dgn trauma Cikgu Pranee?
p/o: Vichien 'terlanggar' record itu
***

s/u: apakah benar katil kepunyaan Vichien yg
digunakan oleh Chatree? p/o: yes! krn di bwh katil ada tertulis nama
'Vichien' & Vichien tidur dlm tandas
***

s/u: kenapakah anjing menyalak beramai-ramai?
p/o: krn Vichien menjadi co-ordinatornya!
***

s/u: Vichien hendak meminjam 'game' kepunyaan Chatree
p/o: Chatree meminjamkan/mengajar 'game' itu kpd
Vichien
***

s/u: pintu 'tertutup' sendiri?
p/o: Vichien yg menutupnya!
***

INCITING INCIDENT!/MAJOR TURNING POINT! >> pertukaran genre 'seram' kpd 'drama' (twist & turn @ plot point)
s/u: utk mengelakkan hantu 'nampak' manusia >>
tahanlah nafas!
p/o: sekiranya Vichien 'tidak nampak' manusia
>> dia adalah hantu!
***

s/u: bagaimana Vichien mati?
p/o: tidak sengaja 'lemas' (kakinya cramp semasa pura2 'lemas')
***

s/u: kenapa Vichien 'hilang' semasa Chatree sedang
kencing?
p/o: kerana jam sudah pukul 6pm!
***

s/u: kenapa Cikgu Pranee 'memukul' Chatree
sebegitu?
p/o: krn Cikgu Pranee 'dihantui' oleh insiden
Vichien (maka dia 'memukul' dgn cara yg sama)
***
s/u: apakah kaitan pukul 6pm dgn Vichien?
p/o: Vichien 'mati lemas' exactly pd pukul 6pm!
***

s/u: apakah kaitan suratkhabar kepunyaan Vichien?
p/o: 'punca' Vichien menceroboh bilik Cikgu
Pranee/salahfaham Cikgu Pranee kpd Vichien

***
s/u: ayah 'berikan' hadiah utk Chatree (subtext)
p/o: Chatree 'menerimanya' (terima semula ayah)
***
s/u: menghidu ether boleh 'memisahkan' roh dr jasad

p/o: Chatree mesti menghidu ether utk 'membantu' Vichien dlm alam roh
***

notes:

1. pjg rambut Chatree tidak sekata di sepnjng filem > hayoo! aku rasa nak sekeh sapa yg jaga conti filem nih!

2. Vinchien sebenarnya 'muncul' di 9+ minit di awal cerita!

3. establising shot jam 6pm sebyk 4 kali!

4. ayah Chatree menelefon Chatree sebyk 4 kali!

5. ayah & ibu Chatree memakai wig yg kelakar!

6. 1 dpd 4 'cerita hantu' oleh kwn2 Chatree yg dipaparkan adalah flashback sebenar!


7. klu yg Vichien a/h hantu:

i. nombor pelajar yg terjahit di baju Vichien ialah '15620' sedangkan di baju Chatree ialah '20623' juga di baju rakan2nya '18955' '19013' '19250' dan '19522' >> Vichien adalah pelajar 'lama' lebih dari 10 tahun!

ii. Vichien menasihati Chatree bahawa sepasang seluar mandi sudah mencukupi krn jika ada 2 psg, satu dpdnya akan berkulat! bermakna Vichien mempunyai sepasang seluar mandi TETAPI kenapa seluar itu BERKULAT? >> krn Vichien TIDAK PERNAH menggunakannya lagi!

iii. dialogue: "Vichien 'tahu segalanya' Chumchong!" >> krn dia sudah 'lama' tinggal di situ!


8. Chatree hendak 'terkencing' di waktu tgh mlm sebyk 2 kali!


9. memorable dialogues:

i. Vichien: kau kata tiada siapa pedulikan pasal kau! bagaimana dgn diri kau? adakah kau pedulikan orang lain kecuali diri kau? (kpd Chatree)

ii. Dr.Nui: apa yg peliknya? aku selalu bercakap dengan diriku sendiri! (merujuk Chatree yg
'bercakap' dgn hantu Vichien)


10. memorable scenes: (part2 airmataku leleh sendiri!)

i. Chatree makan malam sambil menangis
ii. Vichien sbg ketua orchestra!
iii. montage Chatree sendirian selepas Vichien 'hilang'/ayahnya datang melawat
iv. Chatree confronting Vichien dlm bilik mandi
v. Chatree melihat Vichien dlm tandas
vi. Vichien 'tinggalkan' Chatree
vii. Chatree confronting Cikgu Pranee
viii. Chatree accepting ayahnya (subtext through dialogue "sekarang saya dah sukakan sekolah ini")

11. pembukaan/penutup cerita dgn voice-over Chatree

***
saya masih mencari subtext/function/jawapan babak2 berikut, pls tell me WHY? WHAT? HOW?

a. apakah subtext/function babak 'menangkap angsa'?
b. bagaimana Chatree 'mengetahui' Vichien adalah hantu? sedangkan babak di padang wayang pacak dilihat dr 'point-of-view' Vichien BUKAN Chatree?

***

lirik lagu dr record Cikgu Pranee:

"hati boleh jatuh cinta, walaupun kita berjauhan, aku masih boleh merasai hatimu, dalam dakapanku, kita pernah saling mencintai (selepas broken-record)...begitu jauh sekali, tapi begitu dekat di hatiku, tiada siapa yg dpt hampir dgn hatiku, kau menyinari hidupku, spt berlian yg bersinar, ciumanmu sungguh manis"


***
p/s: fyi, lampu meja aku tiba2 'terpadam' rosak semasa aku menaip posting nih exactly semasa aku preview babak 'tayangan wayang pacak' vcd Dorm ini! mmm, funny or scary?

ajami hashim

Comments

Popular Posts