*sila tonton Odoi Odu secara online di sini >> ODOI ODU
Filem Slumdog Millionaire menang 8 anugerah di Oscar, filem Odoi Odu arahan Farizie Morinding pula membolot 4 anugerah utama iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Cerita Terbaik dan Lakonan Terbaik. Maka dengan itu benarlah tekaan berdasarkan penontonan secara peribadi saya untuk memilih Odoi Odu sebagai yang terbaik (fyi, dalam ulasan saya itu saya tulis >> filem ini seperti di-edit menggunakan Windows Movie Maker ajer! memang nampak murah! >> menurut Farizie MEMANG filem itu disunting dengan Windows Movie Maker pun! dan saya begitu kagum!) begitu juga dengan filem-filem Mirror arahan Christopher Low dan Aku arahan Shuhaimi Zulkefli dalam posting sebelum ini. Saya sempat berjenaka melalui sms dengan Gayatri Su-Lin apabila ia dinobatkan bahawa Odoi Odu ialah 'Slumdog Millionaire' untuk Astro Kirana Short Film Awards malam tadi. Semasa berbual santai dengan Afdlin, Gayatri, Julian dan Ira Fazir (TUSB) saya nyatakan pendapat peribadi saya tentang kenapa Odoi Odu memang selayak-layaknya untuk menang? Mudah sahaja iaitu saya akan pilih sebuah filem yang berjaya untuk 'bercerita' dalam durasi yang sangat singkat, ceritanya sampai dan mencetuskan sesuatu rasa kepada saya apabila habis menontonnya. Bagi pembikinan sesebuah filem pendek cabaran utamanya ialah untuk bercerita seperti ringkasan karangan. Ia kena segera, padat dan tidak perlu meleret-leret untuk establish-kan tentang what is it all about? Setiap saat dan frame filem mesti digunakan semaksima yang mungkin untuk menyampaikan cerita. Ia bukan pasal betapa hebatnya sudut teknikal kerana ia cuma aksesori atau kulit sesebuah filem pendek untuk membantu menyampaikan penceritaan sahaja. Kena ingat, ini sebuah pertandingan bukannya pesta lambakan filem-filem pendek seperti acara di MASKARA SHORTIES tahun lepas dimana ia cuma membentangkan 1001 jenis cerita yang tidak kisah tentang apa-apa yang perlu dinilaikan atau dipertandingkan. Jadi sebab itulah saya rasakan bahawa Odoi Odu ialah yang terbaik kerana ia berjaya menzahirkan sebuah kisah yang begitu kuat impaknya berbanding filem-filem pendek lain dari segi naratifnya. Secara peribadi, kalaulah Odoi Odu tidak ada dalam senarai calon sudah tentu saya akan memilih pula filem pendek lain sebagai yang terbaik iaitu samada Mirror atau Aku. Kamu boleh saksikan secara online atau di saluran Astro Kirana (jadual rancangan akan dikemaskini kemudian) ketiga-tiga filem pendek itu untuk memahami kenapa saya katakan bahawa filem mereka berjaya untuk bercerita dengan bagus. Pola pemilihan para juri profesional tahun ini mengisyaratkan kepada pembikin filem yang hendak menghantar penyertaan di tahun-tahun hadapan iaitu untuk menjuarainya ialah dengan membikin sebuah filem pendek melalui a story well told. Oklah, mungkin ada pendapat mengatakan bahawa sesebuah filem pendek yang terbaik mesti juga bercerita dengan isi, isu dan sudut teknikal yang hebat? Betul juga, saya tidak nafikan bak kata sultanmuzaffar bahawa Odoi Odu tidak berjaya memenangi apa-apa kategori teknikal membuktikan bahawa filem-filem lain adalah terbaik dari sudut itu tetapi belum menjamin untuk menjadi filem terbaik sebagai juara pertandingan.

NOTA: Jangan lupa tonton Astro Kirana Short Film Awards 08/09 - Awards Night malam ini di saluran Astro Kirana (ch 122) 9 malam! Ada persembahan selingan yang hebat-hebat oleh AC Mizal, Sazzy Falak, Aizat, Adam, Nikki, Bunkface, Apek+Along+Angah, Stacy, Misha Omar, Meet Uncle Hussain dan para penyampai yang glamour!.. dan hey! Apek boleh menyanyi secara live dengan baik, lebih bagus dari lakonannya dalam Sifu dan Tongga! hahaha!..