The Kite Runner ~ lelayang sebuah persahabatan


http://www.kiterunnermovie.com/

"For you, a thousand times over!" ~ Hassan

Salaam & Selamat Berpuasa..

Sejujurnya ia sebuah filem yang sarat berjiwa dan penuh emosi. Latarnya amat menakutkan tapi menginsafkan. Cerita asasnya cuma pasal erti keikhlasan sebuah persahabatan di antara Hassan dan Amir tanpa sebarang syarat. Hubungan suci itu diduga dengan satu insiden yang amat menyakitkan Hassan. Lalu salah-faham dan rasa ego Amir yang merasakan dia betul dan lebih berdarjat memusnahkan segalanya untuk berpuluh tahun. Mereka kanak-kanak. Kerana itu, mudahnya tuduhan Amir kepada Hassan sebagai pengecut. Akibat malangnya, ia merugi semua yang telah Hassan korbankan dan meruntuh rasa hormat yang Amir sendiri binakan. Filem ini juga membuktikan kasih-sayang sebenar seorang ayah di sepanjang sebuah pengembaraan ranjau yang panjang. Juga tentang rahsia yang paling sukar dihuraikan oleh Baba kepada anaknya Amir. Sekali lagi kerana nama dan status, Hassan yang tidak berdosa terhukum menjadi mangsa keadaan. Sehingga ke akhir hayatnya, Hassan tidak pernah melupakan apatah lagi membenci Amir. Namun setiap soalan di Kabul akan terjawab di situ juga. Pencarian sukar diakhiri penemuan tragik seorang anak kecil bernama Sohrab menebus dan merungkai semua yang telah Amir tinggalkan dahulu.

Pergilah beli dvd atau vcd filem ini di kedai dan tontonlah ia sebagai pengisian jiwa di bulan Ramadhan ini.

p/s: tQ to megat coz promot filem ni kpd saya ;-)

TRAILER

Comments

  1. pakcik- selamat berposer..bukan berpoyo yer... :-))

    ReplyDelete
  2. Salaam doc.. puasa kat ostolia bes tak?.. hope mu skuarga sehat2 jer k ;-)

    ReplyDelete
  3. macam best je cite nie.. offcourse i gi cari DVD nie... tengok poster je terus aku tertarik nak beli..

    ReplyDelete
  4. amy, mmg best tahap gaban! MUST WATCH okeh!

    ReplyDelete
  5. salam,
    Ajami..melihat anda baca puisi di maskara.

    sudah baca buku the kite runner? saya belum melihat filemnya, tertanya-tanya adakah sama?

    ReplyDelete
  6. salam,
    i've already read the book earlier, cried so many times huhu
    it's a must read book, full of emotions, diff culture, and most of all true "persahabatan".

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts