*ini bukan poster filem (sekadar gambar hiasan)

updated: 10 Feb 09 ~ Aku kena betulkan balik tajuk asal posting iaitu 'Sifu dan Tongga ~ filem sampah lagi?' kerana sebenarnya ia BUKAN filem sampah tapi baru kusedar bahawa ia adalah jeng jeng jeng! filem jamban! kenapa?.. kerana jamban ialah ruang kecil yang paling indah dan best giler untuk semua orang apabila nak berak atau kencing sahaja! maknanya ia cuma persinggahan sementara untuk membuang tahi, cirit-birit, muntah dan air kencing (dan pembaziran air mani, dan darah kotor wanita, dan blablabla..) eh! siapa kata aku memperlekehkan filem ini? betul lah tu, jamban adalah asas keperluan harian setiap manusia yang dianggap tak begitu perlu diwar-warkan sangat tetapi wajib dikunjungi setiap hari. kamu ambil contoh semasa rumah terbuka di hari raya.. kalau jiran tetangga serta sahabat-handai berkunjung ke rumah kita, maka sudah tentu yang di-hilite-kan ialah dekorasi ruang tamu terkini ala-ala Eric Leong atau gubahan bunga-bunga plastik pembelian sale dari Jln Masjid India.. mungkin juga set pinggan-mangkuk import yang menghidangkan juadah nasi impit dan kuah kacang di atas meja.. kalau ke ruang dapur pastinya microwave terkini yang boleh memasak itik panggang barbeque dalam masa 5 minit!.. di halaman pula barangkali ada binaan kolam air pancut ala Inggeris yang dipenuhi ikan berwarna-warni.. nampak tak?.. jamban adalah bilik yang tidak diperkenalkan sebagai priority!.. ia cuma diberitahu kedudukannya bila ada tetamu yang hendak melawaskan diri secara tiba-tiba.. "oh! toilet kat belakang sana bung!" jawab seorang pembantu rumah Indonesia.

amboi! panjang-lebar benar analogi yang terpaksa aku huraikan! sebenarnya itulah kelebihan filem ini iaitu untuk menontonnya adalah last priority bagi aku tetapi sangat penting untuk keperluan singgahan sekejap sahaja.. aku mudahkan, sesebuah jamban itu asasnya cuma ada 2 iaitu lubang tahi dan air bersih.. selainnya iaitu dekorasi dinding seramik, toilet-bowl bercorak, lantai marmar, pintu kayu jati, automatic splasher, pewangi berbau floral, mentol jimat letrik, tissue roll jenama Ikea serta sinki buatan Itali mahupun dihiburkan dengan muzik jazz (dalam hotel) semuanya adalah sekadar keselesaan yang tak begitu penting.. you just sit (or shit) and done!.. jadi pernahkah kamu terserempak dengan orang yang keluar jamban dan berkata "eh! engkau patut masuk dan guna jamban yang ini! wa cakap lu! best yaa amats!" hahaha..

ermm.. adakah analogi aku ni makin mengkonpiuskan anda? sori beb/bro! gua tak bleh tahan asyik terbabas ajer ulasan ni! sori! sori!.. "tapi kan!.. tapi filem itu laku juta-juta bro!" mencelah seorang kawan aku yang tak pernah tengok filem melayu kat panggung sebab dia beli dvd cetak rompak lalu mengejutkan lamunanku sejurus keluar dari jamban di KLCC.. well, itu sekadar nombor dude! ia tidak menandakan apa-apa indikasi bahawa filem itu lemak berkrim dan sangat disukai ramai! maksud aku katalah kutipan sesebuah jamban yang berbayar macam di KLCC ini laku sejumlah RM100 sehari yang datangnya dari (50 orang x RM2) sekali masuk.. apakah itu bermakna kesemua 50 orang itu gembira-ria dengan kualiti dalam jamban itu berbanding jamban di Puduraya yang hanya berharga 50sen sekali masuk?.. ini macam kebarangkalian rawak matematik iaitu mungkin kesemuanya suka, kesemuanya tidak suka atau sebahagiannya suka/tidak suka.. sejujurnya si taukeh jamban KLCC tidak boleh mendabik dada mengatakan bahawa jambannya paling ter-best seantero Kuala Lumpur!.. "habis? kenapa orang sanggup juga masuk jamban KLCC yang berbayar?" tanyanya lagi.. lalu dengan pantas dan lancang mulut aku menjawab tanpa berfikir panjang "mungkin sebab ada poster nabil ditampal kat dinding pintu jamban itu?" kawan aku lantas blur dan berlalu pergi..

Kesimpulannya, 'persetubuhan tutup' laaa!

catatan asal: 15 Jan 09 ~ Filem ialah salah satu medium hiburan (dan ilmu) untuk orang yang mahu dan mampu membeli tiket berharga RM10/kepala. Pembikin filem ialah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi setiap bikinan yang ditayangkan kepada orang-orang itu. Siapakah mereka? Bermula dari seorang penulis skrip kepada panel penilai skrip produksi kepada taukeh produksi kepada pengarah filem seterusnya syarikat pengedar yang setuju. LPF hanya menapis. FINAS hanya pemberi pinjaman melalui Bank SME. Pelakon dan krew hanya nak cari makan. Panggung wayang hanya pemamer dan berniaga. Media dan pengulas/pengkritik/blogger hanyalah respon dan promosi (juga sebaliknya) yang diperlukan oleh syarikat. Jadi siapakah yang patut disalahkan dalam rantaian kerja itu sekiranya hasil yang ditayangkan kepada masyarakat ialah SAMPAH?

pandangan sisi blogger lain:
diariperempuan
umimia
zosaw
marimerepek
mykerabukerang
amyikram
silaserazwanali
tuahadamedia
sangmerpatiputih
tehtarikgelasbesar
berbuih
skyjuiceorange
seiryuayime
deennasour (must read)
bilakhalidahmembebel (bacaan bagus)
ezzanie
pemikiranakmuda
mahlukperosak (panas)
blinkerszone
laskarbangsa
kakisakat

coldheartediceprincess (ulasan yg baru 'selamat' .. hahaha!)


*akan dikemaskini! hahaha!

kamu suka blog ini? so klik ikon di bwh & afundi ajami! hahaha!
blog awards