Apa Korang Kata?
Ini cerapan dr babak intro skrip sulung saya. Diminta anda utk memberikan sebarang komen. Terima kasih.
TUNJANG SA'ADAH
FADE IN:
INT. RUMAH TAJUDIN/BILIK TIDUR BAWAH - DAY
SUPERIMPOSE: JULAI 2005
Fokus ke sebuah gambar besar di dinding, sepasang pengantin dan seorang budak lelaki duduk di tepi katil di bilik pengantin. Pakaian pengantin songket tradisional.
Fokus beralih ke sebuah lagi gambar yang lebih kecil di atas meja solek, juga sepasang pengantin sahaja dimana pengantin lelaki yang sama tetapi pengantin perempuan yang berbeza. Pakaian pengantin ala Inggeris moden dimana pengantin perempuan memakai gaun warna putih susu.
Kelihatan TAJUDIN ABDULLAH (35), seorang lelaki Cina Muslim terbaring kaku di atas katil. Sesekali matanya berkedip memandang sayu ke syiling.
Di sisi Tajudin nampak sebuah peralatan sokongan pernafasan bersambung ke mulutnya dan bekalan perubatan yang berselirat di tangannya. Tajudin ialah pengantin lelaki dalam kedua-dua gambar tadi.
Fokus beralih ke pintu bilik yang terkuak sedikit. Dari luar kedengaran suara beberapa orang yang kedengaran samar-samar sedang bertengkar.
Tiba-tiba tangan seseorang yang tidak pasti siapa bergegas membuka pintu dari luar.
TAJUDIN’s P.O.V -- Seseorang dengan pantas menekup mukanya dengan sesuatu berwarna kebiruan. Pandangannya beransur kelam dan akhirnya gelap.
FADE TO BLACK.
FADE IN:
EXT. KAWASAN PERUMAHAN TERES - NIGHT
SUPERIMPOSE: DISEMBER 2004
Fokus ke sebuah rumah teres lot hujung, rumah Tajudin dalam suasana majlis tahlil. Papantanda hiasan di peti surat pagar terukir nama VILLA TAJUDIN & SALIMA. Kelihatan banyak kereta diletakkan di luar dan dalam halaman rumah. Kedengaran sayup-sayup suara orang ramai dari dalam rumah membaca surah Yassin.
SA’ADAH (V.O.)
Kematiannya seolah-olah menguburkan sama hidupku. Tak kusangka, ajalnya juga melahirkan cinta teragungku pada tinggalannya. Namun semuanya tamat dalam bauran ironi, sedih dan gembira.
Kematiannya seolah-olah menguburkan sama hidupku. Tak kusangka, ajalnya juga melahirkan cinta teragungku pada tinggalannya. Namun semuanya tamat dalam bauran ironi, sedih dan gembira.
DISSOLVE TO:
INT. RUMAH TAJUDIN/RUANG TAMU - NIGHT
Kelihatan jelas di dinding utama ruang tamu, dua buah gambar bersaiz besar tergantung bersebelahan. Sebuah gambar perkahwinan sepasang pengantin dan sebuah lagi gambar tiga beranak di hadapan sebuah restoren makanan segera HOTDOG 1901. Tajudin ada di dalam kedua-dua gambar. Kelihatan LELAKI-LELAKI DEWASA berpakaian seperti ke surau sedang membaca ayat terakhir surah Yassin. Di satu sudut, Tajudin tersedu-sedan menghabiskan bacaannya sambil sesekali mengesat airmata. Anak lelakinya, ALIF (4) tidur berbantalkan peha kanannya.
DISSOLVE TO:
INT. RUMAH TAJUDIN/DAPUR - NIGHT
Kelihatan beberapa orang WANITA-WANITA DEWASA sedang sebok menyiapkan hidangan. MAK BADAR (60), ibu Tajudin iaitu seorang wanita Cina Muslim duduk bersandar memerhatikan dengan wajah sayu dan keletihan. SA’ADAH (33), orang gaji Tajudin seakan ketua mengarahkan itu dan ini pada wanita-wanita itu.
MAK BADAR
Sa’adah, cuba kira berapa orang?
Sa’adah, cuba kira berapa orang?
Sa’adah menjenguk ke ruang tamu mencongak.
SA’ADAH
Rasanya dalam 20 lebih. Cukup lauk ni.
Rasanya dalam 20 lebih. Cukup lauk ni.
MAK BADAR
Kain-kain batik arwah ada kau bungkus-bungkuskan?
Kain-kain batik arwah ada kau bungkus-bungkuskan?
SA’ADAH
Emm, adalah sehelai. Abang Din suruh simpan je.
Emm, adalah sehelai. Abang Din suruh simpan je.
Sa’adah mengambil sebungkus plastik besar dari dalam kabinet dapur bahagian bawah.
SA’ADAH
Ni ha, Abang Din beli yang baru 50 helai, suruh sedekahkan semua.
Ni ha, Abang Din beli yang baru 50 helai, suruh sedekahkan semua.
MAK BADAR
Tajudin! Tajudin!
(mengeluh dan sebak)
Tajudin! Tajudin!
(mengeluh dan sebak)
SA’ADAH
Salima makcik, arwah yang tak berapa suka pakai kain batik.
Salima makcik, arwah yang tak berapa suka pakai kain batik.
MAK BADAR
Sekarang, Tajudin yang beriya tak nak bagi sesiapa.
(pada diri sendiri)
Sekarang, Tajudin yang beriya tak nak bagi sesiapa.
(pada diri sendiri)
Sa’adah mengangkat periuk nasi elektrik yang bersaiz besar dari atas meja kabinet lalu meletakkan di atas lantai. Kemudian dia mengacau-ngacau seperiuk besar gulai ikan masin yang sedang menggelegak di atas dapur gas. Sesekali Sa’adah mengelap peluh di dahi dengan lengan baju kurungnya. Mak Badar memerhatikan perlakuan Sa’adah sambil mengetap bibir menahan sebak.
MAK BADAR
Nasib baiklah kau ada Sa’adah. Huey Yen takkan datang majlis agama macam ni.
Nasib baiklah kau ada Sa’adah. Huey Yen takkan datang majlis agama macam ni.
SA’ADAH
Tak apalah makcik, dah kerja saya. Lagipun malam ni Kak Yen kan ada makan malam Hari Krismas dengan keluarga Abang Andrew?
Tak apalah makcik, dah kerja saya. Lagipun malam ni Kak Yen kan ada makan malam Hari Krismas dengan keluarga Abang Andrew?
KAK ZITA (40), seorang jiran wanita India Muslim muncul di pintu dapur.
KAK ZITA
Assalamu’alaikum.
Assalamu’alaikum.
SEMUA WANITA
Wa’alaikumsalam.
Wa’alaikumsalam.
Sa’adah menghampiri Kak Zita dan menariknya ke luar dapur.
CUT TO:
EXT. RUMAH TAJUDIN/LUAR DAPUR - NIGHT
SA’ADAH
Kak Zita, bila balik?
Kak Zita, bila balik?
KAK ZITA
Kelmarin Tajudin ada sms akak masa kat Manchester, dia kata kanser payudara Salima tu makin teruk. Akak telefon balik, dapat cakap sendiri dengan Salima! Akak terus ambik flight balik cepat-cepat! Tak, tak sangka pulak--
Kelmarin Tajudin ada sms akak masa kat Manchester, dia kata kanser payudara Salima tu makin teruk. Akak telefon balik, dapat cakap sendiri dengan Salima! Akak terus ambik flight balik cepat-cepat! Tak, tak sangka pulak--
Kak Zita mula teresak-esak tidak dapat meneruskan kata-kata.
SA’ADAH
--Kak Zita!
--Kak Zita!
KAK ZITA
Akak terkilan sangat tak ... tak dapat tengok ... nak jumpa ...
(kelu lidah)
Akak terkilan sangat tak ... tak dapat tengok ... nak jumpa ...
(kelu lidah)
Sa’adah segera memeluk Kak Zita yang meraung.
SA’ADAH
Sabar kak, sabar! Mengucap banyak-banyak.
Sabar kak, sabar! Mengucap banyak-banyak.
Sa’adah mengusap tangan Kak Zita yang semakin tenang.
SA’ADAH (cont’)
Macamana restoren baru kat sana?
Macamana restoren baru kat sana?
KAK ZITA
Tunggu kelulusan lesen. Abang Musa uruskan semuanya. Resepi kau tu mat salih memang suka masa food test.
(mengesat airmata dan cuba tersenyum)
Tunggu kelulusan lesen. Abang Musa uruskan semuanya. Resepi kau tu mat salih memang suka masa food test.
(mengesat airmata dan cuba tersenyum)
AMIN (25), seorang lelaki penjual ikan datang terhendap-hendap mendekati pintu pagar dapur sambil memegang sebungkusan ulam.
AMIN
Pst! Pst! Sa’adah!
Pst! Pst! Sa’adah!
KAK ZITA
Mmm, anak ikan--eh! abang ikan kau dah datang.
Mmm, anak ikan--eh! abang ikan kau dah datang.
Sa’adah tersipu-sipu malu. Kak Zita beredar masuk ke dalam dapur.
SA’ADAH
Amin! Kenapa ikut belakang? Lelaki baca Yassin kat depan!
Amin! Kenapa ikut belakang? Lelaki baca Yassin kat depan!
AMIN
Ish! Malulah. Baju, baju bau ikan. Ni, ulam raja, ulam ratu, ulam puteri macam, macam awak! Semua ada! Cukup? Cukup tak?
Ish! Malulah. Baju, baju bau ikan. Ni, ulam raja, ulam ratu, ulam puteri macam, macam awak! Semua ada! Cukup? Cukup tak?
Amin menyerahkan bungkusan ulam.
SA’ADAH
Lebih dari cukup. Esok saya bayar--
Lebih dari cukup. Esok saya bayar--
AMIN
--Eh! Tak! Tak payah! Saya, saya sedekah! Awak, awak kan pelanggan tetap saya!
--Eh! Tak! Tak payah! Saya, saya sedekah! Awak, awak kan pelanggan tetap saya!
Mak Badar muncul di pintu dapur.
MAK BADAR
Sa’adah, nak hidang dah. Amin, masuklah makan dulu.
Sa’adah, nak hidang dah. Amin, masuklah makan dulu.
AMIN
Err, tak apalah makcik. Err, err, saya, saya tak baca Yassin tadi. Tak penting, saya tak penting. Saya nak pegi pasar borong dah ni. Nak, nak beli ikan jualan esok. Balik dulu ya makcik! Sa’adah!
Err, tak apalah makcik. Err, err, saya, saya tak baca Yassin tadi. Tak penting, saya tak penting. Saya nak pegi pasar borong dah ni. Nak, nak beli ikan jualan esok. Balik dulu ya makcik! Sa’adah!
Amin bergegas keluar sambil tersengih-sengih. Mak Badar berkerut dahi. Sa’adah tersenyum simpul.
DISSOLVE TO:
*hint: opening scene ini bertujuan sbg character introduction watak2 utama & pembantu dr segi perwatakan fizikal & speech pattern masing2. saya cuba utk 'membezakan' kesemuanya supaya tidak stereotype di antara satu sama lain. dlm waktu yg sama setiap situasi/exposition yg saya terangkan juga memberikan cadangan idea kpd pengarah/sinematografer/lighting/suntingan/props etc apabila hendak dishootkan nnti. walaubagaimanapun, ini hanyalah sebuah draf-skrip dimana apabila diproduksikan ia mungkin akan di rewrite oleh pengarah utk kesesuaian lokasi atau bajet. btw, ini hanyalah utk dramatv BUKAN filem ok! jadi sama2lah kita berdoa semoga skrip ini berjaya dibeli & saya boleh buat part-2 atau jadikan siri! huhu!
Wow!
ReplyDeleteaku risau ko punya skrip di ciplak orang yg tak reti sempadan milik org lain. hati2 bro.
ReplyDeleteHmm...from a professional pov:
ReplyDeleteOnce kita tulis script, kita tak payah justify script tu: i.e. opening scene untuk membezakan characters, lighting etc etc...the script should stand on its own and kalau orang "taken" with where the script is going when reading the first few pages, then you've got an audience. Unfortunately, you punya skrip ni non-linear in style - I don't think this is necessary - I think I know what you want to do, nak kan kelainan but in truth you're alieanting the mass. I was not taken by it at all. You're ambitious, and I like it, but I wish your writings could be simpler. With simplicity comes an effective script unless la kalau you nak buat something macam Pulp Fiction, but then again, you buat drama TV, penontonnya mak, amk kita, akak akak kita - diorang nak something simple to digest. Your's is a little bit tough. I would do a re-write if I were you, because personally I hate the way you start the script with the gambars and all that then flashback. And I tak suka "focus" here - then "focus" there. Itu sebenarnya kerja DOP.
I always write in English then translate in Malay. Works for me, but different people different caranya tulisannya. Consider this: (Sorry tak boleh format)
Over BLACK
We hear the sound of men reading the Surah Yassin .
FADE IN
EXT. HOUSE. NIGHT
A terrace house, the interiors and exteriors brightly lit. A kenduri is underway.
We follow TWO MEN almost running into the house, late.
INT. HOUSE. NIGHT
The two men sit on the carpeted floor joining the others, starts to recite with them.
Slowly, we close on one man amonost them, TAJUDDIN, Chinese-Muslim, 38, deeply distraught. Tries hard to read, struggles.
A MAN touches his back, consoling. It helps. Tajuddin continues reading.
CLOSE on a page of the Surah Yassin Tajuddin is holding. A tear drops on it. Tajuddin's hand wipes it away.
INT. HOUSE. KITCHEN
SAADAH, the house maid, early 20s, peers from the kitchen, counting the attendees.
She turns to look at the dishes laid on the kitchen table, waiting to be served.
SAADAH
(confirms)
Cukup lauk ni.
MAK BADAR, Tajuddin's mother, early 60s, is unsure, looks to other WOMEN helping her out in the kitchen for affirmation.
Example saje. Anyway, selalunya kenduri arwah mesti banyak orang pompuan kat dapur. You fail to show that. You fail to show the keriuhan di dapur.
Anyway, alih alih cakap pasal kain batik, the whole dialogue on that doesn't make sense.
Oklah...sampai sini saja. Consider me you newfound blog fan.
Sorry, sangatlah sorry. 2nd reading baru dapat tanggap wanita dalam dapur. My bad. Rewrite lah Ajami.
ReplyDeletemr.manager - GANG STARZ kau pon wow!
ReplyDeletebluehikari - terima kasih
momo - pro erk! kudos! yap! mine non-linear BUT taklah sebesar 'pulp fiction'! akunya mcm 'pump beskal' jer yg mak2 termasuk maknyah atau makhayam akan sker! btw, kau nak jd kan tipikal malay-drama agaknya suh linear kan? fine! btw dear, nih baru opening scene sebabtuh kau 'blur kan?.. even ada 2 main characters tak kuar lagik! kau nya plot mcm besh plak! mailah kita collaborate.. email/YM me.. aku kasi kau baca the whole draft! apa gunanya jd pro if tak bleh nk tolong amatur kan? per2 hal i want to meet u if pro tak keberatan nk jumpa amatur! huhu!
Once kita tulis script, kita tak payah justify script tu: i.e. opening scene untuk membezakan characters, lighting etc etc...the script should stand on its own and kalau orang "taken" with where the script is going when reading the first few pages, then you've got an audience. ~momo
ReplyDeletedear momo,
in my amatur pov, draft aku nih takder lak nak kasi 'camera-angle' 'long shot/cu' etc etc.. TAPI sebenarnya 'ada' cadangan arahan2 tuh if u see or imagine by reading it.. Y? becoz itu cadangan aku supaya apa yg aku bayangkn dlm skrip harap2 director akan ikut.. BUT again, the final say yg kata 'action' ialag director & angle oleh cinemtographer kan?.. and btw, TAK ADA rules yg sahih to write a script mcmana yg betul? selagik TAK ADA camera-angle or arahan segala-bagai mcm SHOOTING-SCRIPT and manusia yg paham bahse penulisannya, produksi akan buat.. screenplay cuma 'bercerita' naratif & dialog jer kan? SHOW! DON'T TELL kan?
Ajami, sorry if I had in anyway offended you with my comments. I'm only a pro because I read countless of scripts by the mat sallehs who are already in the industry in Hollywood (but nevertheless part of my job spec). As for experience, I've only written about 3 feature length screenplays, but it's in the drawer, so I must rather confess, perhaps I nih terlebih banyak cakap kot. Biasalah, kita kalu nak mengkomen nombor 1. Kalau nak collaborate boleh jugak...at least I ada one foot in in the local industry (50/50 ker? :) )...boleh jugak ko introduce introduce.....Anyway sorry ye bang. OKlah, I not pro...I am but an ant (maklumlah, spec script pun Tiara tak interested, apa lagi orang lain)
ReplyDeleteAll the best, Ajami.
saya bkn pengkritik dilatih tp saya rasa byk lagi perlu touch up plot drama ini..spt mommy lyna kata dlm blognya.
ReplyDelete1) saya lost apa sbrnya masalah tajuddin - terlebih rindu pd isteri matikah atau tidak boleh terima isteri baru seorg maid?
2) jika benar salah satu, kenapa dia menggatal dgn si lawyer (mungkin nature lelakikah yg nak ditunjuk)?
3) jika benar Takuddin takleh terima maid pun, kenapa?sbb maid itu pernah rosakkan kuarga diakah?
4) scene ditampar tu terlalu lama hingga sempat membunuh..x logik.
5) takyah cerita pun x pa pasal anak hajar sbb crita sampingan sbb rasanya lebih nak tahu apa jadi pd janda kaya- jadi businesswomen yg berjayakah? jadi tokey maid agency kah?
anyway, senarai pelakonn yg meletops yg buat kami tunggu hingga akhir..good job on this ;)