Malam Gala Filem ANAK HALAL
Salaam..
Tahniah Osman Ali & Tayangan Unggul kerana akhirnya ANAK HALAL dipanggungkan secara rasmi. Tapi kamu di luar sana tunggu minggu depan 13 Dis untuk tayangan umum di seluruh negara! Majlis malam tadi satu petanda yang positif. Kenapa?.. kerana ada beberapa 'keanehan' di Malam Gala-nya itu:
1. Bilangan jemputan di atas kertas 'melebihi' jumlah tempat duduk di dalam panggung utama GSC! Sebenarnya jemputan rasmi telah ditentukan oleh Tayangan Unggul berdasarkan kaitan yang khusus untuk ANAK HALAL iaitu pekerja filem dan pelakonnya, pemberita, penaja, selebriti dan VIP. Tetapi menurut mereka ada ramai lagi yang 'menawarkan' diri untuk menghadirinya tetapi terpaksa ditolak secara baik kerana sudah penuh! Mungkinkah war-war respon dari tayangan khas ANAK HALAL sebelum ini di FFM (Pulau Pinang), beberapa institusi pengajian tinggi dan yang terbaru di KLIFF07 menyebabkan orang hendak menontonnya lagi dan lagi dan lagi.. agaknya lah!
2. Semasa sesi soal-jawab pemberita dengan penerbit, pengarah dan pelakon-pelakonnya, soalan bertubi-tubi tertumpu kepada Osman Ali sahaja mengenai isi (naratif) ANAK HALAL. Bukanlah saya hendak buat cerita, sungguh!.. berbanding dengan tayangan perdana filem yang pernah saya hadiri sebelum ini, selalunya pengarah agak 'terkebelakang' berbanding dengan pelakon untuk ditanya itu dan ini. Tidak! Saya tidak bermaksud bahawa pelakon ANAK HALAL bukan penting, tetapi agaknya pemberita yang hadir merasakan Osman Ali adalah tok dalangnya yang benar-benar menjadi tunjang kebagusan filem ini. Namun sejujurnya, pada pendapat saya lakonan ensemble cast ANAK HALAL betul-betul menghidupkan ceritanya. Nanti kemudian saya ulas lanjut filemnya ok?
3. Saya rasa bangga. Bangga sangat! Tak tahu kenapa? Mungkin saya bias? Mungkin.. Tapi saya betul-betul rasa bangga dan seronok!.. ya! saya tambah satu lagi iaitu saya rasa seronok sangat sehabis menonton filem ini.. bangga dan seronok macamana?.. entah!.. mungkin kamu mesti tengok sendiri dan rasa yang lain pula?.. mana tahu nanti kamu rasa manis, pahit, masam, kelat.. apa-apalah.. haaa! lagi satu, saya rasa sedih sikit-sikit.. errr! banyak kali juga di beberapa babak.. tapi saya buat-buat kononnya mata pedih.. entahlah.. campur-baur rasa itulah buat saya jadikan 'keanehan' no-3!
Balik kepada acara malam tadi, temanya UNGU dan PUTIH sebab CELCOM X-PAX jadi penaja rasmi. Mulanya saya ingatkan filem ini gunakan warna khas untuk maksud 'halal'.. Tapi rupanya kerana itu warna korporat penaja.
Akhir kata, TAHNIAH untuk Osman Ali, Tayangan Unggul dan terutamanya semua pelakon yang samarata penting dalam ANAK HALAL.
ye ker maya tnye macam tu?
ReplyDelete