Zombi?
berikut ialah komen dr pembaca blog ini:
***
Salam mentafsir dari aku
ZOmbi = MAyat Hidup yakni orang yang dah tak punya pendirian, tak punya pandangan, mudah terima pengaruh, senang diheret dengan masalah dan senang dijadikan pengikut... orang yang macam zombi dalam dunia banyak sangat. orang yang anggap dirinya pandai tapi hakikat nya terlalu bodoh nak mampos, orang yang sanggup terima apa saja tanpa usul periksa... tapi untuk mudah kata dia tahu yang dia tak tahu tapi dia akan cuba buat-buat tahu... kalau dalam bahasa kasar Bodoh yang bangang tapi sombong... ada banyak maksud lain lagi dalam makna yang tersirat dalam zombi ni sebenarnya... ikut pemahaman la, kalau dia nak kata zombi tu pengikut taat ajaran agama sesat, pengikut ahli politik yang suka kena makan dek orang atas, orang yang ada pendidikan tapi salah guna kuasa... ikut tafsiran sendiri....
KAmpung pisang = sebuah daerah yang ada samada negara, negeri , kampung, kelompok, koloni, apa sahaja yang boleh dikategorikan sebagai satu kumpulan kecil atau besar.. dimana negaranya mengharapkan hasil dalam negara sendiri... "Republik Banana"... ni isu sensitif ni sori kalau tersinggung mana2 bangsa ya.
secara konsep :kisah zombi ni adalah sebuah negara yang aman dan damai dimana masyarakat yang berbilang kaum.. terutamanya orang melayu sebab dalam cerita ni banyak nak tunjukkan perangai orang melayu... hidup menjadi kucar kacir setelkah satu anasir luar masuk atau penyakit atau pengaruh tapi dalam cerita ni dijadikan sebagai satu virus zombi... mereka terima dengan terpaksa.
makan otak maksudnya menjajah pemikiran mereka.
kuaratinkan mereka yang dsyaki akan menjdai zombi tu [pula macam dalam tahanan ISA la...
bak kata mudah lagi cerita ni nak tunjukkan dimana orang kita ni mudah dipengaruhi, kalau tak da orang yang menghalang akan merebak, hero dalam ceritya tu boleh dikatakan sebagai bakal pemimpin yang membawa satu pendekatan baru untuk menghalang anasir luar tu... tapi tak berjaya namun dia tetap berusaha... patutnya kita kena ada sikap macam budak yang tembak zombi tu, walaupun anasir tu datang dia terus mengambil tindakan...
bila anasir tu tak dapat mempengaruhi semua tu lah adanya adengan ketua zombi nak makan otak hero tu sebabnya dia dah ada ciri pemimpin...
itulah yang aku dapat kaji sikit sebanyak dari bacaan aku, pemerhatian aku tentang komen2 dalam surat khabar, blog dan apa yang aku tengok malam tu...maaf kalau tulisan aku buruk maksudnya tak tersusun kata dengan panduan ilmiah tapi yang pasti aku faham apa yang mamat cuba sampaikan, dan boleh kata semua dalam filem sebelumnya.... Lang Buana, Man Laksa, Rock dan Zombi KAmpung PIsang ni...
aku tak sabar tunggu filem terbaru dari dia KALA MALAM BULAN MENGAMBANG
yang benar
Kucing Hutan Belantara
Comments
Post a Comment