Salaam..
Ia adalah adaptasi dari cerpen [short story] ke layar-tv. Sejauh manakah isi & rasa sebenar tulisan asalnya oleh ketiga-tiga cerpenis berjaya 'dihidupkan' oleh pengarah tersohor tanahair - osman ali? Sama-sama kita tunggu, saksikan & nilai sendiri nanti.

ARAHAN: Osman Ali [Nuansa Sdn. Bhd.]

SALURAN: TV9 [3 minggu siaran - 2 episod/seminggu utk setiap cerita]


CERPEN 1: KERANA AYAH [oleh Siti Norbaizura Rahim]
TAYANGAN: 9 & 10 NOV

SINOPSIS:
Mengisahkan seorang gadis remaja bernama Intan yang memiliki segulung ijazah tetapi tetap bertegas mahu membantu kerja2 ayahnya di bidang penternakan lembu. Apatah lagi setelah usia ayahnya yang sudah tua dan kurang sihat maka inilah masanya Intan perlu membantu dan berkorban. Namun begitu kehendak Intan di bangkang keras dan disindir oleh Helmi teman lelakinya. Pada masa yang sama Intan juga mendapat tawaran kerja sebagai eksekutif dan ditolaknya mentah2. Helmi dan Intan berpisah seketika.

Hari berlalu dan perniagaan menjual daging dan susu segar semakin mendapat sambutan. Intan sangat gembira namun naluri wanitanya tetap merindui Helmi.

CAST
MIMI RAHDZIA - INTAN
ELFIE FIRDAUS - HELMI
ZAIDI OMAR - AYAH INTAN

CERPEN 2: DI PENGHUJUNG SENJA [oleh Mastura Abdullah]
TAYANGAN: 16 & 17 NOV

SINOPSIS
Mengisahkan ketabahan, kegigihan dan kesabaran seorang kakak sulung iaitu Aishah yang secara tiba2 terpaksa memikul tanggungjawab yang besar menjaga adik2nya yang masih bersekolah setelah kematian ibubapanya.

Aishah terpaksa meneruskan kerja ayahnya seperti menangkap ikan, menjual ikan di pasar dan membuat keropok lekor di gerai. Adik2nya yang memahami juga turut membantu walaupun Aishah mahu mereka memberikan tumpuan pada pelajaran.

Kegigihan dan kecantikkan Aishah sudah lama di perhatikan Azlan yang telah jatuh hati padanya. Aishah sering dingin dan tidak melayan Azlan walaupun adik2nya amat menyenangi Azlan. Baginya lelaki dan cinta akan mengabaikan tangunggungjawabnya sebagai kakak yang harus menjaga adik-adiknya seperti mana yang telah diamanahkan oleh arwah kedua ibubapanya. Namun hati kecil seorang wanita juga terusik apabila kedatangan sebuah cinta.
CAST
NOORKHIRIAH - AISHAH
REMY ISHAK - AZLAN
ADIK FIHMI - KIMI
MUAZ AIDILFITRI - ANGAH

CERPEN 3: CINTA SECANGKIR KOPI [oleh Haryani Kamilan]
TAYANGAN: 23 & 24 NOV

SINOPSIS
Mengisahkan seorang remaja perempuan bernama Aliya yang berkunjung ke Singapura untuk menemuni kawan baiknya iaitu Kak Ina yang memiliki sebuah cafe.

Setibanya di sana Aliya merasa simpati kerana melihat perniagaan di cafe semakin merundum dan kurang pelanggan. Lantas Aliya menghidangkan minuman kopi sebagai tarikan pelanggan di café. Kopi itu adalah kopi yang diproses secara tradisional oleh neneknya di kampung. Pada masa yang sama ada seorang pelanggan bernama Amer yang sering ke café. Aliya terpikat dengan ketampanan Amer dan Amer pula terpaut dengan kopi buatan Aliya. Lama kelamaan kopi Aliya itu semakin di minati. Dan, Amer pula sering ke situ hanya untuk menikmati kopi buatan Aliya serta menawan hati Aliya. Perhubungan cinta pun terjalin seperti yang diidamkan bersama, namun cinta juga seperti secangkir kopi yang ada manis dan pahitnya.
CAST
NADIYA NISAA - ALIYA
BRONT PALARAE - AMER
MISLINA MUSTAFFA - KAK INA
Dibantu oleh CORINNE ADRI dan YUSNI JAAFAR