Topik: Pembuli Siber (Cyber Bully)

Tetamu/Blogger: Ajami Hashim & Kevin Zahri

Tarikh: Khamis 17 Jan '08 / 8-10 malam

Frekuensi: 93.9 Mhz

Website: http://www.radio24.com.my

post-script:

19/01/08/4:00AM

Penat & puas! Itu sahaja yg saya mampu sebutkan! Hari Khamis lepas memang memenatkan tetapi memuaskan!

6:30AM - Paginya, spt biasa menghantar anak ke tadika, turunkan anak bongsu di rumah mertua & kemudian menghantar isteri ke pejabat.

9:00AM - Saya adalah pelanggan pertama di The Coffee Bean & Tea Leaf - Mid Valley Megamall untuk membunuh masa di alam siber.

10:00AM -Saya hadiri tayangan tertutup filem Apa Kata Hati hasiltangan terbaru sutradara Saw Teong Hin bersama tenaga produkti Tayangan Unggul, rakan-rakan jemputan khas mereka dan penulis skripnya Meor Shariman, sultanmuzaffar serta seorang mentor/ahli akademik En. Hassan Muthalib. Ulasannya? Nantilah bila nak tayang saya bebelkan ;-).. waktu yg sama saya menerima satu sms dari seseorg..

12:00PM+ Saya lunch dgn mentor disulami syarahan santai pasal perfileman dari En. Hassan. Walaupun hanya di kedai mamak, mahupun dilatari hingar-bingar di sekeliling kami, saya macam budak kecil di kedai Toy"R"Us! Saya tanya itu dan ini dari Hassan kerana bukannya mudah utk mendpt peluang seintim itu berdebat dan berlawan pendapat sesama kami. Tapi sejujurnya saya akui bahawa Hassan lebih dulu & byk 'makan garam' berbanding saya. Maka ada ketikanya saya hanya diam & menganggukkan kepala sahaja. Saya serap semuanya! Saya sedut setiap isi yg dituturnya. Pertemuan itu adalah pembuka pintu depan utk saya memasuki kamar ilmu perfileman yg tidak lokek disimpan dalam perpustakaan minda beliau. Terima kasih cikgu Hassan!

4:00PM+ Saya kembali ke Coffee Bean.. Ingat lagi sms tadi? Itu ialah sms dari ex-schoolmate saya yg kini menjawat status penyampai maklumat/DJ/juruhebah/tukang cakap penuh (BUKAN cakap kosong!) di RADIO24 & RTM bernama Sayed Munawar. Dia perlukan blogger utk menjadi tamunya pukul 8:00PM mlm itu juga di RADIO24 kerana topiknya ialah pasal Cyber Bully.. Saya cuba hubungi beberapa org sahabat blogger yg saya rasa 'sesuai' utk membicarakannya. Malang sekali, semuanya ada hal.. Lantas, saya jadi bidan terjun kuak lentang! Sayed mahukan saya sebagai 'salah seorg' tetamu! Maknanya ada seorg lagi blogger yg sudah setuju melalui networking Sayed sendiri, tapi saya tidak tahu siapa? Bayangkanlah, dalam durasi hanya kurang dari 2 jam saya melayari internet utk mencerap seberapa byk maklumat mengenai Pembuli Siber sebagai asas! Lagi masuk sms dari Sayed memaklumkan bahawa Kevin Zahri ialah rakan tamu saya! Alamakkk!

6:00PM+ Saya ambilisteri di LRT lalu kami tersepit dalam jem di Kuala Lumpur menuju ke Bangunan BERNAMA! Nangisss!

7:00PM+ Kami berjaya sampai!

8:00PM-10:00PM - On-air!

* Hari Khamis itu disudahi dgn 4 tinggalan:

1. menonton filem Apa Kata Hati

2. menjadi protege tak rasmi kpd En. Hassan Muthalib

3. bertemu semula ex-schoolmate Sayed Munawar yg lama tak jumpa

4. menjalin networking baru dgn blogger Kevin Zahri

..pehhh!!!

*sila klik banner di atas utk info lanjut!