"Seronok baca apa orang tulis. Tapi orang seronok ke bila baca apa yang kita tulis?" ~sultanmuzaffar
Blog - A blog is a user-generated website where entries are made in journal style and displayed in a reverse chronological order. (wikipedia)
Goblok - tolol, sangat bodoh (Kamus Dewan 4th ed. ms.477)
***
Saya terpanggil utk menulis tajuk di atas w/pun sebenarnya rebiu Puaka Tebing Biru saya belum habis lagi. Entri terbaru blog sultanmuzaffar benar2 mencabar minda saya utk berkongsi pendapat mengenai blog & kegoblokan sesetengah manusia yg hangat diperkatakan akhir2 ini. Di luar sana, kecoh mengenai saman kpd bloggers. Di dlm internet segmen hiburan tanahair pula riuh sebentar mengenai isu plagiat penulis mainstream terhadap blogger. Apa sudah jadi? Saya mula belajar menulis blog semenjak 26 Ogos 2006. Sebelum itu, saya menjadi silent reader shj pd tapak2 informasi hiburan terutamanya filmmaking & scriptwriting dr luar negara. Sesekali saya akan singgah di blog2 tersohor tanahair dlm segmen entertainment spt yasmin ahmad, afdlin shauki & sultanmuzaffar.
Ya! Memang saya teruja & mengkagumi cara gaya tulisan mereka. Sehingga akhirnya saya juga mencuba utk kononnya menulis mengenai struktur cerita sesebuah skrip filem dlm blog peribadi bicaraskrip yg belumpun setahun jagung, sudah huru-hara setting-nya! Maka saya reka semula blog ini ajamihashim dlm btk yg mudah utk diselanggarakan. Bayangkan selepas hanya kurang dr 6 bulan, saya mampu utk menepuk belakang sendiri & berkata job well done! Sekurang-kurangnya saya dpt berkongsi ilmu dgn pembaca saya yg sudi membaca utk belajar bersama-sama saya mengenai penghasilan cerita yg bagus sesebuah filem atau dramatv. Glamour? Tidak sekali-kali saya terfikir kerana hendak glamour maka saya menulis setiap entri. Apatah lagi hendak bermegah-megah atau men-target blog saya akan setanding dgn blog2 pujaan saya terdahulu secepat mungkin.
Nawaitu itu yg penting. Bagi saya berkongsi dgn pembaca saya bagaimana utk memahami kenapa sesebuah cerita filem atau dramatv itu berjaya atau gagal utk bercerita ialah nawaitu saya yg utama. Bukan utk memandai-mandai ataupun berlagak pandai kerana pd saya semua ilmu di dunia ini milik Allah. Kita yg perlu rajin utk mencari & berkongsi, bukan kecoh hendak berlumba siapa dapat dahulu & siapa lebih bijak menulisnya! Kerana jika kita renungkan sejenak, at the end of the day, walau bagaimana pnjgnya tulisan entri atau terkini sangat yaa amat tulisan kita TETAPI jika tiada pembaca yg mendapat faedahnya atau sekadar menambahkan jumlah posting harian, lupakanlah! Kecuali kita hendak menulis syok sendiri! Buatlah setting Permissions - Author only!
Ikhlas saya katakan bahawa setiap tulisan saya nawaitu-nya utk berkongsi apa yg saya tahu BUKAN riyak! Dlm pada itu, semasa menulis dan mencerap dr buku2 itulah menyebabkan pemahaman saya lebih dlm lagi. Terus-terang saya katakan, bahawa saya tidak ambil peduli apabila ada penulis mainstream yg memplagiat sebahagian tulisan saya walaupun tidak mengaku. Tetapi saya sgt kecewa apabila ada penulis mainstream yg melabelkan sesetengah blogger yg menulis sdn bhd dianggap sbg menulis sesedap rasa! Apatah lagi yg dilabelkan itu sah2 tulisannya bertanggungjawab! Jadi kpd penulis2 mainstream yg membaca entri ini, ketahuilah bahawa saya tidak mendendami anda malah saya bersyukur kerana anda sudi melayar, membaca & belajar dr setiap patah perkataan yg saya tuliskan. Kalau salah tolong tegurkan. Cuma sekiranya ada hari2 dimana tulisan saya lebih baik dr anda, janganlah marah atau rasa tercabar atau diplagiat! Kerana saya tahu kerja anda dibayar gaji utk menulis tetapi kerja saya dlm bidang lain yg mungkin dibayar gaji lebih baik dr anda, manakala menulis blog pula hanyalah sbg hobi shj secara sukarela! Lalu, biarkanlah kami para blogger terus menulis entri di blog kami dan semoga anda tidak menjadi penulis yg goblok! Titik.
Kaitan: