
Kekuatan utama filem ini ialah cliffhanger naratifnya dan unpredictable dialogues dari setiap watak. Khalayak menunggu apa yang akan terjadi seterusnya dan apa dialog yang akan terpacul dari mulut watak dalam setiap babak. Walaupun diakui bahawa cerita ala penyiasatan sebegini akan memerlukan banyak exposition dan clue untuk diceritakan bagi melengkapkan cerita, namun ia terasa mudah diikuti kerana setiap info dijalin dalam bentuk visual penemuan ala CSi yang teliti dan sesi Q&A sesama watak-watak secara sambil lewa. Penonton bergerak bersama dengan Los dan Faun untuk mencari siapakah pencuri jam tangan Soffarudin Al Sogood?
Kepandaian pengarahan Afdlin Shauki dan ke-witty-an setiap pelakon berjaya memudahkan penceritaan yang kompleks meskipun ada ketikanya exposition yang disyarahkan oleh watak-watak terlalu banyak. Misalnya babak terakhir filem ini semasa helikopter mendarat dan polis tiba, watak Soffarudin dan Faun menghuraikan tanpa henti itu dan ini tentang jawapan sebenar kepada semua misteri dilatari oleh bunyi helikopter yang bingit. Pada aku, ia disengajakan kerana info itu terlalu banyak bla bla bla tapi terasa pendek dan cepat kerana gesaan dari bunyi enjin helikopter itu sendiri. Kamu perasan tak situasi itu juga 'memaksa' watak-watak bercakap laju dan kuat-kuat kerana isinya panjang dan banyak! Ia macam sesi taklimat ringkas tapi padat yang hanya perlu dicerap kata-kata kunci jawapan who, what, where, why, how? secepat-cepat mungkin. Bagus!
Filem ini juga berani berjenaka secara exaggerate, farce, slapstick dan menyelitkan sexual innuendo tapi masih berkias cara Melayu serta 'bersih' untuk orang yang tidak faham apa jenakanya. Mungkin kerana itulah ada ketikanya penonton yang naif tidak ketawa tapi aku layannn!.. hahaha!
Sejujurnya, aku sudah lama betul tak merasa ketawa mengekek-ngekek dalam pawagam menonton sebuah filem komedi Melayu (baca: Senario aku ketawa juga tapi cuma sekerat jalan!) Jadi bila aku menonton Los dan Faun sampai hentak-hentak kaki dan gelak hingga keluar airmata, maknanya filem ini memang lawak yaa amat! Hebat!
Tahniah bro Afdlin & team Los dan Faun!
*ulasan lain kat sini
*ulasan lain macam kat sinaganaga
Comments
Ha ha ha!
haha... macam boleh terbang je nampaknya..
p/s: takde kaitan lansung dengan entry ni.. :)
lawaknyer..
nak tgo ar..
hahahaha..scene ni tak ramai yang gelak..tapi gua sampai terpaksa ditenangkan oleh orang sebelah..
ikha ~ coz nak mrasa jd superheroes gak! kekekek
LOLove ~ tengokkk!
amir ~ yap! joke tu mmg menjadik! harharhar
deen ~ perlu ker? muahahahaa!
me x-drop lagi on my lappy
still nangtuk n penat
alalalallala
sabar yerk
nanti me ym kat u
:P
bias!!!
hehehhehe!
:p
azzam supardi ~ don ada blog tak? humcha?
one love ~ afdlin mana kenal gua laa! gua bukan popular pun! hahhah
rastaf ~ tengok la kentut afdlin tu bro!
wallpapersdeco ~ ekk! kena charge nih!
"ha ini yang kita tak tau tu"
haha khir rahman mmg best!