Buto(h) Caravan Paris-Tokyo?


contoh Butoh Dance

Dr. Zul ajak aku dan kamu semua untuk saksikan persembahan umum Buto(h) Caravan Paris-Tokyo di ASWARA malam esok:

Tempat: Dewan Orkestra, ASWARA, Jalan Tun Ismail >> peta
Tarikh: Jumaat, 5 Disember, 8.30 malam
Penganjur: ASWARA & Japan Foundation


Buto atau lebih dikenali sebagai Butoh di dunia barat adalah sebuah persembahan kontemporari pelbagai disiplin seni dengan tubuh, tari dan teater menjadi titik tolaknya. Bentuk ini bermula sejak Selepas Perang Dunia Kedua di Jepun dan pertamakalinya dipersembahkan di sebuah galeri di Tokyo pada tahun 1959. Terdapat ramai penggiat Buto yang mengamalkan cara yang berbeza. Walaupun ianya bermula di Jepun, pengaruhnya sudah merebak ke seluruh dunia, melalui perpindahan dan pengembaraan para pengamal, guru, kumpulan serta individual, yang bukan hanya terpengaruh tetapi menginkorporasikannya di dalam persembahan mereka dengan gaya yang tersendiri dan boleh ditemui di mana-mana benua.

lagi info:
~ dr.zul: saloranseni.blogspot.com
~ nyobakan.blogspot.com
~ earthlink.net
~ wikipedia
~ theactorsstudio.com
~ kakiseni.com

NOTA: sejujurnya aku tak pasti apa yang akan aku tonton nanti?.. hahaha!

info tambahan dari youtube berikut (aku baru jumpa) pasal Tatsumi Hijikata iaitu founder persembahan butoh..

Comments

  1. ala.
    nk pergi
    tapi bertindan dgn Juara Lagu Separuh Akhir la pulak.

    ermmm
    kne pegi juara lagu
    sbb dh janji dgn adi
    kne kasi hadiah bday dia
    ngee

    ReplyDelete
  2. adus. en ajami yg dikasihi, saya kan penganggur yang berdisiplin. kejap balik kuala terengganu main banjir. kejap balik kl kalau ada interview. smlm saya baru je sampai dari kt. esok kalau jadi, baik nak raya. malam ni kena jumpa kawan jap pasal keje 0. busy tak? kalah org buat2 busy. aha. tapi main redah je kan. tengok la, xjadi balik raya, insyaAllah adalah mukaku yg kacak menawan kat sana. huhu

    ReplyDelete
  3. jika melalui contoh Buto Dance tadi yg saya kira ekspresi dimana tiap yg mencipta bayang pada tubuh adalah seni.. oh gila. then saya ambil perbanding sekeping kertas putih A4 contohny letak bwh lampu & sinaran lampu tadi tdk mcipta bayang so kita panggil kosong(0) but pure dan jgn lukis apa2 lg cuma kita keronyok2kan kertas A4 td lps tu kita bentangkan semula letak bwh lampu then ada bayang yg dari satu sudut tertntu, bukankah itu seni "pure"(bg saya)tanpa perlu dilakar dgn color dan kertas itu masih bersih dr contengan walaupun keronyok tk serupa kertas. spt kopi (bersih dan boleh diminum) dgn mineral semulajadi (bersih lg suci apatah diminum).

    sbg contoh owner syarikat kutip sampah dpn pekerja sebuah perusahaan yang multi bilion,apakah reaksi kamu sbg pekerja (ketawa riang, kebingungan, mengata itu dan ini, atau terasa dalam2 hati(alamak segannya)
    jepun suka keserbagunaan. pokok buluh misalnya.

    yg menjd persoalan sy yelah berapakah nilai harganya di sisi malaysia?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

    hell..oh yeah!

    ReplyDelete
  4. sidra, i baru terjumpa youtube psl Tatsumi Hijikata ~ founder butoh dance

    klik sini >> youtube

    ReplyDelete
  5. "yg menjd persoalan sy yelah berapakah nilai harganya di sisi malaysia?"

    hell..oh yeah!

    Saya setuju bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. Lihat link saya "Art of Body Expression" atau link Taihen atau Kazao Uhno di laman saya.

    Kerana itu saya berhenti. Kerana nilai itu. Saya belum ketemu cara untuk mengadaptasikannya ke dalam nilai budaya Melayu Islam - Malaysia.

    Salam kenal Encik Ajami.

    ReplyDelete
  6. Salaam kembali water lily,

    sejak beberapa hari lalu saya sudah meng-google psl butoh dance.. satu sudut pandangan ialah ia ekpresi seni jepun yg sudah diangkat oleh seluruh dunia timur/barat.. then again, jalur nipis di antara seni & tipikalnya jelingan masyarakat kita kpd butoh, saya sungguh tak tahu?.. saya tak ada jawapan.. sudut pandangan itu yg mungkin agak skeptikal untuk seni butoh dapat dikembangkan di Malaysia?.. anda klik link di atas dalam posting saya, nyobakan.blogspot.com adalah satu-satunya nyawa & nadi penggerak utama butoh di sini kan?..

    cuma, saya terfikir satu perihal bila menonton 1001 butoh di youtube.. apa halal-nya ballet, WWE wrestling, acara jimnastik di olimpik etc etc?.. hmmm!

    p/s: dr.zul , kalau baca posting ni sila bagi respon ;-)

    ReplyDelete
  7. butuh atau butoh juga dikenali sebagai "alat kemaluan lelaki" bagi suku kaum iban dan beberapa kaum orang ulu di sarawak, sabah dan filipina.

    di indon pula "butuh" adalah bermaksud "perlu"

    dan butoh yg dimaksudkan incik ajami, saya baru tahu.

    ReplyDelete
  8. kau mmg suke yang cencored2 ni kan deen???

    ngaku je lah...haha...

    ReplyDelete
  9. uncle
    me underage
    x-leh tgk sexy mexy nie...


    x-dapat nak gie la...cuba u heret budak yg kene belajar tu pergi ( a.k.a mr rezz )

    :)

    lagipun ...
    "aku bukan kekasih lelaki mu" bak kata julia
    hahahahahahahaa

    ReplyDelete
  10. Tatsumi xplain filos butoh di last 50sec dlm dancenya. katanya butoh adalah tangga utk high selain smoked. yg ni ada roh makam kayangan.

    'face2' menyatakn prtembungan antara dunia arts itself n pengaruh kormersil mbuatkan artist confius 2 diffrent world like argh persetan everything tp try to undrstnd n lelama plot fly fly then impliment kira 'dancer' tu inform u know art u know world. see time 'dancer' melompat2 mcm hilang akal tu i think that the climax performance.

    separuh jasad aku layan butoh2 tu. open n cuma pndpt aku lgpun yg perform bknnye betul sgt tu rasanya sumer over intel. cuma aku rasa diorg nk trackback spirit Tatsume. gila ah.

    ReplyDelete
  11. aaduuhhhh.....
    sayangnyaaaa....
    best tu.....
    tak leh p la pulak.....
    boleh rakam video pas tu bagi kat aku tak......
    hihihii........
    tak leh nak p la.....
    bagus show tu.....

    ReplyDelete
  12. alamak...
    dah salah tempat komen! hehehe

    saya tak ke aswara sebab kena ke matic..
    ada puteri saadong menunggu di sana!
    heheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts