MAUT ~ didaktisisme pendek-pendek?
Selemah-lemah teguran dan peringatan ialah melalui nawaitu (baca: tidak setuju dan tidak redha), kalau termampu ia disyarahkan dengan kata-kata atau yang terakhirnya melalui perlakuan fizikal. Bade Hj Azmi pula melakukannya melalui filem MAUT yang sedikit-sebanyak meninggalkan bekas yang keras terus menghentam ke hati dan menghentak akal fikiran. Itulah ringkasnya intipati filem ini yang cuba mendedahkan sebahagian kisah pekung dalam masyarakat lalu menayangkan barangkali balasan awal apa yang setimpal sebelum ajal. 3 buah segmen cerita dalam filem MAUT memaparkan sebahagian peringkat-peringkat kematian manusia dan reaksi orang sekitaran yang masih hidup dari sudut pandangan agama dan sosial. Struktur naratifnya dipecahkan antara kebarangkalian yang disusun mengikut kronologi bulan Sya'aban, Ramadhan dan Syawal iaitu sebab serta akibat seseorang itu mati dari latar semasa hidup watak si mati atau yang terbabit dengan si mati.
Menurut Kabil Akbar katanya : “Allah SWT telah menciptakan sebuah pohon di bawah Arsy yang mana daunnya sama banyak dengan bilangan makhluk yang Allah ciptakan. Jika seseorang itu telah diputuskan ajalnya, maka umurnya tinggal 40 hari dari hari yang diputuskan. Maka jatuhlah daun itu kepada Malaikat Maut, tahulah bahawa dia telah diperintahkan untuk mencabut nyawa orang yang tertulis pada daun tersebut. Setelah itu mereka menyebut orang yang tertulis pada daun tersebut sebagai mayat di langit, padahal dia masih hidup di dunia untuk tempoh 40 hari. Kemudian akan jatuh dua titisan dari arah Arsy pada daun tersebut iaitu sama ada titisan hijau ataupun putih. Hijau menandakan bakal si mayat akan mendapat kecelakaan sementara putih mengambarkan dia akan mendapat kebahagiaan. ~ tayibah.com
Untuk mengulas filem ini, aku menyorot dari 2 sisi yang terasa janggal untuk dikecamukkan sekaligus. Dari sudut keagamaan ia mengupas sedikit persoalan tentang kematian manusia yang telah difilemkan untuk dijadikan sempadan serta teladan. Niat murni pembikinan filem ini ke arah itu seandainya ada khalayak walaupun yang sekecil-kecil rasa insaf dek kerana ceritanya, aku rasakan sudah tentu perlu disokong dan diwar-warkan. Biar semua orang tonton. Tidak kiralah yang muslim atau bukan. Ajak seberapa ramai yang boleh. Secara tidak sedarnya filem ini bersyarah dalam mediumnya kepada penonton wayang. Bagus! Bagi aku, filem ini merangsangkan rasa ingin tahu selepas menontonnya. Ia timbulkan kesedaran untuk menghormati bulan-bulan Islam serta mengujakan kuriositi apa sejarah dan hari-hari penting bagi setiap bulan itu? Misalnya montaj daun gugur yang memisahkan setiap segmen cerita telah menjurus carian aku di internet sehingga terjumpa perenggan di atas dari laman web itu. Lantas aku juga sudah berkongsi apa yang aku temui. Ia mencetuskan reaksi untuk aku berfikir dan mencari jawapan dengan hanya menonton sebuah filem. Sekurang-kurangnya filem ini cuba jadi alternatif secara halus kepada penonton yang degil untuk hadir ke sesi ceramah agama di masjid dan surau oleh para ilmuan agama. Bade pula sebagai pembikin filem menggunakan wayang kerana itu kepakaran dia walaupun mungkin terpaksa disulami dengan unsur hiburan. Aku harap orang-orang yang selama ini mencemuh filem Melayu itu hanyalah hiburan semata-mata kosong, melalaikan dan sampah untuk buka mata dan pergilah tonton filem ini. Jangan merungut sahaja. Buktikan bahawa filem semacam ini yang kamu mahu tonton! Jadi pembikin filem yang lain boleh sambung dan banyakkan lagi usaha-usaha pembikinan filem sebegini di masa akan datang.
Namun begitu, aku perlu juga melihat dari sisi nilai kualitinya sebagai sebuah lagi filem Melayu yang disogokkan kepada penonton? Secara jujurnya aku katakan bahawa filem Maut masih di tahap sederhana dari segi cara bercerita dan bikinannya. Ia bukanlah sebuah filem yang terlalu hebat visual dan runut bunyi. Malah tidak jauh beza kualitinya dengan sesebuah drama tv yang barangkali ada yang lebih bagus. Tapi mungkin juga kesederhanaan itulah yang sudah sesuai untuk filem ini kerana ia lebih mahu menonjolkan isi sahaja. Sebab itulah agaknya ia ada 3 buah filem pendek yang berdikari sendiri tanpa sesekalipun mana-mana watak bagi setiap cerita berselisih. Apa yang berkaitan sesama cerita ialah kisah maut. Sebenarnya kalau mahu, filem Maut boleh diceritakan secara berselang-seli seperti filem Gubra oleh Yasmin Ahmad yang ada 2 cerita bergerak serentak tanpa perlu watak-wataknya bertembung. Namun kerana ia ada 3 cerita, filem Maut lebih sesuai diceritakan mengikut turutan bulan Islam. Pandai!
Cerita 1: Sya'aban
Di antara peristiwa paling bersejarah yang berlaku pada bulan Sya'aban ialah peristiwa pertukaran kiblat dari masjid Al-Aqsa kepada Kaabah. Segmen ini dalam filem MAUT secara asasnya juga menceritakan perpindahan diri Su (Liyana Jasmay) dari seorang yang sangat naif (baca: watak Su sangat berdialog macam baca buku teks!) dan mengejar ilmu dunia untuk berjaya dalam pelajaran sahaja kepada fasa mengingati keutamaan (priority) dunia akhirat dan agama setelah melihat kematian Fadilah (Nuremy Nadia). Ia menyentak keinsafan dalam diri Su tentang betapa singkatnya usia manusia di dunia ini dan nyawa boleh diragut secara tiba-tiba, bila-bila masa, kepada sesiapa sahaja seperti Fadilah yang tidak disangka-sangka akan mati. Begitu juga dengan ayah Fadilah (Zack Taipan) yang menukar anggapan serongnya kepada kekasih Fadilah iaitu Azam (Reza ERA) malahan seakan galang-ganti anak selepas kematian Fadilah. Lost and found. Buruk kepada baik. Ajal Fadilah adalah penamat hayatnya tetapi di waktu yang sama jadi suatu pemula kepada orang-orang sekitarnya yang masih hidup. Segmen ini sekaligus mengingatkan bahawa aku masih hidup dan belum terlambat untuk buat apa yang sepatutnya aku kena buat? hahaha.. Ok itu isinya. Adakah struktur cerita ala misteri seram dunia roh bertemu manusia dalam segmen ini berkesan? Entahlah! Bagi aku, naratifnya yang digarap sebegitu sebagai salutan gula-gula untuk timbulkan ciri hiburan!
Cerita 2: Ramadhan
Malam Lailatul Qadar adalah malam yang paling istimewa berbanding dari segala malam berlaku dalam bulan ini. Adakah watak Farah (Sabrina Hassan) yang pengsan lantas dibayangkan azab hukuman atas dosa-dosanya semasa koma berlaku pada malam itu? Ya atau tidak, bagi Farah peluang kali ke-2 itu betul-betul telah menginsafkannya. Bahkan cerita mulut dari Farah memberi impak juga kepada watak Umie (Diana Danielle). Ia adalah rantaian aksi-reaksi peringatan itu. Mungkin selepas itu Umie pula akan menceritakan kisah Farah kepada rakan serumahnya yang mengambil ringan ibadat puasa. Dan mungkin selepas membaca ulasan ini, kamu akan pergi menonton untuk sambung rantaian itu lagi dan lagi.. Maknanya fungsi filem sebagai salah satu wadah mengajak ke arah kebaikan sedikit-sebanyak sudah sampai hajatnya melalui filem Maut.
Namun begitu, cerita ke-2 inilah yang paling aneh dan memeningkan kepala penonton kalau ditonton sekali lalu. Kenapa? Kerana sebenarnya kisah Farah ini berlaku BUKAN dalam sebulan Ramadhan sahaja! Ia sebenarnya rentetan cerita selama lebih setahun? Permulaan babak dimana Farah dijemput oleh suaminya Duke (Mohamad Bathich) di KLIA berlaku di bulan Ramadhan tahun lepas (baca: untuk mudahkan pemahaman katalah Ramadhan di tahun 2008) Penonton menyaksikan kemungkaran berparti liar di kondominium mereka di salah satu malam Ramadhan dimana Farah kantoikan Duke dengan sundal lain di dapur, bergaduh dan.. panggg! Duke menampar Farah! Lantas dia bengang lari naik kereta! Babak ini frezee-frame semasa Farah cuba masukkan cd yang dilatari laungan azan dari radio dan.. terus bersambung dengan azan di masjid (baca: Ramadhan di tahun 2009.. sekarang.. tahun ini) Suntingan itulah yang sebabkan penonton terkedu! terkeliru! terkesima! blur! lalala.. Kemudian Farah pengsan terus koma. Semua cerita mulut dari Farah kepada Umie ialah flashback setahun yang lalu iaitu babak-babak kelab malam, bachelor party, Farah suruh Duke beli makanan semasa bulan puasa serta majlis perkahwinannya yang digelumangi arak. Kepada sesiapa yang sudah menonton pasti masih ingat dialog Farah kepada Umie tentang 'perpisahan'nya dengan Duke tidak berapa lama selepas mereka berkahwin. Kamu ingat tak rumah Farah sudah agak 'bersih' bila dia masuk dengan Umie? Ok! Ini interpretasi aku tanpa bertanya kepada Bade sendiri semasa sesi temuramah youtube - aku rasa Farah dalam proses kembali insaf sejak Duke tinggalkan dia tapi time-frame bermula 'Farah dalam kereta' ke 'Farah pakai telekung depan masjid' adalah 'missing link' atau 'time-gap' yang tidak ditunjukkan dalam segmen cerita ini (baca: jump-cut yang mungkin surrealism kot?) Babak itu semacam 'bersambung' tetapi sebenarnya berjarak selama 'setahun'.. hahaha! Korang mesti makin pening kepala!
Cerita 3: Syawal
Tahukah kamu bahawa dalam bulan Syawal berlakunya perang-perang bersejarah yang hebat dan dahsyat? Klik pautan-pautan ini: Perang Uhud, Perang Hunain, Perang Ahzab/Khandak, Perang Qunaina juga bulan kelahiran Imam Bukhari (sila google sendiri untuk rujukan internet)
Jadi apakah segmen ke-3 filem ini berkisar tentang 'peperangan'? Adakah kesesatan ala watak JJ/Jamil (Que Haidar) itu adalah 'musuh' masakini yang terang-terangan ada di hadapan kita? Mungkin ada yang berpendapat bahawa aku sengaja mengaitkan sejarah Islam dalam bulan Syawal untuk membuatkan ulasan ini 'make sense' dengan filem ini? Tak tahulah! Tapi apa yang aku dapat ialah 'afterthought' selepas menontonnya. Kalau itu yang aku ketahui (dan aku kongsi dengan kamu) secara indirect mungkin itulah yang bagusnya filem ini kan?
Bagaimanapun, sekali lagi aku melihat juga sisi pembikinan segmen ke-3 filem Maut ini sudah betul atau sekadar melepas batuk di tangga? Ketidakpuasan hati oleh penonton antaranya ialah latar sebenar peminat black-metal dari segi lagu yang didengar, pakaian yang dipakai serta tatoo di badan JJ/Jamil. Ok! Seandainya ada pembaca ulasan ini mempertikaikan ketaklogikan atau keaslian fakta black-metal dalam filem ini maknanya Bade gagal sebagai pembikin filem? Bagaimana pula seandainya ia disengajakan? Kerana bagi aku, sudut black-metal yang dikritik oleh Bade ialah pergaulan bebas, alkohol, dadah dan murtad. Tiada pula rasanya filem ini mengatakan bahawa mendengar muzik black-metal itu salah? (baca: aku rasa samalah dengan isu yoga jugak ni!) Isu utamanya ialah budaya black-metal itu kalau tersalah cara ikutan boleh mengakibatkan sampai sesat seperti JJ/Jamil sebagai contoh. Ingat tak filem Rock dan Man Laksa oleh Mamat Khalid? Filem muzikal sebegitu pula menyorot sisi muzik sebagai budaya sihat (baca: pasal cita-cita dan impak positif muzik) Lantas filem Maut sekadar mengingatkan bahawa budaya black-metal boleh mengarahkan kepada kesesatan (baca: samalah bila fatwa mengharamkan yoga juga mengingatkan bahawa ia boleh menjurus kepada ibadat agama Hindu) Maknanya kalau sesiapa pun nak mendengar muzik black-metal.. silakan! hahaha..
Dalam segmen ini, ada satu babak yang agak kontroversi kalau sekali imbas ditonton iaitu babak dimana nenek JJ/Jamil (Fauziah Nawi) menasihatkan tentang kebesaran Allah dari analogi madu lebah, namun selepas itu babak ibubapa JJ/Jamil (Hamidah Wahab & Ridzuan Hashim) 'menghasut' dia semasa kecil untuk jangan bersembahyang. Perasan tak? sebenarnya babak itu ialah semua imejan semasa JJ/Jamil sedang koma! Malahan dialog-dialog dari ibubapanya digemakan/dilapiskan dengan suara ala hasutan syaitan? Ya! Kerana pada pendapat aku, semasa koma dan di hujung-hujung nyawa itulah saat dimana syaitan akan cuba menyesatkan JJ/Jamil untuk meletakkan alasan bahawa dia jadi sesat kerana ibubapanya (baca: dalam koma dan dekat nak ajal, syaitan menghasut dalam bentuk orang yang paling rapat) Ia babak keliru untuk JJ/Jamil dan penonton! Kerana jika kita fikir semula beberapa babak lain iaitu kubur bapa JJ/Jamil tetap elok sementara ibunya khusyuk membacakan surah Yassin di sisi JJ/Jamil - menggambarkan backstory bahawa ibubapa JJ/Jamil sememangnya orang baik-baik. Begitu juga kemunculan kanak-kanak berlumuran darah yang juga bersuara aneh menegurnya semasa dia memanjat tebing sungai dan kemunculan seorang gadis yang minta JJ/Jamil jangan meninggalkannya - budak itu ialah anak haram JJ/Jamil dengan gadis itu. Semuanya disaksikan semasa koma. Terakhir sekali ialah babak kemunculan 2 orang berpakaian black-metal (baca: neraka) dan seorang lelaki alim (baca: syurga) - babak ini juga menimbulkan kebarangkalian tentang nasib JJ/Jamil di alam barzakh dan akhirat nanti iaitu mungkin ia interpretasi bahawa JJ/Jamil akan terus ke neraka jahanam? atau mungkin ada peluang sekecil-kecilnya untuk dia bertaubat sebelum mati apabila ibunya mendoakan dan membacakan surah Yassin di saat-saat akhir nyawanya? Sebab itulah bila di waktu paling nazak seseorang yang sakit tenat digalakkan orang yang dekat dengannya untuk mengajar mengucap dua kalimah syahadah supaya ajalnya tetap dalam Islam serta elakkan tipudaya terakhir kali oleh syaitan.
Ok.. dah habis! Semoga anda terhibur! Sekian, terima kasih.

PART.1
PART.2
PART.3
PART.4
PART.5/FINAL
DI LOKASI: Feb 2007
PART.1
PART.2
PART.2
PART.3
PART.4
PART.5/FINAL
DI LOKASI: Feb 2007
PART.1
PART.2
ulasan blogger:
mamat khalid
klubbkidd
diariperempuan
ezekial lee zhiang yang
umimia-1
umimia-2
deennasour
coldheartediceprincess
cowgumrubber
zosaw
dunia-vovin-1
dunia-vovin-2
smzakirsayapmatahari
golden-judd
marimerepek
belogbaruaku
mykerabukerang
adiewaridi
amyikram
redmummy
norhaidatulazian
mohdhaiqal
wanzimran
ateeka5786
hanyaakuseorang
anuarkamaruddin
alinaabdullah
kakisakat
plastersin
countessonekillerosesvii
illafira
binigarang
cakapcakapcinema
abesterrain
normez-picisan
miss-coco-chanel
waiem
lovelyvic
walk-me-thru
max8teen
singgahsanasini
blinkerszone
tikamlidah-1
tikamlidah-2
nasikerabubuahtanjung
frankerism
penggila
izfaiez
everybodylovespika
dydybanod
todaxx
lupajer
ceritadeylalaa
soakauya
amroz(non-review)
sinemamalaysia
budiey
cari.com
binfilem
aliatan
deansham
klubbkidd
diariperempuan
ezekial lee zhiang yang
umimia-1
umimia-2
deennasour
coldheartediceprincess
cowgumrubber
zosaw
dunia-vovin-1
dunia-vovin-2
smzakirsayapmatahari
golden-judd
marimerepek
belogbaruaku
mykerabukerang
adiewaridi
amyikram
redmummy
norhaidatulazian
mohdhaiqal
wanzimran
ateeka5786
hanyaakuseorang
anuarkamaruddin
alinaabdullah
kakisakat
plastersin
countessonekillerosesvii
illafira
binigarang
cakapcakapcinema
abesterrain
normez-picisan
miss-coco-chanel
waiem
lovelyvic
walk-me-thru
max8teen
singgahsanasini
blinkerszone
tikamlidah-1
tikamlidah-2
nasikerabubuahtanjung
frankerism
penggila
izfaiez
everybodylovespika
dydybanod
todaxx
lupajer
ceritadeylalaa
soakauya
amroz(non-review)
sinemamalaysia
budiey
cari.com
binfilem
aliatan
deansham
assalamualaikum,
ReplyDeleterecently kat malaysia's cinema group, ada intellectual&emotional debate regarding the yasmin's cancellation on muallaf screening t UPM and Aswara. im sure you knw this.
have you interviewed him mr. ajami?
if ada i would like to knw more. frm yasmin's and maybe frm some other ppl who have been involved in this matter.
eventho i dun really enjoy maut, tapi dua kali jugak saya menengoknya due to permintaan kawan2...
ReplyDeletehaih..
terima kasih one love. kamu memang sahabat sejati.
ReplyDeleteSyazsy, setahu aku Muallaf masa tu belum dihantar ke LPF utk penilaian..lagipun dgr khabarnya ASTRO akan membeli rights utk tayangan eksklusif.. just wait & see bro ;-)
ReplyDeleteOne Love, sayang kat ko dik! muahhh!
Tanpa Nama, kena nyanyi lagu sejati wings nih! hahaha
wah, saya akan pergi menonton filem maut a.s.a.p n buat review di kbp.
ReplyDeletesatu ketika dahulu, ahli2 KBP pernah berkeinginan untuk menjadikan filem sebagai satu dakwah kepada manusia dan maut telah merealisasikannya harapnya!
one single statement - menonton wayang adalah kunci ke neraka.
harapnya tidak lagi selepas kemunculan maut!
lari topik sikit:
ReplyDelete"derang bikin filem utk org tonton dan kalau dikritik, terima ajerlah! kalau nak dengar puji-pujian ajer, baik derang buat filem porno syok sendiri pastu jual dvd haram! tapi sure kena kritik jugak bila sundal dlm filem blue tu buat fake orgasm! hahaha!" ~ ajami/230109
kedengaran seolah-olah 'pengkritik' sentiasa benar. kalau zaman dulu ala-ala "orang tua cakap, ikut je, jangan banyak tanya/cakap..."
lina ~ nx prev PAPADOM/SETEM dtg yer dik! tapi ntah bila tatau lagi ;-)
ReplyDeleteTanpa Nama ~ yaaa betul sekali 'kedengaran seolah-olah' kau tu! kalau boleh pengkritik akan bawa rotan utk sebat mana2 filmmaker yg berangan! hahaha!
Salam,
ReplyDeleteMalam tadi menonton drama Bisikan Subuh di TV3 arahan Murali Abdullah, bukan untuk buat perbandingan dgn filem Maut tapi aku rasakan drama Bisikan Subuh lebih menyentap ke kalbu dan for the 1st time aku menangis menonton drama Melayu. Sekiranya ada segmen keempat aku rasa drama ini sesuai dimasukkan sekali.
salaam enche ajami :)
ReplyDeleteya saya pun perasan enche duduk di hadapan kami.orang paling banyak beri pendapat didalam dewan tu. bagus untuk penggiat2 baru kan. daripada pujian kosong. baik dapat komen yang sebetul2 komen. cuma saya nak mintak pendapat personal enche ajami tentang poster sinkronis tu. sinkronis tak dengan jalan ceritanya?
ajak hasnul tengok sekali lagi!
ReplyDeletemesti saya akan kena ceramah dengan dia nanti!
hahahahhahaha
hola ajami....
ReplyDeletemaut...bade kembali dgn filem yg hanya gah pada tajuk seperti filem2 arahan dia sperti sebelum ini.Aku x menonton filem ini tapi pada aku cerita yg ke 3 iaitu tentang black metal terasa sedikit kelakar.memang sukar kalau seorang mekanik mahu menjadi seorg tukang masak atau seorg lawyer mahu menjadi arkitek begitu juga kalau kita tidak langsung tahu mengenai black metal hanya mengetahui melalui paper tabloid dan majalah digest mengenai muzik ini maka terpesong juga la kita tentang pengetahuan muzik black metal ini.Apakah begitu buruk nya persepsi mereka ini tentang black metal?apakah band2 black metal kt m'sia ini seperti yg di gambarkan oleh bade?bertatoo kambing,bercelak dan mcm2 lagi janggal...
zul ~ tapi adakah skala cerita itu (pinjam binfilem) layak difilemkan? hahaha..
ReplyDeleteironi iris ~ eh! poster sinkronis mmg gempakk giler beb! (mengikut skala aku yg bukan graphic designer lah!) lalala..
one love ~ yalah kan! sah2 cameo hasnul jd ustaz katenya dlm maut! huhuhu!
Tanpa Nama ~ then kau pergilah tengok dulu bro! bg aku, tak perlu black-metal fans nak meroyan if apa yg dipaparkn oleh bade tu totally wrong point-of-view?.. atau adakah 'disengajakan'?.. setau aku, dia TAK SALAHKAN muziknya.. tapi pengamalnya yg tersesat (sebahagian).. eh! fyi sejak kat uni dolu2 gua layan dgr kaset MANOWAR w/pun bukan ler black/white metal ker haper.. ia cuma halwa telinga.. peace bro! muahhh!
Essential Cinema: On the Necessity of Film Canons
ReplyDeletewith Jonathan Rosenbaum, Chicago Reader
http://www.chicagopublicradio.org/Content.aspx?audioID=31682
nak tunggu review SIFU dan TONGA dari incik Ajami.muahaha.
ReplyDeletebro saat,
ReplyDeleteperlukah ulasan lanjut atau tohmahan semata-mata nanti jadinya? hahaha..
saya cubalah ;-)
Aku dah tgk Bisikan Subuh tu, dreary. Aku tak faham, kenapa telefilem dakwah MELAYU mesti menjurus ke MELODRAMA yang TERLALU. Bisikan Subuh adalah contoh yg terbaik yg buruk buat aku. Perempuan akan suka filem ini kerana dua hero yang ganteng itu mencari jalan yg benar (atau romantis di jalan yang betul), secara psikoanalisis, permintaan seksual dan rohani mereka terisi (do not deny it women!). Buat aku, filem dakwah yg betul2 bagus ialah seperti Kiamat Sudah Dekat (filem Indonesia - tidak mempersendakan mereka yang anti moral, sahutan agamanya lembut tapi efektif, anda akan teringin untuk mengenali Islam oleh sebab filem ini)atau Le Grande Voyage (filem Turki/Peranchis ttg perjalanan ke Mekkah) atau Taqwa (filem Turki), syahdu dia tak meleret-leret, tak dibuat-buat macam telefilem Melayu. Ya, filem Melayu juga ada filem dakwah yang baik, judulnya aku dah lupa lakonan Ady Putra, cerita seorang model yang insaf bila terbaring di katil. itu satu filem yang baik sebab penagalaman melalui keinsafan itu dijaga dengan inti kemanusiaan yang universal, bukan emosi melodrama tak menentu.
ReplyDeleteMaut = Harian Metro/Mastika: The Movie
ReplyDeletefadz ~ hahaha! tadi aku dah sampaikan kpd remy ishak bahawa drama itu dia ganteng! hahaha!
ReplyDeletejim ~ aku setuju! hahaha!
cik ajami...saya bukan lah peminat black metal...tetapi sebagai seorg peminat muzik...badar seolah-olah bercerita mengenai black metal itu berpandukan majalah digest terkenal di negara kita dan juga paper tabloid je...cuba lihat nama watak contohnya...JJ...nama seakan-akan gayboy je....kalau betul nama-nama penyayi black metal atau bandboy black metal bukan sebegitu rupa...itu kalau group-group boy band yg mungkin bergambar di swimming pool bleh la nama seperti itu...benarkah band black metal di m'sia ni sesat...anda pernah tgk spiritual yang digembar gemburkan oleh tabloid dan digest...kita masih islam kita tau baik dan buruknya....betul walaupun saya bukan peminat black metal...tetapi saya juga tau dakyah2 karut tabloid dan digest tempatan kita adalah tidak benar...seperti juga episod3 filem ini...
ReplyDeleteTanpa Nama kata..
ReplyDelete"tetapi saya juga tau dakyah2 karut tabloid dan digest tempatan kita adalah tidak benar...seperti juga episod3 filem ini"
hahaha! dakyah karut yg mana dik?
bro.. nice review... rasanya tapisan finas byk menyumbang kenapa wayang maut ni agak blur jalan ceritanya... saya mmg memberi komen yang negatif terhadap jalan ceritanya tapi pengajarannya masih ada dan bukanlah buruk semunya...
ReplyDeletenamun, saya kagum dengan kamera skill yang digunakan dalam filem ni...
tabik hormat kat uncle ajami eh! *hehe
ReplyDeletenih lah antara review paling gempak pernah aku baca!!
review siap dgn sisipan info2 agama yg related dgn filem.woah!!!
bade azmi mmg terer!!
aku tertarik dgn review yg ko tulis fasal mak bpk yg larang jamil sembhyg itu adalah hasutan syaitan,sbb time tu dia nazak.
oh my god!
napa aku tak nampak?
ekekeekek.
ekekeke..bade kate hasutan syaitan ke?
ReplyDeleteJairo ~ no hal bro! all rev r valid.. tak ada salah/betul coz ikotlah kpd apa yg 'nampak' oleh si pengulas kannn?
ReplyDeleteDeen ~ baca dgn 'mata hati'??? boleh? hahaha..
Reez ~ ajami yg kata! hahaha!