Ayat Ayat Cinta ~ cerita Fahri dan kekasih-kekasihnya!

sajaaa up balik utk sapa yg tgk kat tv3 tadi! lalala!


"kau ingat hasil mangga yang sering kau buatkan?.. atau kau yang suka minta tolong dibelikan cd.. atau keranjang mu yang suka jatuh ke tanah.. kerna terlalu berat membawa buku ku yang mahu kau pinjam.. bangun Maria!" ~ Fahri

Salaam..

Ia sebuah filem, bukan sebuah novel. Saya tulis dari sisi naratif arahan Hanung Bramantyo serta lakonlayar oleh Salman Aristo dan Ginatri S. Noer yang terpapar di layar lebar sahaja tanpa membaca kepanjangan cerita penuh dalam novel penulisnya Habiburrahman El Shirazy. Itu sisi lain. Mungkin saya akan baca kemudian.

cerita siapa?

Filem ini tunjangnya ialah kisah konflik cinta paling kronik Fahri Abdillah dalam sebahagian usia hidupnya di Universiti Al-Azhar. Ia berkongsi cerita dengan 4 wanita: Maria, Nurul, Noura dan Aisha. Untuk sebuah adaptasi, perkongsian cerita sebeginilah yang kadangkala sukar untuk disumbatkan dalam sebuah filem yang hanya berdurasi 2 jam lebih. Khalayak cuma mengikuti naratif sang sutradara yang di-audiovisual-kan sahaja. Kalau bikinannya elok, maka penonton akan suka! Ambilan terpilih dari novel yang hendak diceritakan memainkan peranan utama turun-naiknya emosi penonton di sepanjang filem adaptasi sebegini. Kalau betul, orang faham! Kalau sedikit, orang celaru! Kalau terlebih, orang bosan!

Bukaan filem ini awal-awal lagi sudah memancing dengan cerita Fahri-Maria. Saya dapat rasa mereka berdua ada chemistry yang tersorok dalam hati masing-masing! Ya! Saya mahu mereka bercinta kerana sudah tentu perbedaan agama, bangsa dan benua akan jadi tembok. Ia mesti akan jadi konflik kronik. Betul!

Kemudian ada Nurul, gadis paling layak bakal calon isteri Fahri yang hampir secocok segala segi bak pinang dibelah dua! Cerita Fahri-Nurul ini kalau di kampung halaman mereka Indonesia pasti jodoh yang paling lengkap. Tapi ini di Mesir! Maka saya sudah jangkakan bahawa kisah Fahri-Nurul juga pasti akan timbulkan masalah. Betul!

Datang pula gadis secret admire Fahri bernama Noura yang perlu diselamatkan oleh Fahri. Kesiksaan latar Noura berbangsa Arab ala zaman jahiliah sudah pasti ada konflik! Cerita Fahri-Nouri inilah saya agak yang akan jadi obstacle paling kronik! Betul!

Surprisingly ada lagi seorang wanita bernama Aisha berbangsa Jerman! Alamak! Saya mula tak senang duduk! Cerita Fahri-Aisha ini rupa-rupanya yang akan membawa hala-tuju filem ini! Kisah mereka berdua yang akan ke depan sampai habis! Malahan Aisha sendiri yang akan mengemudikan sebahagian besar naratif di pertengahan filem! Wow! Betul-betul wow!

Ok! Setelah diperkenalkan semua background wanita tadi, maka filem ini semakin seronok untuk diikuti. Sejujurnya saya mula rasa kurang selesa dengan watak Fahri yang menjadi rebutan semua orang tetapi masih blur! Di titik naratif itulah seolah-olah syurga dunia untuk Fahri seandainya beristeri maksima 4 orang?

cerita apa?

Naratif filem ini betul-betul mula bergerak bila Fahri memilih Aisha sebagai jodohnya. Walaupun pada pendapat saya, di titik itulah plot-hole paling besar untuk filem ini tapi mungkin penonton tidak sedar. Mungkin! Kenapa saya kata begitu? Untuk seorang berlatar watak Fahri yang cukup radikal berpegang pada tiang agama dan gentleman, tidak kah dia dapat hidu bahawa pilihannya itu seolah-olah mengetepikan terutamanya Maria, Nurul dan Noura sebelum Aisha? Tapi iyalah, bak kata orang 'rezeki jangan ditolak'.. dan Aisha pula mungkin kata "the best woman win!".. Oklah! mungkin Fahri terlalu naif dan Aisha pula yang paling rupawan? Maka jadilah pernikahan Fahri-Aisha macam kisah cinta dongeng dengan majlis ala Bollywood!

Air yang tenang jangan sangkakan tiada buaya! Dari situ, plot pernikahan Fahri-Aisha memulakan snowball-effect atau domino-theory kerana Fahri jadi rebutan 3 wanita lain: Maria, Nurul dan Noura! Semua backstory Fahri datang menghantui kebahagiaan rumahtanga Fahri-Aisha. Itulah harga yang perlu dibayar oleh Fahri. Juga risiko terlindung yang baru Aisha ketahui. Dari sebuah kisah lovey-dovey cinta remaja ia bertukar jadi konflik rumahtangga dewasa yang serius bukan main-main!

Semua orang buka rahsia! Semua orang menuntut dari Fahri sehingga dia dipenjarakan. Terpaksalah Aisha pula yang menyambung naratif untuk mempertahankan haknya. Di sinilah ujian paling dahsyat bagi seorang isteri untuk membongkar unduran realiti siapakah Fahri sebelum menjadi suaminya? Bagi Fahri pula dari dalam penjara itulah dia mengenali dirinya sendiri dan memahami bahawa setiap tindakannya dahulu akan mengejarnya semula sebagai reaksi. Action and chain reaction?

Kalau sebelum ini kita sering disogokkan tentang filem perebutan seorang wanita, kini ini pula filem bagaimana 4 orang kaum hawa menangani jatuh cinta kepada seorang lelaki yang sama! Sungguh kasihan! Saya berpihak kepada wanita yang mana satu? Secara peribadi, saya memihak kepada Maria kerana dialah yang berkorban jiwa-raga dan fizikal sejak awal cerita. Tapi bagaimana pula dengan Aisha, isteri sah mithali Fahri yang sanggup berkorban apa saja hingga rela bermadu? Walaupun plot Nurul agak ke belakang tapi saya pasti dia juga ikhlas mencintai Fahri. Noura pun berhak sebagai wanita yang harus dinikahi demi menyelamatkannya yang juga menyintai Fahri.

Complicated! Betul tak? Filem ini sewajarnya dilihat sebagai teladan kisah pilihan sebetul-betulnya seorang lelaki dalam memilih seorang wanita (mungkin lebih dari seorang wanita) sebagai isterinya.

struktur

Filem ini ada 2 klimak iaitu persoalan samada Fahri dibebaskan dari penjara dan bagaimanakah kesudahan kisah poligami Fahri-Aisha-Maria? Babak keputusan hakim untuk kes Fahri-Noura seperti penamat filem ini tetapi ia dipanjangkan lagi mungkin untuk setia kepada kesudahan naratif novel asalnya. Tambahan pula plot Maria yang sakit mesti dikonklusikan.

konklusi

Pada pendapat saya, Ayat Ayat Cinta berjaya mengadaptasikan sebuah novel cinta keagamaan yang jadi sebuah filem komersial. Tangkapan sinematografi cantik-cantik. Runut bunyi mengasyikkan. Lakonan semua pendukungnya berhasil. Dan paling penting, dipenuhi ayat-ayat cinta yang sangat mengujakan! Tahniah untuk produksinya!

pautan:
http://www.ayatayatcintathemovie.com/
hanungbramantyo
wikipedia
imdb.com

Comments

  1. hamba menangis pada akar ceritanya,
    cinta dan Islam, Islam dalam cinta, dan cinta dalam kehidupan...

    Aishah merupakan pendokong cerita di pertengahan plot yang membawa identiti wanita Islam dan watak isteri solehah yang sebenar..[penulis mmg bijak!!]

    hamba paling menyukai babak Fahri mengenal dirinya.....ketika mengangkat takbiratulihram banyak kali, dan ketika seorang banduan membacakan maksud surah yusuf...
    cukup menusuk kalbu dan memberi impak!!! [penulis mmg bijak!!]

    p/s : penulisan ulasan filem yang mantap!! berbeda dengan saya, ternyata tangan,minda dan cara orang dewasa berpengalaman lebih jauh bagusnya daripada tangan kekok pemuda macam saya.....thanks~

    ReplyDelete
  2. Salaam deennasour,

    saya pun respek dgn kamu coz kdg2 ulasan filem dr yg lebih muda dr saya spt kamu bisa 'melihat' sudut lain yg mungkin saya terlepas pandang.. keep up writing film rev bro! ;-)

    p/s: to my readers, pls read his rev >> http://deennasour.terbaek.com/2008/06/30/review-filem-ayat-ayat-cinta/

    ReplyDelete
  3. gosh
    me tgh tunggu filem nie out on dvd
    :P
    harus tonton nie..thanks uncle couse beri review
    :)

    ReplyDelete
  4. alamak ajami, bukan 'hasil mangga' la tp asyir mangga...asyir tu jus kalau x silap saya..anyway, u should read the novel, lebih meruntun hati dan lebih mendalam. i read the novel before watching the movie,so ada rasa yg x cukup lepas tgk muvi tu ...anyway, it sure is a good movie

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts