PART 1
PART 2
PART 3

Salaam..
Inilah yg dikatakan nasib! Lain yg kita rancang, lain pula yg jadi!.. Khamis lepas saya terima sms dari Silverose lagi sekali. Kali ini bukan jemputan utk meroyan kat RADIO24 macam yg lalu. Tapi pelawaan samada saya hendak mewawancara Taufik Batisah selepas dia bersiaran langsung di RADIO24!.. Saya mulanya agak keberatan kerana saya belum membeli cd album pertama Taufik utk pasaran Malaysia! Nanti takut juga ala2 tak cukup informasi tapi gatal nak interview artislah kan? Huhu!.. Namun bila memikirkan bahawa ia satu peluang yg mungkin sukar saya dapat lagi di masa akan datang, saya kata: "Ok! but i kena beli cd dia dulu nak dengar lagu2 dia.." Maka petang tu jugak saya ke Central Market membelinya [review penuh - akan datang coz kena dengar seminggu dulu!] Pagi semalam janjinya saya akan diberikan peluang utk bersembang dgn Taufik Batisah semasa rehat utk siaran berita pukul 11:00 pagi. Taufik akan bersiaran mulai pukul 10:30 pagi hingga 11:30 pagi. Pukul 9:00 pagi saya dah berkereta dari rumah menuju ke Wangsa Maju utk mengambil kawan saya, Naz yg juga katanya die hard fan Taufik dimana tujuan saya ialah utk dia tolong ambik gambar. Tapi.. saya terlupa!.. pagi semalam ada cubaan perhimpunan kaum India kat area pejabat kedutaan! So byk jln ditutup oleh sekatan polis! Hayooo! bayangkan kami terpaksa berpusing-pusing sekitar KLCC beberapa kali utk mencari jln ke bangunan BERNAMA di jln tun razak!.. Masa tu dah pukul 11:00+ pagi.. Silverose telefon, lalu saya kata tak apalah kerana dah tak sempat nak sampai. Kami hampir berpatah balik ajer. Tapi Silverose cakap, staff Galaxy Music [Msian distributor] mahukan saya jumpa Taufik jugak walaupun sekejap. Mmm..

a famous singer & a not-so-famous blogger
Dipendekkan cerita, pukul 11:30 pagi barulah kami berjaya sampai ke BERNAMA. Agak tersipu-sipu kontrol hensemlah kononnya kami berdua masuk pejabat RADIO24. Bestlah dpt kenal2 dgn staff RADIO24 - anchor Kam Kamaruddin & asst. producer Rahayu Nordin [aku terlupa nak amik pic dgn korang! sori erk!].. Miss Goh, Marketing Manager utk Galaxy Music memang sporting. Actually saya cakap kalau tak dapat interview Taufik, saya nak ambil photo ajer dan review album dia kemudian. Tapi itulah namanya nasib baik.. tetiba Goh pelawa saya mewawancara Taufik dlm kereta masa perjalanan ke RTM utk satu lagi sesi radio. What?.. Cool!.. Saya kata ok ajer! Nasib baik saya bawak Naz! So, dia driving ikut kat belakang kereta Galaxy Music. Jadi, selama hampir 30 minit saya mendpt peluang eklusif yg pd awalnya hanya betis tapi sekarang dah jadi peha! Huhu!.. Ini pendpt peribadi saya, bukan nak puji sesaja atau ampu >> Taufik ialah seorg artis muda yg humble & sporting giler! Saya tak rasa kekok langsung bertanya soalan2 on-handy-camera yg dijawabnya dgn spontan & bersahaja. Perbualan kami memang santai giler! Agaknya kerana ciri-ciri sebegitulah dia jadi artis pujaan remaja2 Singapura. TQ & Good Luck Taufik! Semoga kamu akan lebih popular di Malaysia pula!

taufik & naz [driver/PRO ajami!... boleh?]
the making of 'bual santai: ajami & taufik batisah'
Sila rujuk foto di atas!.. ya, korang nampak memang grand & kelas pakcik punya youtube 3 parts tu kan?.. mari pakcik listkan senjata2 yg digunakan utk menghasilkannya:
1. taufik batisah cd
2. sony handycam
3. sony dvd+rw 60min
4. laptop acer 'aspire 3620'
5. handphone nokia - utk dilaser oleh silverose coz lambat!
6. queen headset
7. blank vcd - konon nak kasi taufik copy neh!
8. d****ll 20s - 2 kotak
9. streamyx - yg sgt laju giler!
10. mouse-pad - free souvenir dr foto shangri-la!
11. 10+ cawan nescafe segera!
12. 12 jam+ masa tanpa tidur!
13. kamus dewan edisi ke-4 - utk check BM yg baku.. boleh?